Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday 18 March 2013

@Abby_Abadi112 Teruk Kena Serang Bila Akaun Parody @Abby_Abadi211 Kutuk Tun M Pasal Lahad Datu???...



Penulis secara peribadi tak berapa gemar cara Abby Abadi berpolitik yang ada kalanya macam orang singkat akal dan main lepas cakap aje.

Namun, kalau satu hal tu Abby tak buat, tak elok juga nak belasah.

Ada tersebar di Facebook dan Twitter kononnya Abby mengutuk Tun Dr Mahathir melawat Lahad Datu sekadar untuk bergambar dan bukannya berperang.

Habis ramailah juga yang belasah Abby lepas tu.

Bendanya… Kalau melibatkan Tun M, baik penyokong kerajaan mahupun segelintir 'penyokong atas pagar' memang akan mengamuk betul-betul.

Hebat-hebat dan laser mulut Azwan Ali, pernah sekali terkutuk Tun M… Tak cukup tanah nak lari bila kena belasah balik... Sampai buat sidang media mohon maaf.

Jadi, petang semalam, sebaik tweet mengutuk Tun M tu keluar, Abby mula la diserang kiri dan kanan…

Namun hal ini penulis hendak katalah…Abby tak kutuk Tun M ok…

Yang keluarkan tweet tu adalah akaun parodi yang sekali imbas, memang sebijik macam akaun dia (gambar atas).

So… tak payah la nak maki hamun Abby dalam hal yang itu… Kat atas ni Mynewshub letakan kedua akaun itu sekali… Yang atas paraodi dan yang bawah tu asli.

Namun, penyokong Abby pun tak payah melonjok nak kutuk penyokong kerajaan ke apa… Tanya diri jugak kenapa orang cepat percaya Abby kutuk Tun M….

Sebab macam penulis cakap kat atas tadi… Abby memang ada rekod berpolitik cara main lepas cakap…. Sebab itu bila dia tak kutuk Tun M pun orang cepat percaya ayat-ayat tu datang dari mulut dia...
-MYNEWSHUB-
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

  1. Bekas artis tak laku ni jadi gila meroyan kerana dah tak ada pendapatan...Dia dibayar sekali sekala untuk bercakap merepek di pentas-pentas Pembangkang.Inilah penangan dia diceraikan dan sekarang inilah mata pencariannya.....meroyan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers