Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...
Showing posts with label Razlan Seputeh. Show all posts
Showing posts with label Razlan Seputeh. Show all posts

Friday, 13 December 2013

Panas!!! Kenyataan KP Wilayah @RazlanRafii Bikin SPAD Sentap??? @NajibRazak @KhairyKJ @AduanSPAD @SyedHamidAlbar


12 Disember 2013

KENYATAAN MEDIA
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

KENAIKAN KADAR TAMBANG LRT

Kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar berhubung kenaikan kadar tambang Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) dirasakan tidak membebankan agak janggal apabila realiti sebenarnya pasti bakal membebankan pengguna.

Warga Kuala Lumpur merupakan pengguna yang paling terbeban secara langsung akibat kenaikan kadar tambang ini. Ia tidak termasuk lagi dengan cadangan kenaikan tarif cukai pintu oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan kenaikan kadar elektrik (TNB) yang sudah pasti terpaksa dihadapi oleh warga kota.

Sudah sampai masanya Kabinet memikirkan dan mendalami masalah serta bebanan yang terpaksa dipikul oleh warga kota apabila ada kenaikan seperti ini dilakukan oleh syarikat milik kerajaan.

Saya berharap agar pihak SPAD mencari inisiatif lain bagi menanggung kos operasi khidmat LRT.

Dalam pada masa yang sama, pihak berwajib haruslah mencari formula yang lebih efektif bagi menggalakkan orang ramai terutama warga Lembah Klang menggunakan perkhidmatan awam yang sedia ada dengan kadar tambang yang lebih murah.

Keberkesanan formula dan pendidikan kepada rakyat akan memberikan hasil positif buat semua pihak dan secara tidak langsung masalah kesesakan jalan raya pada waktu kemuncak dapat dielakkan.

Oleh yang demikian, saya bagi pihak warga kota mendesak cadangan kenaikan tambang LRT ini ditangguhkan sementara sehingga ianya benar-benar dirasakan relevan untuk dilaksanakan.

Dalam pada masa yang sama, saya menyeru agar tidak ada lagi 'mimpi ngeri' ditimbulkan kepada warga Kuala Lumpur yang melibatkan kos hidup mereka. 

MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, 14 November 2013

@RazlanRafii Templak Pemilihan Ketua Dewan Pemuda Pas Amat Jijik??? @NajibRazak @KhairyKJ


Permilihan Ketua Dewan Pemuda PAS Amat Jijik !!

Nasaruddin Tantawi tidak mempertahankan jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, sebaliknya membiarkan anak-anak buahnya memilih pilihan ketua mereka.

Apapun, disebalik insiden menyamakan anjing dengan salah seorang daripada calon ketua amat memalukan dan jijik.

Sehinggakan Nasaruddin yang memegang jawatan ketua sebelum ini mengeluarkan kenyataan "Macai" dan ketinggalan zaman terhadap permilihan yang sedang berlansung.

Pandangan ikhlas saya, kelahiran Kepimpinan Pemuda PAS hari ini seharusnya diletakkan di bahu Nasaruddin.

Beliau yang merupakan bekas ketua pemuda melahirkan kekecewaan terhadap anak buah beliau sendiri walhal pemuda yang lahir hari ini adalah tanggunjawab beliau.

Monday, 9 January 2012

#bebasAnwar901 : Ulasan Ketua Pemuda Seputeh Tentang Keputusan Mahkamah Adil Dan ANUar Bebas...




Kulaan : ulasan Ketua Pemuda Seputeh yang juga merangkap Timbalan Pengerusi Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO mengenai keputusan mahkamah yang membebaskan ANUar daripada pertuduhan liwat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers