Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday 31 December 2014

Bukti Kementerian Pertanian Komited Bantu Petani, Penternak, Nelayan Terlibat Banjir??? @NajibRazak @IsmailSabri60 #DSIS


PC by YBM Menteri Pertanian, Industri Asas Tani - Banjir

"Seperti yang semua tahu sejak dari 18hb Dis bermulanya banjir di Kelantan, MOA telah melibatkan diri secara langsung melalui KADA bagi penghantaran keperluan.

Bermula 26 Dis seluruh agensi di bawah MOA mula dilibatkan. Kita mobilize semua (agihkan tugas) dan guna semua aset-aset termasuk guna nelayan peladang membantu.

Sehingga kini kita sudah salurkan bantuan di 8 negeri melibatkan 51 kawasan parlimen.

Kita keluarkan belanja sendiri. RM1.821 juta setakat hari ini telah dibelanjakan.

Untuk memudahkan urusan kita sudah wujudkan "Command Centre" di Dengkil dan setiap negeri yang terlibat.

Ada 2 cara penghantaran - darat dan udara (atm)

Antara barangan yang diedarkan - 3 jenis iaitu :

1. Makanan kering - minyak, gula, tepung, rempah, air mineral, telur, ikan bilis, makanan dalam tin, susu, roti dan biskut.

2. Makanan basah - ayam, ikan, bawang, halia, kobis, carrot, kentang.

3. Bukan makanan - lampin bayi, ubat nyamuk, barangan kperluan lain.

Kita bukan sahaja jaga manusia, kita juga jaga haiwan ternakan. Kita pun hantar makanan ternakan kepada penternak.

Sunday 28 December 2014

Lensa Niring : Sukarelawan Kementerian Pertanian Sudah Giat Bantu Mangsa Banjir!!! @NajibRazak @IsmailSabri60 #DSIS







Sejurus selepas arahan Menteri Pertanian, Industri Asas Tani Dato' Sri Ismail Sabri beberapa hari lepas yang menggerakkan sukarelawan dari pelbagai agensi di bawah Kementerian Pertanian mengumpulkan pelbagai jenis bantuan terutama barang berasaskan pertanian seperti beras, ikan, sayur-sayuran dari pelbagai pihak.

Seperti yang dijanjikan oleh Dato' Sri Ismail Sabri yang mahu agar semua agensi di bawah MOA turut membantu mangsa banjir yang mungkin memerlukan bekalan makanan segar seperti beras, daging, ikan dan sayur-sayuran.

Para sukarelawan MOA sedang giat membuat pembungkusan barangan di Pusat Gerakan Bantuan Banjir MOA bertempat di Depoh FAMA Dengkil sebelum dihantar kepada mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur dan Utara tanahair.

Usaha murni seperti yang dilakukan oleh Kementerian Pertanian ini diharapkan sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh mangsa banjir.

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Saturday 27 December 2014

Sukarelawan Kementerian Pertanian Dan Bekalan Bahan Mentah Sudah Dikerah Ke Lokasi Banjir!!! @NajibRazak @IsmailSabri60 #DSIS


Hari ini Menteri Pertanian, Industri Asas Tani Dato Sri Ismail Sabri telah mengerahkan seramai 2100 sukarelawan Kementerian Pertanian ke 8 lokasi utama bencana banjir bersama 18 metrik tan bekalan terdiri daripada barangan segar seperti kobis, bawang, sayur-sayuran, ikan, termasuk bot-bot nelayan bagi menghantar bekalan kepada mangsa banjir yang terlibat.

Keperihatinan Kementerian Pertanian terhadap mangsa banjir yang juga terdiri daripada petani, penternak, pesawah, pekebun dan mereka yang terlibat dengan pertanian sama ada secara langsung atau tidak harus dibantu dan ini telah menjadi keutamaan kepada menterinya iaitu Dato' Sri Ismail Sabri yang memahami masalah yang dihadapi oleh mereka. Lantas usaha murni ini digerakkan dengan segera melalui bantuan oleh pihak tentera.

Di bawah ini kenyataan Menteri Pertanian berkaitan perkara ini.


Kenyataan Media Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, 
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Berhubung Isu Banjir.



Putrajaya 27hb Disember : Seramai 2,100 sukarelawan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah digerakkan ke lapan lokasi banjir di seluruh negara.


Menurut menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob antara kawasan tumpuan iaitu Kuala Kangsar di Perak, Jerantut dan Kuala Lipis di Pahang serta Kampung Paloh dan Kota Bharu di Kelantan.
"Berikutan banjir yang teruk melanda Pantai Timur, semua agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani termasuk Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) telah bergerak bersama Angkatan Tentera Malaysia dalam misi menghantar bantuan bagi membantu mangsa banjir,^ Katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ismail Sabri, penghantaran pertama misi bantuan seberat 18 metrik tan ke Kelantan telah dihantar melalui Lapangan Terbang Subang dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Kataya, sebahagian barangan itu berupa barangan segar seperti kobis, bawang dan sayur-sayuran lain.
Katanya, barangan yang sampai di Lapangan Terbang Kota Bharu akan diedar oleh unit ATM 8 Briged dengan kerjasama FAMA, PPK dan PNK.

"Nelayan-nelayan tempatan telah dikerah untuk membantu menghantar bekalan makanan ke kawasan penempatan banjir yang sukar untuk dimasuki kenderaan darat.

"Mereka yang secara sukarela membantu telah menggunakan bot masing-masing untuk melaksanakan misi bantuan," katanya.

Tambah Ismail Sabri lagi, terdapat 10 buah bot nelayan di Tumpat, 8 buah di Kota Bharu dan 5 buah di Dungun diguna untuk menyelamatkan mangsa banjir dan menghantar bekalan makanan.

"Ada di antara sukarelawan nelayan ini juga sebenarnya adalah mangsa banjir," ulas beliau.

Ismail Sabri menarik perhatian, setakat ini sumbangan ikan beku sebanyak 1500 kilogram dari NEKMAT telah dihantar ke Dungun, Kemaman dan Besut, Terengganu.

Pada masa yang sama, Kementerian Pertanian juga telah menggerakkan jentera misi bantuan ke Johor khususnya di Segamat, Kota Tinggi, Johor Bahru, Batu Pahat dan Muar.

"Kementerian Pertanian turut bekerjasama dengan Kelab Gerakan Transformasi Ruminan Malaysia (GTR) dalam mengagihkan makanan ternakan.

"Setakat ini kita telah mengagihkan makanan ternakan kepada penternak di Perak Tengah dan usaha sedang dibuat bagi menghantar bekalan ke Kelantan dan kawasan yang menghadapi masalah," katanya lagi. 

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network















Apa Yang Kementerian Pertanian Bantu Meringankan Beban Mangsa Banjir??? @NajibRazak @IsmailSabri60 #DSIS


Hari ini negara kita dikejutkan dengan kejadian banjir yang luar biasa bukan seperti tahun-tahun sebelumnya terutama di negeri Kelantan dan Terengganu termasuk beberapa negeri lain seperti Pahang, Perak dan Perlis yang terjejas teruk melibatkan lebih 60 ribu mangsa banjir dipindahkan. Sudah tentu daripada puluhan ribu mangsa banjir yang terjejas terdiri daripada nelayan, petani, pesawah, peniaga, pemborong, peruncit, pembekal dan mereka yang melibatkan diri dalam bidang pertanian dan industri asas tani atau berkaitan dengannya. Sudah pasti dengan kejadian bencana alam seperti banjir ini memberi pelbagai kesan kepada mereka. Lantas melihat kepada suasana ini Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani Dato' Sri Ismail Sabri melalui kementeriannya telah cuba sedaya upaya membantu dan meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa banjir ini melalui beberapa inisiatif dan bantuan segera seperti yang dinyatakan dalam kenyataan di bawah :

Kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung isu banjir.


Semua agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah digerakkan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di seluruh negara terutamanya di kawasan yang teruk di landa banjir.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Pertanian memperuntukkan RM362,000 untuk disalurkan segera kepada mangsa-mangsa.

Bantuan itu katanya, termasuklah 12,000 kampit beras (5kg setiap satu) yang bernilai RM162,000, ikan sejuk beku bernilai RM30,000, air mineral sebanyak 10 ribu botol bernilai RM10,000, telur ayam kampung berjumlah 50,000 biji bernilai RM20,000 serta RM140,000 untuk membeli barangan kelengkapan lain.

“Semua agensi di bawah kementerian seperti LPP, FAMA, NAFAS dan NEKMAT telah dikerahkan untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Thursday 18 December 2014

Adakah "Line Up" Baru UMNO Selangor Ini Mampu Mengembalikan Selangor Semula Kepada BN??? @NajibRazak @nohomar



Senario politik negeri Selangor antara negeri dalam negara yang memang menjadi perhatian penganalisis politik, orang politik sendiri bahkan rakyat biasa yang membicarakannya di peringkat kedai mamak hatta sehingga ke warung kopi tidak kiralah sama ada yang diperbincangkan dan diperdebatkan itu cerita pasal kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat atau mengenai pergolakkan UMNO Selangor yang menjadi pembangkang dalam Selangor kini.

Segalanya bermula ketika PRU12 tahun 2008 ketika pertama kali Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dengan Pakatan Rakyat memenangi 37 kawasan DUN berbanding hanya 20 DUN yang dimiliki oleh BN. Maka ketika itu Selangor buat pertama kali memiliki Menteri Besar dari Pakatan iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim. Bermula 2008 sehinggalah ke PRU13 yang lalu Selangor masih gagal dikuasai kembali oleh BN. Persoalannya : KENAPA???? Kenapa BN yang diterajui oleh UMNO masih masih gagal mengembalikan Selangor ke tangan BN. Antara faktor yang tidak boleh kita ketepikan adalah kerana sokongan bukan melayu terhadap BN yang gagal dilaksanakan peranannya oleh parti komponen BN lain. Satu lagi punca tidak boleh kita sangkalkan adalah kerana pergeseran dalaman antara pemimpin UMNO itu sendiri dalam negeri Selangor. Umum mengetahui "perang dingin" antara pemimpin UMNO Selangor hingga terbentuknya kem-kem.

Apabila ini berlaku sudah pasti perpecahan bukan sahaja berlaku kepada pemimpin tertinggi UMNO Selangor bahkan akan diikuti oleh ahli-ahli di peringkat akar umbi apabila bos kawasan berpecah mengikut kem-kem ini tadi secara tak langsung ahli dan anak buah akan mengikut Ketua Bahagian masing-masing. Lantas bagi mereka yang suka melihat situasi ini akan mengambil kesempatan dengan menangguk di air keruh apabila dengan mengambil jalan mudah mencari siapakah yang mahu dijadikan "KAMBING HITAM" bagi diletakkan segala masalah dan kesilapan ke bahu "mangsa". Dan jika kita lihat apabila perkara ini berlaku paling mudah adalah menuding jari kepada Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Selangor selaku ketua atau pemimpin paling atas dalam parti UMNO di Selangor. Sudah tentu "mangsa"nya adalah Datuk Seri Noh Omar. Kesempatan ini diambil oleh pembangkang malah ditambah garam pula oleh ahli UMNO sendiri mula menyalahkan Noh Omar atas kegagalan merampas kembali Selangor.

Namun jika kita perhalusi senario ini jelasapa yang berlaku adalah disebabkan oleh sikap dan perangai pemimpin kawasan dan ahli UMNO sendiri di Selangor. Rentetan dari itu maka mula wujudlah "warlords" dalam UMNO Selangor yang masing-masing mahu menunjukkan kekuatan kuasa politik masing-masing kepada kepimpinan tertinggi UMNO terutama kepada Presiden parti. Ini jelas diperjelaskan oleh Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak menyebutkan bahawa bukan Noh Omar berubah atau diubah tapi ahli dan kepimpinan UMNO Selangor keseluruhannya yang perlu berubah seperti tulisan di bawah :
KUALA LUMPUR: UMNO Selangor memerlukan satu perubahan besar, selagi tidak dilakukan perubahan yang besar dari semua aspek, tidak ada ada harapan untuk UMNO Selangor mengambil alih Selangor, kata Ketua Kluster Politik, Keselamatan, dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak.
Jelasnya lagi, ia bukannya berpunca daripada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar, tetapi seluruh UMNO Selangor itu sendiri.
“Tidak ada kaitan dengan Noh Omar, tetapi UMNO Selangor itu sendiri. Cara pentadbiran dan cara mereka menguruskan menyediakan satu platform untuk mereka berdepan dengan Pakatan Rakyat. UMNO Selangor masih tidak jelas.

Wednesday 17 December 2014

Lensa Niring : Ahli Parlimen Bera @IsmailSabri60 Bertemu Anak-anak Bera Di Perantauan Mengerat Silaturrahim


Semalam bertempat di Restoren Havoc Bistro Kg Baru, Ahli Parlimen Bera yang juga Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani Dato Sri Ismail Sabri buat julung kalinya telah membuat satu program di luar kawasan Parlimen Bera apabila menganjurkan perjumpaan dengan anak-anak Bera yang berada di luar Bera terutama kawasan sekitar Lembah Klang. Perjumpaan ini yang dibuat melalui hebahan di media sosial milik beliau terutama di facebook dan twitter akhir berjaya menarik lebih 200 anak-anak Bera di perantauan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor hadir ke majlis ini.

Dengan penganjuran program seperti ini secara tidak langsung memberi peluang kepada anak-anak Bera di perantauan untuk mengenali dan mendekati Ahli Parlimen mereka dengan lebih dekat lagi dan dalam suasana yang lebih santai tanpa terlalu banyak protokol. Usaha ini merupakan satu usaha yang baik bagi pemimpin terutama mereka yang bergelar menteri mendekatkan diri mereka dengan rakyat biasa yang mungkin agak sukar mendekati terutama ketika majlis-majlis atau program rasmi. 

Di bawah ini dikongsikan gambar-gambar suasana meriah perjumpaan Ahli Parlimen Bera bersama anak-anak Bera di perantauan.





Wednesday 10 December 2014

UMNO Selangor : Penyatuan "Warlords" Sahaja Dapat Kembalikan Selangor Kepada BN??? @NajibRazak


Selangor??? Sebuah negeri yang menarik untuk diperbincangkan dari segi politik terutama selepas kejatuhan kerajaan BN Selangor kepada pembangkang khususnya di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh PKR sejak PRU12 lagi sehinggalah PR mengekalkan pemerintahan ke atas Selangor selepas PRU13. Isu Selangor lebih tertumpu nampaknya kepada pergolakan dalaman UMNO diantara "warlords" lama dalam parti berbanding membincangkan kelemahan parti komponen dalam meraih undi dari kaum masing-masing seolah-olah ada gelombang tersembunyi kaum lain selain melayu.

Jika kita khususkan dahulu terhadap politik UMNO dalam Selangor berbanding dengan polimik parti komponen kita dapat lihat "ingredients" atau ramuan utama kepada kegagalan UMNO khususnya dan BN amnya dalam menawan semula Selangor dari tangan Pakatan Rakyat adalah kerana masih wujudnya perasaan "kem" dan perebutan pengaruh "warlords" dikalangan pemimpin UMNO Selangor terutama kepimpinan di peringkat Bahagian. Suasana tidak harmoni ini sudah dihidu oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib lantaran beliau telah melahirkan kekesalannya kita menyampaikan ucapan dalam Konvensyen UMNO yang lepas. Ini telah menjadi "peluru" bukan sahaja kepada pembangkang yang menghentam kepimpinan UMNO Selangor malah ditumpang sekaki oleh orang UMNO sendiri dan disambut dengan gegak gempita oleh cytro pro BN yang rata-rata menyalahkan Datuk Seri Noh Omar yang dipilih dan dilantik oleh Presiden UMNO sendiri.

Lantaran itu ramailah yang menyalahkan kepimpinan Datuk Seri Noh Omar sebagai Pengerusi UMNO Selangor hingga ada suara-suara sumbang yang mahukan beliau diganti dengan pemimpin lain. Soalnya siapa yang mampu mengawal "warlords" dalam Selangor agar keadaan tidak menjadi lebih parah. Melihat kepada senario ini beberapa orang UMNO dari pelbagai lapisan kepimpinan dirujuk bagi mendapatkan pendapat dan pandangan mengenai soal ini. Hasil pemerhatian didapati majoriti  mengakui bahawa kuasa "warlords" ini sukar ditumbangkan namun hanya boleh dikawal agar tidak menjadi lebih parah. Apabila ditanyakan siapa yang mampu mengawalnya, majoriti memberi jawapan adalah DATUK SERI NOH OMAR sajalah buat masa ini yang masih mampu mengawalnya. Majoriti mereka mengatakan jika selain Noh Omar yang menjadi Pengerusi UMNO Selangor pada ketika ini mungkin keadaan makin parah tambahan pula dalam suasana mahu menuju ke PRU14 yang tidak berapa lama lagi.


Artikel dari Utusan Malaysia ini boleh dijadikan sandaran kepada teori di atas.

ZULKEFLI HAMZAH  |  07 Disember 2014 / Utusan Malaysia

Selepas konvensyen pada 1 November lalu, se­ma­ngat dan daya juang UMNO Selangor sepatutnya meng­ge­le­gak semula. Sebulan berlalu dan mengikut cerita di sebalik tabir, UMNO negeri ini sebaliknya menggelegak dalam hal lain.

Mesyuarat pengurusan yang diadakan beberapa ha­ri sebelum Perhimpunan Agung UMNO dikhabarkan ber­lang­sung tegang sehingga ke tahap hilang hormat antara se­sa­ma ahli mesyuarat.

Mereka bukan sekadar berbeza pandangan tetapi secara terang memperlihatkan diri tidak lagi boleh bekerja dalam satu pasukan. Ada nada mengugut dan mengancam. Loceng amaran bahkan dianggap kematian oleh sesetengah pihak selepas kekalahan teruk dalam dua pilihan raya umum lalu seperti tidak memberi apa-apa kesan.

Sebab itu, Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar perlu melakukan langkah drastik. Beliau yang diberi mandat baharu dalam pertemuan dengan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 18 November lalu barangkali sudah memikirkan hal ini.

Sunday 23 November 2014

@IsmailSabri60 Minta Perwakilan Membahas Tanpa Rasa Takut Demi Bawa Suara Akar Umbi #PAU2014 @NajibRazak


Bahas Tanpa Rasa Takut, Bawa Suara Akar Umbi – Dato' Sri Ismail Sabri

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Sri Ismail Sabri menyeru kepada perwakilan yang diberi peluang untuk membawa usul dan membahas usul supaya membahasnya tanpa ada rasa takut demi membawa suara akar umbi. Ini dijelaskan seperti artikel di bawah :

Oleh Wan Hafiz Hamzah

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Ismail Sabri mengharapkan agar perbahasan kali ini akan dibahaskan dengan penuh terbuka, berani dan dapat membawa harapan serta suara akar umbi orang Melayu di negara ini.

Kata beliau, pembahas-pembahas usul juga perlulah membahaskan usul secara terbuka dalam setiap isu yang dibahaskan tanpa ada rasa takut dan tanpa ada sekatan.

"Saya percaya, dalam keadaan senario politik hari ini, pastinya bukan sahaja ahli-ahli UMNO tertunggu-tunggu perbahasan yang akan berlansung, begitu juga keseluruhan orang-orang Melayu di negara ini amnya.

"Begitu juga dengan ucapan Presiden kita, yang pastinya ditunggu-tunggu oleh semua perwakilan dan juga rakyat di negara ini untuk mendengar apa yang diperkatakan oleh beliau.

"Justeru itu, saya berharap agar perbahasan kali ini akan memperlihatkan satu perbahasan  yang jujur, yang datangnya dari hati seorang pembela dan pejuang agama, bangsa dan tanahair, serta membawa suara dan hasrat dari akar umbi untuk didengari oleh pemimpin di peringkat tertinggi negara," jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Seterusnya beliau mengucapkan selamat bersidang kepada semua perwakilan Agung UMNO 2014 pada perhimpunan Agung UMNO 2014 kali ini dan mengharapkan agar perhimpunan kali ini akan membawa satu idea-idea baru yang dapat memberikan manfaat untuk perjuangan UMNO dan negara.-MediaUMNO

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Friday 7 November 2014

Anwar Terdesak Sampai Minta Rakyat Jadi Hakim Dalam Kes Liwat????


Kah kah kah kah kah kah kah kah kelakar sampai rasa nak pecah perut bila pemimpin pakatan rakyat terutama yang pro anwar mula menghasut rakyat mempertahankan Anwar yang dah makin hampir ke Penjara Sg. Buloh. Semua ini berlaku di saat Anwar menghadapi perbicaraan kes liwat Saiful Bukhari dan sejak minggu lepas lagi perkarangan Mahkamah Putrajaya (Palace of Justice) dipenuhi dengan hanya ratusan penyokong Anwar yang hanya terdiri daripada ahli PKR sahaja.


Jika anda mengikuti sendiri suasana penyokong Anwar yang hadir hanya sekitar ratusan orang sahaja dan angka ini semakin hari semakin berkurangan. Ada juga desas-desus mengatakan penyokong Anwar yang hadir tu pun sebab dibayar. Ini signal yang jelas menunjukkan kepada rakyat yang lain bahawa rakyat sudah menolak sebenarnya ideologi rosak yang di bawa oleh Anwar ni.

Bila Anwar melihat kepada suasana geopolitik sokongan yang semakin suram terhadap beliau maka sebab itu beliau mengarahkan Tian Chua untuk menghasut mengumpulkan rakyat ke perhimpunan haram.


Jika ada rakyat Malaysia yang baca diharapkan dapat dipanjangkan dan dikongsikan dengan rakyat Malaysia yang lain yang masih boleh berfikir dengan rasional agar menolak kempen rakyat adalah hakim ini dan tidak turun ke perhimpunan haram tajaan Anwar. Maklumkan juga kepada sesiapa yang kita kenali agar menjauhi sokongan yang sia-sia ini.

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Puaka Niring : Misteri Felda Lubuk Kroni Isa Samad Buat Duit???? @NajibRazak


Nama Isa Samad sapa tak kenal. Karier politik Isa Samad bagai seperti bakal terkubur bila beliau dijatuhkan hukuman Lembaga Disiplin Umno menggantung keahliannya selama tiga tahun (24 Jun 2005 hingga 23 Jun 2008) berhubung amalan politik wang dalam Perhimpunan Agung UMNO 2004 selepas menangi jawatan naib presiden. Beliau bersalah terhadap lima daripada sembilan pertuduhan politik wang. Antaranya membabitkan penganjuran pertemuan, mengadakan majlis makan dan memberi wang untuk membeli undi. Pada 6 Julai 2005, Majlis Tertinggi (MT) Umno menolak rayuan Isa Samad tapi mengurangkan hukuman penggantungan dari 6 tahun kepada 3 tahun sahaja. Berikutan daripada digantung keahlian, Mohd Isa telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan pada 17 Oktober 2005.

Pada 27 Disember 2010, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) berkuatkuasa pada 1 Januari 2011, menggantikan Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor yang dilantik sebagai Penasihat kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atas FELDA.

Isu terbaru adalah Isa Samad yang juga Pengerusi Felda telah mengambil alih Felda Travel dari Felda Holdings dan melantik Nora Azmin bekas Ketua Puteri Selangor dan juga merupakan bekas Exco Puteri Umno Malaysia sezaman dengan bini Isa Samad sebagai CEO baru Felda Travel iaitu pada 3hb Nov 2014. Satu lagi yang menggantikan Nora Azmin di Coporate Comm Felda adalah anak saudara seorang lagi kroni yang mahu menyamun Felda bernama Datuk Faizoull yang juga Pengarah Besar Felda.

Mak ai!!! Semua ada hubung kait antara satu sama lain. Gila kentang punya level of kroni nie. Apa tujuan sebanr Bibi meletakkan kroninya Nora Azmin menjadi tanda tanya dan penuh misteri.

Agak-agak korang perlantikan Nora Amin ni kebetulan ker atau ada campurtangan Bibi Sharliza????

p/s : jangan biarkan hidup anda diselubungi..... Misteriiiiii....

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Monday 27 October 2014

Anwar Bakal Bebas Hukuman Penjara Dengan Bantuan "Gopal Sri Ram"???


Esok tarikh 28 Oktober antara tarikh yang menarik dalam lipatan sejarah dunia politik Malaysia apabila Mahkamah Putrajaya akan menentukan sama ada Anwar Ibrahim bersalah atau tidak dalam kes penghakiman liwat beliau terhadap Saiful Bukhari. Hari ni di media sosial heboh diperkatakan sama ada esok hakim akan menjatuhkan hukuman bersalah atau tidak terhadap Anwar.

Namun apa yang menarik dalam sinerio ini adalah nama "Gopal Sri Ram"??? Nama ini dikatakan akan membantu Anwar membebaskan diri dari dikenakan hukuman penjara apabila beliau akan bertindak sebagai "orang tengah" berurusan dengan pihak hakim agar keputusan penghakiman itu kelak akan menyebelahi kepada Anwar.

Jika benar si "Gopal Sri Ram" ni adalah individu yang menjadi "orang tengah" yang akan berurusan dalam mempengaruhi keputusan para hakim nanti elok rasanya pihak berkaitan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat menyiasat perkara ini agar dapat menjaga integriti badan kehakiman negara.

Sejak dari awal lagi umum sudah mengetahui Anwar sanggup buat apa saja asal dapat mengheret sama rakyat Malaysia ke jalanan konon atas nama "keadilan" ke atas dirinya. Anwar juga sanggup mengheret sama rakyat ke jalanan demi kepentingan peribadi beliau.

Tapi kini segala tipu helah Anwar sudah tidak releven dengan rakyat Malaysia yang sudah masak dengan perangai pembohong Anwar yang sanggup mempergunakan rakyat demi kepentingan peribadi beliau.

Esok kita pasti akan lihat sesuatu jauh berbeza dengan apa yang berlaku sebelum ini. Sokongan rakyat terhadap Anwar makin berkurangan dan sudah tidak mendapat tempat di hati penyokong beliau sendiri.

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Wednesday 15 October 2014

Panas!!! Dah Dapat Bajet Berjuta Pun Nak Melalak Lagi??? #switchoff14


Giler!!! Memang dah giler manusia sekarang. Tamak!!! Memang dah tamak manusia sekarang. Gua ada terbaca tulisan seorang sahabat blogger Sangkakalajari9 dalam tulisan terbaru beliau (SILA KLIK SINI) pasal satu mangkuk hayun katanya yang dah melantak berjuta RM duit airtime untuk program stesen TV katanya. Diberitakan mangkuk hayun ni meroyan kat dalam fb dok melalak katanya dia telah dianiaya oleh pihak stesen TV sedangkan menurut cerita sahabat blogger bahawa mangkuk hayun ni dah telan bukan setakat ratusan ribu malah berjuta-juta lemon duit dari hasil airtime stesen TV bahkan sampai ada production house lain telan air liur sambil menitik airmata tengok mangkuk hayun nie rembat semua benda.

Gua berkata bersandarkan apa yang dinyatakan oleh sahabat blogger seperti di bawah ini :
Dengar cerita mangkuk bernama Jurey ni juga mempunyai 3 buah syarikat yang selama ini memperolehi pendapatan bernilai jutaan ringgit dan kini apabila pihak RTM dan FINAS tidak lagi memberikan airtime kepada syarikat beliau maka melompat le mangkuk ni hingga dikatakan nak buat sidang akhbar.
Dah banyak lu makan bro, bagi le orang lain pulak cari makan takkan lepas lu, lu lagi.
Sangkakala ada bukti yang syarikat lu antara yang paling banyak dapat keuntungan mendapatkan airtime television ni.
Jadi Sangkakala nasihatkan supaya Jurey Rosli beragak sikit kalau nak buat benda benda bodoh ni, banyak syarikat lain juga perlu untuk hidup dan jangan le hanya pentingkan diri sendiri je.
Sangkakala dengar cerita ada 11 tuntutan yang dikemukakan oleh Jurey ni dan nanti Sangkakala akan keluarkan tuntutan si Jurey serta jawapan kepada tuntutan dan rasanya banyak production house yang tidak bersetuju dengan Jurey sebab ianya hanyalah untuk kepentingan pribadi untuk dia dapat job melalui airtime TV.
Sumber : Sangkakalajari9 


Daripada risik-risik dengan kengkawan gua yang terlibat dengan dunia hiburan nie memang betul mangkuk hayun ni dapat job stesen TV bernilai jutaan ringgit cuma sejak kebelakangan ini banyak stesen TV dah tak bagi job kat mangkuk hayun ni sebab mahu memberi peluang kepada production house yang lain terutama yang baru nak naik. Sebab itulah mangkuk hayun ni mula start meroyan kononnya beliau telah ditindas dan berlaku ketidakadilan dalam EKOSISTEM INDUSTRI sedangkan apa yang mangkuk hayun mahu perjuangkan tidak lebih deripada menjaga tembolok sendiri dan kempen yang yang mangkuk hayun ni nak buat hanyalah bagi menjaga kepentingan peribadi beliau macam stail Anwar Ibrahim jugak ler. 

Kita nantikan pendedahan demi pendedahan yang bakal didedahkan oleh blogger ini seperti yang dikatakannya sampai bersiri-siri kalo tak silap 11 siri kot.

Tuesday 14 October 2014

Gempar!!! Rafizi Ramli Dan Zuraida Di Cabar @RizalMansor Berdebat Pasal PERMATA??? @NajibRazak @rafiziramli


Gempar!! Memang gempar. Ahli Parlimen Pakatan Rakyat YB Rafizi Ramli, YB Zuraidah Kamaruddin dan YB Haniza Talha dicabar berdebat oleh Pegawai Tugas-tugas Khas Perdana Menteri, Rizal Mansor untuk berdebat isu "PERMATA" yang hangat sedang diperkatakan di media sosial dan juga di kedai mamak. Baru gempak bila ada debat macam ni baru kita sebagai rakyat boleh tengok sama ada benar dakwaan pembangkang atau sekadar fitnah yang ditabur.

Difahamkan cabaran debat ini berlaku kesan daripada dakwaan oleh pemimpin pembangkang bersama macai-macainya yang mempertikai jumlah peruntukan bajet yang diterima PERMATA setelah pembentangan Belanjawan 2014 oleh Perdana Menteri Jumaat lepas. Heboh satu malaya dicanang kononnya PERMATA menerima jumlah bajet yang sangat besar iaitu RM711 juta hinggakan beberapa komen daripada individu yang mengaku kakitangan PERMATA juga terkejut beruk mendengar jumlah peruntukan bajet PERMATA.

Nah! Selama ini pemimpin pembangkag suka sangat nak ajak orang berdebat kan. Ni dah ada yang ajak, agak-agak ada yang berani sahut cabaran ni tak barulah kita boleh tengok "buku bertemu ruas". Takat sembang sorang-sorang jer lepas tu "share" ngan golongan sendiri apa barang baik pi sembang ngan dinding. Takkan ada yang nak jual tapi malu nak membeli.

Mari kita sama-sama lihat dan nilai sama ada pemimpin pembangkang ini yang juga ahli parlimen yang hari-hari berdebat dalam Dewan Rakyat ini mampu berdebat dengan seorang yang tak punya jawatan yang tinggi dalam pentadbiran kerajaan tetapi mempunyai ilmu dan maklumat tepat mengenai PERMATA.

s/p : kalo tak berani baek kerat bagi makan anjing la... apa benda yang nak dikerat tu aku buka kepada korang nak kata apa.


Sunday 12 October 2014

DAP Pun Akui PERMATA Tak Terima Bajet Sampai RM711 Juta Yang Lain Bodo Piang Buat Apa!!!!


Kalo dah DAP pun percaya PERMATA pun tak terima peruntukan bajet RM711 juta macam yang dok heboh kat media sosial macam mana la orang biasa boleh "bodo piang" dok percaya PERMATA terima duit bajet sebanyak tu. Inilah masalahnya kalo dah tak tengok pembentangan Bajet 2014 yang disiarkan secara langsung di tv dan tak paham apa yang disampaikan oleh Perdana Menteri ketika pembentangan bajet Jumaat lepas.

Yang lebih teruk lagi puak-puak yang dok meroyan kata PERMATA dapat RM711 juta tu tak tengok pun pembentangan Bajet 2014 suap tidur keluar air liur macam Nuar Ketum.

Ahli Parlimen Kluang dan Pengarah Pendidikan Politik DAP Liew Chin Tong berkata, antara perbelanjaan yang dicatatkan dibawah JPM tahun depan ialah untuk TV Al Hijrah (RM40 juta), Biro Tata Negara (RM58.6 juta), program Penyusunan Semula Masyarakat (RM750 juta) dan program pendidikan awal Permata Negara (RM30.1 juta) yang dipengerusikan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. 
 
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jpm-terima-suku-bajet-pembangunan-tapi-akauntabiliti-masih-kurang-kata-dap#sthash.8Od2ubAT.dpuf

Sebab tu yang dok melompat tak ketahuan macam beruk makyeh dok merapu macam orang mabuk ketum dok merapu kata PERMATA terima bajet sampai RM711 juta tu elok ler baca betul-betul berapa yang PERMATA dapat. Kalo ikutkan seperti apa yang dikatakan oleh Liew Chin Tong bahawa PERMATA hanya menerima sebahagian kecil sahaja bajet dan ia HANYA berjumlah RM30.1 juta SAHAJA.

Inilah masalahnya dengan masyarakat kita yang lebih suka menjatuhkan hukum terlebih dahulu sebelum hukuman dijalankan, lebih suka menyatakan benda yang samar tanpa bukti yang sahih hanya semata-mata mahu memburukkan dan membusukkan nama Datin Seri Rosmah. Mungkin apa yang dilakukan oleh macai-macai Pakatan Rakyat memburukkan Datin Seri Rosmah mempunyai niat jahat mahu mengaitkan hal ini dengan Perdana Menteri Najib Razak.







Saturday 11 October 2014

Kurang Ajar Macai PR Samakan Anak PERMATA Sebagai Binatang!!! Apa Rasa Kalo Anak PERMATA Itu Anak Anda???


Kurang ajar!!! Memang kurang ajar. Apa rasanya jika salah seorang anak PERMATA itu adalah anak beliau. Apa perasaan beliau jika anak beliau disamakan sebagai binatang atau kita kutuk anak beliau seperti beruang Panda. Sudah pasti luluh hati bila mendengar ada manusia mengkeji zuriat kita sebagai binatang. Memang sedap dan seronok mengkeji dan menghina tapi apa rasanya nanti kalau ada orang menghina atau mengeji zuriat individu yang menulis sedemikian.

Bukan salah PERMATA atau salah anak yang terlibat dalam program PERMATA kerana program ini jelas membantu anak-anak yang istimewa yang mempunyai tahap IQ yang tinggi jika dibandingkan dengan umur semasa. Dalam erti kata lain program ini membantu kanak-kanak yang pintar agar memaksimakan anugerah Allah ini ke satu tahap yang sepatutnya.  

Tahniah rakyat Malaysia yang prihatin tentang Baet 2015 yang dibentangkan semalam terutama bajet untuk pendidikan awal kanak-kanak berjumlah RM711 juta.. Keprihatinan kerajaan kepada Permata Negara menyebabkan penyokong Pakatan Rakyat merumuskan keseluruhan bajet RM711 juta tersebut semuanya untuk Permata dan seperti biasa pencetus dan penaung program Permata yang mendapat 'pujian' kononnya dpt peruntukan sebanyak itu.

Fakta sebenar adalah kementerian dan agensi yang terbabit dengan pendidikan awal kanak-kanak merangkumi Kementerian Pelajaran, Kemas, Permata dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).

Sudah tentulah Kementerian yang akan mendapat majoriti peruntukan tersebut dan kementerianlah yang akan mengagihkan kepada agensi di bawahnya. Manakala Kemas pula kedua banyak yang akan menerima agihan bajet tersebut dan kemudiannya barulah Permata dan JPNIN. Tidak mengapa kita maafkan saja mereka yang menyangka peruntukan "seven eleven" juta tu hanya khas untuk Permata sahaja. 


Adalah diharapkan agar pihak yang berkaitan terutama daripada pentadbiran PERMATA sendiri agar menyiasat dakwaan satu komen yang mendakwa beliau adalah kakitangan dalaman PERMATA menggunakan ama HAYATI AZIZ" yang mempertikaikan ke mana perginya perbelanjaan wang PERMATA sedangka beliau adalah orang dalam PERMATA tidak menerima apa-apa bantuan atau peruntukan daripada PERMATA sebelum ini.

Ini merupakan dakwaan yang sangat serius lebih-lebih lagi beliau mendakwa sebagai "orang dalam PERMATA" sendiri. Siasatan rapi harus dijalankan agar memastikan sama ada dakwaan itu benar atau sebaliknya. Dan jika terbukti tidak benar tanpa sebarang bukti kukuh, individu tersebut harus diambil tindakan sewajarnya kerana telah melakukan "fitnah" terhadap PERMATA.

Lakulah sejuta kali pun kebaikan tetap keburukan jua yang dilihat oleh macai-macai asuhan pemimpin Pakatan Rakyat dan jangan harap mereka akan mengiakan sesuatu kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan.

Wednesday 1 October 2014

Siapa Abdullah Hukum Antara Pengasas Kuala Lumpur???




One Of The KL Founder

Datuk Haji Abdullah Hukum

BAGAIMANA wajah Kuala Lumpur 100 tahun lalu? Siapa yang membuka, menghuni dan menyemarakkan kota itu pada akhir abad ke-19? Dalam hal ini, kita tidak boleh menyisihkan sumbangan besar Haji Abdullah Hukum, pedagang dari Kerinchi, Sumatera yang turut menyuntik pertumbuhan ekonomi Kuala Lumpur bermula 1850-an.

Abdullah Hukum atau nama asalnya Abdullah Rukun, ketika itu berusia 15 tahun berkelana merentasi Selat Melaka ke Melaka sebelum ke Kuala Lumpur bersama sekumpulan rakannya dengan berjalan kaki tiga hari tiga malam. Banyak tempat yang disinggahi dan banyak pula pengalaman ditempuhinya. Setibanya di Kuala Lumpur, beliau menumpang di rumah Haji Abdul Ghani di Java Street.

Ketika itu, Kuala Lumpur mempunyai dua lorong saja iaitu Java Street dan Market Street, manakala Ampang Street (kini Lebuh Ampang) dahulunya adalah tempat sekumpulan ceti beroperasi dan di situ juga ada sebuah kolam ikan milik Almarhum Sutan Puasa.

Rumah kedai pada masa itu berbumbung atap bertam dan berdinding buluh, manakala peniaga di situ kebanyakannya menjual kain dan makanan, semuanya orang Melayu berketurunan Rawa dan Mendahiling. Sutan Puasa dan Raja Bilah adalah di antara ketua masyarakat berpengaruh ketika itu. Kedua-dua ketua ini mengutip hasil dagangan daripada peniaga yang melalui Sungai Klang dan Sungai Gombak. Cukai timah pada masa itu ialah seringgit sebahara (tiga pikul).

Setapak (dulu Hulu Sungai Tapak) dan Air Panas (dulunya Hulu Gombak) adalah kawasan sawah padi milik Sutan Puasa. Beliau pernah mengambil upah membuat tali air selama tiga tahun di Serambut (Batu Lima Gombak sekarang). Ketika itu, Sutan Puasa adalah ketua yang disenangi penduduk tempatan kerana semua orang boleh mengerjakan sawahnya dengan kadar upahan sepuluh gantang padi daripada setiap seratus gantang.

Sunday 28 September 2014

Puaka Niring : Misteri 120 Cawangan DAP Tidak Berdaftar Tapi Boleh Undi CEC DAP???


Giler.... memang dah giler gamaknya parti DAP sekarang yang dah kemaruk kuasa dan jawatan hingga membawa kepada impian untuk berkuasa dan menjadi pemerintah kerajaan Malaysia. 120 cawangan DAP tidak berdaftar dengan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) tapi masih memghantar wakil ke CEC DAP sebagai perwakilan dan menjadi pengundi.

Kalau begini keadaannya memang ada kewajaran bagi ROS untik mengambil sebarang tindakan yang mengikut lunas undang-undang seperti apa yang dikatakan oleh bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong. Ini pasti menimbul 1001 misteri kepada rakyat negara ini bagaimana sebuah parti boleh bertindak membelakangi undang-undang hanya kerana ingin mengejar kuasa.

Cuba kita bayangkan kalau perkara yang sama dilakukan oleh UMNO pasti siang malam 24 jam seminggu macam 7Eleven pencacai dan penyokong pembangkang tak berenti dok balun kata macam-macam kat UMNO dan yang paling akan terkena kesannya adalah Perdana Menteri Najib Razak yang merupakan Presiden UMNO.

Bila senario ini berlaku kita dapat lihat bagaimana perangai rakan-rakan lain dalam Pakatan Rakyat seperti Pas dan PKR yang buat-buat tak nampak jer kesalahan sebegini. 

Pihak berwajib seperti ROS haruslah mengambil tindakan mengikut undang-undang bagi menyemak perkara ini dan jika terdapat kesahalahan yang melanggar undang-undang maka pihak ROS harus mengambil tindakan segera agar perkara ini tidak berlarutan dan akhirnya nanti menjadi kebiasaan plak kepada semua parti dalam negara kita. 

Saturday 27 September 2014

@KadirJasin Meroyan Lagi Mahu Jadi Hero Isu Kritikan Tun M Terhadap @NajibRazak???


sekali lagi Kadir A. Jasin wartawan pencen cuba mencuri tumpuan media dengan kenyataan terbarunya mendakwa telah berjumpa dengan Tun M awal bulan ini sehingga membawa kepada penghantaran surat mengkritik kelemahan UMNO dan pentadbiran Najib Razak oleh mantan Perdana Menteri itu namun diminta menarik balik surat tersebut. Kenyataan ini jelas mahu menunjukkan bahawa kesan daripada pertemuan wartawan pencen dengan Tun M itulah terhasilnya surat kritikan tersebut dan secara tidak langsung Kadir Jasin mahu menunjukkan bahawa beliaulah hero dalam soal ini.

Yang menghairankan kenapa sekarang blogger-blogger pro Tun M ini tetiba menyokong Pak Lah dalam soal ini sedang satu malaya tahu kumpulan blogger pro Tun M inilah antara kumpulan yang kuat membalun pentadbiran Pak Lah ketika beliau menjadi PM termasuk sehingga tergamak mengaitkan Khairy yang merupakan menantu Pak Lah dalam usaha mahu menjatuhkan pentadbiran Pak Lah ketika itu. Inilah sifat sebenar blogger-blogger pro Tun M ini yang sanggup melakukan apa saja asal dapat mencapai tujuan dan niat jahat mereka. Merekalah yang menjatuhkan Pak Lah dan kini mereka sanggup menjilat semula Pak Lah demi niat jahat mahu memberikan persepsi buruk kepada

Wednesday 24 September 2014

Puaka Niring : Mumia Tergantung Dalam Rumah????


HASRAT seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun untuk mengetahui kisah mengenai sebuah rumah tinggalan yang dipenuhi semak samun di Dayton, Ohio, dikejutkan dengan penemuan mumia yang tergantung di dalam almari rumah terbabit.

Identiti mumia tersebut disahkan sebagai Edward Brunton, 53, yang mati akibat menggantung diri.

Mayat tersebut difahamkan berada di rumah tersebut selama lima tahun.

Ibu kepada kanak-kanak itu, Michelle McGrath berkata, anaknya yang dalam ketakutan memberitahu bahawa dia menjumpai mumia di dalam rumah tinggalan itu.

“Pada mulanya, dia ingat ia hanyalah patung. Saya pelik mengapa jiran mangsa tidak terhidu bau busuk dari rumah Brunton ,” kata McGrath.

Brunton membeli rumah tersebut pada 2009 dan seorang koroner mengesahkan beliau meninggal dunia tidak lama selepas itu.

Siasatan polis telah dilakukan tetapi Brunton dipercayai membunuh diri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers