Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...
Showing posts with label Utusan. Show all posts
Showing posts with label Utusan. Show all posts

Thursday, 22 May 2014

Pembabitan Belia Dalam Sektor Pertanian Membimbangkan??? @IsmailSabri60 #DSIS @NajibRazak


Jumlah pembabitan golongan belia dalam sektor pertanian membimbangkan, sekali gus boleh memberi kesan terhadap bidang pertanian negara terutama kepada penghasilan stok bekalan makanan pada masa depan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada kira-kira 800,000 petani di seluruh negara, penglibatan golongan belia dalam sektor itu amat sedikit iaitu hanya sekitar 15 peratus sahaja.

Sehubungan itu, katanya, jika isu tersebut tidak diatasi segera, keadaan itu bukan sahaja bakal menjejaskan pengeluaran hasil pertanian negara, malah menyebabkan Malaysia terus bergantung kepada hasil pertanian yang diimport.

Situasi tersebut jelas menunjukkan golongan belia di negara ini tidak berminat dengan sektor pertanian dan lebih cenderung untuk menceburi dalam bidang lain yang difikirkan lebih berkembang maju berbanding pertanian,'' katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian.

Yang hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah.

Menurut Ismail Sabri, untuk mengatasi masalah berkenaan, kementeriannya telah mengambil beberapa langkah drastik termasuk memperkenal program usahawan tani muda, khusus untuk golongan belia di negara ini.

Wednesday, 21 May 2014

Genap Setahun @IsmailSabri60 MemperjuangkanNasib Mereka Dalam Sektor Pertanian???? #DSIS @NajibRazak


Meningkatkan taraf hidup petani, penternak dan nelayan merupakan matlamat utama perjuangan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebaik sahaja dilantik sebagai menteri yang menerajui kementerian itu setahun yang lalu.

Beliau mahu mengubah persepsi terhadap golongan yang dilabelkan sebagai miskin dan tertindas. Biarpun agak sukar, Ahli Parlimen Bera ini tetap berazam untuk mengubah pandangan masyarakat ke atas petani, penternak dan nelayan.

Dalam tempoh genap setahun hari ini di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pelbagai perkara beliau telah lakukan, antaranya mengubah sektor pertanian itu sendiri supaya golongan muda melihat sektor tersebut sebagai jaminan masa depan yang menguntungkan.

"Kesan di sebalik persepsi negatif ke atas ketiga-tiga golongan itu menyebabkan orang muda kurang berminat menceburi sektor pertanian, mereka beranggapan ia tidak menjamin masa depan dan itulah realitinya, waima kalau kita baca novel dan tengok filem sekali pun soal kemiskinanlah yang digambarkan.

"Semua ini berpunca daripada peranan orang tengah dan inilah pentingnya kita perlu hapuskan orang tengah yang selama ini menindas golongan petani, penternak dan nelayan, produk mereka dibeli pada harga murah tetapi orang tengah mengaut keuntungan berganda menjualnya pada harga tinggi kepada pengguna," katanya.

Melihat Strategi BN Dan DAP Sepanjang #PRKTeluk Intan


Seperti ada yang tersurat dan tersirat apabila Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengingatkan jentera Barisan Nasional (BN) supaya tidak ‘tidur’ dan mendiamkan diri sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan mulai hari ini. Hasrat BN tentulah ingin mengambil balik kerusi yang pernah dimenanginya melalui wakil yang sama, Mah Siew Keong. BN perlu ‘bangun’ selepas ‘berehat’ ketika kempen PRK Parlimen Bukit Gelugor yang sedang berlangsung. Eloklah seluruh jentera BN digerakkan ke Teluk Intan. UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP serta parti mesra BN boleh memainkan peranan untuk memenangi semula hati pengundi-pengundi Teluk Intan. Ketika DAP menukar strategi menurunkan wanita Melayu, Dyana Sofya Mohd Daud, 27, BN mengekalkan muka lama yang berpengalaman yang pernah mewakili pengundi-pengundi di situ.

Strategi DAP sudah tentulah antara lain mahu menunjukkan keterbukaan parti itu menurunkan calon Melayu di kawasan majoriti pengundinya adalah masyarakat Cina. Berdasarkan kesetiaan pengundi Cina kepada ‘roket’ dan bukannya siapa calon, DAP pasti yakin akan mempertahakan kerusi itu walaupun menyifatkannya sebagai satu risiko. DAP menurunkan wanita itu bagi mengubah persepsi orang ramai dan membuktikan bahawa DAP sebuah parti yang tidak didominasi kaum Cina. Pencalonan wanita itu dilihat sebagai satu pelaburan bukan bahan uji kaji. Dengan menurunkan seorang Melayu, sekutu DAP terutama penyokong Pas sudah tentu tidak berbelah-bahagi untuk menyokong calon berkenaan. Mungkin Melayu yang di atas pagar akan turut terpesona dengan strategi DAP ini. Adakah strategi ini akan turut digunakan pada pilihan raya umum (PRU)? Adakah DAP akan menampilkan lebih ramai calon Melayu di kawasan majoriti pengundi Cina seperti Gelang Patah, Bukit Gelugor, Seputeh, Kepong atau Jelutong? Mungkinkah strategi DAP ini hanya terpakai pada PRK?

Dyana Sofya, lulusan Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata: "Malaysia memerlukan politik baharu dan meninggalkan politik perkauman. Saya memilih untuk ikut haluan serta sebuah usaha ke arah Malaysia yang lebih baik, ibarat minuman teh tarik yang tidak mengenal sempadan warna, umur dan segala-galanya, teh tarik terus digemari seluruh rakyat Malaysia. Begitulah perjuangan kita di tanah air tercinta, bersama-sama mencari ramuan teh tarik terbaik untuk kita, rakyat Malaysia,"

Setiausaha Politik anggota Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang itu gembira kerana menyertai DAP pada tahun 2011. Katanya: "Kerana jika saya memilih UMNO dan bersama Shahrizat (Ketua Pergerakan Wanita UMNO), saya tidak akan berada di kedudukan saya hari ini, menyasarkan harapan ke Parlimen, menjadi wakil kepada pengundi Teluk Intan dan sekiranya diberi mandat, menjadi Ahli Parlimen paling muda di Parlimen,". Ya sekurang-kurangnya Ahli Parlimen paling muda untuk tempoh sekarang kerana tidak semua orang akan kekal muda!

Friday, 25 January 2013

Sudah Tiba Masanya Pas Keluar Pakatan???...


Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) menyelar sikap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat semakin angkuh kerana mempertahankan pendirian pembangkang membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah.

Penyelarasnya, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin dalam nada tegas berkata, tindakan Anwar itu memperlihatkan pembangkang langsung tidak menghormati keputusan Majlis Syura Ulama Pas sekali gus 'merobek' maruah parti itu dan umat Islam di negara ini.

Katanya, ketetapan Anwar itu juga jelas menunjukkan sudah sampai masanya Pas meninggalkan pakatan pembangkang.

"Sebelum ini Pengerusi DAP, Karpal Singh mempertikaikan keputusan Majlis Syura Ulama Pas dan kali ini Anwar pula. Jadi sudah tidak ada sebab untuk Pas kekal bersama pembangkang yang langsung tidak menghormati pendirian dan maruah parti itu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 20 November 2012

Zul Setuju Jadi Peguam Sukarelawan Utusan Jika Disaman Oleh Nurul Izzah....


Zulkifli Nordin menawarkan diri untuk menjadi peguam secara percuma kepada akhbar Utusan Malaysia sekiranya didakwa di mahkamah oleh Nurul Izzah. Nurul sebelum ini menyatakan akan mengambil tindakan perundangan terhadap Utusan Malaysia dan Berita Harian kerana mendakwa kenyataannya telah disalahtafsirkan. Justeru, Zulkifli dalam nada sinis memberitahu akan memberi kejutan kepada Anwar dan Nurul Izzah dengan barisan peguam kanan yang telah bersedia untuk mewakili Utusan Malaysia. "Saya nak umumkan pada Utusan Malaysia, saya dan peguam kanan ini sedia jadi peguam untuk pertahankan Utusan Malaysia tanpa minta bayaran. Ini sumbangan kecil untuk pertahankan Utusan Malaysia.

"Saya nak beritahu Nurul Izzah dan Anwar siapa yang akan pertahankan Utusan Malaysia. Kamu akan terkejut beruk. Peguam kanan ini minta supaya nama tak didedahkan dulu. "Ini strategi. Anwar akan terkejut. Nurul Izzah akan terkejut," kata Zulkifli yang berkata tujuan beliau membela Utusan bagi mempertahankan agama, bangsa dan negara. Selain itu, pada sidang media selepas forum malam semalam, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata, forum tersebut diadakan tujuan forum itu diadakan bagi memberi memperbetulkan kekeliruan orang ramai mengenai kenyataan yang dibuat oleh anak sulung ketua pembangkang itu.

"Saya nak jelaskan di sini, forum kita anjurkan ini bertujuan untuk memperbetulkan kekeliruan mengenai kenyataan Nurul Izzah yang bahaya pada orang Islam dan Persekutuan. "Forum ini tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak dan agama lain. Saya perlu jelaskan ini supaya tidak ada salah faham," katanya lagi.

Tuesday, 30 October 2012

Khalid Ibrahim Perlu Jawab Segera Pendedahan Audit...


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dicabar untuk menjawab segera kelemahan kerajaan negeri yang terkandung dalam Loporan Ketua Audit Negara.

Pendedahan itu berkaitan skim Tawas, tukar syarat tanah, penyelenggaraan jalan dan penyata tunai.

Tindakan Khalid berdiam diri jelas sekali menunjukkan sikap kerajaan negeri yang angkuh, ego dan cuba menutup kelemahan.

Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan baru-baru ini memperlihatkan banyak kelemahan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Khalid.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Dokumen Rahsia PRU13 BN Jatuh Ke Tangan PR???...


Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan kebocoran maklumat kesiapsiagaan BN bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang yang kononnya dimiliki pembangkang.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pihaknya juga telah menghantar surat kepada semua parti komponen BN supaya berhati-hati dan menganggap dokumen-dokumen yang diedarkan sebagai rahsia.

Meskipun menganggap dakwaan pembangkang itu sebagai gimik politik, tegasnya, sebarang tindakan terhadap mereka yang bertindak membocorkan maklumat tersebut akan diserahkan kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita sedang siasat. Kita hendak dapatkan dokumen yang ada pada Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) supaya tahu siapa yang beri kepada beliau. Ini kerana setiap dokumen yang diedar ada kod tersendiri. (Tetapi) kemungkinan ini pun gimik politik DAP sebab mereka juga rasa tertekan. Kita pun ada dokumen pembangkang, tak bising pun.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 15 October 2012

Bodoh Punya Pegawai Kanan KPDNKK Tak Bagi Orang Semayang Jumaat!!!... @NajibRazak @IsmailSabri60 @AliHamsa55


Terkejut gua baca berita pasal insiden mesyuarat tetap diteruskan ketika azan solat Jumaat berkumandang sehingga ahli mesyuarat tak pergi sembahyang Jumaat pun. Apa dah hilang akal atau bodoh bertingkat-tingkat pegawai terbabit dok meeting masa umat Islam lain menunaikan solat Jumaat. Menurut maklumat, pegawai kanan nie berbangsa Melayu dan beragama Islam dan bergelar Datuk.

Apa guna kakitangan kerajaan diberikan perlepasan waktu berehat agak panjang pada setiap hari bekerja Jumaat iaitu waktu rehat bermula 12.15 tengahari sehingga 2.45 petang. Sudah tentu masa rehat yang panjang selama 2 1/2 jam ini membolehkan terutama kakitangan lelaki Islam mempunyai ruang masa yang cukup selesa untuk pergi menunaikan solat Jumaat.

Diharapkan KSN baru nie ambik berat skit dengan tindak-tanduk dan tindakan serta keputusan pegawai-pegawai atasan serta pegawai kanan kementerian agar ia tidak menyebabkan kakitangan bawahan marah serta akhirnya mengakibatkan rakyat marah dengan kerajaan.

Maklumat lanjut sila baca di bawah : 

SUNGGUH mengecewakan apabila pihak pengurusan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan di Putrajaya sanggup mengetepikan kewajipan solat Jumaat semata-mata untuk bermesyuarat pada minggu lalu.

Pengerusi mesyuarat, seorang pegawai atasan kementerian, tetap meneruskan mesyuarat bersama wakil daripada media walaupun azan solat Jumaat sedang berkumandang dengan jelas.

Tiga pegawai kanan kementerian (lelaki Islam) dalam mesyuarat itu juga seolah-olah tiada rasa bersalah apabila pegawai atasan itu memutuskan untuk tidak menghentikan mesyuarat ketika azan kedengaran dari Masjid Sultan Mizan, kira-kira 150 meter sahaja dari bangunan itu.

Monday, 27 August 2012

Pas Arah Pengikut Jangan Baca Utusan Tapi Nik Aziz Baca Macam mana???...


Pencacai diharamkan baca utusan... Kononnya menipu... Tapi pemimpin Pas tak habis habis hipokrit... Di mana haramkah.. 

kah.. kah.. kah... tok garu sakit-sakit pun dan baca utusan lagi ... 

hihihi... Cai PR terus gigit jari...

Monday, 13 February 2012

Apa Nak Jadi Dengan Nik Abduh Berani Dia Selar Karpal Singh Pasal Valentine's Day...



Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Aziz menyelar tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang tidak bersetuju dengan pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih.

Sambil meminta Karpal belajar menghormati agama lain, Nik Abduh turut menegaskan peguam itu sepatutnya tidak memaksa pandangannya diterima oleh orang lain.

“Ia bukan hanya pendirian Pas, ia pendirian semua umat Islam. Semua pihak mesti terlibat mendidik dan menyeru umat Islam kepada kebaikan beragama."

Sunday, 22 January 2012

Betul Ka Khalid Samad Kata Parasit Pas Dapat 'dinyahkan'???...


Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Samad berkata, pihaknya telah diberi "kemampuan" oleh ALLAH untuk menyahparasit, yang menurutnya secara perlahan-perlahan telah merosakkan parti Islam itu.

Dengan perkembangan itu, kata beliau, parasit sudah pun dinyahkan dan Pas akan mara ke hadapan bagi memenuhi kehendak rakyat dan umat Islam untuk menggantikan UMNO dengan menjadi wadah politik umat Islam yang utama di negara Malaysia.

Tanpa menamakan mana-mana pihak dan individu dalam entri terbaru blognya, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, kedengaran juga ada pihak yang ingin membuat 'road-show' ke seluruh negara.

"Bagi saya itu adalah hak dia dan lagi banyak dia cakap, lagi jelas pendiriannya yang dangkal."

Pesanan PM Agar Teguh Tekad, Subur Perpaduan Nasional @NajibRazak


Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat Malaysia memperteguh semula tekad bagi mempertahan, mengukuh dan menyuburkan perpaduan nasional yang dibina selama ini secara bertatih berasaskan prinsip toleransi, penerimaan dan seterusnya meraikan kepelbagaian.

Dalam perutusan sempena Tahun Baru Cina yang dimuatkan dalam laman blog beliau,www.1Malaysia.com.my, hari ini, Perdana Menteri berkata, sempena hari bahagia itu, "sesungguhnya kebersamaan yang ada di antara kita adalah lebih besar daripada perbezaan yang wujud".

"Semua kita mendambakan masa depan yang lebih baik untuk diri dan anak-anak kita. Oleh itu marilah kita berusaha bersama-sama bagi memastikan masa depan yang sarat harapan untuk semua," katanya.

Saturday, 14 January 2012

Dalam Kepala Tun M Ada Otak, Dalam Kepala Azmin Tak Ada!!!!...

Tun Dr. Mahathir Mohamad ialah contoh seorang pemimpin ulung yang tidak mudah melatah apabila berterima kasih kepada Azmin Ali, meskipun Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menghinanya dengan ungkapan biadap.

Namun, dalam nada sinis, bekas Perdana Menteri itu menempelak Azmin kerana mengeluarkan kenyataan tidak berotak apabila memanggil beliau dengan ungkapan 'kepala otak kau' semasa berceramah di Pulau Pinang, Selasa lalu.

"Saya mahu kata terima kasihlah, dalam kepala saya ada otak, kepala dia (Azmin) tak ada," katanya ringkas dan sinis ketika ditemui selepas menyampaikan ucaptama pada majlis dialog bank pelaburan anjuran Maybank, di Hotel Mandarin Oriental.

ProGay Filipina Gembira ANUar Dibebaskan... Yahoo!!!...


Pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat ke atas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan turut disambut oleh sebuah pertubuhan homoseksual di Filipina.

Organisasi Progresif Gay Filipina (ProGay) dalam satu kenyataan menerusi portal berita di http://www.tempo.com.ph berkata, sudah tiba masanya undang-undang berkenaan liwat yang merupakan sebahagian daripada legasi kolonial British itu dihapuskan.

‘‘Kami bersama-sama pergerakan individu demokratik yang lain meraikan kejayaan Anwar menentang penganiayaan terhadap beliau,” demikian menurut pegawai hak asasi manusia pertubuhan itu, Oscar Atadero seperti yang dilaporkan portal tersebut.

Thursday, 12 January 2012

Jika Hassan Ali Dipecat Pas, Abdul Hadi Juga Patut Dipecat?


Majlis Syura Pas yang diketuai oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sepatutnya memecat presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk membentuk kerajaan perpaduan.

Bekas Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, Abdul Hadi telah datang ke kediaman rasmi Perdana Menteri untuk membincangkan perkara tersebut dan bersetuju membentuk kerajaan perpaduan dengan UMNO selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

Beliau yang juga Setiausaha Barisan Nasional (BN) Kelantan bagaimanapun berkata, rancangan itu tidak menjadi kenyataan kerana ditentang oleh Nik Abdul Aziz dan beberapa pemimpin lain dalam Pas.

"Abdul Hadi bersetuju untuk tubuh kerajaan perpaduan. Saya tahu kerana pada ketika itu saya adalah Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, malah saya terlibat secara langsung bertemu dengan beberapa pemimpin Pas untuk menubuhkan kerajaan perpaduan."

"Kalau bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dipecat maka Nik Abdul Aziz sewajarnya memecat Abdul Hadi kerana membelakangi parti. Nik Abdul Aziz adalah Mursyidul Am Pas yang mengetuai Majlis Syura dan kedudukannya lebih tinggi daripada Abdul Hadi."

Bapa Saiful Bukhari Mahu Segera Failkan Rayuan...

AZLAN Mohd. Lazim pada sidang media merayu agar Peguam Negara membuat rayuan segera kes liwat melibatkan anaknya, Mohd. Saiful Bukhari di kediamannya di Bandar Utama, Damansara, Selangor

Bapa Mohd. Saiful Bukhari, Azlan Mohd. Lazim, 58, merayu supaya pihak Peguam Negara segera mengemukakan rayuan selepas Mahkamah Tinggi membuat keputusan melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat anaknya, kelmarin.

Pada masa sama, Azlan dalam satu sidang media di kediamannya hari ini mengecam keras kenyataan Majlis Peguam yang menyarankan agar Peguam Negara tidak perlu memfailkan rayuan terhadap kes membabitkan anaknya itu.

Azlan berkata, walaupun beliau sekeluarga dapat menerima keputusan tersebut tetapi itu tidak bermakna hak keadilan bagi Mohd. Saiful perlu dinafikan kerana di dalam sistem perundangan negara, anaknya itu masih berhak mengemukakan rayuan sehingga peringkat mahkamah tertinggi.

‘‘(Oleh itu) Demi anak saya, saya merayu agar pihak Peguam Negara memfailkan rayuan. Diharap pihak peguam Negara tidak terpengaruh dengan desakan Majlis Peguam atau mana-mana pihak agar tidak mengemukakan rayuan."

‘‘Sebagai bapa saya akan terus bersama anak saya dan berjuang untuk memastikan aduan anak saya ini mendapatkan pengadilan seadil-adilnya bagi mengembalikan nama, maruah dan juga seluruh keluarga saya,’’ katanya di kediamannya di Bandar Utama, dekat sini hari ini.

Wednesday, 11 January 2012

@HishammuddinH2O Puji PDRM Berjaya Kawal Perhimpunan 901...


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memuji komitmen dan kerja kuat seluruh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membuat persiapan dan bertugas 24 jam semasa perhimpunan Kempen Bebaskan Anwar 901.

Menurut beliau, kejayaan polis mengawal keselamatan dan ketenteraman awam pada perhimpunan di sekitar kawasan mahkamah, semalam telah membuahkan hasil yang memuaskan.

''Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh anggota PDRM yang secara keseluruhannya telah berjaya mengawal keselamatan dan ketenteraman awam."

''Pendekatan kita di bawah semangat akta perhimpunan baru juga telah menampakkan hasil di mana anggota kita amat memahami dan berjaya melaksanakan Prosedur Operasi Standard (SOP) mengikut pendekatan baru ini," katanya.

Friday, 6 January 2012

FRU Jangan Silap Langkah Semasa Demo #bebasAnwar901


Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengingatkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) supaya tidak tersilap langkah ketika menjalankan tugas menjaga dan mengawal ketenteraman awam.

Beliau berkata, sebarang kesilapan walaupun kecil, bukan sahaja memberi kesan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), malah usaha keras mereka selama ini tidak akan dihargai masyarakat.

"Sebagai manusia biasa, kita tidak lari dari kesilapan, tetapi kita boleh membuat perubahan dan mengurangkan kesilapan, saya sendiri pun sentiasa memperbaiki kelemahan diri."

Wednesday, 4 January 2012

Majlis Peguam Kini ‘Majlis Politik’????...


Sikap membisu seribu bahasa Majlis Peguam berhubung penganjuran ‘Kempen Bebaskan Anwar 901’ meskipun ia dilihat mencabar kewibawaan institusi kehakiman negara, membuktikan badan tersebut kini bertukar peranan menjadi ‘Majlis Politik’.

Majlis Peguam yang sepatutnya tampil mempertahankan institusi kehakiman kini hanya bergerak dan menjalankan tugas mengikut selera politik bukannya atas dasar integriti.

Sepatutnya mereka yang berselindung di bawah majlis amali seperti Majlis Peguam perlu mempunyai pendirian yang jelas. Jika inilah sikap mereka (berdiam diri), masyarakat harus memberi pertimbangan kepada majlis ini dan perlu melihatnya dari sudut selain undang-undang. Ini tidak boleh diterima (kegagalan Majlis Peguam mempertahan institusi kehakiman). Jangan bila kena mata dipejam dan bila kena perut dikempiskan.

Monday, 2 January 2012

Hudud Pas Dipertikai????...

Wan Ismail Wan Ahmad menunjukkan keratan manifesto Pas pada
Pilihan Raya Umum  1986 mengenai hukum hudud yang akan dilaksanakan
seluruh negeri untuk semua kaum

Bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad, 86, hari ini tampil menjelaskan bahawa hukum hudud yang diperjuangkan Pas tidak lagi berlandaskan al-Quran dan hadis.

Beliau mendakwa, ia telah dipinda pada 1993 susulan daripada kerjasama antara Pas, Semangat 46 (S46), DAP dan Parti Bersatu Sabah (PBS) pada Pilihan Raya Umum 1990.

Dakwa beliau, pada Pilihan Raya Umum 1986, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ketika itu Pesuruhjaya Pas Kelantan telah mengeluarkan manifesto antara lain pelaksanaan undang-undang Islam yang turut berkuat kuasa ke atas orang bukan Islam.

Wan Ismail yang pernah ditahan selama dua tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berkata, tafsiran hukum hudud itu bagaimanapun telah dipinda oleh Nik Abdul Aziz pada 25 November 1993 semasa beliau menyandang jawatan Menteri Besar Kelantan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers