Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 3 August 2013

Jep & Shuaib Berlawan Marhaban Di Pagi Raya!!! Kah Kah Kah Kah!!!



adoi... pecah perut aku gelak part jep nyanyi lagu pondok kecil part suara budak2 tu. hahahahaha

sejujurnyaaa...ku x bisaa... hahaha. adoiiiiiyaiii

Friday 2 August 2013

Khairun Aseh Setpol PM Ada Hati Lagi Nak Jadi KP Putrajaya??? @NajibRazak @TengkuAdnanReal @AhmadMaslan @TanSriAseh


Tak habis-habis lagi si keron nie. Masih ada hati nak kejar jawatan Ketua Pemuda Putrajaya walaupun Perdana Menteri selaku bos dia dah keluarkan arahan tidak dibenarkan Setpol ataupun pegawai khas PM untuk bertanding apa-apa jawatan dalam pemilihan UMNO yang akan datang. Tak fahan bahasa ke Setpol PM nie.

Mesti korang terkejut kenapa gua tetiba tulis pasal si keron walaupun agak lama dah tak tulis pasal DaddyCable ni. Gua ingat lepas PM keluar arahan tu mamat nie nak la "stand down" tumpukan perhatian kepada tugas beliau sebagai SETIAUSAHA POLITIK kepada PM. Tapi rupanya nafsu serakah pada jawatan tu masih tak luput di hati anak Pengerusi Perbadanan Putrajaya, Aseh Che Mat nie. Gila jawatan sungguh la mamat poyo ni.

Dalam senyap-senyap gua dengar ada satu pertemuan sulit yang dijalankan oleh si keron ni dengan menghantar balacinya untuk "nego" jawatan no 1 Pemuda UMNO Putrajaya ni dengan seorang lagi calon KP Putrajaya. Dengar-dengarnya calon pesaing beliau dijanji dan ditawarkan dengan jawatan no 2 iaitu sebagai Naib Ketua Pemuda dengan janji kononnya beliau kaya banyak duit boleh bantu calon tadi untuk jalankan aktiviti dan program di kawasan.
Wah! Wah! Main kasar nampak. Dah la tu, bila sudah ada kompromi tu, si keron ni akan mengadap PM dan menyampaikan hasrat kononnya Pemuda UMNO Putrajaya dengan sokongan akar umbi mengharapkan dia jadi KP jugak. Dengan itu dia nak minta PM memberi kelonggaran kepada beliau untuk bertanding.

Thursday 1 August 2013

[18SX] Sketsa : Kisah Janda Yang Dahaga!!!


-KISAH JANDA YANG DAHAGA-

Disini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang janda yang baru
sahaja kematian suami....

Hasnah seorang janda kaya yang baru sahaja kematian suaminya akibat
kemalangan jalanraya. Beliau masih muda lagi dan mempunyai potongan badan yang cantik.

Sejak kematian suaminya, beliau sentiasa diusik oleh jejaka-jejaka kampung yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Hasnah tidak pernah melayan karenah pemuda-pemuda kampung tersebut, kerana hatinya masih lagi merindui arwah suaminya...

Walaupun.... hatinya berasa sepi ketika waktu ini. Lebih-lebih lagi di waktu
malam... Rasa sepi hatinya tiada siapa yang tahu...

Kerusi Ketua Pemuda UMNO??? @KhairyKJ vs Khir Toyo???


Clash of the Titans!!!

Semalam ketika gua menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan penyerahan sumbangan kepada anak yatim dan ibu tunggal anjuran Pemuda UMNO yang diadakan di Masjid KLCC, gua ada dengar sembang-sembang dikalangan member-member ahli Pemuda dok sembang sakan pasal pemilihan yang bakal berlangsung bulan Oktober nanti.

Teka-teki calon bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO sudah terjawab dengan pertandingan 6 penjuru. Cuma jawatan peling tinggi iaitu Ketua Pemuda UMNO saja yang masih menjadi teka-teki. Adakah penyandangnya yang juga Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin akan terus mempertahankan kerusi tersebut atau meninggalkannya untuk jawatan yang lebih tinggi seperti jawatan MT mungkin.

Atau beliau mempertahankan jawatan tersebut kerana semua ketua sayap adalah secara automatik dilantik menjadi ahli MT secara lantikan. Ada gua dengar sok sek sok sek kengkawan semalam ada menyatakan bahawa bekas menteri besar Selangor, DS Khir Toyo menunjukkan minat untuk bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda.

Dan jika Khairy masih berminat mempertahankan jawatannya, maka jika benarlah khabar yang di bawa angin ni Khir Toyo juga mengintai nasib mahu bertanding kita pasti melihat pertandingan dua penjuru yang sengit. Jika semasa pemilihan 2009 lepas kita lihat pertarungan 3 penjuru antara KJ, Khir Toyo dan Mukhriz tapi kali ini kita mungkin lihat pertandingan satu lawan satu.

Apa pun sehingga kini KhairyKJ masih membisu 1001 bahasa dan tidak menyatakan sama ada beliau mahu mempertahankan jawatannya atau mahu bertanding jawatan yang lebih tinggi seperti jawatan MT atau Naib Presiden. Mungkin kali ini KJ lebih berhati-hati mencongak percaturan agar beliau tidak kecundang pulak selepas pemilihan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Gempar!!! Balai Polis Putrajaya Pulak Kena Serang Orang Muda??? @TengkuAdnanReal @tunfaisal




Tuesday 30 July 2013

Ketua Bahagian Di Selangor Yang Wajib Diganti!!! @NajibRazak @TengkuAdnanReal


Bulan September akan datang merupakan bulan yang paling menarik perhatian tahun ini selain bulan Mac lepas kerana Pilihanraya Ke-13. Apa yang menariknya bulan September ni, inilah bulan berlangsungnya mesyuarat UMNO peringkat Cawangan dan Bahagian di seluruh negara.
Setelah hampir 5 tahun sejak 2009 barulah pemilihan baru diadakan dan ini merupakan antara tempoh terpanjang dalam sejarah pemilihan UMNO. Jadi, inilah masa yang paling sesuai perwakilan UMNO membuat perubahan pucuk pimpinan bermula di Cawangan kemudian di Bahagian.

Kepada Ketua Bahagian dalam negeri Selangor yang gagal membantu Bahagian hingga tertewasnya calon di Parlimen dan DUN masing-masing, beliau haruslah tidak bertanding lagi dan memberi laluan kepada muka baru. Namun, janganlah tempat ini diisi pula oleh mereka yang sama spesisnya dengan Ketua Bahagian lama.

Ini antara senarai Ketua Bahagian dalam Selangor yang elok digantikan jer seperti yang disenaraikan oleh ShahAlamRebels :

Monday 29 July 2013

Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan AmanJaya Intenship 2013 Perak... @NajibRazak @ZambryAbdKadir @AzwanBro




Apa Ada Dengan @Armand_PJU??? #Armand4Exco @NajibRazak @TengkuAdnanReal @tunfaisal


APA ADA DENGAN ARMAND????

Dah macam filem Indonesia plak "Apa Ada Dengan Cinta". Siapa si Armand nie? Apa jasa mamat nie dengan agenda melayu? Apa sumbangan beliau pada agama? Gua rasa nanti-nanti la gua kupas pasal sumbangan, jasa atau peranan beliau.

Kali pertama gua jumpa dia nie 3 tahun lepas masa Perhimpunan Agung UMNO 2010 kat PWTC. Lepas tu bersambung ke beberapa program Pemuda. Mula-mula jumpa, mula-mula kenal memang ada satu rasa mamat nie muka garang semacam dah macam geng 3 line Pekida. Kalo dia sembang dah macam kat kampung dia. Tapi lama kelamaan gua kenal dia, rupa tak melambangkan perangai.

Banyak pemimpin UMNO yang gua jumpa, banyak pemimpin Pemuda terutama EXCO pemuda yang gua kenal muka depa tapi belum tentu depa kenal gua la. Tak ramai yang ada berperwatakan macam Armand, "humble" merendah diri. Tiap kali berjumpa pasti dengan gua, belum sempat gua nak hulurkan tangan dia dah hulur dulu siap peluk lagi. Cium jer xda haah! Ini bukan Anwar Al-Juburi tau.

Mungkin juga kerana Armand ni asal dari Perak dan gua pun asal dari Perak yang menggunakan dialek loghat bahasa yang sama menyebabkan gua selesa berkomunikasi dengan beliau. Aje nyer yer yop!!! Sebab tu tiap kali lepak ngan dia nie pasti pecah perut dibuatnya dengan lawak loghat Perak beliau.

Itulah Armand yang gua kenali walaupun beliau pegang pelbagai jawatan dalam dan luar Pemuda tapi bila gua dengar beliau "declare" nak bertanding jawatan Exco Pemuda Malaysia, gua rasa beliau seorang calon yang sesuai untuk mengisi 20 tempat Exco yang ada. Elok sangat la jawatan tu diisi oleh spesis macam Armand nie daripada diserahkan kepada ntah sapa-sapa. Cuba korang bagi tau gua, daripada berpuluh Exco Pemuda penggal lepas berapa ramai yang aktif.

Kepada perwakilan dan mereka yang mempunyai kuasa untuk mengundi dalam pemilihan yang akan datang Disember ini, bagi la peluang kepada mereka yang betul-betul berkelayakkan dan mahu berkhidmat bukan kepada mereka yang hanya mengejar jawatan demi kepentingan diri sendiri.

p/s : vote #Armand4exco...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

AMARAN!!! Pembikin Filem The New Village Jangan LUPA FAKTA Ini!!!




Gua tidak pasti apa yang bermain difikiran para pembikin filem kontroversi The New Village yang bakal ditayangkan di seluruh negara 23 Ogos ini tapi tak jadi dengan arahan terbaru dari KDN.

Yang gua pasti, sama ada cuba mengelak atau tidak, mereka kena akui yang mereka telah mengangkat martabat komunis amnya dan Parti Komunis Malaya (PKM) khususnya ke tahap yang cukup tinggi.

Lebih menyakitkan hati, mereka cuba 'melembutkan' segala kejahatan dan kemungkaran yang dibuat PKM sebaliknya 'mencantik dan menghalalkan' pergerakan kumpulan bersenjata itu dalam bentuk yang cukup kreatif iaitu melalui medium perfileman.

Mereka ternyata lupa subjek yang mereka ingin 'agungkan' itu sebenarnya merupakan sekumpulan manusia yang mempunyai sifat cukup kejam dan mempunyai perangai yang cukup jelik khususnya di mata mereka yang telah berjuang mati-matian untuk negara Malaysia yang tercinta ini.

Sepatutnya, SEBELUM pembikin filem The New Village ini menggunakan kebebasan hak dan idea mereka untuk mengangkat subjek ini di layar perak, mereka perlu tahu apa yang dah PKM lakukan tanah air kita khususnya dari tahun 1948 hingga 1989.

Kalau tak tahu, mari gua nak bagi tahu ;
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers