Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday 29 December 2014

Lensa Niring : Bantuan Kementerian Pertanian Sudah Tiba Di Lokasi Banjir!!! @NajibRazak @IsmailSabri60 #DSIS












Semalam skuad sukarelawan Kementerian Pertanian sebahagiannya sudah tiba di lokasi yang terlibat dengan banjir antaranya Tawang Bachok Kelantan. Penghantaran bekalan makanan segar dan barang basah seperti sayuran dan ikan diharap dapat dimanfaatkan kepada mangsa banjir yang mungkin terputus bekalan makanan.

Dimaklumkan juga bekalan makanan segar ini akan dimasak dahulu oleh sukarelawan sebelum diagihkan kepada mangsa. Ini dilakukan bagi memudahkan mangsa banjir yang mungkin tidak boleh memasak kerana tiada bekalan elektrik atau alatan memasak di dapur ditenggelami air banjir.

Dalam masa yang sama stok minyak petrol dan diesel juga diagihkan kepada mereka yang memerlukan terutama kepada sukarelawan yang menggunakan kenderaan seperti bot untuk menghantar barangan kepada mangsa banjir.

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers