Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday 2 September 2013

Presiden GBG1M Bakal Ketua Pemuda Kota Bharu??? @NajibRazak


Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia mahu bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Kota Bharu pada pemilihan parti itu Oktober ini.

Shahrul Nasrun Kamarudin, 27, berkata, beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu bagi melaksanakan meraih kembali sokongan golongan muda kepada UMNO.

"Langkah yang saya ambil ini bagi menyahut seruan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu melaksanakan transformasi politik terutama meraih semula sokongan golongan muda," katanya.

Beliau mengumumkan perkara itu pada majlis Perasmian Kejohanan Futsal Merdeka 2013 Suara Generasiku di Pengkalan Chepa.

Shahrul yang juga ahli Pemuda UMNO Cawangan Atas Banggol berkata, beliau akan membawa pendekatan drastik untuk mendekati golongan muda.

Menurutnya, golongan muda perlu didekatkan dengan UMNO Bahagian Kota Baharu supaya mereka memahami parti itu dengan lebih mendalam.

Jawatan Ketua Pemuda UMNO Kota Bharu kosong selepas penyandangnya, Datuk Rosmadi Ismail melepaskan jawatan itu atas faktor had umur sebelum ini.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers