Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...
Showing posts with label Putrajaya. Show all posts
Showing posts with label Putrajaya. Show all posts

Saturday, 25 February 2017

Menteri Wilayah @TengkuAdnanReal Menafikan UMNO Tawar Geran Atau Dana Untung Berlipat Ganda!!!!!!


Menteri Wilayah menafikan desas-desus dan khabar angin mengenai berita terdapatnya pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk kepentingan peribadi menggunakan nama dan jawatan beliau serta nama parti UMNO kononnya menawarkan geran dan dana kepada syarikat-syarikat dengan dijanjikan pulangan berlipat kali ganda dalam tempoh tertentu dengan menggunakan dana atau geran tersebut.
KUALA LUMPUR – Ibu Pejabat UMNO menerima aduan berhubung tindakan pihak tidak bertanggungjawab mengunakan nama parti itu bagi menawarkan geran atau dana kepada syarikat sdn. bhd. dan enterprise. 
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, syarikat sdn. bhd. dan enterprise dijanjikan dengan pulang berlipat kali ganda dalam tempoh tertentu melalui geran atau dana tersebut. 
“Modus operandi skim tersebut menyasarkan peniaga kecil dan syarikat baru yang mempunyai modal kecil. 
“Sehubungan itu, saya ingin menafikan UMNO dalam pemberian geran atau dana kepada mana-mana pihak. 
“UMNO juga tidak pernah melantik mana-mana individu atau pihak menjadi ejen dalam skim tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini. 
Justeru, Tengku Adnan menasihati orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan perkara yang menggunakan nama UMNO seperti itu. 
“Orang ramai diminta membuat semakan dengan Ibu Pejabat UMNO terlebih dahulu jika didatangi atau mahu melibatkan dalam perkara yang membabitkan nama UMNO agar tidak tertipu,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Thursday, 17 December 2015

Siapa Kata UMNO Putrajaya Tak Buat Kerja!!! @NajibRazak @TengkuAdnanReal


Sapa kata Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Menteri Wilayah Ku Nan tak buat kerja kat kawasan. Sesibuk mana pun beliau jika tidak menjalankan tanggungjawab sebagai Menteri Wilayah beliau pasti akan kembali ke kawasan bagi melihat permasalahan pengundi beliau. 

Ku Nan yang lebih gemar dipanggil Ketua Kampung Putrajaya berkhidmat untuk menjaga kebajikan bukan sahaja pengundi bahkan penduduk Putrajaya walaupun bukan pengundi beliau. Bagi memudahkan lagi tugas Ahli Parlimen ini beliau dibantu oleh AJK Biro Kebajikan UMNO Putrajaya yang dipengerusikan oleh Pn. Husna Rahman yang dibantu oleh Timbalan beliau En. Sahul Hameed serta ahli jawatankuasa yang lain.




Biro Kebajikan UMNO Putrajaya membantu Pejabat UMNO Parlimen Putrajaya dalam hal-hal berkaitan kebajikan dan permasalahan yang dihadapi serta memanjangkannya ke pengetahuan Ku Nan agar dapat diselesaikan dengan kadar segera. tAntara usaha yang dilakukan oleh Biro Kebajikan ini adalah menziarah dan menyampaikan bantuan UMNO Putrajaya tidak kira sama ada di hospital atau di rumah pesakit. Kehadiran mereka ini sudah pasti mengembirakan hati pesakit kerana terasa seperti permasalahan mereka diambil perhatian oleh UMNO Putrajaya. Disamping itu juga Biro ini akan menyampaikan sumbangan bagi pihak Ku Nan yang kadangkala tidak dapat hadir kerana tugas-tugas rasmi beliau. 


Bukan ini sahaja usaha yang dilakukan oleh Biro ini. Antara sumbangan besar yang sering menjadi perbualan masyarakat di Putrajaya adalah membantu menguruskan jenazah jika berlaku kematian. Pengurusan jenazah sama ada dari bilik jenazah, mandi jenazah sehinggalah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 atau menghantar jenazah pulang ke kampung tidak dapat dinafikan usaha yang dilakukan ini adalah demi untuk kepentingan penduduk Putrajaya. Dan jika Ku Nan mempunyai kesempatan beliau sendiri akan turun padang menziarah keluarga arwah.

Jadi, siapa kata UMNO Putrajaya tak buat kerja. 

Monday, 23 March 2015

Sekali Lagi "MalaysiaKini" Kantoi Memutar-belit Kenyataan Menteri Kerajaan BN!!!! @NajibRazak @TengkuAdnanReal @KhairyKJ


Hari nie entah kenapa berdesub-desub poster ke"KANTOI"an MalaysiaKini masuk dalam banyak group wassap gua sampai ada yang hantar PM kat gua poster bukti MalaysiaKini kantoi memutar-belitkan kenyataan Setiausaha Agung UMNO yang juga Menteri Wilayah. Entah tidak dapat dipastikan kepastiannya kenapa poster Ku Nan nie banyak benar pengirimnya. Bukan isu Ku Nan secara peribadi yang mahu gua "highlight" kan cuma kekurang ajaran portal milik pembangkang ini yang memang suka sangat "pusing" kata-kata atau kenyataan menteri kerajaan BN dan pemimpin UMNO terutamanya.

Menurut info yang gua dapat cerita MalaysiaKini ini sudah pusing ayat Ku Nan semasa press conference yang dilakukan di Mesyuarat UMNO Cawangan Matahari selepas Ku Nan melawat lokasi tersebut. Seperti yang korang tengok dalam poster tu ayat asal Ku Nan adalah "Hudud harus diterima oleh setiap orang Islam, sebab Hudud datang dari Allah, BN ada meeting berkaitan dengan Hudud, kita tunggu sehari dua ini, PM akan bagi statement". Wartawan MalaysiaKini bertanya "sebab apa dulu tolak Hudud" Jawab Ku Nan "dulu Hudud politik Pas" ( now MalaysiaKini manupulasi ayat Ku Nan).

Ini pula petikan dari portal Agenda Daily yang juga hadir ke PC yang sama dan mendengar kata-kata yang sama dari mulut yang sama pada masa yang sama.
Di tengah kehangatan isu Hudud setelah Dewan Undangan Negeri Kelantan lulus pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) Khamis lalu sudah tentu semua orang hendak tahu apa pendirian rasmi UMNO Pusat mengenainya.
Sekalipun 12 Ahli Dewan Undangan Negeri UMNO/BN sokong pindaan itu di DUN Kelantan namun kini ia perlu melalui proses yang lebih besar yakni diluluskan oleh Dewan Rakyat.
Apakah 87 dari 88 Ahli Parlimen UMNO yang beragama Islam akan sertai 21 Ahli Parlimen PAS undi sokong usul persendirian Kerajaan Negeri PAS Kelantan bila dibentangkan di situ nanti?
Juga apakah 10 Ahli Parlimen Islam dari parti komponen Parti Pesaka Bersatu Sarawak (PBB) akan sokong selain Ahli Parlimen Bebas tunggal,Tan Sri Khalid Ibrahim.
Tanda tanya mengenai pendirian UMNO akan terjawab samaada Isnin atau Selasa ini.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansor kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri akan buat kenyataan dalam sehari dua ini.
Di temui wartawan selepas satu majlis di Putrajaya Ahad,beliau juga berkata pelaksanaan hudud itu bagaimanapun perlu mengikut Perlembagaan Persekutuan.
Tengku Adnan juga hentam DAP dan PKR yang cuba gugat keutuhan BN mengunakan isu Hudud sedangkan mereka yang berdepan masalah.
Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, berkata isu hudud sebenarnya merupakan provokasi DAP dan PKR, yang cuba mengelirukan dan memecah-belahkan BN.
"Saya tidak kata yang kami menentang hudud. Hukum tetap hukum. Sebagai orang Islam, hukum Allah merupakan hukum. Pihak yang memainkan (isu) ini ialah DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)
"Mereka ingat mereka boleh memecah-belahkan BN. Kepimpinan BN adalah berbeza kerana kami percaya pada keputusan konsensus dan kerana itulah kami mengadakan mesyuarat khas dengan semua pemimpin utama parti komponen BN untuk mendapat pandangan mengenai hukum hudud,"katanya.- 22/3/2015
Sumber : Agenda Daily


Dasar Cauvinis Ultra-kiasu DAP dan puak2 Melayu-Lesu PR memanipulasi apa saja isu dengan cara yang amat jijik sekali..!!!!..

Mereka yang menampar, mereka yang menangis semata-mata menutup kedajalan diri..!!!.
Andai UMNO tidak berjuang untuk ISLAM, mana mungkin Islam itu berada pada kedudukan tertinggi sejak merdeka sehinggalah ke saat ini. Ini adalah FAKTA yang jelas di depan MATA..!!!.

ISLAM serta segala Hukum-hakam seperti yang telah dijelaskan dalam Al-Quran pada UMNO bukan alat mainan atau umpan menagih simpati atau menagih undi...!!!!

ISLAM ADALAH PEGANGAN SUCI YANG SENTIASA DI JULANG TINGGI..!!!!.

Usah sesekali terdakyah dengan segala agenda keji puak2 yang sengaja memanipulasi isu-isu yang terjadi dengan cara paling keji ini..!!!!.

Sumber : Bicara Bugatti

Bukan Ku Nan sahaja yang menjadi mangsa putar-belit pembangkang ni tapi Menteri Belia dan Sukan yang juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia pun kena sama.


p/s : jangan ada yang meroyan pulak lepas nie sudah ler... fahami isu dulu kemudian baru meroyan ye... hehehehehehehe

Monday, 7 July 2014

Ku Nan Lebih Pentingkan Imej Bandaraya Dari Kebajikan Rakyat??? @NajibRazak


Terlajak perahu boleh diundur, dan tiada apa yang kerajaan boleh lakukan untuk mengubah publisiti negatif yang diterima berikutan kenyataan kurang sensitif Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Ku Nan (nama gelarannya), jangan buat PC (sidang akhbar). Dia kena keluar kenyataan je," ujar seorang rakan berikutan kenyataan panjang yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Putrajaya itu pada hari Jumaat, dengan butir-butir rancangan kerajaan bagi menangani isu-isu golongan tidak berumah dan melarat di Kuala Lumpur.

Tengku Adnan mendakwa kenyataannya itu "disalah faham" oleh pengkritik

"Saya telah mengambil perhatian terhadap aduan daripada rakyat dan rakan-rakan mengenai isu golongan tidak berumah yang saya telah utarakan.

"Niat saya adalah untuk memperbaiki keadaan, tetapi jika ada yang telah memiliki tanggapan atau persepsi yang berbeza, maka saya bersedia untuk menjelaskan dan menerangkan tujuan sebenar saya," beliau menulis di laman Facebooknya.

Pada hari Rabu dan Khamis, Tengku Adnan menjadi tajuk utama berikutan desakan beliau bahawa kerajaan akan "membersihkan jalan-jalan" dari pengemis dan mereka yang tidak berumah.

Perkataan Bahasa Melayu yang Tengku Adnan gunakan pada Rabu (2 Julai) untuk menggambarkan proses ini, yang akan dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya dan agensi-agensi penguatkuasaan lain yang berkaitan, adalah "angkut" dan ini adalah perkataan sama yang biasa digunakan bagi menyifatkan kutipan sampah.

Beliau juga berkata kementerian itu akan mengenakan denda dan hukuman lain ke atas kedua-dua pemberi dan peminta sedekah.

Kenyataan kontroversi beliau dikritik meluas kerana mensasarkan golongan yang kurang bernasib baik secara tidak adil, bersama-sama dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berada di jalanan untuk menawarkan bantuan. Tetapi Tengku Adnan berkeras bahawa kehadiran mereka telah mencemarkan imej Kuala Lumpur.

Dalam sebuah sidang akhbar di Dewan Bandaraya pada hari Khamis (3 Julai), Tengku Adnan dilaporkan berkata: "Imej bandar saya sangat tidak baik...Jika saya tidak melakukan perkara seperti ini, masyarakat tidak akan berdisiplin."

Sunday, 6 July 2014

Kerana KEBANGANGAN Menteri Wilayah, Tak Pasal-pasal Rosmah Kena "Getah"??? @NajibRazak


Inilah akibatnya bila menteri kerajaan bangang akal pendek dalam membuat keputusan dan mengeluarkan kenyataan. Terbaru heboh pasal "fatwa" baru Menteri Wilayah, Tengku Adnan a.k.a Ku Nan ni yang mahu mendenda saman kepada pemberi sedekah ni [BOLEH BACA SELANJUTNYA DI SINI] yang terdiri daripada golongan miskin dan gelandangan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. 

Bukan isu fatwa bangang ni yang nak dikongsikan kali ini tapi kesannya secara langsung dan tidak langsung kepada Perdana Menteri termasuk isteri beliau Datin Seri Rosmah. Jika sebelum ini dah sunyi cerita pasal Rosmah dimanipulasi dan dispin pihak pembangkang terutama di portal mereka. Disebabkan isu saman pemberi sedekah dan larangan memneri makan kepada golongan miskin dan gelandangan ini, tak pasal-pasal nama Rosmah terpalit sama bila portal pembangkang MalaysiaKini mengheret sama kebangangan Menteri Wilayah ini dengan isu isteri Perdana Menteri yang menjadi penaung kepada sebuah NGO yang turut sama memberi makan kepada golongan gelandangan ini iaitu Kenchara Soup Kitchen yang baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa NGO ini akan menghentikan program memberi makanan kepada golongan miskin dan gelandangan di sekitar Kuala Lumpur [SILA KLIK SINI UNTUK CERITA SELANJUTNYA]

Sepatutnya Perdana Menteri Najib Razak boleh mula melihat perkara ini secara serius dan mendalam akan kreadibiliti Ku Nan ni yang semakin hari semakin teruk dan mengarut yang akhirnya bakal mengheret sama menjejaskan Perdana Menteri dan kerajaan secara tidak langsung serta mula membuat penilaian semula akan peranan Ku Nan dalam kerajaan.


Saturday, 5 July 2014

Tahniah Ku Nan, NGO Pertama Tunduk Tak Bagi Makan Gelandangan... @NajibRazak


Satu NGO menjadi pertubuhan pertama yang tunduk pada arahan Menteri Wilayah untuk tidak memberi makanan kepada golongan miskin di kawasan tumpuan pelancong Kuala Lumpur.

Kechara Soup Kitchen, memutuskan untuk tidak lagi memberi makan kepada golongan tersebut dalam lingkungan kawasan larangan yang ditetapkan.

Pengarah projek Kechara, Justin Cheah menyatakan mereka akan mematuhi arahan dikeluarkan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Bagaimanapun, Kechara akan terus mengagih makanan kepada golongan miskin dan gelandangan di luar zon larangan tersebut.

Buat masa ini, NGO tersebut mengagih makanan antara jam 11 pagi hingga 1 petang di luar pusat operasinya di Jalan Imbi, yang berada dalam kawasan larangan.

“Perkhidmatan ini akan dihentikan. Tapi kita akan teruskan di kawasan lain," katanya.

Pendirian Kechara itu berbeza dengan satu lagi kumpulan sukarelawan, Dapur Jalanan Kuala Lumpur yang bertegas untuk terus mengagih makanan di kawasan operasi mereka di Jalan Panggung, dekat kawasan tumpuan Jalan Petaling.

Dikatakan tindakan yang diambil oleh NGO ini yang akur dengan arahan Ku Nan telah menyebabkan pihak pembangkang telah mengaitkan isu ini dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah yang dikatakan menjadi mendokong NGO ini hanya kerana beliau merasmikan NGO tersebut.

Inilah akibat kebangangan Menteri Wilayah Ku Nan membuat sesuatu keputusan membabi-buta yang akhirnya "back fired" kepada Perdana Menteri terutama isteri beliau. 

Thursday, 3 July 2014

Menteri Wilayah Mahu Pemberi Sedekah Dikenakan Hukuman Denda Saman??? @NajibRazak


Panas!!!! cerita panas lagi pasal Menteri Wilayah ni yang juga Ahli Parlimen Putrajaya, Tengku Adnan a.k.a Ku Nan. Sebelum ni Ku Nan pernah mengeluarkan kenyataan bahawa penerima BR1M "KAKI JUDI" [SILA KLIK SINI CERITA PENUH] bila menghabiskan wang bantuan BR1M untuk berjudi. Kali ini Ku Nan keluarkan plak kenyataan yang tak boleh diterima akal. Denda saman menanti kepada "PEMBERI" sedekah kepada pengemis dan "PENERIMA" sedekah pula akan diangkut sahaja. Gua malas nak ulas lebih sebab sahabat gua dah ulas panjang lebar kesan akal pendek Menteri Wilayah ni yang mahu mengambil jalan muda. Setahu gua kalo bersedekah dapat pahala seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran. 

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Menteri Wilayah, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mana beliau mengatakan bahawa kegiatan meminta sedekah mencemarkan imej negara. 
Bagi Sangkalala memang kegiatan itu tidak sepatutnya berlaku di Malaysia dengan apa yang disebut sebagai negara yang penuh dengan kemewahan. 
Tapi kita juga perlu ingat, kalau undang undang ini hendak dikuatkuasakan, maka kaedah untuk mengekang kegiatan ini perlu diambil kira dan bukannya dengan hanya mengambil tindakan. 
Bukan niat Sangkakala hendak menentang niat baik kerajaan untuk membersihkan imej negara akibat dari kegiatan meminta sedekah, tapu dari satu sudut, memberi sedekah juga adalah salah satu amalan dan tidak salah sekiranya kita berkongsi apa yang ada dengan mereka yang kurang bernasib baik. 
Kalau hendak mengekang kegiatan memveri sedekah, maka peminta sedekah ini perlu diberikan sesuatu agar mer3ka tidak lagi menjalankan kegiatan yang dikatakan merosakkan imej negara dengan kegiatan mereka. 
Seperti yang Sangkakala selalu lihat apabila berjalan jalan contohnya di pasar malam jalan Tengku Abd Rahman, ramai peminta sedekah terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan kekal dan sudah kemungkinan besar mereka hidup tersepit. 
Jadi kepada pihak Kementerian Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, sebelum hendak melaksanakan hukuman atau undang undang tersebut, fikirkan lah dahulu jalan penyelesaiannya dan mungkin dengan menempatkan pengemis ini di satu tempat khas dan diberi layanan secukupnya maka mereka tidak akan menjalankan kegiatan meminta sedekah lagi.
Sumber : Sangkakalajari9


PUTRAJAYA - Pemberi dan peminta sedekah bakal berdepan hukuman seperti denda apabila undang-undang berkaitan kegiatan mengemis di ibu negara diperketat, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata langkah itu akan dilaksana di beberapa tempat tumpuan bagi mengurangkan budaya meminta sedekah yang mencemar imej ibu negara.

Tengku Adnan berkata keputusan itu diambil selepas pihaknya bermesyuarat dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan beberapa agensi berkaitan baru-baru ini yang antara lain, membincangkan masalah kebersihan serta isu gelandangan.

"Kita akan ambil satu kaedah di mana yang pemberi kita akan saman dan penerima pula akan kita 'angkut' kerana kebanyakan peminta sedekah ini adalah orang asing.

"Selain itu, badan bukan kerajaan yang memberi makanan secara percuma kepada gelandangan juga akan ditetapkan tempatnya dan tidak boleh merata-rata tempat kerana ini akan mengundang kekotoran," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Nur Ramadan peringkat Putrajaya malam ini.

Terdahulu, dalam ucapannya, Tengku Adnan berkata kementerian itu dan agensi di bawahnya akan mengadakan majlis berbuka puasa di semua 13 kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan agar dapat mendengar permasalan rakyat dan lokasi pertama ialah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada 780 penerima antaranya anak yatim, fakir miskin dan orang kelainan upaya. - Bernama

Sumber : Sinar Harian

Wednesday, 2 July 2014

Meja Menteri Wilayah Makan Mewah Tapi Orang Ramai Datang Makan Tak Cukup??? @NajibRazak


Panas!!! Memang panas!!! Ini cerita terbaru gua dapat pasal Menteri Wilayah merangkap Ahli Parlimen Putrajaya pasal majlis berbuka puasa semalam anjuran pejabat Kementerian Wilayah di Kiblat Walk Masjid Sultan Mizan atau Masjid Besi Putrajaya. Dikhabarkan juadah berbuka puasa untuk orang ramai tak cukup mungkin kerana ramai yang datang diluar jangkaan penganjur tetapi ada rungutan bila makanan orang ramai tak cukup tapi makanan di meja VIP kat khemah menteri bukan main mewah siap ada lauk tambahan lagi. Dikatakan ada rakyat yang tanya kat katerer kalo ada lauk lebih dari khemah menteri sebab ramai rakyat jelata dapat nasi dengan kuah sahaja tapi dimaklumkan jawapan katerer yang agak kurang wajar bila mengatakan makanan yang ada adalah lauk tambahan untuk khemah menteri.

Yang sedihnya waktu orang lain dah berbuka masih ramai yang tadah pinggan kosong macam orang mintak sedekah. Ada 2 katerer, satu katerer berbuka untuk masjid dan satu katerer lagi untuk majlis menteri. Menunya berlainan. Dah tentu yang majlis menteri tu lebih "special". Nasi dengan lauk katerer masjid pukul 7.20 dah habis tapi kat khemah menteri bersepah lauk-pauk. Apa lagi, rakyat jelata pun pegi la ke katerer majlis menteri. Nak tau apa waiter / waitress kata kat rakyat jelata, "kami terima arahan lauk yang berbaki tu untuk top-up meja kat majlis menteri sahaja"

Inilah sebabnya rakyat makin marah dan meluat dengan pemimpin dan menteri kerajaan BN terutama menteri UMNO bila cakap berdegar-degar buat semua untuk rakyat tapi benda macam nie takkan la tak nampak tak tanya. Bukan jauh pun sebelah khemah jer. Cuba berenti sat makan turun tahta tu bertanya khabar rakyat dah makan ker belum. Dapat lauk nak berbuka ker tak.

p/s : semalam gua pun berbuka posa kat majlis menteri lain tapi tengok semua orang cukup makan siap ada lebih lagi untuk bawak balik.... lain kali kalo nak ajak orang datang ramai-ramai biar cukup segalanya... jangan panggil satu kampung tapi benda ada untuk sekeluarga jer... mana pegawai menteri yang tak efektif tukar jer dengan yang lagi bagus... kan tak pasal-pasal menteri yang kena...

Tuesday, 1 July 2014

PM Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa Meninggal Di Bazar Ramadhan Putrajaya... @NajibRazak


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga kakitangan Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar Muhammad Kamal Salle Hodin yang meninggal dunia di Pasar Ramadan, Presint 3, Putrajaya semalam.

Najib juga turut meluahkan rasa sedih beliau ke atas kejadian yang menimpa mangsa itu.

"Berita kematian seorang penjawat awam di Bazar Ramadan Putrajaya semalam menyedihkan saya.

"Takziah kepada keluarga Muhammad Kamal, Al-Fatihah," kata Najib melalui akaun twitternya. Semalam, Allahyarham meninggal dunia kerana kepalanya terhantuk di tebing longkang di tepi pasar itu. Sebelum itu, beliau dikatakan gagal melompat longkang berkenaan.

Mangsa juga dikatakan kepenatan kerana terpaksa berjalan mendaki cerun yang agak tinggi sebelum dapat pergi ke pasar itu yang terletak sedikit tinggi dari paras jalan raya.

Beberapa keping gambar Allahyarham yang terbaring menerima rawatan kecemasan tersebar di laman sosial dan internet hari ini. Polis mengesahkan Allahyarham Muhammad Kamal meninggal dunia di tempat kejadian.

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Saturday, 28 June 2014

37 Orang Sahaja Hadiri Taklimat #GST Anjuran Pejabat Bahagian Putrajaya??? @NajibRazak @AhmadMaslan



Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah!

Hanya 37 orang yang hadir ke Program Penerangan Isu-isu Semasa GST yang dianjurkan oleh Pejabat Ahli Parlimen Putrajaya malam ini. Menurut sumber Pejabat Bahagian UMNO mensasarkan kehadiran 150 orang dan lebih yang akan dihadiri oleh pemimpin-pemimpin UMNO dalam Bahagian Putrajaya. 

Menurut maklumat dalaman, di bawah ini adalah pecahan kehadiran taklimat malam ini. 

Pegawai Kastam - 4 orang
KPDNKK - 2 orang
Ketua Cawangan - 5 orang

*agak-agak berapa baki orang Putrajaya yang datang agaknya...

"Salam semua, 
Prog Penerangan isu-isu semasa- GST.

Majlis akan diadakan hari ini Jumaat 27/6/2014 di Dewan Serbaguna Kementerian Wilayah Blok 1 Aras 1 Menara Seri Wilayah, Putrajaya. Jam 8.00 malam.

Sila war-warkan. 
Anjuran Pejabat Parlimen Bahagian Putrajaya"

Yang menjadi persoalan di sini, kenapa program anjuran Pejabat UMNO Bahagian Putrajaya ini tidak mendapat sambutan daripada AJK Bahagian serta AJK Sayap seolah-olah majoriti kepimpinan Bahagian memberi isyarat sesuatu kepada Ketua Bahagian yang merupakan Ahli Parlimen Putrajaya dan Menteri Wilayah. Adakah ini salah satu permulaan kepada satu gerakan yang memberi "tanda" kepada Ketua Bahagian Putrajaya agar memandang serius dengan apa yang berlaku dalam Bahagian Putrajaya.

Kenapa kepimpinan dalam Putrajaya tidak memberi kerjasama kepada Ketua Bahagian Putrajaya terutama dalam isu peringkat nasional ini? Program penerangan mengenai GST bukanlah sesuatu yang kecil dan boleh dipandang enteng kerana Bahagian Putrajaya adalah nadi kerana ia sebagai Pusat Pentadbiran Malaysia yang didokongi oleh Barisan Nasional dan UMNO sebagai tunjangnya.

Kalo kata gua kencing or cuba menabur fitnah biarlah "gambar yang berbicara"......









p/s : "pictures speak a thousand words......

Monday, 23 June 2014

Panas!!! Berita Terkini Keputusan Rayuan Kes #KalimahAllah!!!!


Takbir!!! Allahu akbar!!! Syukur ke hadrat Allah swt di atas limpah kurniaannya pada pagi ini keputusan kes rayuan penggunaan Kalimah Allah telah memihak kepada umat Islam. Pagi ini bertempat di Istana Kehakiman Putrajaya, mahkamah telah memutuskan bahawa Mahkamah Rayuan telah menolak permohonan gereja untuk menggunakan Kalimah Allah dalam kitab bibble mereka seterusnya memberi kemenangan kepada doa umat Islam selama ini.

Berita gembira ini telah disampaikan sendiri oleh Presiden Pribumi Perkasa, Datuk Ibrahim a.k.a Tok Him dan Datuk Zolkifli Nordin di hadapan ribuan umat Islam yang telah berhimpun sejak awal pagi yang datang dari seluruh pelusuk negara. 

Pihak Hakim menyatakan keputusan mahkamah rayuan adalah memihak kepada Islam.. Maka beliau menolak rayuan pihak gereja dan menyatakan 3 panel hakim lagi bersama2 dgn keputusan beliau.

(1) Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif 

(2) Chief Judge of Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin;

(3) Federal court judge Tan Sri Suriyadi Halim Omar.

Manakala 3 lagi hakim menolak.
Keputusan 4-3. Kita masih mencari siapakah 3 hakim yang menolak keputusan ini sama ada hakim tersebut daripada kalangan hakim yang beragama Islam atau tidak. 

Apa pun kita sebagai umat Islam seharusnya bersyukur kerana Allah masih menyayangi kita sebagai hambaNya. Ingatlah bahawa orang kafir dan orang Yahudi masih belum berhenti untuk memerangi umat Islam.

Takbir!!! Allahu akhbar!!!

Thursday, 15 May 2014

Panas!!! "Tok Ketua Kampung Putrajaya" Ku Nan Bakal Dipecat Sebagai SUA UMNO??? @NajibRazak


PETALING JAYA: Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam dijangka dilantik sebagai Setiausaha Agung Umno yang baru menggantikan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menurut sumber, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka membuat pengumuman tidak lama lagi.

Sumber itu menambah, ramai ahli Umno kecewa cara Tengku Adnan mengendalikan proses pertukaran menteri besar Terengganu yang menyebabkan beliau perlu digantikan.

Jika beliau pandai berdiplomasi dengan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, maka dua ADUN, Ghazali Taib dan Roslee Daud tidak keluar dari Umno mengikut jejak langkah ADUN Kijal itu.

Bagaimana pun semalam mereka bertiga kembali semula ke pangkuan Umno yang menyebabkan krisis Umno Terengganu selesai dalam masa 48 jam.

"Tambahan pula Tengku Adnan sibuk dengan tugas sebagai menteri, pengerusi perhubungan Umno Wilayah Persekutuan dan ahli parlimen Putrajaya yang menyebabkan beliau tidak dapat beri tumpuan sepenuh masa di ibu pejabat Umno," kata sumber itu kepada FMT.

Ali yang tewas dalam PRU lalu kini dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) yang tidak ada kuasa eksekutif.

"Justru itu jika beliau dilantik sebagai setiausaha agung, beliau dapat beri tumpuan sepenuh masa di ibu pejabat Umno," kata sumber itu lagi.


Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Wednesday, 14 May 2014

Panas!!! Kegagalan Ku Nan Dan Raof Bikin UMNO Terengganu Huru-hara!!! @NajibRazak


Sehari dua ni negara panas dengan isu perletakan jawatan Dato' Ahmad Said sebagai MB Terengganu dan perlantikan MB baru Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman yang bikin dunia politik negara terkejut dengan huru-hara yang berlaku di Terengganu.

Dikhabarkan UMNO menghantar so-called "tok ketua kampung" Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agong UMNO bersama SUK UMNO Datuk Raof untuk turun ke Terengganu bagi membuat rundingan dengan semua ADUN Kerajaan Terengganu bagi membolehkan proses peralihan kuasa berjalan dengan lancar.

Tapi entah apa silapnya dua ekor utusan ni turun ke Terengganu menambahkan huru-hara kat sana. Mungkin kerana kelemahan "tok ketua kampung" hingga makin parah politik UMNO Terengganu. Pendapat ini juga disuarakan oleh pemimpin bahagian lain juga melihat akan kelemahan Ku Nan sebagai "tok ketua kampung Putrajaya" dan diminta memikul tanggungjawab atas perkara yang berlaku di Terengganu sehingga ada desakan beliau meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agong UMNO.

Ini antara kenyataan berkaitan desakan perletakan jawatan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara terhadap "tok ketua kampung" Ku Nan :

"Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor perlu bertanggungjawab terhadap kemelut politik UMNO di Terengganu yang menyaksikan bekas Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Said serta dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengisytiharkan keluar daripada parti dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.
Pandangan peribadi itu dilontarkan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara, Mohamad Azli Mohemed Saad yang mahu Tengku Adnan meletak jawatan kerana gagal menguruskan isu peralihan teraju kepemimpinan negeri itu secara baik sehingga mencetuskan kemelut berkenaan.
Saya secara peribadi minta beliau (Tengku Adnan) letak jawatan, kerana bagi saya, beliau selaku delegasi (wakil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) telah gagal menguruskan isu terbabit. Kita tahu Datuk Seri (Ahmad) meminta ditangguhkan dahulu (peralihan kepemimpinan) kerana anaknya nak berkahwin. Apakah ini (alasan) tidak boleh diterima?"
Persoalannya adakah "tok ketua kampung" Ku Nan sanggup melepaskan jawatannya dan memikul tanggungjawab atas kegagalan beliau sebagai delegasi kepada PM. Tak pasal-pasal rakyat marah kat PM atas kelemahan Ku Nan ni.

Sanggupkah Ku Nan melepaskan jawatan? Atau Ku Nan pun sama seperti politikus lain yang cintakan jawatan mengatasi kepentingan parti.


p/s : melompat la pulak orang kampung bila tok ketua depa kena tegur... dah tahap maksum kot tak boleh kena tegur... blogger tok ketua kampung sila jawab ye....

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network







Sunday, 11 May 2014

Setiausaha Akhbar Menteri Wilayah Lemah Pertahankan "Bos" Sendiri Salahkan Orang Lain???? @NajibRazak


Nampak gayanya makin parah jentera siber Bahagian Putrajaya bila "GAGAL" berfungsi mempertahankan BOS mereka yang juga Ketua Bahagian Putrajaya "kebetulan" juga Menteri Wilayah bila mahu mengheret bekas-bekas blogger dari sebuah unit di bawah sayap Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang kini sudah tiada lagi. Kesannya ia mula membangkitkan kemarahan sahabat-sahabat blogger "yang takda kaitan dalam ini filem" seperti tulisan sahabat MedanTempurKedah (cerita penuh SILA KLIK SINI)
Untuk pengetahuan SU Akhbar Ku Nan, tindakkan rakan blogger yang menegur Ku Nan itu bukanlah mewakili semua kumpulan blogger, beliau menegur kerana Ku Nan adalah Ketua Bahagian beliau dan beliau ahli Umno serta jentera parti di Putrajaya.. Jadi tak salah menegur sesuatu jika perkara itu boleh merosakkan Umno di bahagian..

Ada diantara blogger mempunyai jawatan diperingkat cawangan ataupun bahagian.. Jadi tak salah jika mereka menegur pemimpin mereka dalam blog masing masing.. Kami sebagai blogger bebas, berhak nyatakan apa saja perkara yang boleh memburukkan parti..

Kepada SU Akhbar Ku Nan, saya harap anda sudah jelas tugas kami.. Bukan semua blogger menghentam pemimpin atas kepentingan peribadi sebaliknya menegur pemimpin agar tidak hanyut dek jawatan yang diamanahkan..

Sepatutnya tugas pegawailah yang perlu sampaikan teguran teguran ahli dibahagian kepada Boss, agar permasalahan dapat diselesaikan segera.. Dan bukannya menyuruh orang lain membalas kritikan orang yang membuat teguran..


dan juga di seorang sahabat lagi iaitu Sangkakalajari9 (cerita penuh SILA KLIK SINI).
Sangkakala membuat teguran apabila 2 keping gambar Menteri ni menaiki pesawat untuk menunaikan umrah dan kembali dari menunaikan umrah tersebar di kalangan ketua ketua cawangan.
Bagi Sangkakala teguran ini sepertimana yang dikatakan oleh rakan blogger dalam pautan tadi, adalah untuk memberikan kesedaran kepada Ku Nan dan ianya adalah sahih.
Ada juga yang mengatakan bahawa jasa Ku Nan dalam parti perlu dilihat, dan bagi Sangkakala pula, jasa tersebut tidak menghalalkan cara atau membuatkan para blogger pro kerajaan berdiam diri dengan kesilapan yang dilakukan.
Tapi apa yang mengecewakan ialah, teguran ini tidak diambil berat oleh Setiausaha Akhbar Ku Nan, malah rakan facebook beliau menyerang para blogger dan ada kemungkinan termasuklah diri Sangkakala dan kemungkinan besar, ini adalah arahan atau permintaan dari Setiausaha Akhbar Ku Nan sendiri.
Daripada apa yang gua lihat inilah salah satu kelemahan pentadbiran Ketua Bahagian Putrajaya "yang secara KEBETULAN menjadi Menteri Wilayah" bila melantik orang yang entah hapa-hapa duduk di pejabat beliau. 

Adakah menjadi satu kesalahan besar jika menegur melalui media sosial? Alasan yang diberikan kenapa tidak berjumpa sendiri dan terus luahkan segala permasalahan. Apakah dah ketinggalan zaman kot Menteri Wilayah ni sedangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib pun sudah memperlihatkan keterbukaan beliau dalam menerima arus perubahan teknologi seperti menggunakan medium media sosial. Inilah masalahnya dengan kepimpinan menteri yang yang ada sekarang GAGAL mengikuti arus perubahan menyebabkan rakyat terutama golongan muda mula menjauhi UMNO.


Wednesday, 7 May 2014

Ketua Bahagian Putrajaya Melompat Hanya Kerana Ditegur??? @NajibRazak


Hanya kerana sorang ahli UMNO Putrajaya menegur menggunakan medium sosial seperti blog untuk melahirkan rasa tidak puas hati maka Ku Nan sebagai Ketua Bahagian Putrajaya "melompat" dan mengarahkan anak buahnya mencari blogger yang kebetulan ada masalah dengan gua untuk balun gua balik. Maka kebetulan blogger yang dah lama "ashabul kahfi" tu pun ikut sama la melompat "kononnya" mahu mempertahankan "bos" dia sebagai Ketua Bahagian dan dia "kononnya" rasa bertanggungjawab untuk mempertahankan beliau. Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! ironi dan tipikalnya.

Blogger ni pun guna blog dia untuk balun orang la....




Lalu medium media sosial dipersalahkan kononnya ia bukanlah platform yang sesuai digunakan untuk melahirkan persoalan jika timbul. Ketinggalan zaman sungguh pemikiran sedemikian jika Perdana Menteri pun sedia menerima idea, cadangan waima kritikan atau teguran menggunakan medium media sosial tapi pemimpin UMNO lain sukar untuk menerimanya. Jika teguran di media sosial terhadap pemimpin UMNO sendiri tidak dibenarkan dalam UMNO tetapi kita dibolehkan mengkritik pemimpin pembangkang menggunakan apa jenis platform sekali pun. 

Kepada sahabat blogger "so-called nomuro uno" kenapa beliau tak nak "sound" gua dengan berjumpa sendiri dengan gua. Bukan dia tak tau gua duduk di mana tetapi juga menggunakan medium blog beliau jugak nak balun gua balik. So, apa bezanya lu ngan gua. Pi tido balik lagi balik lagi bagus la. Lepas ni anak buah dia akan panggil ramai lagi kawan-kawan blogger gua jadi "tukang jawab" plak dan usaha ke arah itu gua dengar sudah ada dengan perbincangan di kedai mamak. Kah! Kah! Kah! Kah! 

Ramai yang kata cara gua tak betul sebab guna blog sedangkan boleh bertanya terus ngan Ku Nan di majlis-majlis yang dihadiri oleh beliau. Eh! Halo! Gua dah guna la kaedah tu. Gua dah tanya personal dalam satu majlis bukan secara terbuka demi menjaga air muka tapi dah dua minggu takda sorang pun pegawai beliau memberi maklum balas apa tindakan dan keputusan kepada persoalan gua. 

Yang gua heran sangat, apa ka maksum sangat seseorang pemimpin UMNO ni sampai kalo ditegur kata kita balun dia. Bermula dengan pertanyaan gua pasal perletakan jawatan Ketua Cawangan (SILA KLIK SINI)  dan teguran gua pasal penerima BR1M guna duit pi "BERJUDI ONLINE" (SILA KLIK SINI)

p/s : buat sahabat blogger ashabul kahfi... pi masuk gua balik tido balik la... tak pun pi ke kandang bagi "KUDA" tu makan...

Wednesday, 30 April 2014

Tengku Adnan Kena Balun Pasal "Kroni"??? @NajibRazak


Kroni... Kroni... Kroni... Kroni... Kroni... 

Jenuh cytro Pro BN dok balun pemimpin pembangkang pasal menerapkan unsur kroni dalam parti terutama dalam PKR, Pas dan DAP. Tapi nampaknya unsur kroni pun makin tumbuh berakar dalam UMNO Putrajaya seperti mana yang pernah disebutkan oleh Sangkakalajari9 dalam tulisan beliau sebelum ini (KLIK SINI). Apa nak jadi la....
"Tapi sekarang kita dapat lihat bahawa dalam UMNO juga telah wujud perkara yang sama iaitu menyusun anak isteri dalan parti dan kejadian ini biarlah Sangkakala katakan berlaku di kawasan Putrajaya."
"Dengar cerita anak kepada Setiausaha Agung telah ditempatkan dalam satu persatuan dimana ianya adalah platform untuk menempatkan diri dalam politik di kemudian hari."
"Isteri pula tidak mempunyai jawatan dalaam bahagian tetapi kini ada dikalangan ahli jawatankuasa bahagian merungut bahawa keputusan untuk sesuatu perkara terletak di tangan isteri pemimpin ini."
"Alamak, ini sudah membuatkan pemimpin setempat terutamanya orang orang di bahagian tersebut naik angin dan sudah mula rasa meluat dengan tindak tanduk isteri pemimpin ni."
Daripada berita yang di bawa angin dikatakan pemimpin tertinggi sayap ada melahirkan rasa tidak puas hati pasal terdapat unsur-unsur "KRONI" dalam sebuah unit dalam Bahagian Putrajaya yang dikatakan adik-beradik penuh dok isi jawatan dalam unit tersebut. Tapi takkan nak marah kot kalo ada yang dok isi "KRONI" adik-beradik sebab Ku Nan pun dok isi anak-beranak dan orang rumah kat Bahagian Putrajaya seperti yang dikatakan oleh blogger tadi kan. So, "fair and square" la. Kalo nak dikupas, hampir semua Unit atau Biro kat Putrajaya ni penuh dengan kroni masing-masing. 

Jadi, Ku Nan tak boleh la nak salahkan atau nak marah pada sesiapa kalo ada orang lain menggunakan unsur-unsur "KRONI" melainkan kalo beliau sendiri tidak menggunakan kaedah tersebut. Bukan apa, nanti impak dan tempiasnya akan kena kat PM dan isteri PM balik bila dah ada yang dok sebut-sebut ada "Rosmah Ke2" kat Bahagian Putrajaya. Kan nama Rosmah jugak yang busuk nanti. Dah la nama Rosmah diburuk-burukkan oleh pembangkang dengan macam-macam cara dan macam-macam isu. Takkan kita penyokong kerajaan nak tambah plak "damage" yang dok ada. Patutnya sama-sama bantu PM. Ini la yang orang tua-tua dulu pernah kata "kerana nila setitik rosak susu sebelanga".

Banyak gak cerita yang dok sampai kat lubang telinga ni pasal unsur "KEKRONIAN" yang makin subur di Bahagian Putrajaya nie. Apa pun nanti-nanti la kita sembang-sembang lagi.

p/s : takkan nak tegur pun tak boleh kan.... 

Friday, 25 April 2014

"BERJUDI" Adalah Tuduhan Tak Berasas Menteri Wilayah Kepada Penerima BR1M!!! @NajibRazak


Tuduhan Menteri Wilayah, Tengku Adnan Mansor atau Ku Nan terhadap penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang menggunakan wang yang diberi oleh kerajaan untuk "BERJUDI" adalah satu tuduhan yang tidak berasas dan lebih kepada tuduhan mengikut perasaan sahaja. Tujuan sebenar pemberian BR1M kepada rakyat adalah untuk rakyat menggunakannya bagi mengurangkan beban masalah seperti kenaikan harga barang dan mengembalikan pengurangan subsidi yang dilakukan oleh kerajaan kembali kepada rakyat.

Adalah tidak adil jika Ku Nan menuduh seolah-olah hampir semua penerima BR1M itu menggunakan wang yang diterima untuk berjudi. Atas asas dan statistik manakah Ku Nan membuat rujukan. Adakah rujukan ini diperolehi dari Polis DiRaja Malaysia atau beliau sekadar memperolehinya daripada pegawai beliau sahaja yang mungkin buat kerja seperti "melepaskan batuk di tangga". Daripada berpuluh ribu penerima BR1M pada tahun ini bolehkah Ku Nan "TOLONG" bagi statistik berapa ramai penerima BR1M yang menghabiskan bantuan tersebut untuk berjudi. Berapa peratus yang menghabiskan duit tersebut untuk berjudi???? Memang tidak dinafikan mungkin terdapat segelintir kecil bahkan mungkin kurang dari 1% penerima BR1M yang menyalahgunakan bantuan tersebut dengan berjudi kerana "rambut sama hitam, tapi hati lain-lain" mana mungkin semua buat baik. Tapi jika majoriti penerima BR1M menggunakan wang bantuan tersebut dengan cara baik dan secara tidak langsung menjana perkembangan ekonomi negara adalah TIDAK BENAR sama sekali dakwaan dari seorang yang bergelar Menteri kerana sepatutnya setiap kenyataan beliau adalah bersandarkan fakta bukan auta.

“Dapat sahaja BR1M, kafe siber di ibu kota ini penuh. Kenapa? Ramai yang pergi main judi (dalam talian).

“Kompleks beli belah penuh, semua pergi shopping macam-macam yang tak patut,”


Wednesday, 9 April 2014

Permohonan Maaf Kepada "Pemimpin Belia Negeri" Yang Sebut "SIAL" Dalam Mesyuarat... @KhairyKJ


Syukur alhamdullillah semalam dengar khabar berita yang di bawa angin bahawa dakwaan kononnya ada seorang "Pemimpin Belia Negeri" yang mengeluarkan kata-kata kesat "SIAL" kepada "Anak Muda Kelab Gabungan Majlis Belia" adalah TIDAK BENAR SAMA SEKALI (cerita berkaitan hal tersebut boleh KLIK SINI). Menurut khabar angin itu lagi, satu pertemuan telah diadakan antara kedua belah pihak iaitu "Si Pengadu" yang merupakan "Anak Muda Kelab Gabungan Majis Belia"  dengan "Pemimpin Belia Negeri" itu sendiri telah turun padang bagi menjernihkan segala salah faham yang timbul antara kedua belah pihak. Menurut khabar angin itu lagi, satu perbincangan yang panjang dalam suasana yang cukup harmoni telah diadakan dalam suasana yang santai dan segala salah faham "misunderstanding" itu akhirnya telah berjaya dirungkaikan. Segala yang kusut akhirnya terungkai dalam suasana yang profesional.

"Salute" tabik "spring" gua kepada "Pemimpin Belia Negeri" tersebut yang juga merupakan seorang pegawai khas kepada pegawai khas seorang menteri yang secara "PROFESIONAL"nya turun sendiri ke bawah tanpa menghantar wakil pun untuk bertemu dengan kumpulan "Anak Muda Kelab Gabungan Majlis Belia" tersebut. Dikhabarkan "Pemimpin Belia Negeri" ini telah berjaya menjernihkan salah faham yang berlaku dan rasanya tidak perlu dipanjang-panjangkan lagi. Beliau dengan rendah diri menyelesaikan masalah yang timbul dalam suasana yang sangat harmoni. 

Inilah ciri-ciri seorang pemimpin muda yang mengetuai kepimpinan anak muda yang dicari-cari oleh negara dan masyarakat di negara ketika ini. Contoh teladan ini harus diikuti jejak langkahnya oleh pemimpin belia yang lain sama ada di peringkat kawasan, negeri mahu pun kebangsaan. Tahniah kepada "Pemimpin Belia Negeri" yang "gentleman" turun padang menyelesaikan sendiri masalah dan salah faham yang timbul. Bukan calang-calang orang boleh buat sebagaimana yang dah dibuat oleh "Pemimpin Belia Negeri" ni. 

Gua pun dengan rasminya "MEMOHON MAAF" kepada "Pemimpin Belia Negeri" yang juga merupakan pegawai khas kepada pegawai khas menteri tersebut di atas salah faham berkenaan dengan isu ini dan sedia menarik balik artikel sebelum ini.

p/s : benar kata orang tua-tua "tak kenal maka tak cinta"... dah kenal baru kita tau hati budi seseorang... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers