Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday, 1 December 2012

Panas : Analisis Keputusan Penuh Malaysia vs Indonesia Piala Suzuki 2012...


Malaysia akhirnya berjaya ke peringkat separuh akhir Piala Suzuki 2012 hasil kemenangan 2-0 ke atas Indonesia bagi perlawanan ketiga dalam kumpulan B.

Malaysia menjadi naib juara kumpulan B yang bakal menentang juara kumpulan A iaitu Thailand yang menang ketiga-tiga perlawanan dalam kumpulan.

Thailand bakal menjadi pasukan yang akan dihadapi oleh pasukan Malaysia di perlawanan separuh akhir nanti dengan rekod juara kumpulan A yang menang ketiga-tiga perlawanan dengan mengumpul 9 mata penuh.

Gua bersetuju dengan kenyataan blogger ParpuKari dalam tweetnya berkaitan dengan penyokong Malaysia yang tidak berlaku adil dengan pasukan Malaysia seperti tweet beliau "RT @ParpuKari: "Jangan bersorak ketika menang kalau tak boleh menyokong ketika kalah" - K. Rajagobal #RajaGobalmengganas"

Gua ingin mengulas skit kebenaran kata-kata dan pandangan K. Rajagopal selaku jurulatih team Harimau Malaya yang mendapat kritikan yang agak melampau daripada akhbar-akhbar arus perdana hingga memaksa membuat beberapa kenyataan untuk menyokong pasukan negara ketika Malaysia kalah 0-2 dalam perlawanan pertama ketika menentang Singapura.

Akhir sekali tahniah buat jurulatih K. Rajagopal yang berjaya dengan eksperimennya buat masa ini dan biar masa yang akan menentukan keberkesanan eksperimen beliau.

Buat semua pemain pasukan Malaysia yang mengalirkan keringat sehingga membuahkan kejayaan demi kejayaan, TAHNIAH daripada gua dan seluruh rakyat Malaysia.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Biar Sang Garuda Pulang Ke Jakarta Dengan Sayap Patah!!!!


Source MLP Sports

Biar Sang Garuda pulang ke Jakarta dengan sayap patah.

Sudah pasti selaku juara bertahan, pasukan Malaysia tidak rela menamatkan kempen kali ini lebih awal dan para pemain sedar mereka berdepan satu lagi ujian untuk mengesahkan tempat ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2012.

Tinggal beberapa jam sebelum turun ke padang, pemain tidak seharusnya meragui kemampuan mereka di mana sejak awal lagi jurulatih, Datuk K. Rajagobal berpendapat kumpulan pemain yang disenaraikan kali ini merupakan yang terbaik, malah lebih bagus daripada ketika kali pertama memenanginya.

Dengan keyakinan yang semakin pulih selepas kemenangan ke atas Laos, kepercayaan peminat terhadap Harimau Malaya juga meningkat dan pasti akan menyemarakkan lagi Stadium Nasional Bukit Jalil.

Berbanding edisi dua tahun lalu, pasukan Indonesia kali ini tempang tanpa kehadiran tonggak utama akibat pergolakan dalaman liga bola sepak negara itu.

Tidak keterlaluan mengatakan jika para pemain negara berada di tahap terbaik dan memiliki fokus yang tinggi, Malaysia adalah pilihan untuk layak.

Ayuh Harimau Malaya! Kasi tunduk itu Garuda…
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Abby Abadi Sudah Ada Kekasih Baru? @Abby_Abadi112


Kalau anda masih peduli tentang pelakon Abby Abadi ini ada cerita terbaru mengenainya. Tapi tidak tahu sejauh mana kebenaran gosip yang sedang bertiup kencang ini, wallahualam. Tambahan si empunya badan sendiri pun belum membuat apa-apa pengesahan.

Di dalam ruang gosip sebuah akhbar tabloid ada menyebut, daripada foto dan status yang dikemas kini di dalam Instagram, baru-baru ini bagai menyuarakan hasrat hati Abby Abadi untuk menamatkan zaman jandanya.

Aktres semakin rancak dengan kerjaya sebagai penceramah itu kini dikatakan sudah menemui kekasih baru ekoran beberapa keping gambar antaranya kunjungan Abby ke kedai bunga, selain foto Abby bersama seorang lelaki sedang memegang kad yang tertera ayat 'Marry me!' dan 'You and Me'.

Bagaimanapun, wajah lelaki itu tidak dapat dilihat dengan jelas kerana kad berukuran A4 'paper' itu menutup wajah lelaki berkenaan.

Lantaran daripada pendedahan gambar-gambar berkenaan, ramai juga peminatnya yang mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan Abby.

Apapun, kalau lah benar gosip ini, Alhamdulillah dan MD tumpang gembira. Semoga hubungan Abby dengan lelaki itu berpanjangan hingga ke jinjang pelamin dan semoga perkahwinan bakal ditempuhinya kali ini berkekalan hingga ke anak cucu.- malaysiaDigest
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 30 November 2012

Gila!!!…Remaja Dipenggal Kepala Kerana Tolak Pinangan????...


Afghanistan – Gara-gara pinangannya ditolak, seorang lelaki bertindak kejam dengan memenggal kepala seorang gadis berusia 15 tahun dalam satu kejadian menyayat hati di utara Afghanistan.

Mangsa dikenali sebagai Gisa, telah diserang oleh lelaki berkenaan yang juga sepupunya ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas mengambil air di telaga.

Suspek, Sadeq dan saudaranya Massoud telah ditangkap susulan pembunuhan berkenaan.

Kedua-duanya merupakan saudara terdekat kepada Gisa, dan mereka juga menetap di perkampungan yang sama.

Menurut polis, bapa mangsa menolak pinangan berkenaan memandangkan anak gadisnya itu masih muda, justeru dia tidak mahu gadis itu berkahwin awal.

Biarpun undang-undang keganasan terhadap wanita digubal pada 2009, namun perkahwinan paksa melibatkan remaja bawah umur dan wanita masih berlaku.

alah undang-undang yang menghalang perbuatan seumpama itu masih sukar untuk dilaksanakan.

Sementara Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pula menjangkakan pelaksanaan undang-undang itu akan mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan.

Sehingga Mac tahun lalu, pertubuhan hak asasi manusia merekodkan sebanyak 2,000 kes dilaporkan melibatkan keganasan terhadap wanita di Afghanistan.

Keadaan dijangka bertambah buruk apabila tentera asing berundur dari negara berkenaan menjelang 2014.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ucapan Perbahasan Ketua Pemuda UMNO Perak, @azwanbro Di #PAU2012... @ZambryAbdKadir @tunfaisal @promelayu


Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah hiraabbil alamin, wabihin nastain..selawat..
YBbhg Tan Sri Pengerus Tetap, YAB Presiden, YAB Presiden, YB Naib Naib Presiden, YAB Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Ahli Majlis Kerja Tertinggi, sidang perwakilan dan pemerhati yang saya hormati sekalian.

Surah Ali Imran Ayat 38

YBhg Tan Sri Pengerusi Tetap,

Saya Khairul Azwan Harun, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak mewakili Badan Perhubungan UMNO Negeri mengambil tempat untuk

Perbahasan saya akan menjuruskan kepada dua intipati pokok iaitu kesinambungan kepimpinan melalui pembentukan zuriat UMNO dan kedua istiqamah dalam melaksanakan plan transformasi.

Para perwakilan,ayat yang saya bacakan tadi merupakan doa Nabi Allah Zakaria dari surah Ali Imran ayat 38, yang bermaksud “ Ya Tuhan ku, kurniakanlah kepada ku ari sisi MU zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar doa permohonan”.



Sidang perwakilan,

Ayat Allah ini, secara jelas memperlihatkan peri pentingnya zuriat keturunan yang baik. Dalam konteks parti keramat ini, sudah tiba masa, waktu dan ketika bagi kita melahirkan zuriat UMNO yang punya kualiti untuk memastikan kelangsungan kuasa politik terus berada ditangan kita. Manifestasi kepada ayat ini sekiranya kita takwilkan membawa kepada maksud kita mahukan zuriat yang baik. Justeru itu, kita perlu berusaha melahirkan dan merangka pendekatan yang tersusun bagi melaksanakan proses peremajaan dan peralihan generasi dalam parti.

Oleh yang demikian, Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak berpendapat kesinambungan kepimpinan adalah merupakan pra syarat kelangsungan kuasa politik. Bagi maksud itu, UMNO Perak ingin mencadangkan agar parti secara tersusun melaksanakan program “Political Internship”. Melalui program ini, dicadangkan kita menempatkan generasi pelapis khususnya pemimpin pemimpin mahasiswa dan pertubuhan pertubuhan generasi muda di Pusat Pusat Khidmat Wakil Rakyat dan parti. Mereka yang terlibat, perlu kita dedahkan kepada program program parti, disamping memberikan ruang kepada mereka untuk menterjemahkan idealisma yang mereka junjung dalam bentuk program, sesuai dengan hasrat dan kehendak kontemporari mereka.

Proses peremajaan parti ini, tidak seharusnya terhenti dengan terlaksananya program, “Internship” tersebut. Sebaliknya, pada masa yang sama, UMNO perlu melahirkan lebih banyak zuriat yang akan mewarisi parti keramat ini.

Zuriat UMNO yang mahu kita lahirkan ini, mestilah mempunyai ciri ciri :

Pertama : taat dan setia
Kita ingin melahirkan zuriat yang sentiasa meletakkan perjuangan serta matlamat parti mengatasi kepentingan kepentingan lain pada sepanjang masa menggalas nama UMNO di pundak mereka. Peremajaan dan peralihan generasi yang kita harapkan mekar dan subur didalam UMNO akan memadamkan atau melenyapkan sifat sifat individualistik dan unsur-unsur pensabotaj perjuangan.

Kita mahu membentuk generasi yang taat dan setianya tertumpah sepenuhnya kepada perjuangan parti dan akur terhadap keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan. Dalam konteks negara, zuriat UMNO yang taat dan setia ini akan sentiasa menjunjung institusi penting negara. Raja – Raja Melayu akan tetap dipertahankan, Islam didaulatkan, keamanan dikekalkan dan perpaduan disuburkan.

Ciri ketaatan dan kesetiaan ini penting kerana, jika kita lihat pihak disebelah sana benih ketaatan dan kesetian yang ditanam bukanlah perjuangan untuk mengangkat citra agama bangsa dan negara. Sebaliknya, puak puak ini membentuk generasi yang patuh membuta tuli kepada pemimpin yang ingin merosakkan keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran negara.

Thursday, 29 November 2012

Gambar Baju Neelofa Ketat Hingga Tersembul Dalam Meletop???...




Lensa Niring : Sekitar Jamuan Makan Tengahari Perwakilan Perak #PAU2012... @ZambryAbdKadir @azwanbro @promelayu





[Video] Penjelasan @Armand_PJU Pasal Kekecohan Puak Royalti Yang Buat Kacau Di #PAU2012...



Penjelasan Armand mengenai tohmah dan fitnah pakatan bahawa orang UMNO telah mengasari dan menggunakan kekerasan serta melemparkan kata-kata kesat kepada kumpulan "Royalti" ini adalah tidak benar sama sekali... 

Penjelasan ini rentetan kepada story kumpulan Royalti terjah dalam PWTC semasa ucapan taklimat Presiden UMNO baru-baru ini KLIK SINI KLIK SINI

Ucapan Dasar Ketua Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaluddin #PAU2012 @tunfaisal @razlanrafii



ucapan dasar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin pada Perhimpunan Agung UMNO di PWTC, KL - 28/11/2012

Wednesday, 28 November 2012

Gambar Aaron Aziz Masa Muda… Macam Jamal Abdillah Siot!!!!...


Kalau tengok gambar Aaron Aziz masa muda ni (bawah), sudah nak sangka dia boleh bawak watak sebagai seorang gangster.

Namun, di situlah letaknya bakat berlakon kan.

Bagilah watak apa pun, Aaron boleh bawak dan hidupkan. Rupa dan gaya berubah mengikut keperluan skrip.

Gambar ini adalah keretan dari drama bersiri Heartlanders yang ditayangkan di Singapura suatu masa dulu.


Masa ni Aaron bawak watak pegawai polis bernama Jamal Salleh dan bergandingan dengan Vincent Ng.

Nampak begitu kurus kan dalam drama itu. Ada iras-iras Jamal Abdillah masa muda jugak.

Apa pun, kini di usia 30-an, Aaron semakin popular dan semakin kacak di samping peminat yang semakin ramai.

Selamat maju jaya bro.

Sumber : MyNewsHub
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pesanan KP Seputeh @razlanrafii Kepada Anak Muda Di Luar Sana... #PAU2012 @tunfaisal



Temuramah dengan Ketua Pemuda UMNO Seputeh tentang Pemuda UMNO Malaysia di Jamuan Makan Tengahari Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Pelancaran Kelab Penyokong BN IPTA.

Sumber : MindaHijrah

BN Bakal Merampas Kembali Pulau Pinang Kata Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang... #PAU2012 @tunfaisal @razlanrafii



Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Shaikh Hussein Mydin amat yakin kemenangan besar hasil kerja kuat Pemuda UMNO Pulau Pinang. Saksikan temuramah beliau bersama krew Unit Media Baru, Along PDTM & Izzudin SAR di Jamuan Makan Tengahari Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Pelancaran Kelab Penyokong UMNO IPTA.

Sumber : MindaHijrah

Naib Presiden UMNO @Zahid_Hamidi @HishammuddinH2O & Shafie Afdal Mengulas Ucapan Timbalan Presiden... #PAU2012 @tunfaisal @razlanrafii


1. Sidang media untuk mengupas ucapan Timbalan Presiden UMNO, TS Muhyiddin Yassin telah diamanahkan kepada 3 Naib Presiden UMNO iaitu DS Zahid Hamidi, DS Hishammuddin Hussein dan DS Shafie Afdal.

2. DS Zahid telah menyentuh mengenai 3 perkara pokok yang disebut di dalam ucapan tersebut.

3. Pertama beliau mengupas tentang kelayakan PAS untuk membentuk kerajaan.

4. PAS tidak layak untuk membentuk kerajaan berdasarkan 'score card' prestasi PAS pada pilihanraya yang lepas.

5. PAS dilihat telah bertanding hanya 66 kerusi sahaja dan menang pula sekadar 23 kerusi pula. Untuk membentuk kerajaan, diperlukan sekurang-kurang 112 kerusi. Maka niat PAS untuk membentuk kerajaan dianggap tidak berpijak di atas bumi yang nyata.

Tuesday, 27 November 2012

[Eksklusif] : Gambar Geng Royalti Buat Kacau Kat PWTC Masa #PAU2012... @tunfaisal @razlanrafii











[Panas] : Geng Royalti Minyak Cari Gaduh Semasa #PAU2012!!!! @NajibRazak @KhairyKJ @razaliibrahim @tunfaisal @razlanrafii @Armand_PJU


Giler panas hati gua dengan cacing kerawit geng-geng Tuntut Royalti Minyak Kelantan datang buat onar kat Perhimpunan Agung UMNO petang ini.

Berani geng haram jadah nie masuk rumah UMNO buat onar cari pasal masa PM sedang buat taklimat presiden kepada perwakilan yang datang.


Mujurlah Naib Pengerusi Unit PIDATO Pemuda Barisan Nasional, Sdr Armand datang menenangkan suasana yang pada mulanya hampir tegang. Armand dengan secara baik meminta kumpulan Royalti ini ke Restoren Riverside jika ingin membuat "Press Con" tetapi kedegilan kumpulan Royalti ini tetap mahu buat Press Con kat luar dewan ketika PM sedang memberi taklimat.


Hasil perbincangan antara Armand dan wakil kumpulan akhirnya mereka akur dan setuju untuk keluar dari mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, perancangan dan persetujuan asal antara wakil Royalti dan pihak pwtc adalah perjumpaan dibuat di sebuah restoren tetapi geng bangang ni tetap jugak nak buat onar cari pasal.

Kat sini gua share kan skit gambar-gambar bibit-bibit yang hampir mencetuskan rusuhan gak tadi cuma lebih banyak gambar-gambar eksklusif dan panas dalam entri jam 8 malam ini.


Tuuuuuuuuungguuuuuuuu!!!!!

Lensa Niring1 : Jamuan Makan Tengahari Pemuda UMNO #PAU2012... @KhairyKJ @razaliibrahim @tunfaisal @razlanrafii





Gambar Kereta PDRM Pun ‘Kantoi’ Dengan Kamera AES???...


Wah sebuah laman blog baru-baru ini menyiarkan bagaimana kereta milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga tidak terlepas daripada perangkap kamera AES.

Menurut blog Ohtidak.com, pengirim gambar-gambar ini mahu namanya dirahsiakan.


Dalam erti kata lain, sesiapa saja boleh disaman waima pihak berkuasa pun sekiranya didapati melanggar peraturan had laju yang ditetapkan itu.

Oklah, baru 'fair and square' kata Mat Salleh.

Memang isu AES ni banyak pro dan kontranya…untuk lebih adil, apakata kita beri peluang untuk kerajaan mengkaji keberkesanannya dan pada masa yang sama pandangan serta rungutan orang ramai pun diambil kira.

Barulah wujud situasi 'menang-mang', tak gitu?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, 25 November 2012

Kumpulan K-Pop Korea Mana Teruk Kena ‘Boo’, Dibaling Kasut Masa Shout Awards???...


Penganjuran Shout Awards pada hari Jumaat lepas nampaknya dicemari dengan sikap tidak bermoral segelintir hadirin.

2 kumpulan Kpop iaitu Nu'est dan Vixx telah dijemput untuk memeriahkan lagi anugerah ini.

Sayangnya layanan yang diterima oleh kumpulan ini sangat memalukan.

Mereka telah diboo, dibaling dengan kasut, botol dan kipas oleh segelintir pembenci Kpop.


Ternyata mentaliti sesetengah rakyat Malaysia masih berada di tahap bawah.

Tak perlu rasanya untuk berbuat demikian walaupun anda tidak menyukai Kpop.

Abang Nara mendapat sepucuk email daripada seorang pembaca yang kecewa dengan sikap segelintir haters ini. Abang Nara kongsikannya untuk tatapan anda.

Just nak share something,notice x dkt twitter skang tgh trendding #malaysiasaysorrytivixxandnuest? smlm mase shout awards kt sunway surf beach rmai la kpop lovers yg dtg show support. I'm one of them. mmg rude giler kot haters, even x suke or x knal pon just listen and enjoy the music kan.lagipon free x payah nk boo~~ kn artis tu..sampai satu tahap diorg baling sampah atas stage. ktorg kt sane pon bole nampak sampah melayang layang ke pentas ,org kat rumah apatah lagi kn? Even sy pon x knal half drpada local artis yg buat performance smlm,just sit back n relax je la.cuba imagine Kalau Yuna ke Shila Amzah buat performance kt luar and received the same treat, org malaysia lagi la cepat naik angin. Bukan apa Gov sibok promote how ethic and behave Malaysian people kat org luar tp klu dh trending kt twitter, satu dunia tau kot. Just show some respect la, next time the organiser please do something to attract crowd.

Betul kan kata si pengirim email?

Kalau orang negara lain bukan perkara yang sama ke penyanyi negara kita, tak ke sedih?

Semoga tragedi sebegini tidak berulang lagi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Apabila Bodyguard Ambil Kesempatan Raba Buah...


Seorang pengawal peribadi telah dipecat setelah beliau beberapa kali meraba payudara seorang penyanyi perempuan Lebanon yang cun, Haifa Wehbe yang juga bosnya!



Pas Parti Syaitan????...?.


1. Ularmak Pas telah memandu pengikut-pengikut Pas ke arah kesesatan yang jauh. Mereka berangapan bahawa Pas Islam dan Islam adalah pas. Mereka beranggapan bahawa Islam hanyalah milik mereka sahaja dan boleh digunakan sewenang-wenangnya. Inilah umat yang sesat dan menyesatkan, yang menggunakan agama Allah kejalan yang tidak diredhai bahkan dimurkai Allah.

2. Siapa boleh lupa apabila Nik Aziz yang mendoakan pecah perut kepada DS Najib sedangkan sebelum itu DS Najib berusaha menerbangkan beliau dari Kota Bhahru ke Kuala Lumpur dan mengarahkan memberikan rawatan terbaik kepada beliau yang ditimpa musibah dan bala yang dengan azab dan kesakitan yang berat. Di Labis, puak-puak yang sesat itu menjaja doa memusnahkan UMNO BN sepanjang kempennya.

3. Demikiankah perlakuan orang-orang yang beriman kepada Allah? Ketika kita diseru mendoakan kebaikan kepada saudara sesama Islam Pas pula mendoakan kemusnahan dan kerosakan kepada sesama Islam. Kenapa Pas tidak doakan kepada kemusnahan kepada Yahudi yang membunuh beribu-ribu umat Islam di Palestin selama ini?

4. Kenapa tidak ada ularmak pas yang memperbetulkan akidah mereka selama ini? Apa yang jelas adalah arahtuju perjuangan Pas berubah-ubah dan tidak konsisten terutama kepada pengembangan Islam. Jelas bahawa perjuangan Pas adalah menguasai politik dan memusnahkan UMNO. Hudud dan membangun bersama Islam hanyalah slogan semata-mata dan mengaburi pandangan umum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers