Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 7 February 2014

Anwar Terkedu Pas Tetap Tolak Dia Jadi MB Selangor??? #PRKKajang


SHAH ALAM – Pas tetap konsisten dengan keputusannya menolak calon PKR di Dun Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, isu pertukaran menteri besar Selangor adalah tidak berbangkit dan Pas merasakan tiada keperluan berbuat demikian.

"Keputusan itu ditetapkan dalam Mesyuarat Lajnah Politik Pas Pusat. Dalam erti kata lain, Pas tidak bersetuju menjadikan PRK Dun Kajang sebagai agenda menukar menteri besar Selangor.

"Itulah dua perkara besar yang telah diputuskan dan dikemukakan melalui kenyataan rasmi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Berasaskan keputusan ini, jelas Pas mempunyai pendirian tersendiri secara jamaei dan tidak mudah diseret ke tengah dan ke tepi," katanya dalam kenyataan, kelmarin.

Bagaimanapun, beliau berkata, Pas bersedia menghulurkan bantuan kepada PKR dalam PRK Kajang.

"Lajnah Politik Pas Pusat tidak membincangkan soal setuju atau tidak berhubung peletakan jawatan Adun Kajang kerana ia telah berlaku. Mahu tidak mahu, kerusi Dun Kajang telah berlaku kekosongan dan PRK akan diadakan.

"Kerusi itu milik PKR berdasarkan persefahaman sebelum ini, maka hak PKR untuk meletakkan calonnya. Manakala, fokus mesyuarat Lajnah Politik ialah menentukan sikap terhadap PRK Dun Kajang yang bakal diadakan kelak," katanya. – Sinar Harian Online

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

  1. belum setahun pru13 berlalu, kerana gila kuasa dan peluang terbuka seluas-luasnya anuar buat percaturan supaya dun kajang dikosongkan. pas yg setim dengan pkr cuma bolih angguk saja, cakap tak suka anuar jadi MB selangor depan pengikutnya, namun depan ceramah nanti siap doakan pemimpin LBGT itu menang dan ditabalkan jadi pemimpin besar kote mereka.

    jika pas serius berpolitik dan menegekan islam, kenapa pas tak mampu calunkan seorang yg benar-benar berwibawa, DISINILAH MAHA KEBODOHON PAS.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers