Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday 7 December 2011

PRU 13 : Penggunaan Dakwat Kekal Bakal Jadi Kenyataan, Apa Kata Pembangkang Sekarang!!!!...



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin akan menggunakan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya sedang menyediakan undang-undang mengenai penggunaan dakwat kekal itu bersama Jabatan Peguam Negara. 

“Itu adalah matlamat kita (SPR) untuk memastikan dakwat kekal digunakan pada PRU13. SPR sedang melakukan beberapa proses sebelum ianya dibentangkan semula pada Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC)." Katanya. 

“Semua pihak tidak perlu khuatir kerana SPR sedang berusaha untuk memenuhi kehendak rakyat dan Insya-Allah ianya sempat digunakan,” katanya lagi. Beliau berkata, beberapa proses perlu dilakukan sebelum semuanya diputuskan di Parlimen. 


“Kita kenal pasti satu dua pembekal sumber dakwat itu dan sampelnya akan dihantar kepada Jabatan Kimia bagi mengenal pasti isi kandungannya kerana dikhuatiri ada bahan terlarang. Selepas mendapat keputusan dari makmal kimia baru kita serahkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Fatwa untuk meminta pandangan, bukan mahu meminta kelulusan mereka sepertii ditulis oleh beberapa media sebelum ini. Selepas semuanya selesai kita akan serahkan laporan kepada PSC,” katanya. 

Menurut Wan Ahmad, proses itu tidak memakan masa yang lama kerana dilakukan serentak oleh pihak SPR. Katanya, semua proses itu perlu diperhalusi satu persatu kerana tidak mahu timbul perkara yang meragukan di kemudian hari. 

Wan Ahmad turut mengulas mengenai dakwaan pemimpin Pakatan Rakyat yang SPR tidak bersedia menggunakan dakwat kerana pada tahun 2008 penggunaan dakwat kekal telah diluluskan malah telah mempunyai kelulusan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan. Beliau berkata, SPR mahu semua pihak berpuas hati dan tidak mahu timbul keraguan daripada mana-mana pihak. 

“Sumber dakwat yang kita beli pada 2008 dengan sumber kali ini berlainan. Kita mahu semua pihak berpuas hati. Ini adalah langkah-langkah pentadbiran yang perlu dibuat. Banyak pihak yang terlibat, kita tidak mahu ada yang mempersoalkan penggunaan dakwat kekal ini nanti, terutamanya tentang hukum.,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers