Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday 4 February 2014

Gempar!!! Surat Keluar PKR ADUN Hutan Melintang Tersebar??? Betul Ker Surat Nie???


Panas!!! Memang panas!!! Kalah goreng pisang panas...

Mana tak panasnya, tengah sedap-sedap panas dengan cerita perletakan jawatan ADUN Kajang dari PKR tanpa sebab munasabab yang boleh diterima akal yang waras tetiba timbul plak cerita kemunculan surat yang masih dicari kesahihannya sama ada memang ditandatangan dan dikeluarkan oleh tuan punya badan atau tak lain dari "black ops" individu tertentu.

Kalo kita lihat betul-betul surat tu adalah surat keluar parti PKR oleh YB Kesavan a/l Subramaniam ADUN Hutan Melintang dari PKR menyatakan beliau keluar PKR kerana sudah hilang kepercayaan kepada parti.

Pejabat Speaker Negeri Perak memaklumkan mengesahkan ada menerima surat atas nama Kesavan tetapi apakah surat itu benar-benar dari Kesavan atau sebaliknya sedang diperiksa.

Sementara itu, bos PKR Perak, Datuk Dr Mohd Nur Manuty yang cuba dihubungi bagaimana pun memberi jawapan "No Komen". Ini berikutan, kata beliau pihaknya tidak menerima apa-apa maklumat daripada Adun PKR Hutan Melintang itu. Bagaimanapun difahamkan, sudah lama Kasevan mempunyai masalah dengan partinya sendiri.

Yang menjadi persoalan sekarang adakah benar-benar surat ini dari Kesavan dan ditandatangani sendiri oleh Kesavan atau ia salah satu dari "black ops" dari Pakatan sendiri yang mahu menimbulkan isu baru bagi mengalih perhatian rakyat dan negara terhadap kerakusan dan ketamakan kuasa yang mahu dilakukan oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dengan melahirkan hasrat mahu bertanding di kerusi DUN Kajang selepas dikosongkan oleh penyandang asal dari PKR juga. Sehingga buat masa ini ia masih menjadi persoalan yang hanya terjawab jika tuan punya badan membuat kenyataan rasmi.

p/s : usah biarkan hidup anda diselubungi.... MISTERI...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers