Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 1 November 2014

Ya Allah!!! Puluhan Ribu Umat Islam Menenggelami Putrajaya??? #SelawatPerdana

















Syukur alhamdullillah sejak beberapa hari lepas bumi Putrajaya sentiasa disirami dengan hujan rahmat pada sebelah petang membawa hingga ke malam kadangkalanya. Namun segalanya berbeza hari ini seperti rahmat Allah kepada bumi Putrajaya bersempena majlis Selawat Perdana apabila hujan hanya turun sebentar sahaja sebelah petang sekadar membawa suasana dingin dan segar seolah-olah Allah memberi rahmatNya hari ini.

Bertempat di hadapan bangunan Mahkamah Putrajaya majlis Selawat Perdana telah berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran puluhan ribu umat Islam dari Lembah Klang Khasnya dan dari seluruh negara amnya hadir yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan dengan latarbelakang ideologi politik yang berbeza turut hadir beramai-ramai berselawat ke atas Nabi junjungan kita Rasullullah saw bersama dengan kumpulan Yayasan Pembangunan Ummah.

Alunan zikir, selawat, doa munajat dan qasidah diketuai oleh Al Mahbub Al Habib Syech Abdul Qodir AsSegaf bersama-sama umat Islam yang hadir puluhan ribu membanjiri dataran Putrajaya.

Biarlah gambar-gambar ini sahaja yang berbicara tentang suasana yang berlaku di majlis Selawat Perdana.

Ya hanana ya hanana ya hanana....

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers