Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday 5 February 2014

Sial!!! Rambut Macam Hantu, Perangai Macam Setan…Culik, Rogol, Seks Luar Tabii Budak 10 Tahun!!!


Apa la nak jadi dengan masyarakat sekarang. Macam-macam penyakit sosial ada. Dadah, rempit, bunuh, rompak, ragut dan pelbagai jenis benda pelik-pelik lagi. Minggu lepas baru gua kongsikan cerita kanak-kanak umur 2 tahun dirogol dan dibunuh. Hari ni cerita kanak-kanak 10 tahun plak diperlakukan sedekian rupa tanpa belas kasihan atau berperikemanusiaan.

Baca laporan penuh di bawah dan apa pandangan korang dengan manusia bukan tahap binatang dah, gua ingat lagi teruk daripada tahap binatang dah...

MUAR – Seorang buruh binaan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan menculik, merogol dan dua kelakuan seks luar tabii terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Tertuduh, Sia Tiong Yap, 29, membuat pengakuan itu selepas mengangguk faham pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Suzana Mokhtar.
Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melarikan kanak-kanak perempuan berkenaan dengan sebuah kereta di Lorong Jaafar, Jalan Mahmud, Bukit Pasir, dekat sini, bagi tujuan memuaskan nafsu kira-kira jam 2 petang, 28 Januari lalu.
Tiong Yap didakwa mengikut Seksyen 367 Kanun Keseksaan kerana menculik dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan sebat.
Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan luar tabii terhadap mangsa di Ladang Kelapa Sawit Batu 8 Setengah, Bakri, dekat sini, masing-masing pada jam 2.30 dan 2.50 petang, hari yang sama.
Dia didakwa mengikut Seksyen 377(c) Kanun Keseksaan kerana melakukan seks luar tabii secara paksa, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Manakala pertuduhan keempat, Tiong Yap didakwa merogol mangsa di bawah umur itu di lokasi sama, kira-kira jam 3 petang, hari yang sama.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (e) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Suzana menetapkan 20 Februari depan bagi sebutan semula kes berkenaan bagi mendapatkan laporan perubatan serta membolehkan tertuduh melantik peguam.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Kartini Kasran dan meminta mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh. –  SINAR HARIAN

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers