YB Khairy Jamaluddin meluangkan masa untuk melawat booth UMB di Laman Media semasa Perhimpunan Agung UMNO 2012 (PAU2012) di PWTC serta memberi ulasan mengenai prestasi UMB dalam menerajui media sosial serta berperanan menyampaikan maklumat yang terkini, betul serta menyerang kembali persepsi salah dan fitnah yang dimainkan oleh pembangkang...
Jadilah Sahabat Kulaan...
SEWA

TRIP

PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...
Showing posts with label PAUMNO 12. Show all posts
Showing posts with label PAUMNO 12. Show all posts
Monday, 3 December 2012
Sunday, 2 December 2012
#PAU2012 : Ahli UMNO Hanya Layak Ke Neraka...
RAMAI mengeluh dengan kelantangan Pengerusi Ulama Muda UMNO, Fathul Bari Jahaya 'membelasah' kepimpinan Pakatan Rakyat, terutama Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam persidangan UMNO 2012 lepas.
KN tidaklah menyaksikan secara langsung ucapan tersebut tapi dimaklumkan, Fathul Bari tidak setakat 'membahasakan' pemimpin agama yang jauh lebih tua melalui ucapannya, malah dia juga pergi lebih jauh dari itu dengan menayangkan kembali rakaman TV3 temuramah wartawan dengan Nik Aziz berhubung kenyataannya yang membawa maksud ahli-ahli UMNO sebagai kafir dan murtad.
Pada pandangan KN, tidak salah kalau Fathul Bari nak menyebutkan perkara tersebut sebab memang itulah kenyataannya (UMNO parti murtad dan kafir).
Ia jelas bertujuan menjatuhkan maruah dan imej Nik Aziz sebagai pemimpin ulung dalam PAS.
Adakah ini contoh yang cuba diberikan ilmuwan agama muda dalam UMNO?…
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Labels:
PAUMNO 12
Friday, 30 November 2012
Ucapan Perbahasan Ketua Pemuda UMNO Perak, @azwanbro Di #PAU2012... @ZambryAbdKadir @tunfaisal @promelayu
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah hiraabbil alamin, wabihin nastain..selawat..
YBbhg Tan Sri Pengerus Tetap, YAB Presiden, YAB Presiden, YB Naib Naib Presiden, YAB Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Ahli Majlis Kerja Tertinggi, sidang perwakilan dan pemerhati yang saya hormati sekalian.
Surah Ali Imran Ayat 38
YBhg Tan Sri Pengerusi Tetap,
Saya Khairul Azwan Harun, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak mewakili Badan Perhubungan UMNO Negeri mengambil tempat untuk
Perbahasan saya akan menjuruskan kepada dua intipati pokok iaitu kesinambungan kepimpinan melalui pembentukan zuriat UMNO dan kedua istiqamah dalam melaksanakan plan transformasi.
Para perwakilan,ayat yang saya bacakan tadi merupakan doa Nabi Allah Zakaria dari surah Ali Imran ayat 38, yang bermaksud “ Ya Tuhan ku, kurniakanlah kepada ku ari sisi MU zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar doa permohonan”.
Sidang perwakilan,
Ayat Allah ini, secara jelas memperlihatkan peri pentingnya zuriat keturunan yang baik. Dalam konteks parti keramat ini, sudah tiba masa, waktu dan ketika bagi kita melahirkan zuriat UMNO yang punya kualiti untuk memastikan kelangsungan kuasa politik terus berada ditangan kita. Manifestasi kepada ayat ini sekiranya kita takwilkan membawa kepada maksud kita mahukan zuriat yang baik. Justeru itu, kita perlu berusaha melahirkan dan merangka pendekatan yang tersusun bagi melaksanakan proses peremajaan dan peralihan generasi dalam parti.
Oleh yang demikian, Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak berpendapat kesinambungan kepimpinan adalah merupakan pra syarat kelangsungan kuasa politik. Bagi maksud itu, UMNO Perak ingin mencadangkan agar parti secara tersusun melaksanakan program “Political Internship”. Melalui program ini, dicadangkan kita menempatkan generasi pelapis khususnya pemimpin pemimpin mahasiswa dan pertubuhan pertubuhan generasi muda di Pusat Pusat Khidmat Wakil Rakyat dan parti. Mereka yang terlibat, perlu kita dedahkan kepada program program parti, disamping memberikan ruang kepada mereka untuk menterjemahkan idealisma yang mereka junjung dalam bentuk program, sesuai dengan hasrat dan kehendak kontemporari mereka.
Proses peremajaan parti ini, tidak seharusnya terhenti dengan terlaksananya program, “Internship” tersebut. Sebaliknya, pada masa yang sama, UMNO perlu melahirkan lebih banyak zuriat yang akan mewarisi parti keramat ini.
Zuriat UMNO yang mahu kita lahirkan ini, mestilah mempunyai ciri ciri :
Pertama : taat dan setia
Kita ingin melahirkan zuriat yang sentiasa meletakkan perjuangan serta matlamat parti mengatasi kepentingan kepentingan lain pada sepanjang masa menggalas nama UMNO di pundak mereka. Peremajaan dan peralihan generasi yang kita harapkan mekar dan subur didalam UMNO akan memadamkan atau melenyapkan sifat sifat individualistik dan unsur-unsur pensabotaj perjuangan.
Kita mahu membentuk generasi yang taat dan setianya tertumpah sepenuhnya kepada perjuangan parti dan akur terhadap keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan. Dalam konteks negara, zuriat UMNO yang taat dan setia ini akan sentiasa menjunjung institusi penting negara. Raja – Raja Melayu akan tetap dipertahankan, Islam didaulatkan, keamanan dikekalkan dan perpaduan disuburkan.
Ciri ketaatan dan kesetiaan ini penting kerana, jika kita lihat pihak disebelah sana benih ketaatan dan kesetian yang ditanam bukanlah perjuangan untuk mengangkat citra agama bangsa dan negara. Sebaliknya, puak puak ini membentuk generasi yang patuh membuta tuli kepada pemimpin yang ingin merosakkan keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran negara.
Thursday, 29 November 2012
[Video] Penjelasan @Armand_PJU Pasal Kekecohan Puak Royalti Yang Buat Kacau Di #PAU2012...
Penjelasan Armand mengenai tohmah dan fitnah pakatan bahawa orang UMNO telah mengasari dan menggunakan kekerasan serta melemparkan kata-kata kesat kepada kumpulan "Royalti" ini adalah tidak benar sama sekali...
Ucapan Dasar Ketua Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaluddin #PAU2012 @tunfaisal @razlanrafii
ucapan dasar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin pada Perhimpunan Agung UMNO di PWTC, KL - 28/11/2012
Labels:
PAUMNO 12
Wednesday, 28 November 2012
Pesanan KP Seputeh @razlanrafii Kepada Anak Muda Di Luar Sana... #PAU2012 @tunfaisal
Temuramah dengan Ketua Pemuda UMNO Seputeh tentang Pemuda UMNO Malaysia di Jamuan Makan Tengahari Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Pelancaran Kelab Penyokong BN IPTA.
Sumber : MindaHijrah
Labels:
PAUMNO 12
BN Bakal Merampas Kembali Pulau Pinang Kata Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang... #PAU2012 @tunfaisal @razlanrafii
Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Shaikh Hussein Mydin amat yakin kemenangan besar hasil kerja kuat Pemuda UMNO Pulau Pinang. Saksikan temuramah beliau bersama krew Unit Media Baru, Along PDTM & Izzudin SAR di Jamuan Makan Tengahari Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Pelancaran Kelab Penyokong UMNO IPTA.
Sumber : MindaHijrah
Labels:
PAUMNO 12
Naib Presiden UMNO @Zahid_Hamidi @HishammuddinH2O & Shafie Afdal Mengulas Ucapan Timbalan Presiden... #PAU2012 @tunfaisal @razlanrafii
1. Sidang media untuk mengupas ucapan Timbalan Presiden UMNO, TS Muhyiddin Yassin telah diamanahkan kepada 3 Naib Presiden UMNO iaitu DS Zahid Hamidi, DS Hishammuddin Hussein dan DS Shafie Afdal.
2. DS Zahid telah menyentuh mengenai 3 perkara pokok yang disebut di dalam ucapan tersebut.
3. Pertama beliau mengupas tentang kelayakan PAS untuk membentuk kerajaan.
4. PAS tidak layak untuk membentuk kerajaan berdasarkan 'score card' prestasi PAS pada pilihanraya yang lepas.
5. PAS dilihat telah bertanding hanya 66 kerusi sahaja dan menang pula sekadar 23 kerusi pula. Untuk membentuk kerajaan, diperlukan sekurang-kurang 112 kerusi. Maka niat PAS untuk membentuk kerajaan dianggap tidak berpijak di atas bumi yang nyata.
Labels:
PAUMNO 12
Tuesday, 27 November 2012
[Panas] : Geng Royalti Minyak Cari Gaduh Semasa #PAU2012!!!! @NajibRazak @KhairyKJ @razaliibrahim @tunfaisal @razlanrafii @Armand_PJU
Giler panas hati gua dengan cacing kerawit geng-geng Tuntut Royalti Minyak Kelantan datang buat onar kat Perhimpunan Agung UMNO petang ini.
Berani geng haram jadah nie masuk rumah UMNO buat onar cari pasal masa PM sedang buat taklimat presiden kepada perwakilan yang datang.
Mujurlah Naib Pengerusi Unit PIDATO Pemuda Barisan Nasional, Sdr Armand datang menenangkan suasana yang pada mulanya hampir tegang. Armand dengan secara baik meminta kumpulan Royalti ini ke Restoren Riverside jika ingin membuat "Press Con" tetapi kedegilan kumpulan Royalti ini tetap mahu buat Press Con kat luar dewan ketika PM sedang memberi taklimat.
Hasil perbincangan antara Armand dan wakil kumpulan akhirnya mereka akur dan setuju untuk keluar dari mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Menurut sumber yang boleh dipercayai, perancangan dan persetujuan asal antara wakil Royalti dan pihak pwtc adalah perjumpaan dibuat di sebuah restoren tetapi geng bangang ni tetap jugak nak buat onar cari pasal.
Kat sini gua share kan skit gambar-gambar bibit-bibit yang hampir mencetuskan rusuhan gak tadi cuma lebih banyak gambar-gambar eksklusif dan panas dalam entri jam 8 malam ini.
Tuuuuuuuuungguuuuuuuu!!!!!
Labels:
PAUMNO 12
Tuesday, 25 September 2012
PRU 13 - Besar Kemungkinan Di tahun 2013.... Perhimpunan Agong Dahulu???...
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi bayangan baru mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) - ia tidak akan diadakan dalam waktu terdekat walaupun ramai membuat spekulasi ia akan dipanggil November ini.
Menurutnya, PRU13 tidak akan diadakan dalam masa terdekat kerana Perhimpunan Agung Umno akan berlangsung mulai 27 November hingga 1 Disember ini.
"Tidak mungkin PRU13 diadakan dalam masa terdekat.
Jika PRU13 diadakan dalam masa terdekat ini, sudah semestinya Perhimpunan Agung Umno juga akan ditangguhkan," kata beliau pada sidang media selaps mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, hari ini.
Pada 7 September lalu, Najib memberi bayangan terbaru – di Kelantan – mengenai tarikh PRU13 yang menjadi bahan spekulasi sejak awal tahun lalu.
Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, beliau "sudah mahu" mengumumkan tarikh PRU13 yang dinanti-nantikan banyak pihak."Ambo rasa nak umum pilihan raya dah. Pilihan raya ini sebenarnya untuk apa. Ini adalah untuk masa depan kita," katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
The True Brothers


