Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday 3 February 2014

Kurang Ajar!!! Teresa Kok Hasilkan Video Biadab, Untuk Apa???


Nampaknya Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok  dari parti DAP sudah mula menceburkan diri dalam  bidang lakonan murahan terutamanya dalam drama politik yang lucu serta nakal dengan melakukan pelbagai provokasi kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Program ala bual bicara itu dihasilkan sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang disambut Jumaat lepas melibatkan Teresa kononnya sebagai moderator dengan menampilkan tiga orang panelis.

Ketiga-tiga ahli panel berkenaan mewakili pakar Feng Shui dalam cina tetapi mereka sebenarnya membincangkan isu politik sambil menjadikan watak-watak dalam politik Malaysia sebagai gurauan.

Menurut Teresa, sambutan Tahun Baharu Cina iaitu Tahun Kuda kali ini bukan sahaja disambut dengan tiga  bintang yang biasa iaitu, Bintang Bertuah, Bintang Malang dan Bintang Pergaduhan tetapi ada bintang lain.

Teresa berkata, ada juga bintang kenaikan harga rumah, bintang kenaikan harga petrol, kenaikan kos barang keperluan termasuk dua bintang yang luar biasa iaitu bintang kenaikan harga dan bintang kenaikan semua harga.


"Hasil daripada gabungan kesemua bintang-bintang itu terhasillah satu sambutan Tahun Kuda yang aneh dan besar cabarannya, kali ini," kata Teresa.

Dalam program itu, tiga tetamu jemputan Teresa ialah Uncle Wai, Pakar dalam batu permata, berlian, fesyen dan susunan Feng Shui,  Mrs Jit dan Master Yan Yan yang merupakan pakar dalam Feng Shui berkaitan susunan barang di dalam rumah dan pelancongan.

Pada topik awal mereka sudah mula mempersendakan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berkaitan isu cincin sebelum ini yang sudah pun dianggap selesai selepas penjelasan dibuat.

Turut diperkatakan dalam program ini ialah memperlekehkan program Tahun Melawat Malaysia 2014 yang mana mereka mengatakan Malaysia diklasifikasikan sebagai negara ke-enam berbahaya di dunia untuk pelancong.

Laporan berkenaan telah dinafikan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetapi Teresa tetap memainkan isu itu di dalam program berkenaan.

Tindakan Teresa dalam program ini jelas menunjukkan ia sebagai satu program murahan dengan penampilan seorang Ahli Parlimen berbicara soal-soal remeh memperlekeh negara dan keluarga pemimpin.


p/s : kurang ajar... memang kurang ajar... nampak gayanya kena kasi ajar skit...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers