Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 15 October 2011

Eksklusif : Sekitar Pengundian Rumah 1Malaysia (PR1MA) Di Putrajaya

Suasana ketika hari pengundian Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang berlangsung di Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya pagi ini yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Sebanyak 560 unit kediaman yang akan dibina di Presint 11 dalam masa 3 tahun menjadi rebutan kepada 7113 pemohon yang layak berdasarkan kepada dua kategori.

Katogeri pertama, seramai 5943 pemohon terdiri daripada mereka yang masih belum mempunyai atau memiliki rumah sendiri. Manakala, seramai 1170 orang lagi pemohon adalah mereka yang telah membeli atau memiliki satu unit rumah sebelum ini. Untuk maklumat lebih terperinci Klik Sini.

Unit kediaman ini akan dibina oleh Putrajaya Holdings Sdn Bhd. Pengundian rumah PR1MA dimulakan oleh PM dan proses cabutan undi ini diawasi kredibiliti dan integritinya. Senarai cabutan nombor pemohon rumah PR1MA yang bertuah :

3402 Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri
6554 Datin Seri Rosmah Mansor, Isteri Perdana Menteri
3716 Datuk Seri Utama Tengku Adnan, Ahli Parlimen Putrajaya
4072 Datuk Seri Jamaluddin Jarjis, Duta Malaysia ke AS
2508 KSU Kementerian
(jangan la plak kaki nombor ambik nombor ni pegi menurun pulak... tapi kalo betul-betul kena, jangan la lupa bagi tau Kulaan...)


orang ramai dan pemohon yang hadir
ke majlis cabutan PR1MA

model rumah yang akan dibangunkan
dalam masa 3 tahun di Presint 11
560 unit rumah yang menjadi rebutan pemohon

model unit jenis A berkeluasan 1006 sq.ft
bernilai RM150,000


model unit jenis B berkeluasan 815 sq.ft
bernilai RM120,000



antara orang ramai dan pemohon yang hadir
dengan penuh harapan jika ada tuah








ketibaan PM ke dewan majlis...
(bodyguard plak blok masa Kulaan
nak ambil gambar PM)





PM ketika membuat cabutan undi calon yang bertuah


nombor 3402... bertuah betul sapa yang
dapat nombot tu...


baru ler dapat ambik gambar PM

canteeeek... lepas ni turn Kulaan pulak
salam dengan PM

sebahagian daripada barisan kepimpinan
Bahagian Putrajaya yang turut hadir ke majlis


Kulaan : dengan pengenalan program PR1MA ni sekurang-kurangnya PM dan kerajaan BN mengotakan janji yang dibuat... kerajaan pakatan plak buat apa dengan janji mereka terutama semasa PRU Ke12 lalu yang la ni dah nak masuk PRU Ke13... jawapan dia... "BUAT TAK TAU LER"

Friday 14 October 2011

Bila Artis Memberi Pandangan Peribadi Berkaitan Hudud????

Situasi:
Bila artis diagung-agungkan... 
Pendapat ulamak dipinggirkan...
Maka, tentang HUDUD ni pon tanya kat artis...
Adoyaiiiiiiii... Mana ada hukum Sula dalam HUDUD la ENOT oi... 
Kalau nak laksanakan hukum hudud banyak perkara yang perlu diberikan pertimbangan dan penilaiannya. Kita kena lihat keberkesanan hukum ini dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia, mungkin di negara Arab ia sesuai dijalankan kerana mereka sudah biasa mengamalkannya sejak dulu lagi. Tetapi jika kita baru hendak melaksanakannya di sini, pasti ramai tak dapat terima. Bagaimanapun hukum hudud ditetapkan dalam agama Islam dan perbezaan zaman banyak meninggalkan impak terhadap hukuman ini. -heliza helmi

Komen Ustaz Azhar Idrus: Bakpe dok tanye kuba jah? 
(bila ditranslate bahasa KL: kenapa tak tanya kerbau jer?)
muaakkakakaaa... lawak sungguh ustaz! heheheee...

Yang tukang tanya pon pasaaaaaaal la vangang sangat... Ada ker tanya isu HUDUD ni kat artis?! Tak faham btol aku... Jangan kata nak jawab isu berat lagi hangat di pasaran... isu AURAT pooooon dah tak lepas.

Inilah kes, orang jahil berlagak bijak. Takder ilmu, duk diam... baik lagi kalau gi belajar...
Jangan wak terlebih bijak... Jangan kerana lidah tak bertulang, Akidah kau gadaikan!!!
kuliah malam tadi kat Masjid Al-Khairiyah, ustaz (lupa nama) kata:
kita baca Quran, tapi kita tak nak ikut apa yang tertulis dalam Al-Quran...
Siapa kita nak menidakkan HUKUM Allah???
Malas la nak cakap banyak... kita pun ilmu sejengkal jugak. tapi peringatan buat semua...
'Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan nak diduga...'  eh btol kan penggunaan peribahasa ni? kang aku plak divangangkan ni! heheheheeee...

Sumber : KakikuSukaBerjalan


Kulaan : ini pandangan orang muda yang Kulaan terjumpa semasa melayari alam siber mencari bahan dan fakta berkaitan isu Hudud ni. Kepada artis-artis di luar sana pesan Kulaan agar lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan kerana ditakuti kelak makan diri macam cerita Wardina dengan isu yuran persekolahan dan PIBG.

Tuesday 11 October 2011

Panas : Cikgu Normala From Tenang Is Back!!!!!


"I see you in court..."



Aneh bukan setelah sekian lama menyepi kini Cikgu Mala muncul kembali untuk menyaman dua bloggers top pro kerajaan iaitu PapaGomo dan GAP kerana beliau mendakwa dua blogger ini menyebarkan berita palsu dan fitnah ke atas dirinya.



Saya terfikir kenapa baru sekarang Cikgu Mala muncul untuk menyaman dua bloggers ini? Kenapa tidak selepas sahaja beliau tewas dalam PRK Tenang? Kerana kemungkinan besarlah 'fitnah' bloggers yang menyebabkan dirinya tewas terduduk di Tenang. Jika ditanya pendapat saya - saya menggangap tindakan Cikgu Mala ini hanyalah peluang untuk mempopularkan dan menonjolkan dirinya semula memandangkan PRU-13 sudah semakin hampir.

Lagipun saya 80% yakin status yang ditulis oleh Cikgu Mala di laman facebooknya tidak lebih daripada sekadar ugutan atau dalam bahasa mudahnya 'buat gempak'. Kerana kita tahu sudah berapa banyak ugutan saman kepada bloggers pro-kerajaan dibuat oleh pemimpin PAS.


Ataupun Cikgu Mala kini sudah tiada lagi sumber pendapatan tetap memandangkan beliau meletakkan jawatan sebagai guru semata-mata mengejar jawatan YB yang diimpikannya.


Sebelum ini heboh diperkatakan bahawa Khalid Gereja nak saman PapaGomo kerana mengeluarkan dokumen palsu berhubung isu serbuan gereja DUMC. Tapi sehingga ke hari ini PapaGomo masih terus mengganas dan yang terbaru video seks Anwar Ibrahim di lain lokasi dikeluarkan oleh dua blogger ini semalam.


Dulu ADUN Selinsing yang didakwa berzina dalam gerabak keretapi turut berkata ingin mengenakan tindakan undang-undang kepada blogger yang memfitnah dirinya. Tapi di manakah ADUN Selinsing sekarang? Saya dengar-dengar menyorok dan malu untuk bersarapan di kedai biasa yang dikunjunginya.


Siapa lagi yang membuat ugutan "i nak saman you... you fitnah i.."?


Siapa lagi kalau bukan pemegang rekod dua kali mati di Malaysia iaitu Suhardi Mat Isa yang tampil kononnya untuk menyaman bloggers yang keluarkan video beliau mati sebanyak dua kali kerana mendakwa beliau tak mati dua kali tapi yang sebenarnya tiga kali.


Hahahaha...


Ikut rekod setakat ini hanya pemimpin kerajaan yang berani tampil mengenakan tindakan undang-undang kepada bloggers pembangkang. Ambil contoh blogger Sharpshooter yang diarahkan mahkamah membayar sebanyak RM300k kepada Rais Yatim kerana membuat fitnah, dan yang terbaru Sabahkini membuat permohonan maaf kepada Rais Yatim selepas melakukan fitnah ke atas menteri bersopan santun itu.


Kesimpulanya saudara pembaca, ugutan saman ini bagi saya tidak lebih dari sekadar 'buat gempak' untuk menutup mulut bloggers pro kerajaan dari terus membelasah dan membongkar segala pembohongan, penipuan mereka.
 Sumber : Double Y

Kulaan : Cikgu Mala bikin publisiti murahan lagi... untung-untung jadi calon PRU-13 lagi di Tenang... Cikgu Mala dah tak "TENANG" lagi berada di Tenang... tolong ler sesapa tenangkan dia yang hati tak tenang sama ada masih boleh dijadikan calon pembangkang...

Bob Lokman Kena Tangkap Dengan JAIS????

 
Pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal Bob Lokman ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) malam tadi, kerana menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.

Bob dikatakan ditahan ketika menyampaikan tazkirah di sebuah surau di Hulu Langat dan dibawa ke balai polis berdekatan.

Sementara itu, seorang pemimpin Pas, Bob, Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Mohd Sany Hamzan dan nazir surau berkenaan juga diminta memberi keterangan kepada JAIS sebagai saksi pada jam 10 pagi tadi.

Difahamkan Bob memberi ceramah agama dikatakan menyeleweng jauh kerana tidak ada latarbelakang agama cuma pengetahuan 'ikut-ikut' kepada hadirin surau itu malam tadi.

Kebanyakan ceramah yang disampaikan oleh Bob berunsur politik dan mengutuk kerajaan serta menghasut jemaah agar membenci kerajaan.

Ramai hadirin yang tidak senang hati kemudian mereka melaporkan kepada pihak berkuasa JAIS. JAIS sudah lama mengikuti jejak Bob Lokman di Selangor cuma menunggu masa sahaja untuk dicekup.
 Sumber : Bro Jinggo

Kulaan :  dah tinggi sangat ker ilmu di dada sampai boleh bagi ceramah agama... dengan ulama' mana berguru... dengan kiyai mana berguru... atau sekadar berguru dengan Tok Guru Nik Aziz dah sampai tahap boleh bagi ceramah... hebatnya Bob Lokman yang boleh belajar sekelip mata jadi guru agama...

Wardina Tak Suka Yuran Sekolah Sahaja Dikecualikan, Yuran PIBG Macam Mana????

Sebenarnya tulisan saudari Wardina Saffiyah di laman twitternya sudah lama diperhatikan oleh saya, kebanyakkan yang ditulis tidak dinafikan ada unsur-unsur nasihat yang berguna kepada para peminatnya. Namun  kadangkala kecewa juga bila dalam masa yang sama saya melihat twitternya digunakan untuk menyerang, perli, sindir kepada kerajaan pemerintah.

Dulu Wardina Saffiyah pernah dibalun teruk oleh blogger sehingga beliau bercuti daripada mengacara program MHI selama dua minggu dan mengugut untuk menyaman bloggers yang menyiarkan gambar lampaunya. Ketika sidang media bersama peguamnya saya dapat melihat wajah Wardina Saffiyah yang dilihat begitu tertekan dengan hentaman bloggers kepadanya. 

Tapi Wardina Saffiyah tidak menjadikan peristiwa terbabit sebagai pengajaran untuk beliau terus berhati-hati sebelum menulis status twitternya memandangkan beliau seorang personaliti. Hari ini beberapa pihak menyatakan perasaan marah mereka atas tindakan Wardina Saffiyah yang bertindak 'Retweet' (RT) satu kenyataan mempertikaikan yuran PIBG. 

Isunya bermula bila Wardina Saffiyah Retweet kenyataan di bawah :


Bila kita menggunakan akaun twitter, bila kita retweet (RT) kenyataan orang lain, ini bermakna kita setuju dengan kenyataan tersebut. Ini menggambarkan bahawa Wardina Saffiyah bersetuju dengan apa yang di'tweet' oleh Najilah Ishak yang mempertikaikan pemansuhan yuran sekolah dalam Bajet 2012. 

Saya tidak tahu individu ini pernah hadir dalam mesyuarat PIBG atau pun tidak, kerana setahu saya yuran PIBG ditetapkan oleh YDP mengikut kemampuan pelajar, dari situ guru-guru mengenalpasti pelajar yang mana berkemampuan atau sebaliknya. Sebab itu ada banyak sekolah hanya menetapkan yuran PIBG pada kadar RM10 sahaja. 

Selepas bertindak RT tweet tersebut, Wardina Saffiyah teruk dihentam oleh pengguna twitter lain termasuk YB Khairy Jamaluddin dan beberapa rakyat yang saya lihat jelas mereka non partisan. Antara twitter yang menghentam Wardina Saffiyah :





Bukan sahaja di twitter bertindak menghentam wanita paling Islamik ini, tetapi situasi tersebut turut panas di beberapa page facebook :



Lihat tindakan Wardina Saffiyah yang jenis tidak bertanggungjawab dengan apa yang diperkatakannya. 


Betul maaf - bermaafan adalah perkara yang baik, tapi sebagai ikon Wardina Saffiyah sepatutnya lebih bertanggungjawab dengan menyelidik terlebih dahulu kenyataan yang di tweet oleh rakan-rakannya sebelum bertindak RT kepada peminatnya di twitter dan facebook.

Kita tidak pernah menghalang Wardina Saffiyah menyatakan pandangannya di mana-mana laman sosial, cuma sebagai artis beliau sepatutnya bijak dalam berkata-kata memandangkan setiap tutur katanya kadangkala menjadi ikutan para peminatnya. 

Tak seronok kalau tulis pasal artis kita tak 'bantai' dia sikit, jadi saya nak 'bermanja' sikit dengan personaliti TV 'idola' saya ini dengan merujuk tweetnya di bawah :


Ok katanya dia tidak berminat majlis perkahwinan yang besar-besaran tapi minat dalam majlis sederhana yang barakah dan diredhai Allah. Amboii...amboi...amboi... (pinjam ayat pondan si Azwan Ali) sebelum bercakap elok Wardina Saffiyah kencing dalam tempurung dan tilik mukanya kerana majlis perkahwinan kaum keluarganya turut diadakan secara besar-besaran.

Skodeng sikit... 




Opps.. saya tidak membenci Wardina Saffiyah, malah saya merupakan peminat setianya setiap kali beliau mengacara MHI, tapi bila melihat beliau berkata-kata sahaja pandai tapi tidak merealisasikan dalam kehidupan sehariannya, saya beranggapan Wardina Saffiyah jenis manusia yang hipokrit!

Itu majlis perkahwinan... bagaimana dengan majlis aqiqah anak Wardina Saffiyah...? 

Saudara pembaca lihatlah di sini, jika itu bukan majlis aqiqah melibatkan anak Wardina elok saman sajalah penulis gossip artis ini, sederhananya majlis aqiqah anak Wardina KLIK

Wahai Wardina Saffiyah, sokonglah parti mana yang kamu mahu, jatuhkanlah pemimpin mana yang kamu suka. Tapi sebagai 'public figure' lebih baik sekiranya kamu memeriksa fakta sebelum bertindak RT sesuatu perkara. 
 Sumber : Double Y

Kulaan : dulu macam best jer tengok dia dalam Spanar Jaya... la nie dia spanar kan kerajaan plak... dia tak faham Bajet 2012 tapi macam teror jer...

Monday 10 October 2011

Majlis Penerangan Perdana BN Wilayah Persekutuan di PWTC



KUALA LUMPUR, 9 Okt – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan anggota Barisan Nasional (BN) untuk bersiap siaga bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang dengan tidak mencipta masalah dan melakukan sabotaj ke atas parti.

Katanya, atas kertas BN mampu menang di banyak kawasan tetapi jentera sendiri mestilah melaksanakan kerja tanpa menimbulkan perbalahan sesama sendiri.

“Depan saya semua kata ok tapi saya tahu ada yang tak ok. Kita masuk pilihan raya kerana nak menang dan tak nak kalah apatah lagi di kawasan Ibu Kota kerana kita tak nak BN jadi parti hanya di kawasan desa atau kawasan-kawasan luar bandar sahaja serta dilihat kononnya golongan intelektual tidak menyokong BN.”

Beliau yang juga Pengerusi BN berkata demikian dalam ucapan sempena Majlis Penerangan Perdana Wilayah Persekutuan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

“Kalau nak menang dalam PRU, kita mesti tonjolkan ‘winable candidate’, mesti tampilkan kriteria calon berdasarkan penilaian, buat perkiraan rapi dan tinjauan tapi kalau ‘winable candidate’ itu adalah ‘saya’ maka akan berlaku potong trip dan membuat tindakan-tindakan yang tak betul.

“Ini bukan saja akan jejaskan peluang calon kita untuk menang sama ada secara halus iaitu dengan tidak membuat sebarang kerja atau memberikan sokongan kepada calon BN seperti yang pernah berlaku dalam pilihan raya kecil lalu apabila rumah Setiausaha Bahagian sendiri tapi pukul 10.00 malam dah tutup lampu.”



Ujarnya, insiden lain yang lebih teruk lagi juga pernah berlaku sebagaimana dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak apabila ada calon yang sudah tiga penggal tetapi terpaksa digugurkan kerana tak termasuk dalam ‘winable candidate’ yang terus keluar kawasan dan enggan membantu BN.

“BN perlu pendekatan politik baru sesuai dengan perubahan masa. Zaman BN letak songkok pun boleh menang sudah berlalu,” katanya.

Tegas beliau, setiap anggota parti bertanggungjawab menjaga rakyat dan bukannya mengambil kepentingan penyokong tegar semata-mata kerana ia bersifat peribadi dan bukan untuk parti.

“Kita ada kekuatan dan kita ada kelemahan; kekalkan kekuatan kita dan perbetulkanlah kelamahan. Tunjukkan pada mereka bahawa kita boleh menang tanpa bersikap angkuh. Bekerjalah tujuh hari seminggu untuk parti dan pastikan bahawa BN akan kekal di Putrajaya.” - MediaUMNO



Kebetulan juga Keris turut menghadiri majlis tersebut, terasa berbaloi dan berbangga apabila dapat bersalaman dengan pemimpin No 1 Malaysia serta berhadapan dengan PM secara 'face to face'.


Keris juga mengambil kesempatan ini ingin berterima kasih kepada D
ato' Raja Nong Chik bin Datuk Raja Zainal Abidin yang menyebut mengenai pejuang-pejuang maya serta bakti Keris dan rakan-rakan di ruang siber. Juga tadi Keris agak bersemangat mendengar ucapan Datuk Ahmad Maslan serta ucapan penuh tersirat oleh YAB Perdana Menteri. Memetik sedikit ucapan beliau :


“Kalau nak menang dalam PRU, kita mesti tonjolkan ‘winnable candidate’, mesti tampilkan kriteria calon berdasarkan penilaian, buat perkiraan rapi dan tinjauan tapi kalau ‘winnable candidate’ itu adalah ‘saya’ maka akan berlaku potong trip dan membuat tindakan-tindakan yang tak betul.


Pada pandangan Keris yang kerdil ini, 'winnable candidate' ini harus dipilih mengikut tiga kriteria iaitu penilaian serta pandangan akar umbi dan bukannya dengar melalui laporan oleh pegawai khas mereka. Keduanya kepada sesiapa yang kalah maka tidak perlu lagi bertanding dan yang terakhir kepada mereka yang sudah terlalu lama 'memanaskan kerusi' sudah boleh membuka laluan kepada 'muka baru' untuk bertanding.
 Sumber : Keris 7 Lok

Siri 2 : Bajet 2012 "Membela Rakyat, Mensejahtera Negara"

Siri 1 : Bajet 2012 "Membela Rakyat, Mensejahtera Negara"


Kulaan : Pembentangan Bajet 2012 yang dibentangkan PM baru-baru ini adalah antara Bajet terbaik pernah dibentangkan kerajaan Barisan Nasional sehingga mendatangkan kegerunan kepada pakatan pembangkang sehingga memaksa pembangkang membentangkan bajet tidak rasional sebelum kerajaan bentangkan bajet demi untuk meraih sokongan pengundi yang kini Kulaan lihat semakin kurang kepada pembangkang...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers