Sedari mula aku mula jadi pengarah filem hinggalah ke hari aku merasakan letihnya mengarah. Aku mahu filem dan drama Melayu tinggi martabat sumbangannya kepada bangsa dan negara. Soal bangsa Melayu adalah keramat besar kami kerana itu adalah akar yang mencengkam bumi menahan langit yang dijunjung.
Mamat Khalid pengarah filem tersohor... |
Apabila isu perkauman dimainkan oleh beberapa pengarah muda yang mulia di mata sesetengah masyarakat menduga isu perkauman dengan hasil kerja mereka, aku gusar. Aku mula gusar dengan masyarakat itu sendiri. Mengapa seseorang yang terang-terangan menghina akar Melayu aku di bumi Melayu aku ini diangkat hero dan layak berjumpa pak menteri, minta diberi pertolongan di dalam karyanya yang kononnya menyokong intergrasi kaum.
Bangsa melayu sendiri melompat berdondong-dondong membayar tiket mengasak panggung menyokong filem yang "lebih elok dari filem biasa" itu. Aku ingat lagi akan hari Malaysia dikejutkan dengan video "Negarakukunya" yang menghina kedaulatan negara dan bangsa aku. Dan kini diangkat jadi hero? Kini layak berjumpa Datuk Seri Perdana Menteri. Adakah aku tidak cukup bangsat untuk mendapat tempat setaraf si polan? Mahukah Perdana Menteri berjumpa aku jika aku menyanyikan "gua mau jumpa lu" berulangkali di Youtube.
Bongkaknya entry aku kali ini, adalah mencerminkan bongkaknya hati aku yang tidak cukup bangsat untuk menjadi pengarah yang memperdayakan masyarakat aku dengan pembikinan filem yang dapat menyucikan segala dosa terhadap bangsa dan negara aku.
terkejut Mamat bila Namewee nak jumpa PM pakai Youtube jer... |
Apa la Mat! Itu pun mau sensitif ka. Biarlah! Masing-masing pun mau hidup maa. Dan aku mahu anak cucu aku terus hidup dengan megah bangsa bermaruah.
Kulaan : bukan setakat Mamat Khalid jer... banyak lagi pengarah yang hangin satu badan dengan isu Namewee... esok pandangan orang lain plak yang akan aku kongsi bersama korang... lagi pedas... lagi panas... sepanas Nasi Lemak 2.0....
Memang benar kata sdra Mamat Khalid...sibangsat Namewee tu patut diberi penampar sahaja sebab mempermainkan bangsa melayu dan negara ini. Kalau jenis bangsat tetap bangsat dan jangan lah bangsa melayu ingin membela si bangsat ini. Taraf Namewee hanya di kulir selipar aku sahaja.
ReplyDelete