Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 5 April 2014

Mesti Baca!!! Doa Rosmah Buat Syed Saifullah Yang Memfitnah Beliau... @NajibRazak


Ini adalah respon daripada Datin Seri Rosmah Mansor yang difitnah oleh Syed Saifullah dalam facebook peribadi beliau yang memfitnah Rosmah telah meninggal dunia akibat terhempas pesawat dengan menunjukkan gambar "edit" yang sangat mengerikan dan menjijikkan yang merupakan satu fitnah yang jijik. Namun, ini adalah reaksi Rosmah terhadap segala tuduhan yang dilemparkan kepada beliau. Bukan makian atau cacian kembali dipulangan kepada Syed Saifullah tetapi sebaliknya Rosmah mendoakan yang baik-baik kepada Syed Saifullah. Antara kata-kata Rosmah :
"Assamualaikum dan salam sejahtera. Saya difahamkan ada poster di facebook yang disebarkan oleh adik Syed Saifullah berkaitan diri saya. Tiada apa yang dapat saya katakan selain mendoakan agar adik Syed Saifullah mendapat keberkatan dalam hidup, dipanjangkan usia, menjadi anak yang soleh dan menjadi insan yang berguna kepada Agama, Bangsa dan Negara. Salam" - Rosmah Mansor

Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah sebaik-baik contoh ikutan bagi seluruh umat manusia. Antara contoh keperibadian yang tinggi yang wujud dalam diri Rasulullah SAW adalah sikap pemaaf baginda. Ini dapat kita perhatikan dalam banyak peristiwa yang dialami baginda melalui banyak riwayat yang menceritakan kemuliaan akhlak baginda dengan memaafkan orang kafir yang menyakiti baginda hingga menyebabkan mereka masuk Islam.

Dalam sirah Rasulullah SAW, baginda sering disakiti oleh wanita Yahudi di Madinah, bukan sahaja dimaki hamun malahan di letakkan duri di jalan yang baginda lalui dan juga di lemparkan najis kepada baginda SAW tetapi baginda tetap bersabar dan tidak membalas kejahatan wanita tersebut dengan kejahatan. Apabila wanita tersebut tidak kelihatan baginda pergi menziarahinya dan di dapati wanita tersebut sedang sakit. Bila melihat kehadiran Nabi SAW melawat kerumahnya wanita tersebut terkejut dan kagum kerana betapa tingginya akhlak baginda memuliakannya walaupun beliau sering mengganggu baginda, akhirnya wanita tersebut masuk Islam. KLIK SINI

Memaafkan kesalahan atau perilaku kasar seseorang juga merupakan akhlak seorang da’ie yang utama. Ubadah bin Ash Shamit meriwayatkan sebuah hadits, bahawa Rasulullah aaw bersabda:

“Mahukah kalian kuberitahu tentang sesuatu yang dipergunakan Allah untuk memperkukuh bangunan dan meninggikan darjat?” Para sahabat menjawab: “Mahu, ya Rasulullah!” Baginda menjelaskan: “Hendaklah engkau sabar menghadapi gangguan orang bodoh, memaafkan orang yang berbuat zalim kepada dirimu, memberi kepada orang yang tidak mahu memberi kepadamu, dan memutuskan hubungan dengan orang yang memutuskannya denganmu.” (At Thabrani)
KLIK SINI

Mereka yang menzalimi orang lain lebih daripada kezaliman yang dilakukan ke atasnya adalah orang yang akan dimurkai Allah. Mereka yang rela memaafkan pula adalah termasuk dalam golongan 'Ulul Azmi, yang akan diberi ganjaran yang berlipat kali ganda kerana perbuatan itu memang sukar dilakukan. Dalam kalangan para Rasul, ada 5 orang Rasul Ulul-Azmi dan ciri utama mereka adalah suka memaafkan. KLIK SINI


Astagfirullahalazim... kenapa la sampai begini sekali tergamak mamat nie buat... apa rasa dia kalo gambar "mak" dia atau "kakak" dia atau saudara-mara dia atau kawan2 perempuan dia orang lain buat macam nie... apa dia rasa... apa rasa kalo keluarga kita diperlakukan sebegini... fiki-fikirkanlah...

[Video] Sedap Siot Suara Atuk Takda Gigi Umur 66 Tahun Layan Karok Lagu "Unchained Melody"




Pengendali akaun bagi klip video ini KLIK SINI

this is my father,..a 66 years old. whoever want to call him u can talk to him to this no# +601125362448. whoever want to greet him..^^ okey..
thanks for watching it,.. keep watched the original copy by the owner;))
enjoy the song;))

Tuesday 1 April 2014

Ucapan @IsmailSabri60 Transformasi Kementerian Pertanian Disambut Baik... @tunfaisal #DSIS


Ucapan YBM @ Perhimpunan Bulanan MOA
1 April 2014
Dewan Serbaguna MOA

Saya ingin memulakan ucapan pagi ini dengan mengucapkan takziah (tapi tidak semestinya takziah juga..) kepada keluarga penumpang MH370. Kita sedekahkan al fatihah kepada mereka, al fatihah..

Kejadian ini sungguh misteri. Apabila YAB PM mengumumkan bahawa perjalanan MH370 'ended' di Lautan Hindi berdasarkan radar yang kita teliti. Kenyataan PM adalah kesimpulan teknikal berdasarkan radar. Tidak pernah disebut bahawasanya pesawat itu terhempas / penumpang terkorban. Terserah kepada masing2 untuk mentafsirkan apa yang YAB PM nyatakan.

Jika ingin bercakap mengenai spekulasi, berbagai-bagai spekulasi yang boleh kita baca. Tetapi semuanya tidak berdasarkan fakta. Jadi, spekulasi hanyalah spekulasi.

Pencarian MH370 merupakan sesuatu yang sangat sukar. Kita juga jangan membuat spekulasi sendiri, kerana ini mungkin membawa kesan buruk/memberi harapan palsu kepada keluarga mangsa. Saya beritahu keluarga mangsa supaya kita harapkan semuanya selamat, tapi kita juga mesti mempunyai fikiran bahawasanya perkara yang buruk mungkin berlaku.

Nasihat saya kepada keluarga mangsa (orang di kawasan saya, Bera) hidup mesti meneruskan penghidupan, kerana yang telah tiada tidak mungkin akan kembali.

Sama-samalah kita berdoa untuk yang terbaik dan cuba mengurangkan spekulasi yang bukan-bukan kerana tiada guna kita menggembar gemburkan berita yang tiada sahihnya.

Sunday 30 March 2014

Kadir Jasin Meroyan Plak Nak Jadi "Chairman" Media Prima Pulak???? @tunfaisal


Tak habis-habis lagi meroyan wartawan pencen merangkap blogger senja bila beliau dikhabarkan masih menyimpan cita-cita mahu menjadi "Chairman" atau Pengerusi Media Prima bersandarkan dengan kelayakkan kononnya beliau layak untu duduk di kerusi tersebut.

Patut la sejak dua menjak ni dok balun sakan kat PM dan kerajaan rupanya ada udang disebalik mee. Yang hairannya asal jawatan kat Media Prima yang menjadi tumpuan Kadir. Mesti ada sesuatu kepentingan peribadi melibatkan Media Prima ni. Semua dah maklum rangkaian Media Prima merupakan rangkaian penerbitan nombor satu dalam dengan dengan pengaruh yang luas dalam Malaysia. 

Dengan menjadi Pengerusi Media Prima maka makin mudahlah beliau meneruskan agenda gerakan untuk menjatuhkan pentadbiran Najib yang beliau gagal sebelum ini bila gerakan yang ditaja oleh Tun Daim ini tidak mendapat sambutan dari pengamal media sosial terutama dari blogger-blogger otai dan blogger-blogger Pro BN. Setelah gagal mempengaruhi pengamal media sosial turut menyertai gerakan beliau maka langkah terdesak yang diambil oleh wartawan pencen ni cuba menggunakan kaedah mengusai media arus perdana pulak.

Sudah-sudah la pak kadir oooooiii... zaman 2008 sudah berakhir. Suasana geopolitik masa zaman 2008 tak sama dengan zaman 2014. Eloklah pak kadir mendekatkan diri dengan masjid dan ilmu-ilmu keagamaan tapi jangan sampai sesat dan menyesatkan sudah la. 

p/s : bak kata orang tua-tua "rumah kata pergi, kubur kata mari"

Bahaya COMANGO Dan Kempen Sejuta Ummah Tolak COMANGO... #AntiComango


Ceramah Kempen Sejuta Ummah (KSU) Tolak COMANGO yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Suhail ini mengisarkan agenda parasit yang bernama Coalition of Malaysian NGO atau dikenali sebagai COMANGO.

Untuk mengenali tuntutan dan ancaman COMANGO dengan lebih dekat seperti kata pepatah 'mencegah lebih baik daripada merawat', Ustaz Pilihan™ ini akan memberi sebanyak mampu info tentangnya.

Apa tunggu lagi, viralkan kepada umat Islam tentang 'Bahaya COMANGO'.



Marilah kita sama-sama sebagai umat Islam yang sayangkan agamanya mempromosi  dan "LIKE" page-page di bawah ini yang turut sama menyokong dan menentang apa yang cuba di bawa Comango.










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers