Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday 25 January 2012

Followers Twitter PM @NajibRazak Lebih 400,000 Tapi Anwar Hanya 126,231 Sahaja???...


Jumlah pengikut (followers) laman sosial Twitter Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melepasi jumlah 400,000 orang.

Ia merupakan jumlah tertinggi berbanding semua ahli politik berpengaruh di negara ini.

Dalam Tweetnya, Najib mengucapkan terima kasih kepada semua yang menjadi pengikut beliau.

“Diharap interaksi kita akan berterusan,” katanya.


Selain itu, dalam tweet yang seterusnya, beliau berjanji akan berusaha lebih gigih untuk rakyat dan negara ini.

Laman Twitter milik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat sebagai pencabar paling hebat kepada Perdana Menteri itu hanya mempunyai seramai 126,231 orang followers sahaja.

Manakala Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula memiliki seramai 48,675 orang followers sahaja.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz pula lebih ramai pengikut di laman Twitternya berbanding Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan mengumpul seramai 30,509 orang dan Presiden PAS itu hanya mempunyai 11,665 pengikut sahaja.

Begitu juga dengan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berjaya mengalahkan Presidennya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dengan jumlah pengikut seramai 36,027 berbanding isteri Anwar itu yang hanya memiliki 13,108 followers di Twitter masing-masing.

Laman Twitter merupakan antara medium komunikasi paling popular di Malaysia selain Facebook yang banyak digunakan ahli politik untuk berhubung secara ringkas dengan rakyat negara ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers