Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday 19 September 2011

Jalur Gemilang Akan digantikan dengan Bendera Baru????

 Terkejut Kulaan bila baca berita pagi ni. Bendera Malaysia yang dikenali dengan Jalur Gemilang akan digantikan dengan bendera baru. Apa cerita ni, apa kes sampai bendera Malaysia kena tukar dengan bendera lain. Buruk sangat ker Jalur Gemilang sampai perlu ditukar baru.
Rupa-rupanya hasrat nak tukar bendera Malaysia diutarakan oleh DAP melalui ADUN Kota Alam Shah, M. Manoharan seorang peguam yang berpelajaran tinggi tapi buta sejarah. Ada ka patut dia kata bendera Malaysia ni kelihatan lebih BN daripada Malaysia. Manoharan dalam facebook peribadinya memaklumkan beliau mengedarkan bendera DAP di kawasan DUN Kota Shah Alam dan menolak untuk mengedarkan bendera Malaysia kerana kononnya kelihatan lebih BN daripada Malaysia. Beliau menulis "I distributed many DAP flags today in my constituency. I refused to fly the Malaysian flag because it looks more BN than Malaysian. (Saya mengedarkan banyak bendera DAP hari ini dalam kawasan pengundi saya. Saya menolak untuk mengibarkan bendera Malaysia kerana ia kelihatan seperti BN berbanding Malaysia)".
Mengaitkan Jalur Gemilang dengan BN menunjukkan begitu ceteknya pengetahuan am ADUN yang menjadi peguam itu. Bendera Malaysia juga dikenali sebagai Jalur Gemilang dicipta dan diwartakan dengan persetujuan Majlis Raja-raja pada tahun 1949 sedangkan BN ditubuhkan pada tahun 1974.
pencipta bendera Malaysia atau Jalur Gemilang
Apakah selepas ini tidak mustahil DAP nak tukar pulak lagu kebangsaan lagu Negaraku. Mungkin DAP nak tukar jadi tajuk jadik NegaraDAPku pulak. Silap-silap Perlembagaan Malaysia pun mereka akan gubal bila sudah berkuasa nanti. Inilah harga yang perlu dibayar oleh rakyat jika terus mengundi pembangkang terutama DAP.

Kulaan : baru Kulaan perasan yang M.Manoharan nie gile glamour macam Namewee... Namewee keluar klip video lagu "Negarakukukuku", dia pun keluar isu tukar bendera... maklum ler dah kurang glamour kat kawasan sendiri...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers