Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...
Showing posts with label Bajet 2012. Show all posts
Showing posts with label Bajet 2012. Show all posts

Wednesday, 17 October 2012

Laporan Audit 2011 Mengarut????....


SEKALI pandang laporan audit 2011 oleh Ketua Audit Negara ini nampak adil dan menyebelahi semua pihak. Begitu juga bila dilihat dari kelemahan pengurusan kewangan beberapa kementerian (terutama Kementerian Pertahanan) seperti dipetik Malaysiakini terutamanya semalam, semuanya menampakkan seolah-olah laporan ini adil dan tidak berat sebelah.

Tapi bila perhatian yang lebih teliti dibuat, terutama dalam laporan audit di negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, penulis melihat seolah ada yang tidak kena dengan cara audit tersebut dibuat dan dibentangkan.

Seperti yang dijangka, Selangor mengambil tempat sebagai negeri yang paling banyak menerima komen yang tidak begitu baik daripada Audit berhubung beberapa dakwaan kerugian dan kemerosotan hasil agensi dibawah kendaliannya, antaranya Universiti Selangor (UNISEL).

UNISEL dalam laporan audit yang dibentangkan semalam dilaporkan mencatat kerugian sebanyak RM 37.68 juta, meningkat dari tahun sebelumnya sebanyak RM 12.62 juta!!! Ini nampak tidak masuk akal.

Rugi itu satu hal, meningkat pula kerugiannya itu, satu hal yang lain….

Selanjutnya baca di sini :

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, 12 November 2011

Jawapan Kepada ANUar Brahim Ke Mana 1.4b tu Hilang....


Dari Blog Pure Shiite :

KUALA LUMPUR, Nov 8 — Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim alleges that RM1.4 billion has gone missing from the Treasury’s contingency fund, which is for unforeseen federal expenses. He said the Auditor-General had found just RM79.15 million in the fund even though the Government Expenditure Estimates reported that RM1.5 billion had been allocated for that purpose.“Where has the money gone? More seriously, when did it go missing, the RM1.4 billion?” he told reporters in the lobby of Parliament today. “I don’t think the Audit Department (made a mistake). They are more meticulous than that when it comes to accounting.” Anwar (picture) questioned if the “inordinate” 17-day delay between the tabling of Budget 2012 and the Auditor-General’s Report was meant to hide this discrepancy. The annual audit report is usually tabled before the Budget. “Now we are forced to suspect there is some other compelling reason why they chose not to table the audit report at the right time,” Anwar said. Source here

Ni ada sekor lagi bangang

KUALA LUMPUR 8 Nov: Jawatankuasa pemantauan Audit Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan kehilangan Wang Luar Jangka atau peruntukan kecemasan Perbendaharaan Negara sebanyak RM1.43 bilion, kata Pengerusinya, Azan Ismail.
Ini kerana katanya, Anggaran Perbelanjaan Persekutuan bagi Kumpulan Wang Luar Jangka setiap tahun sepatutnya sama dengan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN), iaitu sebanyak RM1.5 bilion. “Namun, berdasarkan LKAN 2010, jumlah yang dicatatkan hanyalah RM79.14 juta dan jumlah itu berbeza dengan jumlah yang dinyatakan pada Anggaran Perbelanjaan Persekutuan yang jumlahnya mestilah RM1.5 bilion. “Maknanya, berlaku ‘kehilangan’ wang rakyat kira-kira RM1.43 bilion.Dengan itu, kita menuntut penjelasan dari Datuk Najib menjelaskan segera isu ini,” kata Ahli Parlimen Indera Mahkota itu dalam sidang media di Parlimen hari ini. Turut serta, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid dan Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yussoff. Menurut Azan, walaupun artikel 103 Perlembagaan Persekutuan membenarkan menteri membelanjakan Kumpulan Wang Luar Jangka, namun ia mestilah diganti dalam kadar yang paling segera. “Malangnya, sehingga 31 Disember 2010 yang sudah berakhir, jumlah itu tidak digantikan dan kita mahu penjelasan ke mana ‘disembunyikan’ wang rakyat ini kerana ia jelas bertentangan dengan perlembagaan persekutuan artikel 103,” katanya. Dalam sidang media itu, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat itu turut menunjukan data yang dikutip dari Buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan bagi 2010, 2011 dan 2012 dan LKAN 2010. Source here

Let us look at the data these 2 are talking about

This is the Audit Report

And this is the "Anggaran" Data 2010 that was Published on 8th September 2011

And the disputed data

Refer here


But if one is to look at the 2012 Data
The inner workings of the Contingency Fund is a mystery to me from an accounting perspective.

By Law the Contingency Fund operates like a Revolving Account refer here clarification by the Deputy Minister of Finance

Luar Jangka questions seems to be Azan Ismail favorite question in Parliament...just google it folks...

Refer Treasury Guideline on Luar Jangka below
To be honest I don't know who made the mistake

Going back to Anwar's claim “I don’t think the Audit Department (made a mistake). They are more meticulous than that when it comes to accounting.”

What do you think folks...

They put a Balance of 1.5 Billion at End of 2009 when the actual Balance as per Government Numbers is only 64.3 Million

They then put in 74.15 at the end of 2010.....

The same number appears as Balance as of 1.1.2011

So within one day 1.4 Billion went "missing" and appeared again in another document...

Go figure....

Kecoh sekampung la lu orang......

Sumber : Double Y

Kulaan : sekarang korang dah baca kan... dah faham kan... faham tak apa benda kat atas tuh... kalo tak faham lagi kena baca blog orang lain plak... susah gak nak fahamkan orang yang tak faham... tapi lebih susah nak fahamkan orang yang buat-buat tak faham walaupun dia faham sebenarnya... berapa banyak kali faham daaaa...

Friday, 11 November 2011

Jangan Tengok!!!! Video Kenyataan Sebenar Anwar Ibrahim



Sumber : 1Peluru

Jawapan kepada kenyataan Anwar ini akan Kulaan keluarkan dalam entry post esok jam 8.30 pagi... Tungguuuuuu...

Thursday, 27 October 2011

Kerana Kesilapan Pegawai Kerajaan, Kerajaan BN Tanggung Akibatnya...

Laporan Ketua Audit Negara 2010 menarik perhatian ramai kerana ini mempunyai kaitan secara langsung dengan perbelanjaan wang kerajaan. Sebagai pembayar cukai pendapatan dan pelbagai jenis cukai lain, rakyat sememangnya mengharapkan jabatan dan agensi kerajaan mengamalkan perbelanjaan yang berhemah tidak kira sama ada kerajaan Persekutuan, kerajaan-kerajaan negeri yang ditadbir kerajaan Pusat atau pembangkang, jabatan dan agensi-agensinya. 

Pada masa sama, jika pihak terbabit berbelanja boros, mereka tidak boleh lari daripada pengawasan Ketua Audit Negara. Setiap kelemahan mereka dicatat dan dilaporkan kepada umum. Apabila ia dibentang di Parlimen dan ia menjadi tatapan ramai. Ini adalah sikap keterbukaan kerajaan yang jelas dan tidak berselindung. Jika sesebuah agensi membazirkan wang dengan pembelian peralatan dengan harga terlalu tinggi atau alat yang tidak boleh digunakan kerana ketiadaan bekalan elektrik dan sebagainya. 

Marine Binocular
Bagi 2010, laporan Ketua Audit Negara menyatakan terdapat perbelanjaan berlebihan dari tujuh kementerian dan agensinya, termasuk pembelian laptop dan televisyen LCD melebihi harga pasaran. Antara yang ketara ialah alat pandang jauh "marine binocular" dan "bushnell binocular" yang dibeli pada harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran. Banyak lagi barangan yang dibeli jelas tidak menunjukkan perbelanjaan berhemah oleh jabatan dan agensi-agensi kerajaan.

Bushnell Binocular
Justeru, jaminan yang diberikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan, bahawa kelemahan pengurusan kewangan itu tidak akan berulang pastinya melegakan banyak pihak. Namun Kulaan berharap pihak pengurusan tertinggi kerajaan akan merumuskan satu mekanisme bagi memantau dengan telus dan tegas setiap perbelanjaan oleh semua kementerian dan agensi kerajaan agar tidak berlaku lagi ketirisan atau perbelanjaan yang tidak diuruskan dengan baik. 

KSN
Serentak dengan langkah kerajaan untuk menjimatkan perbelanjaan dengan mengurangkan suhu alat penghawa dingin di pejabat, Kulaan juga berharap jabatan kerajaan mengelak daripada mengadakan seminar atau mesyuarat secara mewah di pusat peranginan atau hotel bertaraf lima bintang, kecuali jika ada keperluan untuk menganjurkannya di tempat berkenaan. 

Apa pun Kulaan berharap Laporan Ketua Audit Negara 2010 itu akan dijadikan sebagai asasa untuk membetulkan apa jua kesilapan dan salah guna kuasa di jabatan dan agensi kerajaan bagi perbelanjaan semasa dan akan datang. Ini bukan kali pertama laporan seumpama itu dikeluarkan dengan pelbagai perbelanjaan atau pembelian peralatan pada harga yang mengejutkan dan Kulaan juga berharap ia tidak akan berulang lagi pada masa hadapan.

Kulaan : dah 3 kali sambung kontrak KSN takkan benda yang sama saja berlaku... asyik berlaku macam-macam kelemahan... jika tidak mampu, letak sahaja jawatan dan beri kepada orang lain yang lebih baik menguruskan kakitangan awam...

Sunday, 16 October 2011

Bajet 2012, Bajet Cedok


Harakah 10-13 Oktober, Pakatan Rakyat menyifatkan Belanjawan 2012 yang diumumkan Perdana Menteri, 7 Oktober laly dicedok daripada Belanjawan Pakatan Rakyat yang diumumkan Ketua Pembagkang, Dato' Sri Anwar Ibrahim, 4 Oktober lalu.

Lebih tepat ia 'belanjawan gelabah' menuju Pilihan Raya Umum Ke-13, tegas Anwar ketika ditemui selepas pembentangan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat 7 Oktober lalu.

Memang Kulaan dah agak dah. Dah agak dah. Pasal apa pembangkang tergesa-gesa nak bentangkan bajet mereka sendiri 2 hari sebelum PM bentang bajet. Mesti 'ada udang sebalik mee'.

Sah! Firasat Kulaan tepat bila pembangkang membentangkan bajet dulu baru boleh dakwa bajet 2012 dicedok daripada bajet pakatan. Kalo pakatan bentang selepas bajet kerajaan, tak dapatlah pembangkang nak dakwa kerajaan cedok. Ini semua taktik murahan pembangkang dalam meraih publisiti dan sokongan pengundi yang dilihat kebelakangan ini tidak memihak kepada pakatan pembangkang.

Bukan Kulaan sahaja tapi masyarakat dan rakyat di luar sana dapat meneka 'sandiwara semasa' pakatan yang semakin terdesak kerana rakyat sudah muak dan mengenali tipu helah kata-kata pemimpin pembangkang.

DSAI yang masih bergelumang dengan masalah moral dan klip video seksnya dengan China Doll, dan yang terbaru dikatakan terdapat lagi klip video beliau tapi kali ini di Siam pulak sudah tentu memerlukan sesuatu "Turning Point" untuk meraih sokongan rakyat dan juga penyokong pembangkang sendiri yang kebelakangan ini sudah mula menyedari tipu helah dan permainan licik DSAI membuatkan mereka semakin meluat dan sedar bahawa selama ini pemikiran mereka telah diperkotak-katikkan oleh individu kononnya "ANUgerah tuhan".



Kulaan : Kulaan dah agak dah... dah agak dah... kalo korang pun tak boleh agak macam Kulaan mengajak kes pembangkang dengan hal dok sebok nak bentang bajet sebelum bajet kerajaan... lu pikir ler sendiri...

Monday, 10 October 2011

Siri 2 : Bajet 2012 "Membela Rakyat, Mensejahtera Negara"

Siri 1 : Bajet 2012 "Membela Rakyat, Mensejahtera Negara"


Kulaan : Pembentangan Bajet 2012 yang dibentangkan PM baru-baru ini adalah antara Bajet terbaik pernah dibentangkan kerajaan Barisan Nasional sehingga mendatangkan kegerunan kepada pakatan pembangkang sehingga memaksa pembangkang membentangkan bajet tidak rasional sebelum kerajaan bentangkan bajet demi untuk meraih sokongan pengundi yang kini Kulaan lihat semakin kurang kepada pembangkang...

Saturday, 8 October 2011

Panas : Malaysiakini Dan Malaysian Insider Bergabung Tenaga Menghentam Bajet PM????

Barua betul portal pembangkang.

Bila dah takde modal, guna perkataan bajet pilihanraya sebagai penghasut rakyat.

Bagi MyMassa, kalau takde pilihanraya pun DS Najib akan umum bajet macam tu. Sebab dari track record DS Najib, mana-mana kementerian yang beliau pegang, kebajikan anggota kementerian tersebut akan terjaga. Masa pegang Kementerian Pelajaran, cikgu naik gaji. Masa pegang kementerian pertahanan, tak payah di sebut semua orang tau macam mana gaji yang askar dapat.

Jadi bila DS Najib jadi PM, maka kebajikan seluruh rakyat Malaysia akan beliau jaga. Berbeza dengan Anwar Ibrahim, masa dia pegang kementerian pendidikanlah ramai guru-guru anti Kerajaan ditukarkan ke Sabah dan Sarawak sehingga PAS dah boleh bukak cawangan di dua negeri tersebut.

Apa yang DS Najib perlukan adalah kestabilan ekonomi dan politik. Jika kedua-duanya stabil, makin banyak manfaat yang rakyat dapat daripada pentadbiran beliau. Kalau Anwar pulak, jika bukan kroni dia, jangan haraplah nak dapat. Sampaikan ketika dia dipecat, kebanyakkan pegawai-pegawai tinggi Kerajaan adalah orang Anwar Ibrahim termasuk Ketua Pengarah BPR dan Ketua Cawangan Khas.

*Terpulang kepada rakyat sama ada nak pilih yang pandai bercakap macam Anwar atau yang pandai buat kerja macam DS Najib.
 Sumber : MyMassa

Haram Jadah betul Malaysiakini si penipu dah cium molot dengan MalaysianInsider si pembohong... dah berpakat pulak hentam Bajet 2012 yang baru petang tadi dibentang oleh PM, Datuk Seri Najib di Dewan Rakyat...

Dalam Bajet 2012, PM telah mencadangkan agar elaun Ahli Parlimen ditambah sejajar dengan tugasan dan beban tanggungjawab MP yang semakin banyak dan besar dengan satu syarat... mendapat persetujuan sebulat suara Dewan Rakyat termasuk MP pembangkang... adakah Ahli Parlimen pembangkang akan bersetuju atau menentang cadangan kenaikan elaun Ahli Parlimen di Dewan Rakyat... kita nantikan...

Kalau cadangan ini diterima sebulat suara Ahli Dewan Rakyat termasuk pembangkang, dengan terang dan jelas memperlihatkan perangai buruk dan hodoh pemimpin pembangkang yang menjadi Ahli Dewan Rakyat... jelas menunjukkan kalau sesuatu itu memihak dan memberi keuntungan kepada mereka, maka mereka akan sokong... tapi jika sesuatu itu tidak memihak dan tidak menguntungkan mereka, Kulaan jamim pasti mereka menentang habis-habisan...

Kulaan : jangan percaya sangat berita dan dakyah yang dilaporkan oleh Malaysiakini dengan Malaysian Insider tuh... lebih banyak bohong daripada betul...

Friday, 7 October 2011

Siri 1 : Bajet 2012 "Membela Rakyat, Mensejahtera Negara"

Siri 1 : Bajet 2012 "Membela Rakyat, Mensejahtera Negara"


Kulaan telah menjangkakan sebelum ini berkenaan kenaikan gaji kakitangan awam atau kakitangan kerajaan yang pada pandangan Kulaan agak tinggi dan besar. Sudah tentu berita ini menggembirakan hampir 1.3 juta kakitangan awam yang sedang berkhidmat sekarang. 

Kulaan juga mendapat khabar angin daripada desas-desus daripada sahabat-sahabat Kulaan yang sedang bertugas mencari masa dan tempat untuk mendengar pembentangan Bajet 2012 yang baru sebentar tadi dibentangkan oleh PM, Datuk Seri Najib untuk kelulusan kabinet. (Klik Sini)

Dalam bajet ini juga PM mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada 1.3 juta penjawat awam dan 600 ribu pesara kerajaan. Dengan pemberian bonus maka lengkaplah sudah bonus sebulan gaji untuk tahun 2011. Dengan bonus RM500 kali ini dengan bonus RM500 yang diterima bersekali dengan gaji Disember 2011. (Klik Sini)

Kakitangan Pejabat PM Bocor Rahsia Bajet 2011????


Petang ini YAB PM akan membentangkan Belanjawan 2012. Saban tahun, menjelang hari pembentangan, banyak andaian, ramalan dan harapan rakyat Malaysia yang diperdengaran untuk mendapat manfaat dari belajawan tersebut.

Blogger picisan seperti JPX juga tidak terkecuali membuat andaian. Meninjau dari alam maya yang tidak tidur ini, dapat dilihat dan diperolehi pelbagai jenis andaian dan harapan dari segala sudut dan lapisan hidup rakyat Malaysia. Masing-masing membawa dan memperjuangkan apa yang dirasakan baik untuk mereka dan semua.

Pada pendapat JPX, belanjawan tahun ini adalah petunjuk besar bila Pilihan Raya Umum akan diadakan. Maka, akan banyak kejutan dan rezeki Allah akan turun melalui pentadbiran kerajaan kepada rakyat.  Dalam renungan JPX, beberapa perkara ini akan diumumkan esok


  • Kakitangan kerajaan akan mendapat bonus/Naik Gaji untuk tampung kos sara hidup yang meningkat
  • Lebih dana akan disalurkan bantu rakyat bandar berpendapat rendah. Lebih banyak rumah kos rendah di bina di kawasan bandar besar.
  • Naik taraf pengangkutan awam luar/dalam bandar
  • Lebih dana untuk prasarana luar/dalam bandar
  • Kenaikan Cukai tembakau dan hiburan

JPX juga mengharapkan beberapa perkara ini diambil perhatian oleh kerajaan

  • Peluang pekerjaan untuk lepasan IPTA/IPTS/Belia Berkemahiran
  • Bantuan kepada Belia yang ingin melanjutkan pelajaran
  • Dana tetap kepada Pertubuhan Belia melalui Kementerian Belia
  • Tabung bantuan untuk mulakan perniagaan kepada belia dicairkan semula
  • Subsidi bahan api dinaikan
  • Harga dan cukai hartanah yang lebih rendah
  • Cukai import dan harga kereta Lamborghini dikurangkan

Apapun, kita semua berharap agar kerajaan dapat memberikan yang terbaik untuk rakyat Malaysia di dalam Belanjawan ini. 

JPX yakin dan percaya bahawa kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk keselesaan dan kesenangan rakyatnya. Namun mustahil untuk memberikan kepuasan kepada semua pihak dan sebagai rakyat yang baik tentu sahaja kita dapat menerimanya secara waras dan tertib.

Apapun, Belanjawan 2012 adalah lebih baik daripada belanjawan yang telah dibentangkan oleh Pakatan Rakyat.
Sumber : Jiwa Paradox
Kulaan : Sapa pulak yang bocor rahsia kerajaan nie... Kulaan amat berkeyakinan tak lain dan tak bukan mesti orang dalam... orang dalam yang Kulaan maksudkan mestilah kakitangan awam atau kakitangan kerajaan... yang pasti berkemungkinan besar kakitangan awam yang bekerja di Pejabat Perdana Menteri... atas alasan apa... dah kerja kat dalam pejabat PM maka mesti ada access kepada dokumen-dokumen sulit kerajaan...
satu lagi pada pandangan Kulaan, kenapa tahun ini pakatan pembangkang lebih awal mengemukakan bajet pakatan yang dibentangkan oleh ketua pembangkang DSAI dua hari lepas, adalah kerana pakatan telah mendapat maklumat bahawa bajet yang akan dibentangkan oleh PM, Datuk Seri Najib adalah lebih mesra alam dengan rakyat... bermakna bajet yang akan dibentang nanti akan memberi banyak manfaat kepada rakyat seterusnya mengurangkan sokongan kepada pakatan... ini yang ditakuti oleh pembangkang sekarang...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers