Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...
Showing posts with label Hassan Ali. Show all posts
Showing posts with label Hassan Ali. Show all posts

Tuesday, 29 January 2013

Pemecatan Nasharudin Ada Muslihat???...


Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali mendakwa pemecatan Nasharudin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Januari lalu sengaja diadakan oleh pemimpin pembangkang bertujuan mengalih perhatian rakyat daripada isu yang lebih besar dan penting.

Hasan mendakwa, Nasharudin dipecat bagi mengalihkan pandangan umum dan persepsi masyarakat terhadap pembangkang mengenai isu kalimah Allah yang masih terawang-awang dan belum ada jalan keluar oleh pakatan tersebut.

"Bagi saya pengumuman pemecatan itu mempunyai muslihat tersendiri. Ia kerana pertembungan antara keputusan pakatan pembangkang dengan Majlis Syura Ulama PAS mengenai isu penggunaan kalimah Allah dalam kalangan umat bukan Islam begitu merisaukan mereka.

"Sebagai langkah "damage control" pemecatan Nasharudin terpaksa digunakan sebagai isu yang akan mengalihkan perhatian rakyat dan ahli parti di peringkat akar umbi yang kini berkobar-kobar untuk melihat isu akidah yang boleh membawa kepada syirik dan kekufuran ini diberikan penegasan dan keputusan," kata Hasan Ali lagi.

Menurut Hasan, ahli dan penyokong PAS di peringkat akar umbi  kini mendesak supaya keputusan muktamad dibuat oleh pakatan pembangkang mengenai isu kalimah Allah dan kegagalan mengemukakan jawapan yang `decisive' akan mengakibatkan bencana terhadap pakatan itu dalam berhadapan Pilihan Raya Umum Ke-13.

Media pada 27 Januari lalu melaporkan Nasharudin yang merupakan bekas Timbalan Presiden PAS dan sering mengkritik hubungan antara parti itu dengan DAP dipecat  daripada Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Januari lalu.

Nasharudin didakwa terpaksa disingkirkan kerana beliau kerap tidak hadir mesyuarat serta sering membuat kenyataan tidak selari dengan pendirian dan ketetapan majlis berkenaan.

Ramai pihak bagaimanapun beranggapan pemecatan Nasharudin itu mempunyai kaitan dengan tindakan beliau menyertai lawatan kemanusiaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza, Palestin pada 22 Januari lalu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 9 November 2012

Hasan Ali Dakwa PAS Rendahkan Martabat Sultan Selangor....


Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Dr. Hasan Ali membidas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad kerana dilihat seakan-akan mahu menasihatkan Sultan Selangor berhubung kenyataan kontroversi membabitkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar.

Beliau yang juga Presiden JATI mendakwa, Dzulkefly seolah-olah cuba menasihatkan Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya memperolehi gambaran yang jelas sebelum membuat sebarang kenyataan mengenai isu itu sekali gus merendahkan martabat baginda yang terkenal dengan sifat berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

"Biasanya baginda akan merujuk kepada mereka yang berautoriti untuk mendapatkan kepelbagaian pandangan dan setelah itu membuat satu keputusan dan rumusan setelah dihadam selumat-lumatnya.

"Agak lucu bagi saya apabila Dzulkefly menyatakan beliau cukup rapat dengan Sultan. Sejak bila beliau rapat dengan Tuanku?. Saya tidak pernah melihat batang tubuhnya dalam majlis yang melibatkan baginda khususnya dalam acara-acara membabitkan Islam dan adat istiadat Melayu selama ini," katanya.

Sehubungan itu, Hasan berkata, beliau berasakan Dzulkefly telah meletakkan dirinya terlalu tinggi hingga berani membuat kenyataan yang melibatkan Sultan Selangor seperti itu.

Dakwanya, Dzulkefly kini seorang ahli politik yang bersekongkol dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta parti DAP dan suaranya adalah bayangan suara Anwar.

"Sebab itu bila anak Anwar mengeluarkan kenyataan "carbon copy" ayahandanya, antara pimpinan PAS yang melompat mempertahankan pendirian Nurul Izzah ialah Dzulkefly," dakwanya lagi.

Thursday, 2 February 2012

Hasan Ali Yakin 'Ttsunami Baru' Boleh Tumbang PR, Bebas Pas.....


Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mendakwa Islam, Melayu dan Raja (IMR) adalah menifestasi yang amat ditunggu-tunggu masyarakat khusus bagi mengembalikan semula tiga elemen yang didakwa telah pudar di negara ini, dan yakin 'tsunami' beliau boleh menumbangkan Pakatan Rakyat (PR) selain membebaskan Pas daripada parasit.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor ini berkata, orang ramai selama ini menanti ada pihak yang memulakan perjuangan ini.

Menurutnya, beliau yakin IMR akan mendapat sambutan hangat secara berterusan, berdasarkan jumlah hadirin dalam siri jelajah beliau dalam minggu ini.

"IMR satu manifestasi, banyak SMS saya terima yang menggambarkan betapa rakyat Malaysia menunggu kedatangan IMR ini."

Thursday, 26 January 2012

Pas Atau Hasan Ali Tipu Tuhan???...


Sehingga hari ini Pas dan Pakatan masih gagal melekatkan imej buruk pada insan yang bernama YB Datuk Dr Hasan Ali.

Pelbagai usaha dan label buruk telah dan sedang cuba dilekatkan pada batang tubuh Hasan Ali, tapi hingga kini Pas dan rakan pakatannya masih belum menemui racun perosak terbaik yang boleh membunuh keyakinan penyokong Pas dan pakatan terhadap insan ini.

Nak label Hasan Ali mengkhianati perjuangan Pas, tak boleh kerana Pas sendiri yang pecat hasan.

Alasan pemecatan juga sangat rapuh. Hanya atas alasan tidak mentaati persefahaman yang telah dipersetujui antara komponen pakatan.

Nak label Hasan sebagai pengkhianat kepada perjuangan Islam Pas langsung tak boleh sebab Hasan Ali lagi keras prinsip perjuangan Islamnya dari pemimpin Pas yang lain.

Sunday, 22 January 2012

Betul Ka Khalid Samad Kata Parasit Pas Dapat 'dinyahkan'???...


Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Samad berkata, pihaknya telah diberi "kemampuan" oleh ALLAH untuk menyahparasit, yang menurutnya secara perlahan-perlahan telah merosakkan parti Islam itu.

Dengan perkembangan itu, kata beliau, parasit sudah pun dinyahkan dan Pas akan mara ke hadapan bagi memenuhi kehendak rakyat dan umat Islam untuk menggantikan UMNO dengan menjadi wadah politik umat Islam yang utama di negara Malaysia.

Tanpa menamakan mana-mana pihak dan individu dalam entri terbaru blognya, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, kedengaran juga ada pihak yang ingin membuat 'road-show' ke seluruh negara.

"Bagi saya itu adalah hak dia dan lagi banyak dia cakap, lagi jelas pendiriannya yang dangkal."

Wednesday, 18 January 2012

Gugur Exco : Hassan Ali Dakwa Ada Pihak Tidak Sabar Jadi Exco Selangor???...


Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mempersoalkan keputusan kerajaan negeri menggugurkan beliau sebagai Exco Selangor yang disifatkan dibuat secara terburu-buru serta bermotif demi kepentingan pihak tertentu.

Beliau berkata penggugurannya sebagai exco yang berkuat-kuasa hari ini bercanggah dengan tarikh akhir tempoh rayuan beliau sebagai ahli Pas yang hanya akan tamat pada minggu pertama Februari depan.

Jelas beliau, secara teknikal pelucutan jawatannya sebagai exco berlaku dalam tempoh jangka hayat keahliannya dalam Pas masih sah sehingga proses rayuan berakhir.

Katanya lagi mungkin Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terlepas pandang menasihatkan Sultan Selangor mengenai perkara ini.

Tuesday, 17 January 2012

Semua Kena Tutup Mulut, Ikut Nasihat Nik Aziz... Mana Demokrasi Kebebasan Bersuara Dalam Pakatan...


Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali hormati nasihat Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memintanya supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan isu pemecatannya.

Namun, Hasan juga menegaskan, nasihat tersebut perlu diikuti oleh semua pihak termasuk pimpinan tertinggi Pas.

Beliau dipecat sebagai ahli Pas Ahad lalu.

Hasan berkata, walaupun keahliannya dipecat serta-merta, namun beliau masih lagi menganggap Menteri Besar Kelantan itu sebagai guru beliau.

Thursday, 12 January 2012

Jika Hassan Ali Dipecat Pas, Abdul Hadi Juga Patut Dipecat?


Majlis Syura Pas yang diketuai oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sepatutnya memecat presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk membentuk kerajaan perpaduan.

Bekas Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, Abdul Hadi telah datang ke kediaman rasmi Perdana Menteri untuk membincangkan perkara tersebut dan bersetuju membentuk kerajaan perpaduan dengan UMNO selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

Beliau yang juga Setiausaha Barisan Nasional (BN) Kelantan bagaimanapun berkata, rancangan itu tidak menjadi kenyataan kerana ditentang oleh Nik Abdul Aziz dan beberapa pemimpin lain dalam Pas.

"Abdul Hadi bersetuju untuk tubuh kerajaan perpaduan. Saya tahu kerana pada ketika itu saya adalah Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, malah saya terlibat secara langsung bertemu dengan beberapa pemimpin Pas untuk menubuhkan kerajaan perpaduan."

"Kalau bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dipecat maka Nik Abdul Aziz sewajarnya memecat Abdul Hadi kerana membelakangi parti. Nik Abdul Aziz adalah Mursyidul Am Pas yang mengetuai Majlis Syura dan kedudukannya lebih tinggi daripada Abdul Hadi."

Wednesday, 11 January 2012

Video : Penjelasan Hassan Ali Dipecat Pas Kerana Kritik Anwar...





Kulaan : 
"Takda parti atas muka dunia yang tidak pecat ahli dia yang tidak senonoh..." -Nik Aziz-

"Anwar nie fizikal dia.. nak bawak diri pun teruk... nak duduk pun sakit... nak bangun lebih sakit lagi... kerana belakang dia telah dirosakkan masa dalam jail..." 
-Nik Aziz-

Haron Din Minta Hasan Ali Merayu... Adakah Hassan Ali Akan Merayu????...


Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din minta Datuk Dr Hasan Ali membuat rayuan berhubung keputusan parti memecat beliau berkuat kuasa, Ahad lalu. Di bawah perlembagaan parti, Hasan ada tempoh 30 hari untuk mengemukakan rayuan.

"Dr Hasan masih diberikan ruang untuk kekal bersama Pas," kata Haron, pemimpin kedua tertinggi dalam badan pembuat keputusan, Majlis Syura Ulama Pas selepas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dalam pada itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Che Rosli Che Mat pula berkata, Hasan patut terus kekal bersama parti itu.

"Saya tidak nampak ada sesiapa yang sesuai menggantikan tempatnya. Mungkin ramai yang lebih berilmu daripada Hasan tetapi keberanian dan ketegasannya sukar dicari ganti," kata Ahli Parlimen Hulu Langat itu, yang juga pernah mencetuskan kontroversi apabila membuat kenyataan terbuka menyokong projek Lynas di Pahang, yang dibantah ramai pemimpin Pas dan juga sekutu mereka, PKR.

Friday, 6 January 2012

Hasan Ali Bantah Pendirian PAS Selangor Sokong Perhimpunan Haram #bebasAnwar901???...


Tokoh kontroversi PAS, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang juga EXCO Kerajaan Selangor membantah pendirian PAS Selangor menyokong perhimpunan haram yang dirancang Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada hari keputusan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, di ibu negara Isnin ini.

Hasan yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, sebaliknya berkata parti itu sudah membazirkan masa lebih tiga tahun hanya kerana seorang pemimpin, sedangkan banyak kerja lain lebih berfaedah untuk negara boleh dilakukan dalam tempoh berkenaan.

Sehubungan itu, beliau tidak akan menghadiri perhimpunan berkenaan dan mempersoalkan tindakan Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Abdul Rani Osman mendahului kepemimpinan PAS pusat dalam membuat pendirian berhubung isu berkenaan.

Katanya, PAS Selangor juga dilihat begitu proaktif dan taksub terhadap perkara yang salah, manakala perkara lain yang lebih penting iaitu membabitkan agama Islam dipinggirkan.

Wednesday, 21 December 2011

Hassan Ali : Pakatan Punca Pas Sudah Berubah Wajah...


EXCO Kerajaan Selangor, Datuk Dr Hassan Ali mendedahkan, pakatan PAS dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP antara punca perubahan prinsip perjuangan PAS yang tidak lagi menegakkan negara Islam hingga menyebabkan kemerosotan sokongan ahli.

Beliau berkata, penyokong mula mempersoal dan mahu menarik diri daripada menyokong PAS berikutan perubahan dasar daripada negara Islam kepada kerajaan perpaduan yang kemudian diganti negara berkebajikan.

“Saya minta PAS kembali ke perjuangan asal, ini bukan saya saja yang minta, orang lain pun minta... cuba kita buat undian, tetapi undian terbaik adalah Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti,” katanya."

Hassan menyifatkan pemimpin tertinggi DAP, terutama pengerusinya, Karpal Singh sebagai ‘stumbling block’ (penghalang) untuk PAS mempertahankan prinsip perjuangan.

Thursday, 15 December 2011

Pemimpin Tertinggi Pas Pening Kepala Bila Hassan Ali Ada Support Dari Pemuda Pas...


Sejak seminggu dua ini Kulaan memerhatikan isu Hassan Ali menjadi "perhatian" dalam dunia politik tanah air bila Hassan Ali tidak akan dicalonkan namanya sebagai "Calon Pilihan Raya (PRU) Ke 13" nanti oleh Pas Selangor dan mendapat restu pula daripada Pas Pusat. Pelbagai cerita dan spekulasi yang timbul berhubung 'isu panas' ini sama ada di ruang siber atau media arus perdana tidak kira daripada kerajaan atau pembangkang.

Hari ini, apabila Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hasan mengeluarkan kenyataan bahawa pemuda Pas akan memberi sokongan dan akan sentiasa berada di belakang Hassan Ali menyebabkan pemimpin tertinggi Pas Pusat pening kepala terutama kumpulan "Erdogan" dan penyokong DAP dalam Pas yang mahu Hassan disingkirkan kerana beliau dilihat menjadi 'batu penghalang' kepada DAP untuk mempengaruhi Pas terutama dalam isu-isu yang melibatkan agama.

Nasruddin berkata demikian sebagaimana kenyataannya yang dikeluarkan oleh UtusanOnline hari ini sebagaimana dipetik :

Tuesday, 13 December 2011

Panas!!! : Jawapan Hassan Ali Kenapa Dia Tidak Dipilih Sebagai Calon PRU 13!!!!...


ADAKAH Datuk bersedia tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)?

HASAN: Saya tiada halangan untuk tidak calonkan semula. Malah ia menjadikan saya lebih kental untuk terus berjuang. Saya berjuang atas nama Islam dan Melayu. Ia tidak tertakluk kepada pemberian apa jua bentuk ganjaran sama ada berbentuk wang, pangkat dan jawatan. Jika ganjaran itu diberikan, ia hanyalah secara kebetulan. Sebab itu saya tegaskan pencalonan ini bagi saya soal kecil. Agenda kita adalah memartabatkan Islam. Oleh itu, tiada sebab saya berasa kecewa kerana cita-cita saya adalah untuk menegakkan Islam.

Apa pandangan Datuk tindakan Saari Sungib yang mendedahkan nama Datuk tidak disenarai?

Hassan : Saya ingin jelaskan beberapa perkara untuk mengelakkan kekeliruan berterusan. Pencalonan daripada cawangan diambil kira dalam menentukan pencalonan tetapi ada ketikanya faktor ini tidak menjadi penentu kerana wujudnya pertimbangan lain. Contohnya, saya sendiri diminta untuk bertanding di DUN Gombak Setia bukan atas dasar pencalonan cawangan.

Setakat saya ingat, Ketua Penerangan Pas Selangor sekarang ini yang bertanding di DUN Hulu Kelang juga tidak ikut proses penerimaan pencalonan cawangan. Hal-hal ini diputuskan Pas Pusat setelah melalui proses penilaian oleh Majlis Syura Ulama. Adalah tidak sesuai sekiranya mana-mana individu bertindak mendahului pimpinan tertinggi dalam hal ini.

Saya juga musykil kenyataan itu disebarkan bertepatan dengan suasana seorang pemimpin Pas menerima pengiktirafan daripada Sultan Selangor. Saya khuatir pelbagai kesimpulan dan andaian boleh dibuat berikutan wujudnya satu kebetulan ini.

Datuk dimaklumkan mengenai pengguguran sebagai calon?

Hassan : Tidak. Berapa pencalonan diterima saya tidak tahu. Bila pencalonan dibuka dan ditutup saya tidak tahu. Berapa cawangan yang sokong saya tidak tahu. Tiba-tiba isu ini `meletup’ dua hari lalu dan semalam dilaporkan di dalam akhbar iaitu ketika saya hendak menerima anugerah daripada Sultan. Cuba bayangkan hati sebagai insan. Saya menerima ratusan ucapan tahniah daripada para sahabat dari serata tempat termasuk England dan Jeddah. Tiba-tiba keluar berita Dr. Hasan tidak menerima pencalonan yang cukup. Bagaimana kita rasa. Kita manusia. Kita ada hati. Namun Insya-Allah saya tidak akan hilang pertimbangan.

Presiden parti telah buat kenyataan semalam bahawa apa yang disebutkan oleh Ketua Penerangan Pas Selangor dari segi pimpinan tertinggi parti ia tidak dirujuk dan setakat ini tidak dipertimbangkan lagi mengenai calon ini. Saya rasakan ada sedikit gangguan di peringkat negeri ini. Gangguan mungkin untuk menganggu kemaraan Dr. Hasan. Saya pun tak tahu tetapi ini spekulasi dari saya. Tetapi saya amat berharap itu tidak berlaku, konspirasi ke saya harap itu tidak berlaku.

Sunday, 11 December 2011

Betul Ker Hassan Ali Digugurkan Pas Sebagai Calon PRU 13 Angkara DAP????....


Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali digugurkan daripada menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Sumber-sumber mengesahkan bahawa nama Ahli Dewan Undangan (ADUN) Gombak Setia itu telah ‘disingkirkan’ oleh Pas Selangor dan pada masa sama Pas Pusat merestui pengguguran tersebut.

Kulaan difahamkan Pas Pusat turut menggugurkan beberapa pemimpin Pas yang selama ini tidak disenangi oleh kumpulan pro Datuk Seri Anwar Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Erdogan dan antaranya bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa.

Ia berikutan kenyataan Ketua Penerangan Pas Selangor, Shaari Sungib yang dipaparkan dalam beberapa blog Pro BN bahawa kemungkinan besar Hasan akan digugurkan daripada menjadi calon parti itu pada PRU13.

Friday, 18 November 2011

JAIS Mengesan 8 Cara Umat Islam Malaysia Dimurtadkan...

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkata pihaknya telah mengesan lapan cara yang dilakukan oleh pihak Kristian bagi mendakyahkan orang Islam.

Antaranya dengan menggunakan sejenis radio rakaman menggunakan tenaga solar yang dimuatkan dengan cerita-cerita Kristian atau disebut  ‘Solar Powered Handheld Talking Bible’.

Perkara itu didedahkan oleh exco yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam, Datuk Hasan Ali dalam jawapannya kepada ADUN Sungai Burung, Mohd Shamsudin Lias.

Tuesday, 20 September 2011

Siri 1 : Hassan Ali Sokong Tauliah Penceramah Sebar Fitnah Politik Ditarik Balik!!!



Hassan Ali bersetuju dan akan cuba berbincang dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan isu penceramah yang diberi tauliah berceramah di Selangor agar menarik balik tauliah kepada penceramah bertauliah yang menyalahgunakan tauliah jika berceramah bukan mengenai agama Islam tetapi menyebarkan fitnah politik dan mengelirukan jemaah yang hadir ke surau-surau atau masjid-masjid.

Sekarang ini Kulaan perhatikan penceramah atau guru agama ada yang menyalahgunakan Institusi Agama dengan menyebarkan fahaman politik dan menabur fitnah politik berbanding dengan mengajar agama kepada jemaah yang hadir.


Hasrat jemaah yang hadir ke masjid bertujuan untuk mendalami hal agama, tetapi mereka keliru, marah dan tertipu dengan ceramah sedemikian. Benarlah kata Rasullullah s.a.w, pada akhir zaman, orang berilmu agama dipandang rendah dan orang kurang beragama disanjung. Ini disebabkan mereka meletakkan martabat pada tempat hina, tiada disiplin ilmu, menyindir dan mengumpat di rumah Allah s.w.t.

Komunis tetap dengan ideologinya iaitu negara Republik, menindas agama dan berpegang kepada fahaman agama adalah candu masyarakat, walaupun dari segi ekonomi mereka beralih ke sistem kapitalis.

Antara masjid yang dikesan penceramah atau guru agama menyalahgunakan masjid ialah masjid Keramat sebuah masjid terkenal dalam daerah Gombak. Sumber memberitahu ada seorang ustaz veteran bekas pegawai kerajaan menyibarkan fitnah dan kecaman terhadap Kerajaan Pusat yang suatu ketika dulu adalah tempat beliau mencari rezeki untuk keluarga.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers