Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...
Showing posts with label AUKU. Show all posts
Showing posts with label AUKU. Show all posts

Monday, 30 January 2012

Di Mana Suara Mahasiswa/wi Dalam Pakatan Rakyat..???...


Hari ni boleh dikatakan hampir semua rakyat Negara 1Malaysia kenal dan tahu siapa itu Adam Adli. Nama anak muda ini naik mendadak selepas dia dengan secara spontan menurunkan Bendera dengan Gambar Perdana Menteri 1Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Razak di hadapan Bangunan Putra Trade World Centre (PWTC).

Adam Adli dengan Perjuangan Mahasiswa/wi pro-Perubahan menuntut antaranya supaya AUKU dimansuhkan dan apa yang lebih penting, beliau Mengetuai Sekumpulan Mahasiswa/wi berjuang dan menuntut Kebebasan Akademik melalui apa yang digelarkan oleh Beliau dan rakan-rakannya sebagai "Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik" atau BEBAS.

Gua tak nak bincang tentang apa yang diperjuangkan oleh Adam Adli sebab itu adalah Perjuangan Beliau dan rakan-rakan beliau dan hanya boleh kita bincangkan kalau kita faham apa yang terkandung dalam Memorandum yang Beliau usung setiap masa ke hulu dan ke hilir. Jadi gua tak boleh nak ulas apa-apa.

Gua lebih berminat untuk membincangkan soal "ke mana perjuangan Adam Adli" selepas ini. Politik di Negara 1Malaysia ada banyak musim. Isu-isu yang datang tak pernah kekal lama dalam kepala otak rakyat 1Malaysia - hangat-hangat taik ayam - Ungkapan yang lebih tepat.

Thursday, 26 January 2012

Tun M : AUKU Relevan Bagi Orang Tidak Tahu Jaga Diri???...

Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tetap relevan kepada orang yang tidak tahu menjaga diri dan tidak menghargai peluang yang harus digunakan sebagai seorang mahasiswa, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata kerajaan tidak pernah melarang sekiranya mahasiswa ingin mengadakan sebarang debat dalam kawasan universiti tetapi yang hendak dikawal adalah perbuatan mereka berkempen secara melampau.

"Yang kita larang adalah tindakan nak pergi kempen di sana sini. Orang bayar duit kepada kita. Kita belajar menggunakan orang lain, jadi kena bertanggungjawab dengan orang yang bekalkan kita dengan wang supaya belajar betul-betul."

Saturday, 17 December 2011

AUKU : Jawapan Kepada Pindaan Seksyen 15 AUKU...




Kulaan : khas buat mereka yang memperjuangkan pemansuhan AUKU dan mahasiswa IPT... lihat, dengar dan fahami betul-betul penjelasan pasal AUKU nie dengan mata hati bukan butakan hati... lepas tu fikir guna akal tau jangan guna lutut...

Tuesday, 29 November 2011

Sketsa Niring : Nak Pegi Kelas Ker Atau Nak Dengar Ceramah Politik????

ha ha ha ha ha...

Dulu masa Kulaan menjadi mahasiswa, Kulaan tak ambil pusing pasal politik nie... Pegi kelas, balik kelas... Lepak dengan kengkawan sambil mutalaah... Ada masa pegi enjoy dengan kengkawan untuk 'release tension'...

Saturday, 26 November 2011

AUKU : Adakah Mahasiswa Kita Benar-benar Sudah Matang Untuk Berpolitik?


Kebanyakan universiti di negara maju seperti Eropah, utara Amerika dan beberapa negara Asia membenarkan mahasiswa di negara mereka terbabit dalam politik, malah sesetengahnya membenarkan parti politik memasuki kampus.

Ada juga universiti menubuhkan kelab mewakili parti politik yang terbabit secara langsung setiap kali pilihan raya kampus dijalankan, namun apa membezakan keadaan di sana dengan Malaysia adalah mahasiswa di negara berkenaan matang berfikir dan pandai membahagikan di antara pelajaran dan berpolitik.

Friday, 25 November 2011

AUKU : Akhirnya Mahasiswa Dibenarkan Berpolitik...


Datuk Seri Najib Razak semalam mengotakan janjinya untuk lebih terbuka memberi kebebasan kepada rakyat dengan mengumumkan hasrat kerajaan meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 yang akan membenarkan penuntut mencapai usia 21 tahun menyertai parti politik. 

Namun, bagi menjaga kepentingan peranan universiti sebagai institusi pendidikan, politik kepartian dilarang dibawa ke dalam kampus. Perdana Menteri berkata, langkah berkenaan sebagai menghormati hak Perlembagaan mahasiswa negara yang kebanyakannya sudah mencapai umur baligh undang-undang atau 'age of majority'

Saturday, 12 November 2011

Mahasiswa IPT Yang Lebih Pentingkan Mencari Ilmu Daripada Isu AUKU...

Hari ini bertempat di Pavillion Kompleks Sukan Tunku Najihah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai, satu perhimpunan pelajar IPT kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (JPAM) peringkat kebangsaan kali ke-2 yang dirasmikan oleh Datuk Seri Hishammuddin, Menteri Dalam Negeri membuktikan bukan semua mahasiswa pusat pengajian tinggi yang berminat sangat dengan isu pemansuhan AUKU yang cuba dimainkan oleh pembangkang dan segelintir pemimpin pelajar pro sebelah sana.


Hasil temubual Kulaan dengan beberapa pelajar yang menjadi sukarelawan JPAM menyatakan bahawa mereka lebih suka terlibat aktif dengan kerja-kerja kesukarelawan dan mencari sebanyak mungkin ilmu sama ada dalam bidang akademik atau ko-kurikulum sebagai bekalan untuk masuk ke alam pekerjaan. 

Apabila ditanya soal AUKU, mereka mengatakan sebagai pelajar, universiti adalah tempat atau platform terbaik untuk mencari seberapa banyak mungkin ilmu pengetahuan dan pengalaman. Bila grad nanti nak berpolitik ka hapa ka buat la. Yang sibuk-sibuk mempersoalkan AUKU ni hanya segelintir sahaja. 

Kulaan kelu untuk berkata-kata apabila ada seorang pelajar wanita menyatakan ketidakpuasan hati bahawa kebanyakkan pemimpin mahasiswa yang sibuk mempersoalkan mengenaik AUKU dan kekangan untuk berpartisipasi dengan politik sedang mereka masih gagal menarik mahasiswa untuk terlibat dan turun mengundi semasa pilihan raya kampus atau universiti. Betul jugak kata pelajar tahun akhir yang belum pun lagi tamat pengajiannya. 

Jadi, pesan Kulaan kepada adik-adik yang masih menuntut di IPT tu, timbalah seberapa banyak ilmu ketika di menara gading dan ia akan menjadi kenangan manis apabila sudah memasuki alam pekerjaan kelak. Syahdu apabila teringat kembali kenangan semasa menuntut di universiti dulu, suka duka pahit manis asam garam ketika bergelar "Mahasiswa".

Thursday, 3 November 2011

Adakah AUKU Menghalang Mahasiswa Berpolitik????


[Akta A1342]Akta universiti dan kolej universiti (pindaan) 2009
Tarikh Perkenan Diraja ... ... 6 Januari 2009
Tarikh penyiaran dalam Warta ... 8 Januari 2009

Pindaan seksyen 2

2. Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2 -

(d) dengan menggantikan takrif “pelajar” dengan takrif yang berikut:
‘ “pelajar” ertinya seseorang pelajar berdaftar, selain pelajar di suatu institusi yang bersekutu dengan Universiti atau Kolej Universiti, yang mengikuti kursus pengajian, pengajaran, latihan atau penyelidikan daripada apa-apa perihalan pada peringkat persediaan, praijazah, lepas ijazah atau lepas kedoktoran secara sepenuh masa atau sambilan dalam, oleh atau dari Universiti atau Kolej Universiti itu, dan termasuklah pembelajaran jarak jauh, luar kampus, pertukaran dan pelajar tidak berijazah;’;

Penggantian seksyen 15

8. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 15 dengan seksyen yang berikut:

“Pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar bersekutu dengan persatuan, dsb.

15. (1) Seseorang pelajar Universiti boleh menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, sama ada ia di dalam atau di luar Universiti, dan sama ada ia di dalam atau di luar Malaysia, selain

(a) mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;
(b) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau
(c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang telah ditetapkan oleh Menteri, selepas berunding dengan Lembaga, secara bertulis kepada Naib Canselor sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.


(2) Suatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan boleh mempunyai apa-apa penggabungan, persekutuan atau urusan lain dengan mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, sama ada ia di dalam atau di luar Universiti, dan sama ada ia di dalam atau di luar Malaysia, selain—

(a) mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;
(b) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau
(c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang telah ditetapkan oleh Menteri, selepas berunding dengan Lembaga, secara bertulis kepada Naib Canselor sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.


(3) Menjadi tanggungjawab Naib Canselor untuk menyampaikan kepada pelajar Universiti, dan pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti, nama pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Menteri di bawah perenggan (1)(c) dan (2)(c) sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.


(4) Naib Canselor boleh, atas permohonan seseorang pelajar Universiti, mengecualikan pelajar itu daripada peruntukan perenggan (1)(a), tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.


(5) Tiada seorang pun pelajar Universiti dan tiada pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan, boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap


(a) mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;
(b) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau
(c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Menteri di bawah perenggan (1)(c) dan (2)(c) sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.


(6) Walau apa pun subseksyen (5), seseorang pelajar Universiti tidak boleh dihalang daripada—


(a) membuat pernyataan mengenai sesuatu perkara akademik yang berhubungan dengan perkara yang pelajar itu terlibat dalam pengajian atau penyelidikannya; atau
(b) menyatakan sendiri mengenai perkara yang disebut dalam perenggan (a) pada sesuatu seminar, simposium atau majlis seumpamanya yang tidak dianjurkan atau ditaja oleh mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, atau mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Menteri di bawah perenggan (1)(c) dan (2)(c) sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.


(7) Mana-mana pelajar Universiti yang melanggar subseksyen (1) atau (5) boleh dikenakan tindakan tatatertib.


(8) Mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang melanggar subseksyen (2) atau (5) hendaklah diuruskan mengikut seksyen 16.”.


Soal Jawab Tentang AUKU

1. Kenapa Kerajaan tidak mansuhkan AUKU agar pelajar boleh berpolitik?

Jawapan:

AUKU merupakan punca kuasa bagi sesebuah IPTA yang merangkumi perkara berkaitan tadbir urus universiti, autonomi, status badan berkanun dan sebagainya. Hanya Seksyen 15 yang berkaitan dengan isu pelajar berpolitik. Jika diminta agar AUKU dimansuhkan maka ia menunjukkan seseorang itu buta undang-undang.


2. Kenapa Kerajaan tidak pinda Seskyen 15 bagi membolehkan pelajar berpolitik?

Jawapan:

Pindaan AUKU 2009 telah melalui proses yang panjang bermula tahun 2005 dengan penubuhan Jawatankuasa Meminda AUKU yang terdiri daripada pakar-pakar perundangan. Disamping sesi brainstorming antara ahli, mereka turut mendapatkan pandangan banyak pihak seperti ibubapa/orang ramai, SUHAKAM, pegawai Kerajaan, wakil parti politik Kerajaan, wakil parti politk pembangkang dan sebagainya. Keputusan yang diambil adalah tepat pada masa itu walaupun sudah tentu tidak dapat memenuhi kehendak semua orang.


3. Pelajar menjadi tidak kreatif jika aktiviti mereka dalam politik dikongkong.

Jawapan:

Kegiatan bersifat politik masih dibenarkan diadakan di IPT dengan syarat ianya haruslah berbentuk akademik dan tidak menjurus kepada parti-parti politik tertentu. Sebagai contoh program pengajian Sains Politik telah lama diperkenalkan di beberapa IPT di Malaysia yang menawarkan kursus-kursus berkaitan politik. Selain itu beberapa forum yang membincangkan isu politik semasa secara ilmiah telah banyak diadakan di beberapa IPT, di samping memperkenalkan sudut pidato di setiap IPT yang memberi peluang kepada pelajar mengasah bakat pidato mereka.

4. Kenapa pelajar luar negara (Kelab UMNO luar negara) boleh terlibat politik?

Jawapan:

AUKU hanya terpakai kepada pelajar IPTA dan tidak terpakai kepada pelajar luar negara. Penubuhan persatuan di luar negara adalah tertakluk kepada undang-undang di negara tersebut. Kalau nak tubuh Kelab PAS luar negara atau Kelab PKR/DAP luar negara pun boleh.

5. Jika AUKU hanya terpakai kepada pelajar IPTA, adakah pelajar IPTS dibenar menjadi ahli parti politik?

Jawapan:

AUKU tidak terpakai kepada pelajar IPTS tetapi mereka tertakluk kepada Akta IPTS [Akta 555] yang juga terdapat seksyen yang melarang pelajar menjadi mana-mana parti politik.

6. Adakah AUKU menghalang semua pelajar berpolitik?

Jawapan:

AUKU tidak menghalang secara total mana-mana pelajar untuk berkecimpung dalam arena politik. Ini berdasarkan peruntukan di bawah subseksyen 15(4) AUKU yang memberi kuasa budi bicara kepada Naib Canselor untuk mengecualikan pelajar itu daripada sekatan yang disebut dalam perenggan 15(1)(a) AUKU. Ini akan membolehkan seseorang ahli politik yang bergiat dalam mana-mana parti politik mendaftar bagi sesuatu kursus di Universiti tanpa perlu melepaskan kerjaya politiknya.
Sumber : SARFAMS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers