Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday 16 April 2012

Keperihatinan KP Perak @Azwanbro Membantu Jenazah Pemuda BN Yang Meninggal Dunia Dunia Selepas Pelancaran Jentera BN... @ZambryAbdKadir @promelayu





Sebentar tadi seorang sahabat gua mengirimkan beberapa sekeping gambar Ketua Pemuda Perak, Kahrul Azwan melawat mangsa kemalangan maut jalanraya yang juga seorang ahli Pemuda UMNO Perak yang terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang setelah menghadiri program Jentera Parti BN di Ipoh, Perak hari Sabtu baru-baru ini.

Gua dimaklumkan sdr Azwan terus bergegas ke tempat kejadian setelah menerima berita kejadian yang jaraknya daripada Ipoh sejauh 45 km dan sampai ke tempat kejadian terus membantu pihak berkaitan dan orang ramai serta ahli keluarga menguruskan jenazah. 

Ini adalah kenyataan rasmi sdr Azwan yang juga merupakan Pengerusi Pemuda BN Negeri Perak dan Ketua Pemuda UMNO Perak :

Saya mewakili seluruh ahli Pemuda BN Negeri Perak mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham Meor Maffuz Meor Abdullah Sani yang berasal dari Lenggong di atas kemalangan mengejut di lebuhraya berhampiran tol Kuala Kangsar ketika perjalanan pulang dari pelancaran "BN Pilihan Orang Muda" di kediaman MB Perak. 
Allahyarham adalah seorang yang aktif dan komited di dalam setiap program- programkemasyrakatan. Pemuda Negeri akan menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi meringankan beban keluarga allahyarham.
 
Saya juga ingin menyampaikan salam takziah daripada YAB MB Perak dan YB sdr Khairy Jamaluddin, KP UMNO Malaysia di atas insiden ini. Sesunguhnya takdir ini tidak akan mematahkan semangat pemuda untuk meneruskan perjuangan barisan nasional. Pemuda BN mengiktiraf segala jasa dan bakti allahyarham dan menganggap beliau adalah seorang wira Pemuda Perak. 
Semoga roh nya dicucuri rahmat.

Khairul Azwan Harun,
Pengerusi Pemuda BN Negeri.

2 comments:

  1. alfatihah untuk arwah...takziah pd seluruh ahli keluarga arwah

    ReplyDelete
  2. takziah.....semoga rohnya dicucuri rahmat..dan di tempatkan bersama org2 y beriman..amin

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers