Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...
Showing posts with label Zambry. Show all posts
Showing posts with label Zambry. Show all posts

Thursday, 30 May 2013

Betul Ker @ZambryAbdKadir Bawak Staff Melancong Ke Singapura????...


Betul ker citer yang KN dengar ni pasal MB Perak yang baru dilantik semula selepas PRU13, DS Zambry Abd Kadir membawa staff Pejabat Menteri Besar Perak pegi melancong ke Singapura????

KN tak berani nak mengesahkan kesahihan dan kebenaran khabar-khabar angin yang mula bertiup kencang di facebook-facebook cybertrooper so-called Pro-BN berkaitan dengan isu melancong kat Singapura nie.

Dan KN pun ada terbaca dari sumber blog Sangkakalajari9 yang juga mempersoalkan dan menjelaskan kebenaran isu ini.


Jadi kepada mereka yang berada di luar sana yang tahu cerita sebenar berkenaan isu melancong ke Singapura ni agar boleh berkongsi dengan pembaca lain.

p/s : gua nak kata betul pun tak... Nak kata salah pun tak... selagi gua tak dapat citer yang sebenarnya...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, 23 March 2013

Nizar Tak Berani Pertahan Dun Pasir Panjang????... @ZambryAbdKadir @AzwanBro


Keputusan Pas meletakkan Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin di Dun Changkat Jering dianggap sebagai membuktikan gambaran Barisan Nasional (BN) yang mengatakan wakil rakyat itu tidak berani mempertahankan Dun Pasir Panjang, benar.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, keputusan itu sekali gus memperlihatkan karakter sebenar Nizar.

"Nizar kini dalam dilema kerana menyedari pengundi beliau marah.

"Dia tidak pernah bawa isu atau selesaikan masalah kawasan sepanjang menjadi wakil rakyat di Pasit Panjang," katanya.

Tambah beliau, keputusan Nizar untuk tidak mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada Pilhan Raya Umum ke-12 itu sememangnya sudah dijangka.

"Kenapa dia nak bertanding di Changkat Jering, tak perlu saya jawab, kerana rakyat dan anda semua boleh membuat penilaian sendiri," katanya.

Saturday, 17 November 2012

Siapa Minat Kereta Boleh Masuk SLAA???... @ZambryAbdKadir @azwanbro @promelayu


Apa ke benda SLAA nie???... Apa bagusnya benda SLAA nie kat korang???... Biar gua jelaskan....

SLAA ini adalah singkatan kepada Skim Latihan Automotif Amanjaya yang merupakan program latihan jangka pendek yang memberi latihan kemahiran secara langsung oleh pengusaha bengkel dengan menggunakan kemudahan bengkel dan peralatan.


Program ini diilhamkan oleh Sdr Khairul Azwan Harun, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO/BN Negeri Perak dan disokong oleh YAB MB Perak, Datuk Seri Zambry.


Tujuan SLAA adalah untuk memberi peluang dan ruang kepada belia yang gagal memasuki pusat kemahiran atas sebab tak cukup syarat dan belia yang ingin pendedahan sebenar dalam automotif dengan latihan amali sepenuh masa selama 6 bulan.

Monday, 16 July 2012

Penunggang Jetski Mengamuk Kat Pantai Pulau Pangkor... @ZambryAbdKadir @AzwanBro @promelayu


Sebenornye teman nak ceghite pade mike pasei kejohanan World Jetrace Pangkor 2012 yang baru jer tamat semalam. Penunggang-penunggang jetski nie mengamuk melepaihkan perasaan deme kat perlumbaan nie. Deme ni berlumbe sama juge macam Mat Rempit yang berlumbe di jalanraya tuh tapi deme nie berlumbe mengikut peraturan. Untuk cerita penuh sila KLIK SINI

peserte luor negare pun ade yop...

deme tengoh bersedie nak racing
 kate oghang...

sebahagian daripada aksi perlumbaan...

ate yop... ape hei nyer dengan jetski
 mike... masuk ayor ker...

jage-jage kome... besor nanti bakei
ganti pelumbe sekarang nie...

sebahagian daripada ribuan
penonton yang hadir...

ghamei nyer oghang yang datang yop...
udoh penoh pantei...

pelancong dan penduduk tempatan
yang turut datang...

rakyat Malaysia berbangsa cina juge tak
melepaskan peluang... 1Malaysia maaa...

abang Rela nie ler yang banyak membantu
melicinkan perjalanan perlumbaan...

urusetia perlumbaan yang bertugas
dengan penuh dedikasi...

jangan ghisor kalo jetski terbakor...
abang bomba ade... kite bakor jer...
kite bakor jer...

penduduk tempatan berbangsa cine
pun minat weeeh...

ape bende ler bebudok nie
bersoreh yop ooii...
p/s : pesanan temen buat mike Mat Rempit kat luor sane kalo berani meh ler lumbe kat ateh ayor pule... tak payah menyusahkan oghang lain kat atas jalanraye...


Sunday, 15 July 2012

Pulau Pangkor Diserbu dengan Jetski Sempena World Jetrace Pangkor 2012... @ZambryAbdKadir @AzwanBro @promelayu



Bermula 14hb Julai 2012 hingga 15hb Julai 2012 telah berlangsung satu event peringkat antarabangsa di Pantai Pasir Bogak, Pulau Pangkor. World Jetrace Pangkor merupakan perlumbaan jetski yang peringkat antarabangsa yang dia diadakan di Malaysia.

Pulau Pangkor merupakan destinasi ke-III kejohanan ini yang sebelum ini telah diadakan di Langkawi untuk serkit pertama dan lokasi serkit ke-II telah diadakan di Hari Belia Negara baru-baru ini di Putrajaya.

Kejohanan ini yang berlangsung selama 2 hari bermula semalam dan berakhir hari ini dianjurkan di lokasi pantai Pulau Pangkor juga bersempena Tahun Melawat Perak 2012 telah menarik ribuan pengunjung dan pelancong dalam dan luar negara untuk datang ke Pulau Pangkor.

Pengunjung dan pelancong yang hadir juga turut melahirkan kegembiraan dengan penganjuran pertandingan ini dan berharap is dapat diadakan setiap tahun dan dimasukkan dalam kelender promosi negara.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 27 April 2012

Bodohnya Pemimpin UMNO Negeri Perak Ditipu Dato' Palsu???... @NajibRazak @ZambryAbdKadir


Gua belek punya belek dalam blogosfera pagi nie, tiba-tiba mata gua tertarik dengan satu entri tulisan seorang blogger menggelarkan dirinya Sangkakala (artikel penuh KLIK SINI) dengan tajuk "PEMIMPIN NEGERI DITIPU PENGARAH PROGRAM BERGELAR DATO".

Heran gak gua bila baca entri mamat nih. Macam mana pemimpin negeri Perak yang dilantik menjadi ketua dengan latarbelakang yang dahsyat dari segi taraf pendidikan dan pengalaman dalam selok belok berpolitik akhirnya boleh kena 'kencing'.

Bukan takat satu negeri je dia kencing, banyak negeri dah dia kencing. Maknanya dah banyak pemimpin negeri dah jadi mangsa kencingan hancing dia. Terbaru gua dengar benda nie jadi kat negeri kelahiran gua kat Perak. Pasal sayangnya gua dengan negeri kelahiran gua yang pernah jatuh ke tangan pembangkang sebab tu gua tertarik dengan citer nie.

Kalo dengan mamat nie pun boleh kena tipu sampai diberikan ruang dan peluang buat satu program yang besar dan grand serta tak mustahil semua ini di'support' oleh pemimpin negeri Perak mungkin dalam bentuk wang ringgit berjumlah ratusan ribu, gua yakin Perak bakal jatuh semula ke tangan pembangkang dek sebab 'kebodohan' pemimpin negeri sendiri yang buta kayu.

Gua selidik punya selidik, mamat nie tak pernah pun menerima apa-apa pingat yang membawa sebarang gelaran terutama Dato'. Yang gua tau dia memang ada menerima pingat tapi tidak membawa gelaran sama ada Dato' atau Dato' Seri.

Monday, 23 April 2012

Ipoh Bakal Berubah... @ZambryAbdKadir @Azwanbro @promelayu


Bandar raya Ipoh yang dulunya kerap mendapat jolokan ‘bandar mati’ atau ‘bandar orang pencen’ mula berubah wajah apabila permohonan perancangan pembangunan komersial mula meningkat kebelakangan ini.

Perancangan bagi membina bangunan komersial dan perumahan bertambah sekali gus meningkatkan aktiviti ekonomi bandar raya ini yang dilihat mula memasuki era baru.


Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim berkata, pihaknya menerima 1,486 permohonan kebenaran merancang tanah bagi 2011 lalu berbanding 1,066 pada 2010.

Menurutnya, peningkatan mendadak mencecah 40 peratus itu dianggap membanggakan dan ia diluluskan Jawatankuasa Perancangan Negeri pada 12 Disember 2011.


“Oleh itu tahun 2012 menjadi tahun yang lebih mencabar dari segi perancangan bandar apatah lagi dengan sambutan Tahun Melawat Perak (TMP) 2012."

Monday, 16 April 2012

Keperihatinan KP Perak @Azwanbro Membantu Jenazah Pemuda BN Yang Meninggal Dunia Dunia Selepas Pelancaran Jentera BN... @ZambryAbdKadir @promelayu





Sebentar tadi seorang sahabat gua mengirimkan beberapa sekeping gambar Ketua Pemuda Perak, Kahrul Azwan melawat mangsa kemalangan maut jalanraya yang juga seorang ahli Pemuda UMNO Perak yang terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang setelah menghadiri program Jentera Parti BN di Ipoh, Perak hari Sabtu baru-baru ini.

Gua dimaklumkan sdr Azwan terus bergegas ke tempat kejadian setelah menerima berita kejadian yang jaraknya daripada Ipoh sejauh 45 km dan sampai ke tempat kejadian terus membantu pihak berkaitan dan orang ramai serta ahli keluarga menguruskan jenazah. 

Ini adalah kenyataan rasmi sdr Azwan yang juga merupakan Pengerusi Pemuda BN Negeri Perak dan Ketua Pemuda UMNO Perak :

Saya mewakili seluruh ahli Pemuda BN Negeri Perak mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham Meor Maffuz Meor Abdullah Sani yang berasal dari Lenggong di atas kemalangan mengejut di lebuhraya berhampiran tol Kuala Kangsar ketika perjalanan pulang dari pelancaran "BN Pilihan Orang Muda" di kediaman MB Perak. 
Allahyarham adalah seorang yang aktif dan komited di dalam setiap program- programkemasyrakatan. Pemuda Negeri akan menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi meringankan beban keluarga allahyarham.
 
Saya juga ingin menyampaikan salam takziah daripada YAB MB Perak dan YB sdr Khairy Jamaluddin, KP UMNO Malaysia di atas insiden ini. Sesunguhnya takdir ini tidak akan mematahkan semangat pemuda untuk meneruskan perjuangan barisan nasional. Pemuda BN mengiktiraf segala jasa dan bakti allahyarham dan menganggap beliau adalah seorang wira Pemuda Perak. 
Semoga roh nya dicucuri rahmat.

Khairul Azwan Harun,
Pengerusi Pemuda BN Negeri.

Saturday, 14 April 2012

Betul Ker 10 Ribu Orang Muda Datang???... #BNpilihanorangmuda @HishammuddinH2O @ZambryAbdKadir @Azwanbro @promelayu @tunfaisal






Pelancaran Jentera Pemuda & Puteri BN Perak... #BNpilihanorangmuda @HishammuddinH2O @ZambryAbdKadir @Azwanbro @promelayu @tunfaisal


Pelancaran jentera Pemuda dan Puteri BN di Kediamanan Menteri Besar Perak di Ipoh, Perak yang akan dirasmikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri.

Program ini juga turut dihadiri oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Zambry Kadir juga sebagai Ketua Perhubungan Negeri Perak.

Program ini bakal mengumpulkan lebih 10 ribu pemuda dan puteri BN dari seluruh negeri Perak.

Saturday, 7 April 2012

Blues Bior Pape Asei Bergaye : Lagu Loghat Perak Yang Hits!!! @ZambryAbdKadir @Azwanbro @promelayu



teman haghap mike semue terhibor dengan lagu tradisi negeri teman nie... ate... bior pape wei... asei bergaye...


Friday, 6 April 2012

Raja Nazrin Kecewa Bukan Islam Main Api Agama... @ZambryAbdKadir @Azwanbro @promelayu



Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah kecewa kerana garis sempadan menyentuh agama Islam mula dilanggar malah ada kalangan bukan Islam semakin lantang mencabar perkara berkaitan Islam melalui ungkapan dan kenyataan bernada mempersendakan syariat dan memperkecilkan aqidah umat Islam.

Baginda mahu supaya perbuatan melanggar sempadan agama lain secara keterlaluan dan terbuka ini dihentikan dan dicegah secara tegas kerana ia boleh mencetuskan tragedi buruk dalam negara.

"Bara keagamaan jangan dihidupkan, api keagamaan jangan dinyalakan, kelak nanti terbakar diri, kelak nanti terhangus negeri," titah baginda semasa merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri Perak.

Thursday, 5 April 2012

Teh Tarik Session Pemimpin Mahasiswa Anak Perak Bersama KP Perak @Azwanbro... @ZambryAbdKadir @ArmanPJU @muammarghadafi @promelayu


Semalam bertempat di kedai kopi di THE CURVE, Damansara, Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak, Khairul Azwan bertemu kepimpinan mahasiswa anak-anak negeri Perak bagi menyelami permasalahan dan berkongsi pandangan dengan golongan muda yang sedang menuntut di beberapa IPT tempatan sekitar Lembah Kelang.

Program yang 'simple' berkonsepkan santai sambil minum-minum ini disambut baik kepimpinan mahasiswa anak Perak yang merasakan tidak terlalu terikat dengan protokol apabila bertemu dengan pemimpin muda seperti Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak.

Ini salah satu pendekatan pemimpin muda UMNO untuk mendekati dan menyelami permasalahan golongan pelajar dan mahasiswa melalui wakil pemimpin mahasiswa. Sudah pasti isu yang dibangkitkan adalah mengenai kebajikan mahasiswa anak-anak kelahiran negeri Perak.

Program ini juga dihadiri oleh Presiden NRC dan Presiden Belia 4B Malaysia, Muammar Ghadafi dan Naib Pengerusi Kelab Pidato Pemuda UMNO Malaysia, Armand Adha.


tiada protokol antara pemimpin muda 
UMNO dan mahasiswa...


apa kebende nyer mike tulis tu... teman
 idok beghaper nampok...


dalam ghamei-ghamei tu ade pule awek 
cun menyelit... ape kabor yong ooooi...




Friday, 30 March 2012

Al-Fatihah... Kemangkatan Anakanda Sultan Perak, YTM Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Shah... @ZambryAbdKadir @Azwanbro @promelayu





Inna lillahi wainna ilaihi rojiun....

YTM Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Shah, anakanda Sultan Perak Darul Ridzuan juga sebagai Raja Kecil Sulong Perak telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 1.30 pagi ini akibat sakit asma di Bukit Damansara...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers