Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday 23 November 2011

Malaysia vs Syria 1 : Parlimen Juga Sudah Terkena Penyakit Bolasepak

Sekali pun Dewan Rakyat di Parlimen masih lagi bersidang untuk penggulungan dan perbahasan oleh kementerian yang terlibat, demam dan kemeriahan bolasepak terutama selepas memenangi pingat emas Sukan SEA dengan mengalahkan Indonesia masih belum reda.

Malam ini, sekali lagi Malaysia akan diuji sama ada mampu mengalahkan Syria dalam saingan Olimpik dinanti oleh rakyat Malaysia.


Di kafeteria, siaran langsung perbahasan oleh ahli perlimen telah ditukar siaran dengan perlawanan bolasepak Malaysia yang disiarkan secara langsung.

Pegawai, kakitangan, bodyguard menteri, orang awam hatta pemandu semua berkumpul di kafeteria Parlimen memberi sokongan kepada skuad Harimau Malaya.

Ayuh anak muda... Berilah tentangan hebat kepada Syria dan berikan kemenangan buat pemyokong Malaysia yang setia sekali pun terpaksa bertugas demi negara.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers