Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday 28 September 2011

Isu Hudud : Tidak Lebih Sekadar Retorik Politik


Sebarang percakapan mengenai hasrat melaksanakan hukum hudud di negara ini tidak lebih omong kosong dan retorik politik semata-mata. Kulaan pada dasarnya menyokong sebarang usaha melaksanakan undang-undang Syariah di negara ini termasuk hudud dan qisas kerana ia hukum Allah, namun perlu dilihat dalam konteks semasa dan realiti.

Dalam konteks perundangan semasa, usaha mana-mana kerajaan negeri termasuk Kelantan melaksanakan hukum hudud di negara ini adalah mustahil selagi Akta 355, Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 tidak dipinda.



Realitinya ia mustahil dilaksanakan, kecuali akta itu dipinda dengan memasukkan peruntukan membenarkan kerajaan negeri melaksanakan undang-undang Hudud.

Beberapa hari lalu, Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz bertegas untuk melaksanakan hudud di Kelantan walaupun ada pihak mendakwa negeri itu dalam suasana tidak konduksif bagi melaksanakan perundangan berkenaan.

Malahan, tindakan Mursyidul Am Pas itu dibatah Pengerusi DAP, Karpal Singh dan juga barisan kepimpinan tinggi DAP itu. Alasan DAP, ia tidak pragmatik, bercanggah dengan dasar pakatan pembangkang serta menimbulkan ketakutan dalam masyarakat bukan Islam, selain membelakangi keputusan Muktamar Pas Ke-57, Jun lalu.


Dalam Harakah pula dimanupulasi dengan begitu teruk kononnya MCA dan Gerakan mengugut ingin keluar daripada Barisan Nasional jika Umno juga menyokong Pas dalam melaksanakan Hudud. Konon seolah-olah kaum lain selain Islam dan Melayu dalam Malaysia ini tidak mahu dan menentang hudud.

Pada firasat dan pandangan peribadi Kulaan, hukum hudud digunapakai hanya kepada orang yang beragama Islam dalam Malaysia tidak kiralah beliau berbangsa apa sama ada Melayu, Cina, India atau apa bangsa sekali pun asalkan agamanya adalah Islam. Kaum lain yang menganut agama selain Islam adalah tidak tertakluk dengan hukum hudud ini.

Dalam al-Quran ada disebutkan beberapa jenis hukuman terhadap jenayah-jenayah tertentu; jenayah curi (Surah al-Maidah : 38), jenayah hirabah (Surah al-Maidah : 33), jenayah zina (Surah an-Nur : 3), dan qazf (Surah an-Nur : 4). Dalam hadis pula disebut hukuman sebat bagi peminum arak, buang daerah bagi penzina dan rejam bagi penzina muhsan, juga bunuh bagi yang murtad. Hukuman ini secara umumnya dikatogeri sebagai hudud. Jika ia hudud bererti ia tidak boleh dipinda atau ditukat ganti. Jika ia ta'zir bererti ia terdedah kepada perubahan dan penilaian semula pihak pemerintah.

Panas!!! Had Umur Bersara Dinaikkan Kepada 60 Tahun????


Umur persaraan yang baru diperkenalkan kerajaan kepada kakitangan awam baru-baru ini daripada umur 56 tahun kepada 58 tahun dilihat mula menampakkan kesan negatif dalam perkhidmatan terutama daripada segi produktiviti dan kos tambahan yang terpaksa ditanggung kerajaan. Antara kesan sampingan yang mula dikesan adalah kesukaran mengisi kekosongan bagi kenaikan pangkat, inikan pula jika had umur persaran dinaikkan ke umur 60 tahun. Yang untung hanyalah segelintir bos atasan atau ketua-ketua jabatan yang menjadi sebahagian daripada pembuat dasar kerana mereka masih dapat mengekalkan dan menenpatkan diri dikerusi empuk kerana lambat lagi untuk bersara.

pix_gal0
Idea mengarut sekat naik pangkat, tambah pengangguran

KUALA LUMPUR: Kebanyakan golongan muda, termasuk dari sektor swasta dan awam membantah cadangan melanjutkan umur persaraan pekerja swasta kepada sekurang-kurangnya 60 tahun daripada 55 tahun sekarang. 

Mereka menyifatkan usaha itu sebagai mengarut, menyekat peluang kenaikan pangkat, meningkat kadar pengangguran, masalah sosial dan jenayah serta memperlihat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), badan yang diamanah untuk menjaga simpanan lebih lapan juta pencarum, tidak mempunyai wang dan mempunyai agenda sendiri.
Menaikkan kadar umur persaraan juga bagi mereka dilihat memberi lebih banyak kesan negatif kepada ekonomi negara berikutan produktiviti tenaga pekerja lanjut usia semakin menurun dengan kerajaan dan pembayar cukai terpaksa menanggung kos perubatan yang tinggi.
Sehubungan itu, mereka menggesa golongan berkenaan meluangkan sisa masa yang ada bersama keluarga dan ibadat harian. 

Pembaca Berita Harian yang memberi maklum balas berkenaan melalui laman sosial Facebook juga memberi mesej sekiranya cadangan untuk menggubal undang-undang baru itu yang dikenali Akta Umur Persaraan Sektor Swasta tidak diteliti semula, ia pasti memberi kesan pada Pilihan Raya Umum Ke-13. 

Seorang pembaca, Ghazali Hussin menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak melayan kehendak golongan berkepentingan termasuk KWSP, Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang menyokong usul berkenaan yang jelas menjejas peluang golongan muda mendapat peluang kerja atau kenaikan pangkat. 

Kesian anak-anak muda, ada ijazah tapi tidak dapat peluang kerja. Datuk Seri Najib jangan ikut sangat sambung umur persaraan, ia ada kesan pada pengundi muda pada PRU-13 nanti, katanya sebagai mengulas laporan KWSP berharap kerajaan akan melanjutkan umur persaraan pekerja sektor swasta kepada sekurang-kurangnya 60 tahun daripada 55 tahun sekarang. 
Kelmarin, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tan Sri Azlan Zainol dilaporkan berkata perlanjutan umur persaraan itu diharap diumumkan pada pembentangan Bajet 2012 pada 7 Oktober depan. 

Berikutan kenyataan itu, ramai memberi reaksi dengan menuduh KWSP mempunyai kepentingan tertentu serta mempersoal kewibawaan badan itu yang tidak mengurus dana pencarum secara berhemah dengan menawarkan pulangan dividen yang tinggi berbanding institusi lain meskipun mencatat keuntungan besar. 

Azhar Rosli berkata, walaupun alasan diberikan KWSP agak munasabah, namun ia akan menambah masalah pengangguran sedia ada. 

Lanjut umur bersara 58 tahun atau 60 tahun adalah sesuatu yang mengarut, pada saya jika hendak dinaikkan kadar umur persaraan, mulakan dengan umur 56 tahun dulu serta selesaikan masalah pengangguran dengan lebih terperinci, katanya. 

Tuesday 27 September 2011

Rakyat Selangor Sudah Serik Dan Menyesal?

Apa yang sudah seriknya? Apa yang sudah menyesalnya? Ooo... Dah serik dengan tipu helah dan perangai pemimpin pembangkang yang mereka pilih masa PRU12 hari tu. Apa yang nak disesalkan, apa yang nak diserikkan, sudah itu pilihan yang sendiri buat. Orang bagi tau tak percaya, "kenape... Tak percaye ker..."

Kalau sudah serik dan tahu mana satu intan mana satu kaca, buat perubahan balik, buat pembetulan balik masa pilihanraya yang akan datang. Kata kuasa ditangan rakyat. Buktikan!... Ganti pemimpin pembangkang dengan pemimpin kerajaan BN yang terang-terang telah terbukti kemampuan dan kredibilitinya. Memang benar tiada manusia yang sempurna dan maksum. Kalau ada silap dan salah kita perbetulkan. Sekarang itu tugas kepimpinan tertinggi pemerintah agar sedar dengan masalah segelintir ketua dan pemimpin bawahan yang menjadi 'duri dalam daging', 'gunting dalam lipatan', 'harapkan pagar pagar makan padi' dan macam-macam lagi peribahasa dan bidalan yang boleh menggambarkan puak-puak ni.

Kulaan yakin PM dan TPM juga sedar akan masalah ini sebab itu PM memperkenalan "Politic Transformation Plan" atau PTP untuk menangani masalah-masalah ni la. Syabas kepada PM... Sebab itu Kelab ADUN Barisan Nasional mengadakan Program Keluarga Angkat Adun Barisan Di Selangor yang disertai 146 ADUN BN berkampung di 73 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Selangor selama 3 hari.

Bagus juga ADUN BN menginap di rumah penduduk setempat bersama keluarga angkat sekali gus membolehkan mereka mendalami kehendak dan masalah masyarakat disamping dapat mengenali.. Jangan asyik dok duduk hotel jer bila turun ke kawasan. Idea dan perlaksanaam program ini yang julung-julung kali diadakan juga menarik perhatian TPM, Tan Sri Muhyiddin yang kagum impak dan 'outcome' daripada program ini.

Teater, Belia, Remaja Dan Sistem.

Teater Juta-juta

Jumaat malam Kulaan sempat menonton teater berjudul 'Teater Juta-juta' yang dipentaskan di Stor Teater DBP. Teater yang skripnya ditulis dan diarahkan oleh pengarah muda Fasyali Fadzly bin Saipul Bahri yang diterbitkan oleh Mask Team. Teater ini cuma dilakonkan oleh tiga pelakon teater muda, Aloy Paradoks, Fazleena Hishamuddin dan Anas Ridzuan.

Sinopsis penceritaan yang ringkas tetapi padat dengan idea, pandangan dan kritik jiwa muda belia tentang realiti kehidupan. Cerita yang ringkas mengenai 3 orang graduan muda IPT tempatan dalam bidang teater yang gagal mementaskan idea, kertas konsep dan konsep mereka di sebuah panggong tersohor kerana sistem yang gagal. Walaupun teater tersebut adalah sesuatu yang baru dan berbentuk expremental, namun kerana kerenah birokrasi dan mentaliti pentadbir atasan yang masih berfikir ditakuk yang lama dan takut untuk mencuba sesuatu yang baru, maka idea teater tersebut dipandang sinis oleh pentadbir atasan dan golongan konglomerat.

Memandangkan Kulaan ni bukan la teror sangat jiwa seninya menyebabkan sedikit kepeningan memahami plot dan jalan ceritanya, tetapi Kulaan dapat menangkap sedikit sebanyak aspirasi yang ingin disampaikan oleh pelakon. Walaupun teater ini boleh ditafsirkan dengan 1001 maksud namun pada pandangan Kulaan, ia juga boleh dihubungkait dengan dunia politik, bahkan dunia blog dan blogger juga. Memang sudah menjadi sistem, nama-nama besar akan diangkat dan diagung-agungkan walaupun ideanya tidaklah sehebat mana. Walaupun nukilan tinta sekadar lebih banyak merapu dan tidak tersusun, bahkan sehingga taraf sampah tapi kerana sudah menempa nama sebagai antara yang tersohor kononnya, maka nukilan itu diangkat sebagai rujukan dan bandingan.

Samalah seperti yang cuba disampaikan dalam Teater Juta-juta, kerana kegagalan sistem maka "yang kaca dikatakan intan permata, sedangkan intan berlian dianggap sebagai sebutir pasir tanpa nilai". Fikir-fikirkanlah... Lu pikir la sendiri...

Monday 26 September 2011

Orang Yang Nak Tukar Bendera Malaysia Pulak Kena Gantung???


M. Manoraharamjaddah

Apa kes nie? Sapa pulak yang nak kena gantung. Ooooo!!! Adun kurang ajar tu... Adun Kota Shah Alam, M Manoharamjadah tu dikenakan hukuman gantung keahlian DAP selama enam bulan setelah dibincang dan diputuskan oleh Jawatankuasa Disiplin DAP bersabit kenyataan beliau dalam laman fb mengenai hasrat DAP yang mahu menggantikan bendera Malaysia dengan bendera baru jika berjaya memerintah kelak. Bendera Malaysia sekarang dikatakan melambangkan BN dan kerajaan memerintah (Kilik Sini).

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tan Kok Wai berkata, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa itu di ibu pejabat parti di ibukota. "Kami memutuskan untuk menggantungnya selama enam bulan kerana kami berpendapat ulasannya amat serius. keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan bahawa dia telah memohon maaf dan menarik balik kenyataannya..."

Wah! Senangnya cakap. Dah buat sakit hati rakyat pastu minta maaf dah boleh kira settle. Ini dah sebijik macam skrip Nameweekuku hina lagu 'Negarakukuku' (Klik Sini) pastu mintak maaf, buat klip video upload Youtube kata nak jumpa PM. Buat filem 'Nasi Lemak 2.0' kata nak pakai duit bantuan kerajaan (Klik Sini).

Kalo pemimpin kerajaan tak buat silap apa-pun, bukan setakat suruh minta maaf, siap suruh letak jawatan lagi. 'yamaakahailu DAP'. Ini manusia yang korang nak jadikan pemimpin kerajaan. Korang yang jadi pengundi DUN Kota Shah alam sedarlah! Lain kali jangan silap mengundi bak kata pepatah "marahkan nyamuk, kelabu dibakar". Kan dah terbakar Kota Shah Alam.

Hasil analisis Kulaan yang tak berapa pandai dalam bidang politik ni, Kulaan rasa intensioan Manoharamjadah ni adalah untuk meningkatkan balik populariti dikalangan pengundinya. Ala, macam artis, kalo takda gossip tak glamour la. Sumber yang boleh dipercayai memberitau Kulaan bahawa rating Manoharamjadah ni dah menurun dikalangan pengundi. Apa tidaknya, apa yang dibuat dia di kawasan, apa yang dibantu dia di kawasan. Banyak perkara dan benda di kawasannya dibuat oleh Kerajaan BN.

Kulaan : Janganlah lagi pengundi di negeri Selangor membuat kesilapan lagi terutama masa PRU13 nanti. Kembalilah ke pangkal jalan jika sudah tersesat jauh...

Hukum Hudud : Kenyataan Nik Aziz....



Kenyataan Nik Aziz baru-baru ini yang menarik perhatian pelbagai pihak termasuk media massa, media cetak dan media baru. Tindakan Murshidul Am Pas ini Kulaan lihat tidak lebih daripada cubaan untuk mengalihkan pandangan masyarakat Malaysia daripada isu moral yang menghimpit pemimpin pembangkang lain terutama isu video klip Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang baru-baru ini keluar pula video terkini berkenaan video seks beliau. Kenyataan Nik Aziz ini mengundang kemarahan pemimpin dalam Pakatan Rakyat terutama pemimpin DAP yang sememang daripada asal penubuhan parti itu adalah menentang penubuhan negara Islam dan perkenalan Hukum Hudud.


Perlaksanaan hukum hudud yang disuarakan oleh Nik Aziz mendapat tentangan hebat daripada kawan-kawan dalam Pakatan Rakyat sendiri terutama DAP yang secara terang-terang tidak dapat menerima idea tersebut. 


Bab 3 : Tujuan Hukuman Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir

Hukuman hudud, qisas, diyat dan ta`zir diperuntukkan dalam qanun jinayah syar`iyyah adalah bertujuan untuk menjaga prinsip perundangan Islam yang tertakluk di bawahnya lima perkara: 

1. Menjaga agama, iaitu menjaga aqidah orang-orang Islam supaya tidak terpesong dari aqidah yang sebenar dan tidak menjadi murtad. Orang yang murtad akan disuruh bertaubat terlebih dahulu dan sekiranya dia enggan bertaubat maka hukuman bunuh akan dikenakan ke atas mereka. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka bunuhlah dia." (Riwayat Bukhari) 

2. Menjaga nyawa, iaitu menjaga jiwa seseorang dari dibunuh termasuklah menjaga anggota tubuh badan seseorang dari dicederakan atu dirosakkan. Sesiapa yang membunuh manusia atau mencederakan anggota tubuh badan mereka itu dengan sengaja wajib dijatuhkan hukuman qisas atau diyat sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan di dalam hukum qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran supaya kamu bertaqwa." (Surah Al-Baqarah, 2:179) 

3. Menjaga akal fikiran, iaitu memelihara akal fikiran manusia dari kerosakan disebabkan minum arak atau minuman-minuman yang memabukkan. Mereka yang meminum arak wajib dijatuhkan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali sebat sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Saiyidina Ali di dalam sebuah hadith yang bermaksud: 

"Rasulullah s.a.w. telah menyebat orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebat, dan Saiyidina Abu Bakar telah menyebat empat puluh kali sebat juga, dan Saiyidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali .

4. Menjaga keturunan, iaitu memelihara manusia dari melakukan perzinaan supaya nasab keturunan, perwalian dan pewarisan anak-anak yang lahir hasil dari persetubuhan haram itu tidak rosak. Orang yang melakukan perzinaan wajib dijatuhkan hukum sebat dan rejam sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya yang diriwayatkan daripada `Ubadah bin As-Somit r.a. yang bermaksud:

"Ambillah peraturan daripada aku, ambillah peraturan daripada aku. Sesungguhnya Allah telah memberi jalan untuk mereka. Perawan dengan jejaka yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat, dan dibuang negeri selama setahun. Dan janda dengan janda yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat dan direjam." (Riwayat Muslim dan Abu Daud) 

5. Menjaga harta benda, iaitu memelihara harta benda manusia dari dicuri dan dirompak dengan menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas pencuri, dan menjatuhkan hukuman mati atau potong tangan dan kaki kedua-duanya sekali atau dibuang negeri ke atas perompak. Hukuman ini tertakluk kepada cara rompakan itu dilakukan sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud: 

"Dan orang lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri maka (hukumannya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah maha Kuasa lagi Maha Bijaksana." (Surah Al-Ma'idah: 38)

Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud: 

"Sesungguhnya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi (melakukan keganasan merampas dan membunuh orang di jalan ) ialah dengan balasan bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan berselang (kalau mereka merampas sahaja, atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman awam). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab siksa yang amat besar." (Surah Al-Ma'idah: 33)

Kakitangan Awam Naik Gaji Lagi???



Halamak! Untungnya jadi kakitangan awam. Ura-ura desas-desus khabar yang di bawa angin bercerita kakitangan awam yang hampir 1.5 juta bakal menerima durian runtuh apabila ada khabar yang di bawa angin kata PM akan umumkan sesuatu semasa pembentangan Bajet 2012 di Dewan Rakyat, 7 Oktober nanti. Kulaan harap berita baik ini menjadi kenyataan. Alhamdullillah, tambah rezeki sahabat-sahabat Kulaan yang bekerja sebagai penjawat awam.

Ini satu lagi tambahan pendapatan selain daripada duit raya (Bonus) setengah bulan gaji yang baru-baru ini diberikan Kerajaan sebelum sambutan Aidilfitri yang lalu berjumlah minimum RM500 sebagai menampung persiapan sambutan lebaran (Klik Sini).

Kali terakhir kenaikan gaji ni kalau tak silap Kulaan tahun 2007 yang lalu, dan ini adalah kenaikan kali ke-tujuh dilakukan oleh kerajaan dalam tempoh 15 tahun lepas sejak 1992 iaitu 1992, 1995, 2000, 2002 (dua kali) dan 2007. Menurut khabar yang di bawa angin lagi, antara perubahan yang dijangka berlaku terhadap Sistem Saraan Malaysia (SSM) ialah kemungkinan membabitkan beberapa perkara seperti struktur gaji, elaun, peningkatan peluang kerjaya (naik pangkat ler tu) dan syarat perkhidmatan.

Bagaimanapun, khabar yang di bawa angin tidak pasti berapa peratus kenaikan yang akan terlibat. Macam kenaikan kali terakhir pada tahun 2007, kakitangan awam menikmati kenaikan gaji antara 7.5 peratus hingga 35 peratus. Turut tidak pasti adakah bonus setengah bulan gaji lagi akan turut diberikan kerajaan kerana sudah ada kenaikan gaji. Kalau kedua-duanya ada Alhamdullillah, kalau dapat salah satu pun kita harus bersyukur selaras dengan Firman Allah dalan Surah  ayat  :

Kerajaan sudah melakukan tanggungjawabnya, bagaimana dengan kakitangan awam pula, sudahkah melakukan tanggungjawabnya. Sudahkah anda berteima kasih dengan kerajaan. Soal terima kasih ini pernah Kulaan perdebatkan dengan kakitangan kerajaan yang condong menyokong pembangkang sama ada secara sembunyi atau terang-terangan.

Kulaan dah banyak kali bertemu dengan specis ini, tambahan pulak kebetulan memang Kulaan tinggal di Putrajaya. Bila Kulaan kata kita seharusnya berterima kasih dengan kerajaan yang bagi kerja, kuarters yang selesa, kenaikan gaji, bonus dan macam-lagi kemudahan, aik! Melenting bukan main. Mereka kata "Itukan dah TANGGUNGJAWAB kerajaan, lagi pun kita kerja apa, keluarkan tenaga bukan bagi free... Macam jugak dah jadi kerajaan, TANGGUNGJAWAB dia bagi kemudahan asas kepada rakyat... Kalo rakyat tak berterima kasih pun takpa... Dah jadi TANGGUNGJAWAB..."

Okey sekarang kita berbicara atau berbincang isu tanggungjawab. Kulaan bertanya pada mereka "apa TANGGUNGJAWAB sebagai ibu dan bapa apabila lahirnya seorang anak..." Dengan bangganya mereka menjawab "sudah tentu membesarkan, mendidik dan memberi pendidikan setinggi boleh kepada anak-anak..." Kulaan bertanya lagi "apabila anak itu sudah besar, adakah perlu anak itu berterima kasih dan menghormati dengan kedua ibubapanya?..." Jawab mereka dengan penuh confident "sudah tentu sebab itu TANGGUNGJAWAB sebagai seorang anak..." Kulaan menambah lagi "bagaimana anak itu kalau dia tidak perlu berterima kasih kepada kedua ibubapanya sebab memang sudah menjadi TANGGUNGJAWAB ibubapa bila mempunyai anak sama seperti TANGGUNGJAWAB kerajaan bila mempunyai rakyat..." Mereka kelu seketika sebelum menjawab "mana boleh samakan kerajaan dengan mak bapak..." Balas Kulaan lagi "kan tadi isunya TANGGUNGJAWAB?..."

Itulah mentaliti mereka yang condong ke arah pembangkang dan penyokong pembangkang. Bukan Kulaan menyatakan semua, tapi ada segelintir yang berfikiran sedemikian. Bila sesuatu itu ada kepentingan kepada mereka, maka mereka akan menyokong membabi-buta. Tapi bila sesuatu itu tidak memihak kepada mereka, maka mereka akan menggunakan 1001 alasan bagi menyokong hujah dangkal mereka. Fikir-fikirkan......

Kulaan : ate! Kita bakor jer... Kita bakor jer...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers