Jadilah Sahabat Kulaan...
SEWA
TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...
Showing posts with label Kes Mahkamah. Show all posts
Showing posts with label Kes Mahkamah. Show all posts
Wednesday, 5 March 2014
Thursday, 13 February 2014
Siapa Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah Yang Cukup Digeruni Anwar? @AnwarIbrahim #PRKKajang
Usaha Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengenepikan peguam melucutkan kelayakan peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai timbalan pendakwa raya (DPP) dalam kes liwatnya hanyalah untuk melewat-lewatkan perbicaraan tersebut.
Ini adalah pendapat mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata Anwar sebenarnya takut untuk dibicarakan.
"Ini cuma usaha untuk melewat-lewatkan perbicaraan. Dia (Anwar) takut untuk dibicarakan kerana dia buat salah.
"Jadi dia takut mahkamah akan jatuhkan hukuman ke atasnya. Tetapi memanglah dia takut pada Shafee.
"Shafee dah menang banyak kes-kes rumit. Saya fikir Anwar pun gentar jugalah," katanya.
Siapa sebenarnya Muhammad Shafee, satu nama yang cukup hebat dalam dunia perundangan sehingga turut diakui oleh Dr. Mahathir ini?
Dari segi kelulusan, beliau adalah lulusan undang-undang dari Universiti Malaya pada tahun 1977.
Kemudiannya beliau menyambung pelajaran di institusi pendidikan tersohor, London School Of Economics hingga memperolehi Masters in Law pada tahun 1984.
Labels:
Anwar Ibrahim,
Kes Mahkamah,
PRK Kajang
Wednesday, 12 February 2014
Panas!!! Pendedahan Jiran Perangai Bengis Macam Singa Ibu Anak2 Dera Sweden!!!
Kes penahanan pasangan suami isteri warga Malaysia di Sweden mendapat liputan meluas hingga ke peringkat antarabangsa.
Rata-rata rakyat Malaysia bersimpati dengan nasib pasangan ini apatah lagi mereka dikatakan memukul anak-anak hanya kerana tidak solat.
Begitu pun, kini tersebar pula satu print screen status Facebook yang dikatakan dimuat naik oleh bekas jiran pasangan berkenaan ketika mereka tinggal berdekatan di Sweden.
Tidak pasti sejauh mana kebenarannya namun ia mungkin memberikan dimensi baru bagaimana kes ini boleh menjadi sebesar ini hingga melibatkan tindakan undang-undang.
Status tersebut berbunyi:
"Win kenal sangat Shalwati dan Azizul kat Stockhold tu. She herself seorang yang sangat sombong dan berlagak coz hubby pengarah Tourism, the hell. She's so biadap. Once, she went out, winter lagik, sejuk beku and her kids came back home from school cant enter. Luckily, her daughter was smart, came to my house, just 300m away, and tol me that she needs to call mum.
Speaker on and mak dia maki dia semacam babe. Kesian the kids, Aisyah, Adam, Amar and Amir they were good kids. The mum yang bengis macam singa betina. Cakap pukul anak pasal tak sembahyang itu alasan cheap defense jer."
Menurut 'jiran' berkenaan, pihak sekolah sudah memanggil kaunseling selama dua kali bagi menjernihkan keadaan namun si ibu dikatakan sering memberikan alasan ia adalah 'cara Islam'.
"Lagi pun Stockholm Int School dan 2 kali panggil diorang counselling coz mother sooo biadap and always say, "this is muslim way"
School check with other muslim parents from Saudi, Iran, Iraq, Jordan, Qatar.. other muslims mum said no, We never hit our kids, Muslim is kind to kids.
Memalukan Malaysian jer, luckily im not there anymore. Anway just pity the kids, if only mak depa SABAR dalam mendidik anak, kan sabar itu separuh daripada iman."
Apa pun, marilah kita sama-sama doakan semoga kebenaran akan berada di pihak yang betul dan kanak-kanak tidak berdosa tidak menjadi mangsa keadaan.
Hanya Allah dan keluarga itu tahu apa sebenarnya yang berlaku… Wallahualam...
Labels:
Kes Mahkamah,
Luar Negara,
Mynewshub,
Polis
Wednesday, 5 February 2014
Sial!!! Rambut Macam Hantu, Perangai Macam Setan…Culik, Rogol, Seks Luar Tabii Budak 10 Tahun!!!
Apa la nak jadi dengan masyarakat sekarang. Macam-macam penyakit sosial ada. Dadah, rempit, bunuh, rompak, ragut dan pelbagai jenis benda pelik-pelik lagi. Minggu lepas baru gua kongsikan cerita kanak-kanak umur 2 tahun dirogol dan dibunuh. Hari ni cerita kanak-kanak 10 tahun plak diperlakukan sedekian rupa tanpa belas kasihan atau berperikemanusiaan.
Baca laporan penuh di bawah dan apa pandangan korang dengan manusia bukan tahap binatang dah, gua ingat lagi teruk daripada tahap binatang dah...
MUAR – Seorang buruh binaan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan menculik, merogol dan dua kelakuan seks luar tabii terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Tertuduh, Sia Tiong Yap, 29, membuat pengakuan itu selepas mengangguk faham pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Suzana Mokhtar.
Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melarikan kanak-kanak perempuan berkenaan dengan sebuah kereta di Lorong Jaafar, Jalan Mahmud, Bukit Pasir, dekat sini, bagi tujuan memuaskan nafsu kira-kira jam 2 petang, 28 Januari lalu.
Labels:
Kes Mahkamah,
Polis,
Sinar Harian
Wednesday, 22 January 2014
Gempar!!! Gambar Muka Binatang Yang Rogol Budak 2 Tahun Sampai Mati!!!
Menyirap darah gua bila dapat gambar yang di wassap oleh sahabat gua kata ni muka satu antara tiga individu yang disyaki merogol budak umur 2 tahun sampai mati. P*** m** betul la mamat nie. Nie bukan manusia tapi binatang takda otak elok jer bagi makan anjing. Dikatakan mamat ni yang juga salah seorang perogol merupakan penagih dadah termasuk dengan ibu mangsa yang juga dilaporkan menjadi penagih serta menjalankan perniagaan dadah secara kecil-kecilan.
Ini pula dilaporkan adalah ibu mangsa yang buat muka "derk" bodo piang macam tak bersalah jer. Haramjadah betul la minah nie. Diceritakan ibu mangsa yang juga menjadi pengedar dadah kecil-kecilan bertindak di luar batas kemanusiaan bila bertindak menjual darah daging anak sendiri kepada mat pit lain atas sebab yang kurang pasti sebagai alat pemuas nafsu binatang tiga individu.
Mangsa pula dirogol secara bergilir-gilir hingga patah tulang pinggul dan akhirnya mengakibatkan kematian. Woi binatang! Tu budak kecik la dua tahun cakap pun tak pandai. Haramjadah betul la. Dilaporkan ketika kejadian berlaku si ibu membuat laporan polis dengan muka sadin kononnya anak hilang dan disyaki diculik. Rupa-rupanya si ibu pun bersubahat sama dengan binatang takda hati dan tak berperikenanusiaan.
Kat bawah ni gua kongsi petikan wassap yang gua terima dan dikongsikan di wassap group yang lain.
"Kes bdk 2 thun kene rogol n bunuhPatah habis tulang pinggul budok tu dikerjakan..3 org buat kije tuBudak dadah..mok budak tu pon mkn dadah jgk..mok dia jual anok dia..n berlakon report polis konon x tahu ape..n anok dia kena culik..kejam..Jumpe kat rumoh kasong taman permint3 org buat kije ni..dpn belakang di rodok..Mok sedara budok ni je yg meraung..mok budok relaks je..mcm x ade rase ape2..Ni suspekOrg tebing tembahMggu lps jupe dgn pokyaa kt kdai aduka.. Ye bwk arwh tuMok sedare ye ada gok"i
Labels:
Kes Mahkamah,
Polis
Thursday, 9 January 2014
[18SX] Suami Paksa Isterinya Yang Hamil Bersetubuh Dengan Remaja Lelaki 15 Tahun
Seorang suami yang memaksa isteri hamil melakukan hubungan seks dengan sepupunya mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan yang dikenakan ke atasnya di Mahkamah Sesyen.
Seorang isteri muda berusia 19 tahun menjadi mangsa deraan seksual suaminya yang berusia 22 tahun apabila dipaksa melakukan hubungan seks dengan seorang remaja berusia 15 tahun.
Dalam kejadian 1 Januari lalu, si suami turut membantu remaja terbabit merogol mangsa yang sedang hamil selain turut merakam aksi hubungan seksnya.
Tertuduh pertama yang juga suami mangsa mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 376 Kanun Keseksaan serta Seksyen 375 Kanun Keseksaan.
Labels:
Kes Mahkamah,
Mynewshub
Tuesday, 24 December 2013
Panas!!! Genap 10 Tahun Pembunuhan Noritta… Siapa Pembunuhnya Yang Sebenar???
Tahun ini genap 10 tahun pembunuhan Allahyarham Noritta Samsuddin.
Kes Noritta menjadi berita hangat pada tahun 2003 apabila mayatnya ditemui dalam keadaan berbogel dan kematiannya disahkan berpunca akibat lemas setelah mulutnya disumbat dengan dua helai tuala muka.
Selain itu, kedua-dua tangannya terikat ke belakang dengan coli hitam begitu juga kedua-dua belah kakinya turut diikat dengan wayar elektrik hitam, segumpal tisu basah mengandungi air mani turut dijumpai dalam bakul sampah di biliknya.
Setelah melalui pelbagai proses perbicaraan yang mengambil masa lima tahun lamanya, tertuduh kes itu, Hanif Basree Abdul Rahman dibebaskan daripada pertuduhan membunuh pegawai eksekutif pembangunan perniagaan itu selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan tidak bersalah yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini.
Panel lima hakim terdiri Datuk Arifin Zakaria, Datuk Nik Hashim Ab.Rahman, Datuk Hashim Yusoff, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin dan Tan Sri Zaki Tun Azmi sebulat suara menolak rayuan pihak pendakwaan untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Hanif.
Hanif dituduh membunuh Noritta, 22, di No D71, Kondominium Puncak Prima Galleria di Sri Hartamas, Kuala Lumpur, antara 1.30 pagi dan 4 pagi pada 5 Dis, 2003.
Labels:
Kes Mahkamah,
Mynewshub,
Polis
Friday, 6 December 2013
Biar Betul!!! Pengikut Tuhan Harun Rancang Bunuh Lebih Ramai Penguatkuasa Agama???
Pengikut ajaran sesat Tuhan Harun telah merancang untuk membunuh lebih ramai pemimpin penguatkuasa, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata siasatan awal mendapati pengikut ajaran sesat bukan sahaja bertanggungjawab merancang dan menjalankan pembunuhan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Pengarah Penguatkuasa Ahmad Rafli Abdul Malek bulan lepas, tetapi juga sedang dalam perancangan melakukan pembunuhan lain.
"Kita bernasib baik kerana berjaya menangkap pemimpin dan beberapa pengikut kerana mereka juga merancang untuk membunuh orang lain," katanya pada sidang akhbar di Wakaf Tapai, Kuala Terengganu, Khamis.
"Kita telah menangkap dua daripada 10 mahu pengikut ajaran sesat Tuhan Harun yang dikehendaki…masih mencari lapan lagi."
Ditanya nama-nama yang menjadi sasaran mereka, Khalid enggan mengulas lanjut tetapi menyatakan bahawa pengikut adalah pelampau yang akan mengambil jalan keluar dengan membunuh orang-orang yang menghalang pergerakan mereka. – The STar
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Labels:
Kes Mahkamah,
Mynewshub,
Polis
Monday, 14 October 2013
Syukur!!! Keputusan #KalimahAllah Telah Diumumkan Mahkamah Putrajaya...
14/10 Court of Appeal rules that Catholic weekly The Herald cannot use the word Allah in its Malay edition/STAR
Mereka pihak Gereja masih berpeluang merayu dlm masa 14 hari, kita jangan mudah merasa selesa lg, ada usaha 52 NGO Kristian membawa usul kpd PBB di Geneva pd 24 Okt 2013
Labels:
Kes Mahkamah,
Putrajaya
Friday, 13 September 2013
Gempar!!! Kalimah Allah Mula Diguna Sebelum Keputusan Mahkamah!!!
Seperti yang kita sedia maklum, keputusan rayuan penggunaan kalimah Allah hanya akan diketahui dalam tempoh sebulan dari sekarang.
Namun, terdapat ahli sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang digelar Penang Diocesan Migrant (DMM) dikesan mengambil kesempatan di atas isu itu dengan menggunakan kalimah Allah pada sebuah program anjuran mereka yang diadakan di Teluk Intan, baru-baru ini.
Gambar mengenai penyalahgunaan kalimah itu telah mula tersebar di media sosial sejak beberapa hari lalu.
Perbuatan seumpama itu ternyata menunjukkan sikap biadap mereka yang tidak menghormati undang-undang serta perasan masyarakat Islam di Malaysia.
Mungkin tindakan mereka itu sengaja mahu membakar hati atau bikin provokasi supaya isu tersebut menjadi lebih kontroversi dan hangat.
Labels:
Kes Mahkamah,
Mynewshub
Wednesday, 11 September 2013
Tuesday, 10 September 2013
Thursday, 22 August 2013
Gambar Ibu Lina Joy Mendoakan Beliau Kembali Ke Pangkal Jalan... #kalimahAllah
Inilah ibu kepada Lina Joy, wanita Melayu Islam yang menggegarkan bumi Malaysia apabila beliau memfailkan ke mahkamah untuk menukar agamanya daripada Islam kepada Kristian. Kes Lina Joy menjadi berita panas apabila ia menjadi contoh secara terang-terangan anak Melayu Islam menukar agama dan murtad.
Cuma kali ini bukan cerita Lina Joy yang nak dikongsi bersama tetapi adalah cerita seorang ibu yang pernah mengalami saat sedih bila anak yang dilahirkan dan dididik sempurna ilmu agamanya bertindak menukar agama dan murtad. Pengalaman pahit si ibu ini mungkin memberi semangat kepada si ibu untuk turut hadir ke Istana Kehakiman bagi memberi sokongan kepada isu Kalimah Allah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Labels:
Kes Mahkamah,
Murtad,
Putrajaya
Saturday, 5 January 2013
Apa Dosa Nureffa Sahira Hingga Diperlakukan Begini?
KEJAM… inilah perkataan terbaik boleh kita beri kepada penjenayah yang sanggup melakukan perbuatan paling hina seperti ini.
Misteri kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun sejak lima hari lalu terjawab apabila mayatnya ditemui dalam keadaan menyayat hati di sebuah ladang sawit di Kampung Salimbangun, Semporna, Sabah kelmarin.
Harian Metro melaporkan, mayat Nureffa Sahira Ringkasan ditemui dalam tong dram dengan badannya berlipat, dipenuhi ulat dan mulai reput, kira-kira 500 meter dari kediaman mangsa.
Mayat kanak-kanak itu ditemui jam 2 petang oleh penduduk kampung yang melakukan gerakan mencari sejak mangsa dilaporkan hilang 31 Disember lalu.
Menurut seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali, kanak-kanak itu yang juga anak tunggal disedari hilang dari rumahnya apabila tidak pulang selepas bermain di pekarangan kediamannya itu.
Berikutan itu, katanya, usaha mencari mangsa dilakukan ahli keluarganya dengan bantuan penduduk kampung, namun gagal hinggalah ia ditemui dalam tong dram tersebut.
Apa dosa Nureffa Sahira…apa yang kanak-kanak enam tahun ini mampu lakukan hingga dia diperlakukan sebegini rupa?
Semoga polis dapat segera mengheret pelakunya ke muka pengadilan, kalau ia boleh berlaku pada Nureffa Sahira, ia juga boleh berlaku pada anak kita semua, Nauzubillah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Labels:
Kes Mahkamah,
Mynewshub
Monday, 31 December 2012
Kata Nak Daulatkan Institusi Kehakiman… Jadi Apa Masalahnya Shamsidar Ke Mahkamah?
Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah terhadap Ahli Dewan Negara, Datuk S.Nallakaruppan serta syarikat penerbitan, Utusan Melayu (M) Bhd ekoran petikan ringkas yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Mac lalu di muka hadapan bertajuk Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang – Nalla dan berita penuh di muka surat enam bertajuk Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual.
Baru-baru ini Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan sebahagian besar pembelaan Nallakaruppan serta Utusan Melayu dalam kes saman tersebut dikekalkan.
Nallakaruppan dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 23 Mei lalu menyenaraikan kira-kira 10 orang termasuk isteri Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali, Shamsidar Taharin bagi membuktikan dakwaannya berhubung seksualiti bekas rakan baiknya itu.
Jelas Nallakaruppan, kes saman fitnah yang dikemukakan oleh Anwar melibatkan kepentingan awam dan Shamsidar perlu tampil menjadi saksi bagi membuktikan kebenaran di mahkamah.
Pada masa yang sama, Nallakarupan mengecam rancangan pakatan pembangkang untuk menganjurkan perhimpunan bagi memastikan Shamsidar tidak menjadi saksi di mahkamah.
Labels:
Anwar Ibrahim,
Kes Mahkamah,
Mynewshub
Friday, 23 November 2012
[18SX] Pasangan Orang Putih Buat Seks Dalam Teksi Dubai!!!...
DUBAI – Seorang wanita Britain dan pasangannya, lelaki Ireland yang didakwa melakukan aktiviti seks di dalam sebuah teksi di Dubai, dipenjara tiga bulan semalam.
Mereka akan dihantar pulang sebaik saja selesai jalani hukuman.
Ia merupakan kes terbaru melibatkan pelancong Barat melanggar Undang-Undang Tatasusila Emiriyah Arab Bersatu dan menekankan perbezaan budaya sedang negara itu cuba mengekalkan identiti Islam dan meningkatkan industri pelancongan.
Rebecca Blake dan Conor McRedmond mengaku tidak bersalah atas dakwaan "melanggar kehormatan dengan persetujuan" dan melakukan "perbuatan tidak senonoh dalam teksi" ketika hadir di mahkamah bulan lalu. Mereka mengaku bersalah atas dakwaan ketiga iaitu minum minuman keras di tempat awam. – Reuters
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Labels:
18SX,
Kes Mahkamah,
Luar Negara
Thursday, 22 November 2012
[18SX] Remaja Tak Sangka Bersetubuh Dengan Bapa Kandung Sendiri!!!...
Seorang mangsa rogol bawah umur memberitahu mahkamah, dia melakukan hubungan seks dengan bapa kandungnya dengan rela hati dan bukan dipaksa.
Mangsa yang kini berusia 16 tahun memberitahu Mahkamah Sesyen, dia tidak mengetahui lelaki berusia 54 tahun dikenali sebagai 'Mat Kedah' itu ialah bapa kandungnya ketika melakukan perbuatan itu di atas tilam di dalam bilik tidurnya yang turut dihuni ibu kandungnya.
Hasil hubungan itu, mangsa yang kini ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Rembau, Negeri Sembilan selama tiga tahun melahirkan seorang bayi perempuan yang kini berusia setahun tujuh bulan selepas disahkan mengandung pada Ogos 2010.
Pengakuan itu dibuat ketika keterangan impak mangsa (VIS) di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid sebelum menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan tujuh sebatan terhadap bapa kandungnya itu yang mengaku salah merogol gadis berusia 14 tahun di sebuah rumah di Kampung Muhibbah, jam 1 pagi, pada penghujung Julai 2010.
Labels:
18SX,
Kes Mahkamah
Saturday, 6 October 2012
Friday, 7 September 2012
Video Suami Yang Pukul Isteri Di Ipoh Masuk Berita...
Polis Diraja Malaysia (PDRM) kesal dengan sikap Amanda Fong yang mengeluarkan kenyataan kepada media bahawa polis tidak bersungguh-sungguh dalam menangani kesnya.
Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan pihak PDRM berikutan sikap kurang sensitif wanita itu;
Pihak polis kesal dengan kenyataan Amanda Foo yang menyatakan pihak polis memandang ringan dan tidak menyiasat kesnya.
Siasatan kesnya telah selesai dan pihak polis sedang menunggu keputusan daripada Timbalan Pendakwaraya. Pihak polis berharap beliau akan memberi kerjasama dan bukan memberi kenyataan yang tidak benar kepada umum mengenai kesnya.
Polis Perak akan memberi kenyataan mengenai kes ini dalam masa terdekat.
Sementara itu, beberapa komen pengguna Facebook nyata tidak senang dengan sikap Amanda.
Labels:
Kes Mahkamah,
Quikie
Subscribe to:
Posts (Atom)
The True Brothers








