Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 26 November 2011

AUKU : Adakah Mahasiswa Kita Benar-benar Sudah Matang Untuk Berpolitik?


Kebanyakan universiti di negara maju seperti Eropah, utara Amerika dan beberapa negara Asia membenarkan mahasiswa di negara mereka terbabit dalam politik, malah sesetengahnya membenarkan parti politik memasuki kampus.

Ada juga universiti menubuhkan kelab mewakili parti politik yang terbabit secara langsung setiap kali pilihan raya kampus dijalankan, namun apa membezakan keadaan di sana dengan Malaysia adalah mahasiswa di negara berkenaan matang berfikir dan pandai membahagikan di antara pelajaran dan berpolitik.


Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak, berkata universiti di negara maju sudah lama mengamalkan keterbukaan dan membenarkan pelajar mereka menyokong dan menyertai mana-mana parti politik.

“Malah mereka mempunyai kelab seperti sokongan kepada parti politik dan banyak dibantu parti politik. Mereka tidak mempunyai sistem seperti AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) seperti dalam sistem pendidikan tinggi negara kita."

Namun apa yang membezakan adalah mereka matang dalam berfikir dan pelajar mereka sendiri pandai membahagikan di antara pelajaran dan politik.

Beliau berkata, walaupun berlainan ideologi politik, mahasiswa di sana masih lagi boleh duduk berbincang tanpa menghiraukan fahaman politik masing-masing, berbeza dengan negara kita di mana tahap kematangan masih lagi dalam proses pembinaan dan tiada keterbukaan dalam membincangkan agenda berkaitan politik.

Sementara itu, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, berkata pada awal era 60-an, mahasiswa di seluruh dunia bebas berpolitik dan menyatakan pendapat mereka, tetapi akibatnya golongan itu tidak dapat dikawal sehingga menimbulkan banyak kekecohan dan kepincangan dalam pelajaran dan politik.

“Jika mereka ingin berbincang soal politik, itu tidak jadi masalah tetapi untuk terbabit dalam politik di luar kampus, ia agak membimbangkan. Daripada pengalaman saya sendiri ketika menuntut, ahli politik menjadikan universiti sebagai medan utama untuk menyebarkan ideologi mereka,” katanya.

Beliau berkata, mahasiswa seharusnya bijak berfikir dan tahu niat asal mereka datang ke universiti, sama ada untuk belajar atau terbabit dalam politik.

Kulaan : berdasarkan kepada pengalaman Kulaan ketika menjadi mahasiswa suatu ketika dulu, zaman U adalah zaman yang paling indah kerana pelbagai pengalaman ada di dalamnya. Nanti belajar entah ke mana, politik entah ke mana. Yang di kejar tak dapat, yang dikendong berciciran

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers