Khairul Azwan Harun atau lebih mesra dikenali dengan Azwan Bro dilahirkan di Ipoh, Perak. Sejak awal Azwan telah dididik dalam suasana kekeluargaan yang mengutamakan nilai-nilai kesederhanaan, keagamaan dan kepentingan jati diri Melayu.
Azwan mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa sebelum menyambung pelajaran di Cardiff University Of Wales, United Kingdom (Bachelor Of Science) dan Universiti Terbuka Malaysia (Master Of Management).
Penglibatan Azwan dalam dunia politik sebenarnya bermula semenjak belajar di luar negara lagi apabila terlibat secara langsung bersama Kelab UMNO Luar Negara UK & Eire.
Setelah pulang dari United Kingdom, pada tahun 1999, beliau memulakan kerjaya sebagai Juruaudit dan Konsultan Kewangan di Ernst & Young, Kuala Lumpur.
Pada tahun 2004, Azwan telah dilantik sebagai Pegawai Khas kepada YB Dato’ Dr. Zambry Bin Abd. Kadir yang ketika itu merupakan Exco Pelajaran, Sumber Manusia dan Teknologi Negeri Perak.