Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 18 May 2013

Tahukah Korang Apa Tuntutan Ambiga Melalui Inter Faith Council (IFC)????


TAHUKAH APA TUNTUTAN AMBIGA MELALUI Inter Faith Council (IFC)?

1. Anak kepada pasangan Islam tidak semesti nya menjadi Islam secara automatik.

2. Orang bukan Islam yg telah memeluk Islam hendaklah diberi kebebasan jika mahu kembali pada agama asal dan tidak boleh dikenakan undang-undang.

3. Kes pertukaran agama Islam kepada bukan Islam mesti dikendalikan oleh mahkamah sivil dan bukan makamah Syariah.

4. Tidak perlu dicatatkan dalam kad pengenalan seorang muslim bahawa dia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu menganut agama Islam jika mahu berkahwin dengan orang Islam dan orang Islam yang mahu berkahwin dengan bukan Islam dibenarkan keluar dari Islam.

6. Pasangan atau seorang yang menukar agama ke Islam tidak perlu diberi hak penjagaan anak.

Gempar!!! Ketua Polis Negara Baru Bikin Guan Eng Resah???


KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kelihatan resah dengan pelantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai Ketua Polis Negara (KPN) yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Ismail Omar yang tamat kontrak baru-baru ini.

Guan Eng dalam satu kenyataan media mendakwa mempunyai pengalaman buruk dengan KPN baharu tersebut apabila Khalid semasa menjadi Ketua Polis Selangor secara tidak tepat mendakwa beliau enggan bekerjasama dengan pihak polis yang mahu mengambil kenyataannya.

"Beliau (Khalid) boleh menjadi KPN yang lebih teruk daripada pendahulunya kecuali beliau boleh menunjukkan kejayaannya membanteras penjenayah dan bukan menguruskan musuh politik Barisan Nasional (BN).

"Saya mempunyai pengalaman buruk dengannya sewaktu beliau menyerang saya secara terbuka ketika menjadi Ketua Polis Selangor kononnya kerana saya enggan bekerjasama dengan pihak polis," dakwanya melalui  satu kenyataan media hari ini.

Padan Muka!!!! DAP Dominasi Pentadbiran Selangor???


Bayang-bayang parti DAP akan mendominasi pentabbiran kerajaan Selangor berikutan kemenangan pakatan pembangkang di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sudah kelihatan.

Ia apabila Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng lebih awal mengumumkan dua wakil parti itu akan menganggotai barisan Exco kerajaan negeri yang baharu walhal perkara itu belum dimuktamadkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sungai Pinang, Teng Chang Khim dan ADUN DAP Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah sah menjadi dua Exco kerajaan Selangor daripada DAP," katanya.

Keghairahan DAP untuk mendominasi pentadbiran di Selangor juga jelas kelihatan apabila Guan Eng membayangkan lebih ramai ADUN DAP akan menjadi Exco kerajaan negeri.

"Yang lainnya bakal diumumkan selepas perbincangan bersama parti komponen pakatan Selangor," katanya.

Guan Eng dalam kenyataan sama turut memaklumkan Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok dan Chang Kim untuk menguruskan perbincangan bagi jawatan kerajaan di Selangor bagi pihak parti.

Mengulas lanjut Chang Kim sebagai Exco kerajaan Selangor, beliau berkata, ADUN Sungai Pinang itu memohon bertukar daripada jawatan Speaker menjadi Exco dan beliau telah bersetuju dengan permintaan tersebut.

"Tidak ada pengumuman akan dibuat sehingga perbincangan (bagi jawatan kerajaan di Selangor) tersebut mencapai kata putus,"
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday 17 May 2013

Subhanallah!!! Anwar Tidak Redha Ketentuan Allah!!!


Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Muhammad Anwar Fahmi Abdullah membidas tindakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan beberapa siri perhimpunan haram bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Pensyarah Komunikasi dan Pengajian Media itu berkata,  Anwar sepatutnya menerima hakikat kegagalan pakatan pembangkang untuk merampas kerajaan Persekutuan dan tidak membuat perkara yang boleh menyebabkan huru-hara dan mendatangkan ancaman kepada negara.

"Sekiranya Barisan Nasional (BN) benar-benar zalim dan menyeleweng dalam PRU13 tidak mungkin berlaku peningkatan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk pakatan.

"Sekiranya rakyat benar-benar mahu memberi kemenangan kepada pakatan sudah pasti BN tumbang dengan kekalahan yang besar, namun rakyat tetap memberi ruang untuk BN meneruskan agenda pembangunan negara walaupun dengan majoriti mudah 133 kerusi," katanya.

Justeru Muhammad Anwar Fahmi meminta Anwar supaya bertenang dan bertindak secara rasional dengan ketentuan Allah dan melihat perkara itu dengan penuh hikmah kepada rakyat dan negara.

Menurut beliau, tindakan Anwar yang terus mengistiharkan perang psikologi terhadap kerajaan BN serta menganggu- gugat perjalanan mandat yang bakal direalisasikan oleh kerajaan Persekutuan sekadar mengambarkan kerasukan beliau untuk mendapatkan kuasa.

Beliau juga melahirkan rasa bimbang dengan tindakan Anwar yang seolah-olah cuba mendapatkan perhatian,sokongan dan kekuatan daripada dunia luar khususnya Amerika Syarikat untuk menyokong usahanya itu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday 16 May 2013

Panas : Kantoi Rihanna Cium Molot Ngan Katy Perry...


The rapprochement of Rihanna and Chris Brown has done well for the Caribbean friendship with Katy Perry.


According to the site "Hollywood Life," Katy was furious with the alleged singer's back with ex-boyfriend, who beat her in 2009 because it believes that Rihanna is making a big mistake.


The last appearance of friends together was at the VMAs, which happened in early September. Apparently Rihanna and Katy Perry not good friends ;) seram more, more, ending a friendship because of love, at most they will be good known.

Biar Betul!!! Pas Wilayah Dah Sokong Ku Nan??? Husam Camner??? @TengkuAdnanReal


KUALA LUMPUR – PAS Wilayah Persekutuan mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atas pelantikan beliau sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.

Ketua Penerangannya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, PAS Wilayah Persekutuan mengalu-alukan pelantikan tersebut memandangkan beliau merupakan Ahli Parlimen Putrajaya.

"Kami bagaimanapun terkilan kerana Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan bukan dari kalangan Ahli Parlimen iaitu Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan.

"Apakah BN sudah ketandusan pemimpin tempatan di Wilayah Persekutuan yang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) untuk dilantik ke jawatan tersebut," soalnya melalui satu kenyataan media hari ini.

Mohamad Suhaimi berkata, PAS WP berharap Menteri Wilayah Persekutuan dan timbalannya mampu menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai wilayah yang maju, makmur, aman dan sejahtera.

Ia kerana, dakwa beliau, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan mencerminkan nilai yang tinggi pada peradaban dunia serta menjadi contoh pembangunan bandar terbaik di negara ini.

Beliau juga berharap Tengku Adnan meletakkan setiap kawasan Parlimen sama penting dan perlu diberi keutamaan tanpa mewujudkan sikap prejudis atau 'wilayah terasing' terhadap mana-mana parlimen yang dimenangi oleh pakatan pembangkang.

Dakwanya, ahli parlimen pembangkang perlu diberi peranan memberikan buah fikiran, pandangan dan kerjasama erat bagi membina kesejahteraan rakyat serta pembangunan Wilayah Persekutuan. – mynewshub.my
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Panas!!! Bukti Rakyat Mahu Anwar Tunai Janji Undur lepas Kalah PRU13???


Terakhir 90% nak anwar bersara. Anilneto terpaksa tutup undian sebab syak ada manupulate undian.. Hahahahahahahahahahahahahaha

http://anilnetto.com/malaysian-politics/malaysian-elections/poll-should-anwar-continue-to-lead-pakatan/

Posted by Anil Netto on 15 May 2013 Add comments

Hello there! If you are new here, you might want to subscribe to the RSS feed for updates on this topic.

inShare

Malaysiakini reports that a poll in The Edge claims 81 per cent of respondents want Anwar to quit after the GE result indicated Pakatan failed to capture Putrajaya. Let's try an identical online poll here.

Pakatan has failed to capture Putrajaya in GE13. Should Anwar step down as leader?

Terkini!!! Senarai Penuh Kabinet Najib Selepas PRU13...


Berikut ialah senarai barisan kabinet Persekutuan 2013 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini:
Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri:
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Abdul Wahid Omar (akan dilantik sebagai senator)
Datuk Seri Idris Jala (Senator)
Tan Sri Joseph Kurup
Datuk Seri Shahidan Kassim
Nancy Shukry
Datuk Joseph Entulu Belaun
Datuk Paul Low Seng Kuan (Senator)

Timbalan Menteri: Datuk Razali Ibrahim
Timbalan Menteri: P.Waythamoorthy (akan dilantik sebagai senator)

Kementerian Kewangan
Menteri I : Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan

Kementerian Pelajaran
Menteri I: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri II Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan Menteri I: Datuk Mary Yap
Timbalan Menteri II: P.Kamalanathan

Kementerian Dalam Negeri
Menteri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Wednesday 15 May 2013

Terkini!!! Senarai Rasmi Menteri Kabinet Malaysia 2013...


Barisan Kabinet Baru Barisan Nasional 2013

Menteri Di JPM - Jamil Khir
Menteri Di JPM - Abdul Wahid Omar
Menteri Di JPM - Idris Jala
Menteri Di JPM - Joseph Kurup
Menteri Di JPM - Shahidan Kassim
Menteri Di JPM - Nancy Shukri

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - G Palanivel

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan - Nazri Aziz

Menteri Wilayah Persekutuan - Tengku Adnan Mansor

Menteri Belia dan Sukan - Khairy Jamaluddin

Menteri Komunikasi dan Media - Ahmad Shabery Cheek

Menteri Luar - Anifah Aman

Menteri Kerjaya - Fadillah Yusof

Menteri Dalam Negeri - Zahid Hamidi

Menteri Pertahanan - Hishamuddin Hussein
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Penting!!! Tolong Vote YES Tau... Anwar Kena Letak Jawatan...


URGENT! VOTE 4 YES!


Tolong syer benda nie dengan kengkawan lain tak kira dalam wassap group ker bbm group ker wechat ker keek ker istagram ker email ker or apa-apa group sekalipun...

Anwar kena letak jawatan sebab dia dah janji nak letak jawatan kalau Pakatan kalah dalam PRU13... So, tunaikan ler janji lu anwar ooooooiii... Berjanji memang senang tapi nak tunaikan tu yang payah...

Patut kena vote YES utk anwar letak jawatan... Kalo NO utk anwar kekal mengetuai PR... Vote YES... Dah 40% YES dan 60% NO... Semakin seimbang...

p/s : lain kalilah ye anwar...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Terkini!!! Seorang Lagi Ditahan Kes Bunuh TKP Kastam Putrajaya???


KUALA LUMPUR – Seorang lagi lelaki ditahan di ibu negara jam 2 petang semalam berhubung kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Kastam, Datuk Sharuddin Ibrahim di Putrajaya, 26 April lalu.

Suspek yang berusia 37 tahun dan bekerja sebagai pengimport alat ganti kenderaan dipercayai mempunyai maklumat yang boleh membantu polis mengenal pasti motif sebenar pembunuhan itu.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah pada sidang media sebentar tadi. – Berita Harian Online
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Gempar!!!! Terkini : Kerajaan BN Mungkin Tidak Sah????


TERKINI - KERAJAAN BN MUNGKIN TIDAK SAH.

SPR memaklumkan wujud kesilapan dalam pengiraan kerusi yang dimenangi oleh Barisan Nasional. Banyak kerusi yg tidak dikira secara rasmi dlm PRU13.

Menurut pengerusi SPR, kiraan bilangan kerusi milik PKR yang dimenangi tetapi tidak diambil kira termasuklah........
....

kerusi urut dan kerusi roda Karpal Singh...

Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday 14 May 2013

Ustaz Azizan : Jangan Bagi Depa Potong Kaki Aku…


Aku menemani Ustaz Azizan di KMC setelah beberapa hari tak bertemu kerana urusan kempen pilihanraya. Beberapa kali dia berpesan kepada rakan-rakan untuk menghubungi aku yang agak sibuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Pengarah MTD DUN Jeneri (aku adalah Timbalan Pengarah 1 sebelumnya, terpaksa memangku pengarah yang dilantik sebagai wakil calon). Kami hanya berhubung melalui telefon. Dia foward beberapa sms dan nombor telefon yang memaki hamunnya sebelum dan selepas calon-calon dimuktamadkan. Aku ber istighfar dan meminta dia terus bersabar. Dia sudah buat yang terbaik untuk negeri, rakyat Kedah dan parti. Tak ada apa perlu dikesalkan.

Beberapa kali dia merungut… "Depa tak mau dengar cakap kita dah. Susunan dan cadangan kita diredah tanpa merujuk kepada kita lagi. Semua orang boleh membuat keputusan untuk PAS Kedah. Kita di Perhubungan Negeri sudah tak ada kuasa apa- apa. Pesuruhjaya ada ramai di Kedah ni". Saya hanya mendengar dan menyelami keresahannya. Seorang Pesuruhjaya tanpa kuasa di saat keputusan-keputusan besar perlu dilakukan.

Ramai orang lama PAS Kedah datang dengan rombongan mereka dari kawasan -kawasan untuk memohon dikekalkan atau diganti calon-calon tertentu dengan alasan yang tersendiri, Ustaz Azizan sudah letih melayani. Katanya" Hampa kata hampa, yang aku cadang pun depa buang, depa langgaq ikut suka depa, nak suruh aku pertahan hak hampa cadang lagu mana. Hampa pi lah ke pejabat agong, aku sudah tak buleh buat apa-apa."

Setelah keputusan PRU diumumkan, barulah saya berkesempatan bertemu dengannya, itupun dia sudah di KMC, mengadu sakit kaki dan demam. Kali pertama mengunjunginya pada Isnin, dia sedang menjalani prosedur rawatan di ICU, saya pulang jam 6 petang, setelah menunggu 2 jam. Salur darah di kakinya tersumbat.

Esoknya, saya dimaklumkan oleh anaknya Mohamad Rafie, ayahnya mungkin dirujuk ke IJN dengan kondisi kesihatannya yang tidak didedahkan. Saya masuk menemui Azizan di ICU KMC jam 2 petang, dia mengalirkan air mata setelah saya mencium tangannya yang sedang terbaring. Saya tak mampu menahan lelehan airmata yang makin laju. "Sik macam mana dah? Aku tau hang pulun nak bagi menang jugak, tapi ni semua takdir Allah. Kita terlepas satu beban yang sangat besar. Hang bayangkan kalau kita menang, dan aku ada dalam wad, tentu kacau bilau lebih besaq daripada awal 2012 hari tu". "Tak pa lah Ustaz, tok sah dok pikiaq pasai politik lagi, kita berubat bagi lega dulu". Aku jawab perlahan memujuknya.

"Kaki aku kebas, tak rasa apa-apa. Hang angkat aku sat, aku nak pi bilik ayaq". Sejak beberapa bulan terakhir, terutama ketika dia mengadu tentang calon-calon PAS Kedah, tekanan dalaman parti, sikap rakan-rakan parti, caci maki melalui SMS yang diterimanya, saya sering sebak dan buntu. Apa lagi yang tak kena, apa salah aku apa dosa kita… Dia merungut. Tak ada siapa mai habaq dosa apa yang aku buat, main hentam jauh- jauh saja. Mai lah cakap depan aku, apa salah aku. La ni semua pi panjat tangga Pejabat Agong, kita di negeri dah tak laku. Biaq depa jawablah.

196 Mati, 439 Cedera... Itulah Tragedi 13 Mei 1969!



Semalam 13 Mei - tarikh yang sangat sinonim dalam sejarah negara. Pada tarikh itu berlaku peristiwa berdarah yang tidak mungkin dilupakan oleh seluruh rakyat terutama mereka yang mengalami sendiri peristiwa berdarah itu.

Lebih menyayat hati, ada antara mereka yang menyaksikan sendiri pertumpahan darah gara-gara perbalahan antara kaum itu, hilang keluarga dan tempat bergantung akibat tragedi itu.

Bagi generasi baru, tarikh itu mungkin tidak meninggalkan kesan.

Mereka tidak mungkin merasai pahitnya perasaan kehilangan, pedihnya maruah dipermainkan apatah lagi berasa gerun kerana nyawa berada di hujung tanduk.

Jika diimbas semula peristiwa berdarah itu196 banyak kesan yang boleh dilihat sama ada secara langsung ketika itu mahupun kesan jangka panjang atau impak positif serta pengajaran yang boleh diambil dari 13 Mei 1969.

Kesan langsung sudah tentulah huru hara, kebakaran, kematian, kecederaan dialami mereka yang terbabit dengan peristiwa itu yang menyaksikan angka kematian direkodkan seramai 196 orang dengan 439 orang lagi cedera, 39 orang hilang dan 9,143 individu ditahan. Pihak berkuasa juga merekodkan sebanyak 211 kenderaan musnah pada kejadian itu.

Gempar!!! Ancaman Bom Kat Mahkamah Putrajaya @ Palace of Justice????



Gempar!!! Pagi nie KN menerima kiriman dua keping gambar daripada sahabat yang bekerja dilokasi yang dikatakan berlaku di Mahkamah Putrajaya atau dikenali dengan "Palace of Justice" kononnya terdapat bom dalam kawasan bangunan tersebut.

Diberitakan bahawa seorang kakitangan menerima panggilan telefon daripada individu yang tidak dikenali kononnya terdapat bom dalam bangunan Mahkamah tersebut menyebabkan tercetusnya situasi panik.

Pihak pengurusan pentadbiran mengambil langkah drastik dengan mengeluarkan arahan mengosongkan bangunan kepada semua kakitangan dan orang ramai yang berada dalam bangunan. Tidak pula sahabat KN menyatakan macam mana dengan keadaan hakim-hakim dan pendakwaraya dalam bangunan tersebut dipindahkan ke mana sama ada sama seperti kakitangan lain.

Kalau pembaca ada maklumat tepat atau cerita penuh boleh kongsikan dengan menghantar email ke KN.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday 13 May 2013

Sketsa : Khas Buat Janda Muda Saja, Yang Lain Jangan Baca!!!!


Al-kisah….. ada seorang janda muda bergetah yang comel, cantik dan cute telah lama menjanda lepas kematian suaminya. Setelah bertahun menjanda, wanita cantik ini kesunyian dan memasang niat untuk kahwin sekali lagi. Memandangkan janda ni lawa, cantik, bergetah ramai la orang-orang kampung yang teringin berbinikan si janda ni.Untuk memudahkan orang kampong dan sebagai guideline untuk mereka yang berminat, maka si janda ni buat satu iklan mengenai syarat-syarat untuk menjadi suami dia:

Ada 3 syarat utama yang wajib dipenuhi oleh setiap calon:-

1- Orang tu mestilah bukan mata keranjang. Tak mudah tergoda dengan perempuan cantik yang lain.

2- Orang tu bukan kaki pukul isteri – kerana dia takut dengan berita2 semasa pasal suami pijak perut isteri, pukul isteri, belasah isteri… hish ngeri.

3- Orang tu mestilah mempunyai alat sulit yang perkasa. Hebat di ranjang.Setelah membuat iklan tersebut, maka ramailah jejaka/ orang tua/ anak muda yang mencuba nasib mengurat si janda ni.

Sampai 3 hari 3 malam orang beratur untuk ujibakat jadi suami dia. Namun tak ada satu pun yang menepati ketiga-tiga syarat yang diberikan. Ada yang kurang satu syarat, ada kurang 2 dan tak ada langsung ciri2 pun ada.Si janda semakin putus asa. Sehinggalah pada malam terakhir ujibakat, masih belum ada calon yang mempunyai ketiga-tiga kriteria tersebut.

Akhirnya bila semua calon sudah habis… janda tu pun masuk la ke bilik tidur dengan perasaan frust yang amat sangat.Baru dia nak tertidur tiba2-tibaterdengar ketukan di pintu rumahnya bertalu2… TOK! TOK! TOK! TOK! TOK! TOK!

Sebarkan!!! Senarai Barang Geng DAP Kita Boikot!!!


BOIKOT BARANGAN GENG DAP

SENARAI BARANGAN SEKUTU DAP
1.Tepung Gandum Cap Sauh
2. Sri Murni Minyak Masak
3. Sri Murni Nugget
4. Marina Nugget
5. Marina Tuna
6. Aminah Hassan Sos Cili
7. Aminah Hassan Sos Tomato
8. Aminah Hassan Bihun
9. Roti Massimo
10. PowerRoot Ali Cafe
11. PowerRoot Oligo Cereal
12. PowerRoot 9SPOT ISOTONIK

Panas!!! Akhirnya Pembunuh Timb. Pengarah Kastam Berjaya Ditangkap!!!


Seorang lelaki berusia 56 tahun telah ditahan berkaitan pembunuhan Timbalan Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, suspek ditahan oleh pasukan petugas khas di Petaling Jaya pada kira-kira 8.30 pagi Sabtu.

"Kami percaya suspek mempunyai kaitan.

"Dia telah ditahan untuk memudahkan siasatan pembunuhan Shaharuddin," kata beliau dalam satu kenyataan, Ahad.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers