Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...
Showing posts with label Ustaz Fathul Bari. Show all posts
Showing posts with label Ustaz Fathul Bari. Show all posts

Sunday, 11 November 2012

Fathul Bari : Fenomena Perpecahan Umat Islam...


Seluruh dunia hari ini dilihat berpecah-belah. Umat Islam lebih banyak bergaduh antara satu sama lain berbanding umat lain, antaranya negara China atau negara yang besar populasinya mereka boleh bersatu. Tetapi umat Islam dalam satu negara Islam pun mereka bergaduh antara satu sama lain.

Umar Al-Khatthab RA pernah menyebut, "Sesungguhnya kami merupakan kaum yang ALLAH muliakan dengan Islam dan kami tidak memerlukan kemuliaan selain daripadanya (Islam)." Punca dan faktor perpecahan yang berlaku ada banyak.

Antaranya adalah sunnatullah (ketentuan dan ketetapan ALLAH). Buktinya sabda Nabi SAW, "Umatku akan berpecah menjadi 73 kelompok. Semuanya di dalam neraka kecuali satu." Sahabat bertanya, "Siapakah dia (satu kelompok yang terselamat) wahai Rasulullah?" Jawab Rasulullah, "Mereka adalah orang-orang yang semisal dengan apa yang aku dan sahabatku berada di atasnya pada hari ini." (riwayat Abu Dawud no. 4596, Tirmidzi no. 2640, Ibnu Majah no. 3991, Ahmad 2/332).

Dalam riwayat lain, sabda Nabi SAW, "Sesungguhnya syaitan telah berasa bosan (putus asa) untuk menjadikan mereka disembah di Tanah Arab, tetapi syaitan akan memecah-belahkan di antara mereka." (riwayat Imam Muslim, no 2812 dari sahabat Jabir bin Abdillah RA)

Thursday, 8 November 2012

Teguran Fathul Bari Buat Nurul Izzah Menitik Airmata...



Sejak kebelakangan ni heboh didada-dada akhbar, media arus perdana dan tidak terkecuali media baru seperti blog, facebook dan twitter mengenai isu Nurul Izzah dan kebebasan beragama yang dibawa beliau.

Apa yang Nurul Izzah perjuangkan adalah mengenai sesuatu yang besar dalam Islam dan ia menyentuh aqidah sebagai orang Islam. Adakah Nurul Izzah sudah punya ilmu yang tinggi dan mencapai tahap yang sepatutnya?

Mana ulama'-ulama' dalam Pas yang dikatakan kononnya ilmu agama cukup tinggi sehingga mencapai taraf ustaz dan tok guru bersuara mengenai isu aqidah ini. Adakah kerana Nurul Izzah adalah sebahagian daripada geng Pakatan maka apa sahaja yang dikatakan mereka diterima sahaja ulama' Pas.

Kenapa ulama' Pas ada double standard dalam menangani isu ini. Ustaz Fathul Bari telah bersuara memberi pandangan beliau yang selari dengan fatwa oleh Mufti Wilayah Persekutuan. Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Mohd Abduh Nik Aziz juga nampaknya senada dengan pandangan Fathul Bari mengenai isu ini.

Persoalannya sekarang adakah Nurul Izzah tetap mempertahankan kenyataan beliau atau meminta maaf kepada seluruh umat Islam terutama umat Islam di Malaysia.

Kita tunggu dan lihat sahaja sandiwara anak pelakon utama Pakatan Rakyat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 5 November 2012

Ustaz Fathul Bari : 'Soi Lek Persoal Hudud Versi Pas'...


SHAH ALAM – Kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebelum ini yang mengecam pelaksanaan hudud adalah berdasarkan kajian dan analisis ke atas enakmen hudud yang mahu dilaksanakan Pas di Kelantan dan Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, sebagai bukan Islam, rujukan Soi Lek adalah berbeza kerana beliau merujuk kepada ekonomi, keamanan dan pendapatan negara jika hudud dilaksanakan.

Menurutnya, oleh sebab maklumat yang tidak tepat itu, Soi Lek sering mengeluarkan kenyataan yang keras mengenai hudud.

Menurutnya, atas inisiatif sendiri, Ilmu mengadakan pertemuan dengan Soi Lek dan beberapa pemimpin MCA lain bagi menerangkan isu ini.

“Beliau (Soi Lek) faham dan menghormati bahawa hudud adalah undang-undang Islam dan seluruh umat Islam patut menerima hudud. Beliau juga faham Islam adalah agama Persekutuan.

“Apa yang beliau tentang adalah hudud versi Pas yang dilihat berat sebelah, beliau risau berlaku diskriminasi contohnya jika berlaku kecurian. Pencurinya seorang Islam dan bukan Islam. Jika cukup bukti, seorang dipotong tangan dan seorang lagi tidak, ini memberi implikasi besar kepada rakyat dan negara,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ditanya sama ada Soi Lek menerima hudud dilaksanakan ke atas semua rakyat, Fathul menjelaskan Soi Lek mendukung prinsip demokrasi.

“Jika majoriti rakyat mahukan hudud untuk semua, maka beliau terima, jika majoriti mahu hudud versi Pas juga beliau terima, negara kita negara demokrasi,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers