Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...
Showing posts with label Wilayah KL. Show all posts
Showing posts with label Wilayah KL. Show all posts

Sunday, 13 July 2014

@Armand_PJU Dan NGO @SAM1MSIA Menapak Keliling KL Semata-mata Bagi Gelandangan Makan??? @KhairyKJ @AzwanBro @NajibRazak


Malam tadi di lokasi sekitar ibukota, NGO Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M) yang diketuai oleh Armand Adha yang juga merupakan Exco Pemuda Pergerakan UMNO Malaysia bersama beberapa NGO lain seperti Briged Kesatria Muda, Pemuda Kepong / Selangor, Riders United, Yayasan Pertanian 1Msia, Selawat Perdana, PVTM, MJMM , Biro Ta'lim Al-aly dan rakan-rakan Bloggers serta media telah mengagihkan juadah bersahur kepada golongan gelandangan yang berada di kaki lima sekitar jalan yang dilalui.

Program ini juga dimeriahkan dengan kehadiran Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan atau Wanbro yang juga turut turun berjalan kaki bersama NGO dan anak muda lain sambil membawa bekalan juadah bersahur. Kira-kira 70 orang sukarelawan turut serta dalam program mulia ini yang telah berjaya memberi makan sekitar 200 golongan gelandangan yang berada di sekitar ibukota ini.

Lagi cerita pasal bagi makan gelandangan nie KLIK SINI KLIK SINI


Laluan yang diambil oleh NGO yang menyampaikan makanan dan minuman untuk golongan gelandangan sekitar Jalan Chow Kit - Jln Raja Laut - Jalan TAR - Jalan Bonus - Jalan Tun Perak - Dataran Maybank dan berakhir di laman siar Bangunan Cahaya Suria.




Tuesday, 8 April 2014

Pesta Bogel Mendapat Tentangan Hebat Dari Pemuda Wilayah!!! @RazlanRafii @KhairyKJ @AzwanBro


Kenyataan penuh Ketua Pemuda Wilayah :-

KONSERT TOPLESS, JALAN AMPANG

Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan (PPUWP) berterima kasih kepada masyarakat yang peka dengan segala perkembangan tidak sihat yang berlaku di persekitaran Wilayah Persekutua dan menyampaikan maklumat tersebut kepada pihak kami.

Berkenaan dengan Parti Topless yang akan dianjurkan oleh sebuah kelab di Jalan Ampang, kami mendapati banyak bantahan dilakukan.

Sudah tentu PPUWP juga turut membantah sekeras-kerasnya dan mendesak agar kelab ini dikenakan tindakan sehingga lesen operasi perniagaan mereka ditarik balik.

YB Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan (BPUWP) sudah mengarahkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggunakan apa sahaja kuasa yang termaktub untuk membatalkan konsert tersebut. PPUWP juga menyambut baik, ketegasan YB Menteri mengarahkan DBKL mengemukakan notis tunjuk sebab kepada pemilik kelab terbabit yang secara jelasnya telah melanggar peruntukan Akta Hiburan WPKL 1992 yang mana tindakan membatalkan lesen boleh dikenakan kepada pemilik.

Saya mewakili PPUWP menyambut baik tindakan YB Menteri Wilayah Persekutuan yang tidak berkompromi dan tidak menunggu lama untuk membuat keputusan dalam sebarang bentuk gejala yang tidak sihat di Kuala Lumpur. Kami percaya, sekiranya terdapat isu tidak seiring dengan peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa sampai ke telinga YB Menteri, sudah tentu tindakan akan diambil.


MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan.

Friday, 13 December 2013

Panas!!! Kenyataan KP Wilayah @RazlanRafii Bikin SPAD Sentap??? @NajibRazak @KhairyKJ @AduanSPAD @SyedHamidAlbar


12 Disember 2013

KENYATAAN MEDIA
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

KENAIKAN KADAR TAMBANG LRT

Kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar berhubung kenaikan kadar tambang Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) dirasakan tidak membebankan agak janggal apabila realiti sebenarnya pasti bakal membebankan pengguna.

Warga Kuala Lumpur merupakan pengguna yang paling terbeban secara langsung akibat kenaikan kadar tambang ini. Ia tidak termasuk lagi dengan cadangan kenaikan tarif cukai pintu oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan kenaikan kadar elektrik (TNB) yang sudah pasti terpaksa dihadapi oleh warga kota.

Sudah sampai masanya Kabinet memikirkan dan mendalami masalah serta bebanan yang terpaksa dipikul oleh warga kota apabila ada kenaikan seperti ini dilakukan oleh syarikat milik kerajaan.

Saya berharap agar pihak SPAD mencari inisiatif lain bagi menanggung kos operasi khidmat LRT.

Dalam pada masa yang sama, pihak berwajib haruslah mencari formula yang lebih efektif bagi menggalakkan orang ramai terutama warga Lembah Klang menggunakan perkhidmatan awam yang sedia ada dengan kadar tambang yang lebih murah.

Keberkesanan formula dan pendidikan kepada rakyat akan memberikan hasil positif buat semua pihak dan secara tidak langsung masalah kesesakan jalan raya pada waktu kemuncak dapat dielakkan.

Oleh yang demikian, saya bagi pihak warga kota mendesak cadangan kenaikan tambang LRT ini ditangguhkan sementara sehingga ianya benar-benar dirasakan relevan untuk dilaksanakan.

Dalam pada masa yang sama, saya menyeru agar tidak ada lagi 'mimpi ngeri' ditimbulkan kepada warga Kuala Lumpur yang melibatkan kos hidup mereka. 

MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, 31 August 2013

Ketua Bahagian Batu Yang Masih Keras Kepala Batu??? @NajibRazak @TengkuAdnanReal


Ni satu lagi cerita yang gua dengar di peringkat bahagian masa musim pemilihan kali ni. Kisah Ketua Bahagian Batu keras kepala berkepalakan batu kot, Datuk Yahya Mat Ghani a.k.a Tok Abas bawak calon MT main golf. Biasa yang gua tau kat padang golf ni la ahli korporat deal projek manakala ahli politik politik plak deal komisyen projek dengan ahli korporat.

Tapi bila Ketua Bahagian Batu dah mula main golf dengan calon MT tu yang menimbulkan sedikit kemushkilan dalam kepala ni. Apa udang disebalik batu "permainan" Tok Abas ni, apa muslihat yang dipersembunyikan, banyak benda tak kena ni.

Dengar cerita dari akar umbi di Bahagian Batu memang dah tak mahukan lagi khidmat Tok Abas menjadi ketua pucuk pimpinan Bahagian. Cara dan gaya kepimpinan Tok Abas nie dah tak sesuai lagi dengan masa sekarang. Elok sangat la kalo akar umbi pakat ramai-ramai dah tak bagi undi kat Tok Abas semasa pemilihan Bahagian Batu nanti. Bagi la kat muka-muka baru atau calon yang lebih berkaliber dari Tok Abas ini.

Gua rasa elok pemimpin tertinggi tengok skit perangai Tok Abas ni. Kalo dah tak boleh nak diubah, elok jer ganti ngan pemimpin lain memimpin Bahagian Batu, dah dua penggal bagi saja kat calon PKR lahanat menang. Dan dua penggal Batu kini tinggal jadi kawasan Parlimen batu nisan kepada BN dan UMNO. Biar orang lain plak bekerja untuk merampas kembali kubu kuat BN dan UMNO suatu ketika dulu.

Janganlah pemimpin tertinggi UMNO dan ahli UMNO Bahagian Batu terutama yang ada undi yang boleh mengubah senario ni memberi lagi undi dan memilih Ketua Bahagian yang keras kepala macam Batu ni.

p/s : cukup... cukup sudah... cukup sampai di sini saja... *entahlagusapaakulupa

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, 4 August 2013

Diskriminasi Penguatkuasa DBKL Pada Peniaga Melayu Di Dataran!!! @NajibRazak @TengkuAdnanReal


Ini gambar peniaga kecil melayu yang dirampas barang jualannya oleh Penguatkuasa DBKL 5 minit selepas gambar ini dirakamkan dan dihantar oleh seorang sahabat yang kebetulan berada dilokasi kejadian.

Menurut cerita sahabat, peniaga kecil melayu ini sempat berniaga cuma 1 jam yang menjual barangan mainan kanak-kanak kepada pengunjung yang datang bersantai di Dataran Merdeka malam tadi. Menurut beliau agak ramai juga ibubapa yang membeli mainan tersebut untuk anak masing-masing.

Secara tiba-tiba datang Penguatkuasa DBKL terus merampas barang jualan tanpa memberi amaran terlebih dahulu. Dikhabarkan 5 6 orang peniaga kecil melayu turut dirampas barangan jualan mereka tanpa diberikan amaran terlebih dahulu.

Persoalan gua, kenapa keras sangat tindakan Penguatkuasa DBKL ni dengan peniaga kecil-kecilan melayu. Kenapa dirampas tanpa memberi amaran terlebih dahulu.

Tuesday, 18 June 2013

Apa Rasional SPAD Benarkan Harga Tiket Bas Ekspress Naik???? @NajibRazak @aduanSPAD


Apa rasionalnya SPAD membenarkan pengusaha-pengusaha bas ekspress menaikkan harga tiket dalam suasana ekonomi yang tidak menentu ini dan kenaikan drastik ini berlaku selepas PRU13 yang masih belum reda panasnya?

Apakah kenaikan harga tiket ini mendapat restu SPAD yang mungkin ada "tangan-tangan ghaib" yang mempengaruhi SPAD dan pihak berkaitan sehingga membuatkan pengusaha-pengusaha bas ekspres ini begitu berani menaikkan harga tiket sesuka hati?

Apakah kesannya kepada pengguna perkhidmatan bas ekspress ini yang kebanyakkannya terdiri daripada rakyat bawahan dan pelajar-pelajar sama ada diperingkat menengah mahu pun universiti?

Di bawah ini perkiraan yang dipetik dari blog Sangkakalajari9 mengenai keuntungan yang bakal diraih pengusaha-pengusaha bas ekspres. Sila baca :


"Sangkakala tengok dan baca dalam Malaysiakini baru baru ni ada tertera satu artikel tentang kenaikan harga tambang bas yang dituntut sehingga 30% oleh pengusaha bas ekspress semasa musim perayaan nanti.

Bukankah kerajaan telah menetapkan bahawa kenaikan 10% pada musim perayaan diberikan dari dulu lagi untuk membolehkan syarikat bas membuat sedikit keuntungan semasa musim perayaan?

Dengan menaikkan harga tambang bas rasanya akan lebih membebankan tambahan lagi bagi mereka yang tidak berkemampuan serta mempunyai ramai tanggungan.

Memang dalam kenyataan tersebut, pengerusi SPAD mengatakan bahawa ianya akan dikaji tetapi seperti yang telah sudah, tuntutan seperti ini akan mendapat perhatian kononnya situasi menang dan menang atau win win situation akan digunapakai.

Thursday, 16 May 2013

Biar Betul!!! Pas Wilayah Dah Sokong Ku Nan??? Husam Camner??? @TengkuAdnanReal


KUALA LUMPUR – PAS Wilayah Persekutuan mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atas pelantikan beliau sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.

Ketua Penerangannya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, PAS Wilayah Persekutuan mengalu-alukan pelantikan tersebut memandangkan beliau merupakan Ahli Parlimen Putrajaya.

"Kami bagaimanapun terkilan kerana Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan bukan dari kalangan Ahli Parlimen iaitu Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan.

"Apakah BN sudah ketandusan pemimpin tempatan di Wilayah Persekutuan yang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) untuk dilantik ke jawatan tersebut," soalnya melalui satu kenyataan media hari ini.

Mohamad Suhaimi berkata, PAS WP berharap Menteri Wilayah Persekutuan dan timbalannya mampu menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai wilayah yang maju, makmur, aman dan sejahtera.

Ia kerana, dakwa beliau, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan mencerminkan nilai yang tinggi pada peradaban dunia serta menjadi contoh pembangunan bandar terbaik di negara ini.

Beliau juga berharap Tengku Adnan meletakkan setiap kawasan Parlimen sama penting dan perlu diberi keutamaan tanpa mewujudkan sikap prejudis atau 'wilayah terasing' terhadap mana-mana parlimen yang dimenangi oleh pakatan pembangkang.

Dakwanya, ahli parlimen pembangkang perlu diberi peranan memberikan buah fikiran, pandangan dan kerjasama erat bagi membina kesejahteraan rakyat serta pembangunan Wilayah Persekutuan. – mynewshub.my
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 17 February 2012

Siri 1 : Peluang Rakyat Miskin dan Penduduk Setinggan Di Kuala Lumpur Memiliki Sekurang-kurangnya Satu Aset???... @RajaNongChik @NajibRazak


Kota metropolitan Kuala Lumpur memang sinonim dengan istilah "setinggan" yang merujuk kepada sekelompok masyarakat yang mendiami kawasan tanah milik kerajaan. Istilah setinggan ini sudah dikenali sejak tahun 70an lagi sehingga ke hari ini. Cuma bezanya jumlah kelompok masyarakat ini yang semakin kecil hasil usaha kerajaan membasmi kemiskinan dengan mengurang jumlah ini sehingga ke paras miskin sifar.

Langkah selanjutnya diambil pihak kerajaan dengan memindahkan penduduk setinggan ini ke suatu penempatan baru yang lebih baik dan tersusun setelah kawasan tersebut diambil semula dan dibangunkan dengan bangunan kediaman. Pada peringkat awalnya berlaku penentangan oleh penduduk setinggan ini dengan usaha baru yang cuba di bawa oleh kerajaan disamping termakan dengan hasutan pihak pembangkang yang mempunyai kepentingan.

Kini semua masalah ini telah berlalu. Sebahagian besar penduduk setinggan telah berpindah kepenempatan baru yang lebih selesa sekalipun agak jauh daripada penempatan asal. Mereka ditawarkan untuk menyewa rumah yang dibangunkan oleh pihak DBKL dengan harga sewa RM124 sebulan termasuk dengan bayaran penyelenggaraan walaupun kos penyelenggaraan dikatakan melebihi daripada harga sewa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers