Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...
Showing posts with label KSN. Show all posts
Showing posts with label KSN. Show all posts

Friday, 9 March 2012

KSN Yang Buat Idea Giler, PM Plak Yang Kena Kasi Settle???... @NajibRazak


Semalam kecoh satu Putrajaya cerita PM mansuhkan SPBA. Bukan setakat kakitangan awam jer, kakitangan swasta, bekerja sendiri, meniaga sendiri, yang tak bekerja, surirumah dan yang tak boleh tahan 'neng cleaner' kat ofis pun dok sembang topik hangat ni. Entah si 'neng cleaner' ni tau hujung pangkal cerita aku pun tak pasti.

Dua tiga hari lepas pun dah bertiup kencang berita dan khabar angin dikalangan kakitangan awam terutama yang tinggal di Putrajaya bahawa PM bakal mengumumkan sesuatu yang mengembirakan kakitangan awam terutama kumpulan sokongan.

Bukan kerana pelarasan gaji 13% yang dinikmati oleh kumpulan sokongan tetapi suara hati mereka didengari oleh pihak atasan terutama PM. Sistem SPBA yang sebelum ini dilihat banyak menguntungkan kumpulan atasan terutama pegawai profesional, JUSA, Turus tak terkecuali KSN sendiri yang kononnya kenaikan gaji 130%.

KSN... KSN... Berapa kali dah Kulaan bagi tau sebelum ni tindakan dan dasar KSN banyak tidak menguntungkan dan menyebelahi kerajaan sekarang terutama dalam menjaga kebajikan kakitangan awan peringkat bawahan.

Monday, 28 November 2011

Warkah Buat KSN : KSN Buat Perangai Lagi Tak Mahu Pencen!!!!


Ke hadapan Tuan KSN yang dihormati,

KSN... KSN... tak habis-habis dengan kerenah Tuan... lepas satu, satu... semenjak menjadi pemerintah atau Perdana Menteri bagi kakitangan awam nie, banyak sangat isu-isu dan dasar-dasar yang Tuan perdendangkan kepada Perdana Menteri dan pak-pak menteri tak memberi manfaat dan kebaikan kepada dasar kerajaan dan terutama yang paling penting kepada kakitangan awam sebagai rakyat jelata Tuan...

Dah 3 kali sambung kontrak, dah 3 tahun memerintah setelah tamat pemerintahan regim Tuan secara rasmi akibat pencen wajib, masih sayangkan kerusi empuk yang sedang Tuan duduki... Kulaan tak kesah kalo Tuan nak duduk lama kat kerusi empuk tuh tapi Kulaan rasa apa yang Tuan lakukan itu kurang tepat dan yang akan terkena tempiasnya adalah kerajaan yang memerintah sekarang...

Thursday, 27 October 2011

Kerana Kesilapan Pegawai Kerajaan, Kerajaan BN Tanggung Akibatnya...

Laporan Ketua Audit Negara 2010 menarik perhatian ramai kerana ini mempunyai kaitan secara langsung dengan perbelanjaan wang kerajaan. Sebagai pembayar cukai pendapatan dan pelbagai jenis cukai lain, rakyat sememangnya mengharapkan jabatan dan agensi kerajaan mengamalkan perbelanjaan yang berhemah tidak kira sama ada kerajaan Persekutuan, kerajaan-kerajaan negeri yang ditadbir kerajaan Pusat atau pembangkang, jabatan dan agensi-agensinya. 

Pada masa sama, jika pihak terbabit berbelanja boros, mereka tidak boleh lari daripada pengawasan Ketua Audit Negara. Setiap kelemahan mereka dicatat dan dilaporkan kepada umum. Apabila ia dibentang di Parlimen dan ia menjadi tatapan ramai. Ini adalah sikap keterbukaan kerajaan yang jelas dan tidak berselindung. Jika sesebuah agensi membazirkan wang dengan pembelian peralatan dengan harga terlalu tinggi atau alat yang tidak boleh digunakan kerana ketiadaan bekalan elektrik dan sebagainya. 

Marine Binocular
Bagi 2010, laporan Ketua Audit Negara menyatakan terdapat perbelanjaan berlebihan dari tujuh kementerian dan agensinya, termasuk pembelian laptop dan televisyen LCD melebihi harga pasaran. Antara yang ketara ialah alat pandang jauh "marine binocular" dan "bushnell binocular" yang dibeli pada harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran. Banyak lagi barangan yang dibeli jelas tidak menunjukkan perbelanjaan berhemah oleh jabatan dan agensi-agensi kerajaan.

Bushnell Binocular
Justeru, jaminan yang diberikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan, bahawa kelemahan pengurusan kewangan itu tidak akan berulang pastinya melegakan banyak pihak. Namun Kulaan berharap pihak pengurusan tertinggi kerajaan akan merumuskan satu mekanisme bagi memantau dengan telus dan tegas setiap perbelanjaan oleh semua kementerian dan agensi kerajaan agar tidak berlaku lagi ketirisan atau perbelanjaan yang tidak diuruskan dengan baik. 

KSN
Serentak dengan langkah kerajaan untuk menjimatkan perbelanjaan dengan mengurangkan suhu alat penghawa dingin di pejabat, Kulaan juga berharap jabatan kerajaan mengelak daripada mengadakan seminar atau mesyuarat secara mewah di pusat peranginan atau hotel bertaraf lima bintang, kecuali jika ada keperluan untuk menganjurkannya di tempat berkenaan. 

Apa pun Kulaan berharap Laporan Ketua Audit Negara 2010 itu akan dijadikan sebagai asasa untuk membetulkan apa jua kesilapan dan salah guna kuasa di jabatan dan agensi kerajaan bagi perbelanjaan semasa dan akan datang. Ini bukan kali pertama laporan seumpama itu dikeluarkan dengan pelbagai perbelanjaan atau pembelian peralatan pada harga yang mengejutkan dan Kulaan juga berharap ia tidak akan berulang lagi pada masa hadapan.

Kulaan : dah 3 kali sambung kontrak KSN takkan benda yang sama saja berlaku... asyik berlaku macam-macam kelemahan... jika tidak mampu, letak sahaja jawatan dan beri kepada orang lain yang lebih baik menguruskan kakitangan awam...

Wednesday, 14 September 2011

KSN Bakal Pencen Atau Dipaksa Letak Jawatan...

pikir pakai otak ler...

Dalam sikit masa lagi Kulaan akan membongkar cerita pasal KSN sekarang tak lain dan tak bukan Tan Sri Mohd Sidek Hassan... Kulaan mendapat banyak maklum balas yang negatif pasal KSN ini berbanding dengan KSN-KSN sebelumnya... Bukan niat Kulaan nak menghentam jauh sekali menghina atau mencerca cuma sekadar teguran peribadi berdasarkan maklumat dan maklum balas sahabat-sahabat Kulaan yang bekerja sebagai kakitangan awam dan rungutan mereka terutama yang tinggal di Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan... Takkan la rungutan mereka nak lapor kat ADUAN RAKYAT TV3 kot. Agak-agak la...
berapa kali mau sambung daaa...
Kulaan sedang mengumpulkan maklumat yang tepat dan benar daripada sumber yang boleh dipercayai untuk menyokong pandangan dan teguran Kulaan nie... Bukan Kulaan nak tembak semberono jer... Karang kena saman tak pasal-pasal turun naik court, bila masa nak update blog... Kulaan pernah memberi pandangan Kulaan sebelum ini tentang kesan beberapa polisi Tan Sri Sidek yang akhirnya memberi kesan tidak langsung kepada kerajaan BN sekarang dalam PRU12 (Klik Sini)...

Kulaann : Harap-harap kontrak KSN nie tak disambung lagi kalo tidak mau Parlimen Putrajaya kalah teruk pasal kakitangan awam buat undi protes...

Saturday, 6 August 2011

Apa Beza Antara Pendaftaran Dengan Pemutihan?

Masyarakat di negara ini sering kali disajikan dengan isu-isu berkaitan salahlaku dan jenayah yang melibatkan orang luar terutama mereka yang dipanggil “Pekerja Asing” atau “Pendatang Asing Tanpa Izin” (PATI). Media perdana acapkali menayangkan berita kes-kes jenayah yang dilakukan oleh mereka lantas masalah ini seringkali dikaitkan dengan kelemahan pihak kerajaan terutama Polis dan KDN dalam membendungnya. Hasilnya, langkah pro-aktif yang dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) adalah dengan melaksanakan “Program 6P”.
Program 6P adalah singkatan bagi Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin. Ia adalah satu pakej program yang menggabungkan beberapa syor yang dikemukakan oleh Makmal Pengurusan Warga Asing (MPWA) sebagai pendekatan terkini oleh Kerajaan untuk memantapkan pengurusan warga asing di Malaysia. Angka enam (6) pada nama Program 6P itu membawa maksud kepada enam peringkat pelaksanaan yang akan digerakkan sepanjang tempoh program ini, bermula dengan PENDAFTARAN, PEMUTIHAN, PENGAMPUNAN, PEMANTAUAN, PENGUATKUASAAN dan PENGUSIRAN.

Apa yang kita faham tentang isu “Pendaftaran” dan “Pemutihan” yang berkait dengan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dengan pekerja asing yang mempunyai permit asing.

PERINGKAT 1: PENDAFTARAN

Pada peringkat ini, proses pendaftaran akan dilaksanakan untuk tujuan mendaftarkan pebdatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia, dan menerusi kaedah ini, Kerajaan berpeluang mendapatkan maklumat majikan PATI, selain rekod peribadi serta data biometrik PATI yang merupakan elemen teras bagi rasional pelaksanaan program ini. Tindakan ini selari dengan inisiatif Kerajaan untuk mewujudkan pangkalan data komprehensif bagi setiap warga asing di Malaysia, sekali gus membolehkan proses pemantauan dilaksanakan secara lebih berkesan, termasuklah usaha membabitkan penyelesaian dalam menangani isu pemalsuan identiti serta dokumen yang selama ini mudah dipalsukan akibat tiada rekod biometrik.

PERINGKAT 2 : PEMUTIHAN

Pada peringkat ini, setiap PATI yang telah berdaftar menerusi program ini akan dikenal pasti jika wujud keperluan untuk mengekalkan mereka dalam sektor tertentu yang mempunyai penawaran kekosongan kerja membabitkan pekerja asing. Jika hasil pertimbangan mendapati PATI yang terbabit sesuai untuk mengisi kekosongan tersebut, maka mereka akan diputihkan dan seterusnya dijadikan pekerja asing yang sah dengan senarai majikan yang berdaftar. Bagaimanapun, proses pemutihan ini hanya akan dipertimbangkan untuk sektor serta negara sumber yang tersenarai dalam dasar penggajian pekerja asing dan yang pernah diberikan kebenaran khas kerajaan termasuk sub-sektor yang sedang dibekukan. Pada masa yang sama, proses pemutihan ini juga akan mengambil kira kelayakan majikan berdasarkan keperluan semasa mengikut sektor dan sub-sektor yang akan ditentukan oleh kementerian/agensi kawal selia.

PERINGKAT 3 : PENGAMPUNAN

Pada peringkat ini PATI yang tidak tersenarai untuk diputihkan, atau PATI yang secara sukarela memilih untuk pulang ke negara asal mereka masing-masing akan diampun dan dibenarkan pulang atas kos sendiri tanpa dikenakan sebarang bentuk tindakan. Bagaimanapun, pengampunan ini hanya terhad kepada PATI yang melakukan kesalahan imigresen sahaja.
 
PERINGKAT 4 : PEMANTAUAN

Pada peringkat ini, naziran ke premis-premis majikan seluruh negara akan dilakukan untuk memberi nasihat kepada majikan, selain pada masa sama menerangkan implikasi tindakan undang-undang sekiranya mereka didapati melindungi pekerja berstatus PATI yang tidak berdaftar dengan Program 6P. Antara lain, majikan serta PATI yang berkenaan boleh dikenakan tindakan di bawah peruntukan Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 (Pindaan 2010) dan Akta Imigresen 1959/63 yang boleh membawa kepada hukuman denda sehingga RM1 juta.

PERINGKAT 5 : PENGUATKUASAAN

Pada peringkat ini, operasi penguatkuasaan bersepadu akan dilaksanakan secara besar-besaran dan digerakkan dengan tujuan untuk mengesan serta menangkap PATI serta majikan yang dikenal pasti masih melakukan kesalahan imigresen.

PERINGKAT 6 : PENGUSIRAN

Di peringkat terakhir ini, PATI yang telah ditangkap melalui operasi penguatkuasaan bersepadu akan dikenakan tindakan undang-undang sebelum diusir keluar dari Negara ini. Oleh kerana kos bagi proses pengusiran ini ditanggung menggunakan peruntukan Kerajaan, maka setiap PATI yang diusir akan turut sama disenaraihitamkan daripada kebenaran untuk masuk semula ke negara ini.

Program 6P dilaksanakan atas dua rasional seperti berikut:

I.      RASIONAL KESELAMATAN
a.    Bertujuan mendapatkan data serta biometrik pendatang asing tanpa izin di Negara ini, sekali gus juga mendapatkan statistik jumlah mereka di Malaysia;
b.   Bertujuan memantapkan pengurusan warga asing di negara ini, termasuklah kawalan keluar masuk yang sekali gus juga membolehkan lokasi penempatan mereka dikenal pasti;
c.  Bertujuan membuang persepsi negatif rakyat terhadap Kerajaan yang cenderung disalah anggap sebagai tidak bertindak tegas terhadap PATI;
d.  Bertujuan membolehkan pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang dilakukan secara besar-besaran untuk tujuan mengurangkan bilangan PATI di Negara ini. Tindakan ini sekali gus juga bertujuan mengekang perkembangan jenayah yang membabitkan PATI.

II.    RASIONAL INDUSTRI
a.   Bertujuan menangani masalah kekurangan tenaga kerja dalam sektor tertentu dengan menukar status tidak sah pekerja asing tanpa izin di Negara ini bagi diagih dan ditempatkan bekerja dengan senarai majikan yang berdaftar;

Friday, 22 July 2011

Kerana KSN Parlimen Putrajaya Boleh Jatuh Ke Tangan Pembangkang Pada PRU13?


Bagi kakitangan kerajaan mustahil tidak mengenali siapa KSN sekarang. KSN atau penuhnya Ketua Setiausaha Negara ketika ini adalah Tan Sri Mohd Sidek bin Hj. Hassan yang telah dilantik ke jawatan tersebut sejak 3 September 2006 sehingga sekarang. Beliau sepatutnya pencen pada tahun 2009 telah dilantik semula secara kontrak setahun lagi sehingga 23 Jun 2010. Setelah setahun berlalu beliau masih lagi disambung kontraknya selama setahun lagi berakhir Jun 2011. Kini jawatan tertinggi kakitangan kerajaan masih lagi ditangan Tan Sri Sidek dan akan disambung setahun lagi sehingga Jun 2012. Berdasarkan fakta ini bermakna Tan Sri Sidek sudah 3 kali disambung kontraknya. Persoalan yang saya mahu bangkitkan kenapa Tan Sri Sidek masih terus menerus disambung kontraknya sedang hasil kajian sikap dan soal selidik yang saya lakukan terhadap kenalan, kawan-kawan, sedara mara malah orang yang tidak saya kenali yang berkerja sebagai kakitangan dan tinggal serta menjadi pengundi Parlimen Putrajaya hampir 90% tidak menyukai cara pentadbiran Tan Sri Sidek hingga pada PRU12 yang lalu kakitangan kerajaan yang majoritinya pengundi Putrajaya menzahirkan rasa tidak puas hati mereka melalui kertas undi.

Statistik PRU12 2008 Klik Di sini menunjukkan calon pembangkang telah berjaya memperolehi 1304 undi berbanding hanya 540 undi pada PRU11 2004 Klik Di sini. Walaupun BN menang majoriti 2734 undi dengan mendapat 4038 undi semasa PRU12 dan peratus keluar mengundi adalah 81% serta hanya 38 undi rosak. Secara kasarnya kelihatan seperti calon pembangkang telah berjaya meningkat jumlah undi sebanyak 241%. Satu peningkatan yang mendadak.

Keputusan PRU12 2004                                  Keputusan PRU12 2008












Hakikatnya ini adalah satu signal daripada pengundi kakitangan kerajaan yang sememangnya menyokong kuat kerajaan tetapi apabila suara hati mereka tidak didengari dan ditangani dengan baik maka kesan secara langsungnya adalah kerajaan yang memerintah sekarang. Saya rasa perkara ini bukan hanya berlaku di Parlimen Putrajaya ketika PRU12 yang lepas tetapi jika dikaji statistiknya secara halus mungkin ia juga berlaku di parlimen-parlimen lain bahkan tindak mustahil dun-dun juga terlibat kerana kaki tangan kerajaan berada diseluruh negara. Kenapa ini berlaku? Menurut risik-risik ia ada kaitan dengan polisi dan peraturan yang dibuat oleh Tan Sri Sidek yang memberi kesan secara langsung dan tidak langsung kepada kakitangan kerajaan. Tahniah KSN.
Tan Sri Sidek mesti mengambil tahu hal ini. Walaupun secara asasnya beliau telah merombak delivery system di Malaysia ini tetapi dasar itu kurang/tidak popular langsung dikalangan penjawat awam. Dari cakap-cakap yang diterima, dasar-dasar KSN ini hanya membebankan beban tugas yang ditanggung oleh penjawat awam. KSN mesti "review" semula dasar-dasar beliau. Ataupun golongan ini meminta supaya KSN "undur" dari kerusi KSN yang beliau duduki sekarang ini.

Antara jawapan yang diberikan oleh kakitangan kerajaan atas isu ini :

1. Mendapatkan saguhati untuk tahun 2007

KSN, yang gajinya tinggi berkali ganda dari seorang pegawai awam biasa, boleh hidup senang tanpa saguhati. Tetapi bagaimana pula seorang PAR atau Kerani serta Kumpulan Sokongan yang mendapat gaji sekitar RM 800- ke Rm 1200 untuk membeli baju sekolah anak, baju raya anak dan sebagainya. bagaimana mereka ini hendak menguruskan kewangan mereka? untuk pengetahuan KSN, sebulan selepas gaji naik, harga barangan naik mendadak sehingga 30% untuk sesetengah barangan. Perkara ini harus difikirkan oleh KSN bukan hanya memikirkan perkara berkaitan diri sendiri.

2. PTK (Penilaian Tahap Kecekapan)

PTK adalah menyusahkan dan tidak memberi manfaat kepada ramai penjawat awam. Ini terbukti apabila hanya mereka yang tahu menghafal dan kemudiannya "memuntahkan" maklumat itu dalam peperiksaan PTK yang layak dinaikkan pangkat. Golongan yang menghafal ini terdiri daripada kakitangan yang masih muda dan/atau banyak masa menghafal kerana tidak banyak buat kerja.

Bagaimana pula dengan makcik/pakcik yang hanya tinggal 4 5 tahun lagi untuk bersara. Mereka ini amat mahir dalam pekerjaan mereka tetapi dinafikan hak untuk naik pangkat hanya kerana gagal hafal untuk PTK?

3. Polisi-polisi dan peraturan-peraturan baru yang menyusahkan kakitangan kerajaan yang bertugas khususnya di Putrajaya

Ada suara-suara kecil melahirkan rasa tidak puas hati apabila Tan Sri Sidek membuat polisi berkenaan waktu minum pagi kakitangan kerajaan. Mungkin sejak saya kecil lagi budaya minum pagi kakitangan kerajaan ini sudah sebati dengan mereka apabila masa yang diambil untuk minum agak lama dan menyusahkan “public” atau orang awam berurusan dengan jabatan kerajaan. Ini saya bersetuju tapi kaedah yang digunakan agak baru dan asing bagi kakitangan kerajaan. Perbuatan mereka minum pagi di luar waktu yang diberi akan dirakam dengan lensa kamera oleh “spy-spy” dan akan dihantar kepada pegawai atasan. Ada pro dan kontranya apabila sesuatu peraturan baru hendak diaplimentasikan dan Tan Sri Sidek harus menanganinya seperti kata bidalan “ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak berselerak”.

Sebab ke 2 ini mungkin telah diselesaikan apabila kerajaan telah memansuhkan peperiksaan PTK dan hasil soal selidik rata-rata kakitangan lega dan menyambut baik keputusan terbaru kerajaan. Secara tidak langsung sokongan kakitangan kerajaan telah kembali. Mungkin peraturan-peraturan lain yang sedikit sebanyak mengganggu kakitangan kerajaan ini ditangani dengan bijaksana jika tidak kesan langsungnya akan terpalit kepada Ahli Parlimen Putrajaya sekarang iaitu Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor. Agak susah kepada beliau nanti apabila pilihanraya menjelang tiba untuk mengembalikan sokongan dan undi pengundi Putrajaya.

Cukuplah disenaraikan 3 sebab utama mengapa KSN gagal menjadi "bos" yang baik. Dan disebabkan itu terdapat cakap-cakap supaya Tan Sri Sidek letak jawatan. Ini lah juga punca mengapa kakitangan kerajaan mengundi parti pembangkang kerana mereka rasa kecewa dengan tindakan ketua mereka KSN Tan Sri Sidek.

Kulaan : kada baduit awak pun kada wagas bagawi angahnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers