Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday 7 July 2014

Ku Nan Lebih Pentingkan Imej Bandaraya Dari Kebajikan Rakyat??? @NajibRazak


Terlajak perahu boleh diundur, dan tiada apa yang kerajaan boleh lakukan untuk mengubah publisiti negatif yang diterima berikutan kenyataan kurang sensitif Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Ku Nan (nama gelarannya), jangan buat PC (sidang akhbar). Dia kena keluar kenyataan je," ujar seorang rakan berikutan kenyataan panjang yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Putrajaya itu pada hari Jumaat, dengan butir-butir rancangan kerajaan bagi menangani isu-isu golongan tidak berumah dan melarat di Kuala Lumpur.

Tengku Adnan mendakwa kenyataannya itu "disalah faham" oleh pengkritik

"Saya telah mengambil perhatian terhadap aduan daripada rakyat dan rakan-rakan mengenai isu golongan tidak berumah yang saya telah utarakan.

"Niat saya adalah untuk memperbaiki keadaan, tetapi jika ada yang telah memiliki tanggapan atau persepsi yang berbeza, maka saya bersedia untuk menjelaskan dan menerangkan tujuan sebenar saya," beliau menulis di laman Facebooknya.

Pada hari Rabu dan Khamis, Tengku Adnan menjadi tajuk utama berikutan desakan beliau bahawa kerajaan akan "membersihkan jalan-jalan" dari pengemis dan mereka yang tidak berumah.

Perkataan Bahasa Melayu yang Tengku Adnan gunakan pada Rabu (2 Julai) untuk menggambarkan proses ini, yang akan dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya dan agensi-agensi penguatkuasaan lain yang berkaitan, adalah "angkut" dan ini adalah perkataan sama yang biasa digunakan bagi menyifatkan kutipan sampah.

Beliau juga berkata kementerian itu akan mengenakan denda dan hukuman lain ke atas kedua-dua pemberi dan peminta sedekah.

Kenyataan kontroversi beliau dikritik meluas kerana mensasarkan golongan yang kurang bernasib baik secara tidak adil, bersama-sama dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berada di jalanan untuk menawarkan bantuan. Tetapi Tengku Adnan berkeras bahawa kehadiran mereka telah mencemarkan imej Kuala Lumpur.

Dalam sebuah sidang akhbar di Dewan Bandaraya pada hari Khamis (3 Julai), Tengku Adnan dilaporkan berkata: "Imej bandar saya sangat tidak baik...Jika saya tidak melakukan perkara seperti ini, masyarakat tidak akan berdisiplin."


Pasti ada masalah yang sangat serius jika seorang menteri kelihatan lebih prihatin dengan "imej" bandarnya daripada terhadap kesejahteraan warganya.

Portal berita The Malay Mail Online juga memetik Tengku Adnan sebagai menggelar mereka yang tiada tempat tinggal sebagai "malas" dan tidak mahu memiliki pekerjaan yang stabil.

"Kami mendapatkan mereka pekerjaan. Mereka sangat malas. Selepas dua hari bekerja, mereka melarikan diri. Kemudian apabila kami mengetahuinya, mereka berkata adalah mudah untuk mendapatkan makanan di tempat-tempat lain. Itulah masalahnya," Tengku Adnan mendakwa.

Ahli Parlimen Putrajaya sebelum ini telah mengumumkan bahawa ‘dapur sup’ akan didenda jika mereka tidak mematuhi peraturan baru (bermula dari Isnin 7 Julai), yang melarang NGO daripada memberi makan kepada golongan yang tiada tempat tinggal dalam lingkungan 2 km dari Lot 10 – sebuah pusat membeli-belah di tengah-tengah Segitiga Emas Kuala Lumpur.

Dalam sebuah temubual dengan saluran berita Astro Awani yang bertujuan untuk mendapatkan penjelasan mengenai kenyataan beliau, Tengku Adnan menegaskan bahawa beliau tidak mahu pusat pelancongan itu menjadi "kotor dan dipenuhi tikus sehingga akhbar asing menggelarkan KL sebagai Bandaraya Tikus".

"Jika NGO ini mahu mengedarkan makanan percuma, mereka boleh lakukannya di luar kawasan larangan, mereka boleh bekerjasama dengan masjid atau kuil tempatan, atau di dalam premis," katanya.

Terdapat banyak dapur sup yang beroperasi di Kuala Lumpur dan Hussain Muhammad, yang menganggotai sebuah kumpulan sukarelawan yang menggelarkan diri mereka Region of Love, memberitahu theantdaily: "Ahli politik Kaya secara sombong mengisytiharkan bahawa kota itu adalah milik mereka, memandang rendah golongan miskin dan mewujudkan rasa takut di kalangan orang-orang yang mempunyai niat untuk turun dan membantu."

"Mereka sensitif terhadap nilai estetika bandar ini, tetapi kejam kepada orang-orang mereka sendiri. Telah berulang-ulang kali diberitahu bahawa isu-isu yang melanda golongan yang tiada tempat tinggal dan melarat ini adalah disebabkan oleh kos sara hidup yang meningkat.

"Kerajaan telah gagal untuk menggubal undang-undang dan dasar-dasar yang baik bagi membantu meringankan beban mereka yang tiada tempat tinggal dan miskin," kata Hussain, sambil menambah bahawa kawasan sasaran mereka setakat ini adalah Chow Kit, Kotaraya dan Klang," katanya.

Seorang lagi sukarelawan Region of Love yang hanya mahu dikenali sebagai Dadhyana, turut menegaskan bahawa ‘mengangkut’ pengemis dan golongan yang kehilangan tempat tinggal dari jalanan tidak akan menyelesaikan punca isu yang memberi kesan terhadap mereka yang kurang bernasib baik, yang memperoleh pendapatan di antara hanya RM600 dan RM800 sebulan.

"Kami menyeru Tengku Adnan meluangkan masa selama tiga hari berturut-turut untuk menyertai kami dan melihat pelbagai kategori (mereka yang mendapat faedah daripada dapur sup).

"Dapur sup ​​menawarkan peluang pekerjaan dan membentuk hubungan yang membolehkan ramai dari mereka untuk beralih dari tinggal di jalanan," tegas beliau.

Jemputan yang sama turut diberikan kepada Tengku Adnan oleh sebuah kumpulan yang menggelarkan diri mereka Dapur Jalanan, yang beroperasi di sekitar Panggung Bandaraya berdekatan Dewan Bandaraya.

Mereka yang ditubuhkan pada Februari tahun lepas, yang disokong oleh kira-kira 30 sukarelawan, berkata bahawa Tengku Adnan dan DBKL tidak mempunyai hak untuk menentukan pergerakan mana-mana organisasi yang menawarkan makanan percuma, kerana kerajaan tidak langsung membiayai aktiviti tersebut.

Sama ada ia disebabkan isu-isu birokrasi, ketidakcekapan, atau kecemerkapan yang nyata agensi-agensi kerajaan yang berkenaan, ramai golongan jalanan tidak mendapat manfaat bantuan Jabatan Kebajikan atau Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Tindakan menghalang mereka sudah pasti bukan penyelesaiannya, dan percubaan Tengku Adnan mewajarkan keputusan yang dibuat jelas menunjukkan ketiadaan hubungan antara dasar-dasar dan perkara-perkara yang memberi kesan kepada rakyat biasa di jalanan.

Tengku Adnan, apakah yang anda sedang cuba buktikan?

Sumber : theantdaily

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers