Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 15 August 2015

Cerita Sebenar Siapa Di Sebalik Arul Kanda 1MDB???? @NajibRazak



Khabarnya ramai dilaporkan ‘terlopong mulut’ apabila menonton program serius Soal Jawab yang disiarkan stesen TV3 pada malam Rabu lalu, bukan kerana ia kebetulan membicarakan isu panas melibatkan 1MDB.

Juga ada dikatakan ‘terpegun’ menyaksikan kefasihan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy mampu bercakap dalam bahasa Melayu tanpa masalah seperti gaya orang Melayu sejati.

Kepetahan beliau berhujah bahkan jauh lebih baik daripada ramai ahli parlimen dan pemimpin pembangkang bukan Melayu di Parlimen yang masih lagi tergagap-gagap apabila cuba berbahas ‘menghentam’ pihak kerajaan.

Biarpun Arul pernah berada lama di luar negara kerana tuntutan pekerjaan, cara beliau berbual mengutamakan bahasa Melayu nyata amat berbeza dengan tokoh-tokoh Melayu yang ‘selesa’ cakap Inggeris walaupun berterabur.

Memetik portal AgendaDaily, ramai yang ‘hairan’ ketika bos 1MDB itu tampil dalam program secara langsung tersebut apabila beberapa kali menyebut kalimah lazim seperti Alhamdulillah, Insya Allah dan seumpamanya.

Ini sebab jika tengok punya tengok sekali pandang wajahnya macam 100% imej tipikal orang India dan namanya pun memang sah nama orang India, tiada langsung unsur-unsur nuansa Melayu, Mamak atau pun Bangladesh.

Malah ketika mula-mula beliau diumumkan sebagai Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB pada 1 Januari 2015, ramai tentu ingat beliau rakyat Malaysia yang pasti tidak tahu cakap bahasa Melayu sepatah pun.

Sebenarnya tidak ramai tahu, bagi kalangan petugas media tempatan sendiri yang ketika kali pertama bertemu beliau untuk wawancara eksklusif pasti disapa dengan salam yang lembut dan berpelukan cara orang Arab.

Ada rakan-rakan pemberita media prokerajaan bahkan terkejut juga mendengar lenggok dialek bahasa Melayunya amat fasih dan lancar sama seperti iras-iras gaya Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan.

Khabarnya kalau loghat Kelantannya terkeluar, habis lebih lancar lagi! Ironi mungkin ramai masih tidak tahu latar belakang siapakah dirinya itu. Arul membesar di Kelantan, walaupun beliau dilahirkan di Kuala Lumpur.

Ibunya seorang doktor yang bertugas di hospital kerajaan; kebanyakannya di luar bandar. Beliau membesar di Machang, Kelantan sebelum memasuki Maktab Tentera Diraja (RMC) di Kem Sungai Besi pada usia 13 tahun.

Ini bermakna Arul memang sah macam orang ‘Kelate’ juga dan jenis kuat makan budu. Habis tamat tingkatan 5 di RMC, beliau menyambung lagi pelajaran ke London School of Economics and Political Sciences di Britain.

Jom Ramai2 Kita Kasi Gegar Dataran Merdeka #DoaUntukMalaysia


Hari ini bertempat di Dataran Merdeka insyaAllah beribu umat Islam akan hadir berkumpul bagi bersama-sama kita berselawat dan berdoa ke hadrat Ilahi memohon keamanan negara kita dari pihak-pihak yang berniat jahat sempena Sambutan Hari Kebangsaan .


Program ini akan berlangsung di Dataran Merdeka pada 15 Ogos 2015 Sabtu bermula jam 7.00 malam. Ini antara inisiatif baik yang dilakukan oleh penganjur dalam menyatupadukan dan mengeratkan silaturrahim sesama Islam walaupun mempunyai pelbagai latarbelakang kaum atau etnik.



Walaupun dari segi zahirnya kita lihat negara kita kelihatan aman damai tanpa kekacauan yang serius, tanpa kesan peperangan, tanpa berlakunya rusuhan kaun, tanpa bencana alam yang teruk, tanpa huru-hara yang menakutkan namum kita sebagai umat Islam dan sebagai rakyat atau warganegara disebuah tanah bernama Malaysia haruslah sentiasa berdoa ke hadrat ilahi semoga keamanan yang masih kita kecapi dan masih lagi jadi milik kita ini kekal seperti ini agar dapat pula dirasai oleh anak cucu kita nanti.



Oleh itu ayuh kita beramai-ramai hadir ke Dataran Merdeka hari ini bersama-sama kita berdoa ke hadrat ilahi semoga Allah masih memberikan rahmatNya kepada negara yang kita cintai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers