Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...
Showing posts with label DRI. Show all posts
Showing posts with label DRI. Show all posts

Saturday, 19 April 2014

Muafakat Cara Terbaik Bina Negara??? @razaliibrahim @NajibRazak @tunfaisal


Muafakat merupakan kaedah terbaik untuk membina sesebuah negara berbanding demonstarsi di jalan raya, kata Pengerusi Biro Pengajian Tinggi UMNO,  Datuk Razali Ibrahim.

Razali berkata golongan muda terutama mahasiswa perlu memahami bahawa sesuatu tindakan yang mahu dibuat perlu dilihat kesan baik dan buruk kepada diri sendiri dan negara.

Katanya, banyak pihak yang sering mengkritik apa sahaja tindakan kerajaan tetapi tidak pernah memberi sumbangan dari segi buah fikiran untuk menambah baik apa yang ada.

"Ada pihak yang sering mengkritik, apa sahaja yang kerajaan buat, semua tak betul bagi mereka.

"Kerajaan memang banyak laksanakan dasar yang tidak popular tetapi bertanggungjawab," katanya ketika berucap di majlis perbincangan meja bulat Program Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) dan pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Razali turut membidas tindakan sesetengah mahasiswa yang mendesak kerajaan menghapuskan pinjaman PTPTN dan menggantikannya dengan biasiswa.

Katanya, mereka yang membuat desakan ini merupakan pelajar yang tidak mendapat kelulusan cemerlang dalam peperiksaan.

"Yang cemerlang dalam pelajaran, yang dapat first class sudah dapat PTPTN percuma.

"Yang tak puashati mereka yang tak cemerlang, mereka tak dapat percuma, kalau nak percuma belajar sampai dapat first class," katanya.

Beliau juga mendedahkan hanya 30 peratus sahaja peminjam PTPTN yang tidak berpuashati dengan badan tersebut dan meminta supaya ia dihapuskan.

Terdahulu, Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata program perbincangan  meja bulat PTPTN dengan pelanggan dibuat bertujuan untuk melestarikan badan tersebut.

Beliau berkata  segala pandangan yang diberikan akan digunakan untuk menambah baik PTPTN.

Wednesday, 28 August 2013

Tahniah!!! Parlimen Muar Kekal Milik BN... @razaliibrahim @Muar146


Muar 27 Ogos - Barisan Nasional (BN) kekal memiliki kerusi Parlimen Muar selepas Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini menolak petisyen oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Hakim Datuk Suraya Othman membuat keputusan itu selepas mendapati petisyen yang difailkan oleh calon PKR, Nor Hizwan Ahmad selaku pempetisyen adalah cacat dan tidak lengkap.

Katanya, pempetisyen gagal memberi butir-butir yang menyatakan ejennya tidak menerima salinan Borang 14 tanpa menyatakan nama Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Muar yang berkenaan dan juga bukti lengkap lain.

Begitu juga, ujar beliau, dakwaan yang menyatakan pengundi di kawasan Parlimen itu mengundi dua kali ketika hari mengundi disebabkan dakwat kekal mudah hilang tidak boleh diterima kerana tidak disertakan butir-butir lengkap pengundi terbabit.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 19 July 2013

Lensa Niring 2 : YB @razaliibrahim Merempit Satu #N01KualaBesut??? @NajibRazak @tunfaisal





Lensa Niring 1 : Lawatan NKP UMNO YB @razaliibrahim Sehari Ke #N01KualaBesut... @NajibRazak @tunfaisal





Skim Bantuan Komputer Untuk OKU Mencari Rezeki Secara Online??? @NajibRazak @razaliibrahim @tunfaisal #N01KualaBesut


"Skim Bantuan Komputer Untuk OKU Peniaga Secara Online"???

Idea ini dicetuskan oleh Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia ketika melawat seorang OKU yang cacat kaki akibat penyakit sindrom di Kg. Alor Pisang, Kuala Besut tengahari tadi.

Idea yang tercetus secara tidak sengaja dan spontan ketika Datuk Razali menziarah OKU yang juga pintar IT dan tahu serba sedikit cara menggunakan internet. Kita semua maklum golongan OKU kebanyakkan sukar untuk bergerak dengan mudah dan lebih banyak duduk di satu-satu tempat. Datuk Razali memberi idea kepada golongan OKU untuk menjalankan perniagaan kecil-kecilan secara online kerana itu lebih memudahkan kepada golongan OKU.

Selama ini kerajaan banyak membantu pelajar-pelajar di negara kita dengan memberi bantuan komputer 1Malaysia. Datuk Razali menberi idea alangkah bagus dan berfaedahnya jika bantuan komputer ini juga dapat disalurkan kepada golongan OKU termasuk pemberian "broadband" bagi memudahkan mereka mengekses internet.

Saturday, 4 May 2013

Gempar!!! Bukti Pas Muar Mengamuk Dengan Calon PKR Muar Yang Sombong????... @HizwanAhmad @razaliibrahim #146


Apa lagi nak diperkatakan mengenai calon PKR bagi parlimen Muar si Hizwan dalam saat pembuangan undi tinggal tak sampai 24 jam lagi. Kalo perangai buruk macam ni kawan seperjuangan Pas pun menyampah apatah lagi masyarakat dan pengundi parlimen Muar.

Ini apa yang ditulis dalam fb milik Pas Kawasan Muar :

"Salam Ukhwah... Agak rasa terkilan benar dengan Calon P.146 PKR yang agak kurang matang apabila beliau menyerang secara peribadi isu yang telah lama di fb dan twitter beliau... Kami juga rasa terkilan kerana calon Parlimen kami tidak pernah mendengar pendapat kami sebagai rakan seperjuangan... Kami dari Pas Kawasan Muar mohon maaf kerana terpaksa menyuarakan ketidakpuastiaan Kami berhubung perkara tersebut..."

Nampak sangat calon PKR ni si Hizwan suka buat kerja sorang-sorang dan tak ada sifat bekerjasama sehingga geng dalam Pakatan pun naik menyampah tengok. Dah la tak turun padang berkempen, lebih banyak duduk lepak kat hotel mengopi jer. Patut la Pas merasakan calon yang paling layak bertanding bagi mewakili Pakatan Rakyat adalah calon daripada Pas.

Disebabkan Anwar Ibrahim yang paling berkuasa dalam Pakatan Rakyat dan dengan menggunakan kuasa veto kuku besinya maka beliau meletakkan calon dari PKR parti beliau sendiri dengan meletakkan calon yang tak punya kredibiliti.

Pas sepatutnya menjadi parti dominan tapi apakan daya Pas terutama di Muar tak punya kekuatan untuk bersuara pun bagi mencadangkan ahlinya sebagai calon. Penyudahnya inilah hasilnya. Calon yang dibenci rakan sendiri.

Oleh itu, nasihat KN kepada Pas supaya kalo betul-betul sebuah parti yang kuat dan bakal mendirikan negara Islam seperti yang dilaungkan sebelum ini agar pikir dua kali la untuk support calon PKR ni. Elok ler korang undi calon BN, Dato' Razali dan lepas ni kembali ke pangkal jalan.

p/s : nantikan pembongkaran malam ini last sebelum hari mengundi pasal si Hizwan ni yang banyak syarikat yang duit hasil syarikat itu meragukan... Tuuuuuuungguuuuuu...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 3 May 2013

Gambar Bukti Masyarakat Cina Tidak Menerima Datuk Razali Di Muar???? @razaliibrahim #P146





Biar Betul Azlan Iskandar Tolong Kempen Untuk Pakatan??? @razaliibrahim #P146


Biar betul story yang KN dengar nie. Betul ker raja squash negara yang terkenal diperingkat antarabangsa Azlan Iskandar turun ke parlimen Muar untuk membantu calon Pakatan Rakyat berkempen????

Risik punya risik akhirnya KN dapat jugak story yang sebenarnya. Rupa-rupanya "keglamouran" raja squash negara ini dimanipulasi oleh Pakatan yang kecewa bila kempen mereka tidak mendapat sambutan.

Sebenarnya, Azlan Iskandar turun ke Muar bagi turut sama membantu kempen calon BN, Dato' Razali Ibrahim minggu lepas. Azlan dilihat turun ke kampung-kampung membantu berkempen dan sudah tentu kehadiran beliau menjadi buah mulut penduduk kampung.

Bukan senang seorang selebriti sukan nak datang masuk kampung dah ini akan menjadi kenangan terindah orang kampung.

Jadi cerita yang disebarkan cai-cai PR nie sudah terang lagi bersuluh TIDAK BENAR sama sekali.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, 1 May 2013

[Video] Bukti Himpunan Bersih Anjuran Pakatan Di Muar #P146... @razaliibrahim @HizwanAhmad





Petang semalam sekitar bandar Muar di beberapa lokasi berbeza kelihatan kelompok kecil individu memakai baju kuning yang sinonim dengan himpunan Bersih merayau-rayau di Muar. KN cuba mencari apakah justifikasi kepada kumpulan baju kuning dan otak kuning ini merayau-rayau macam orang gila meroyan.

Risik punya risik, rupa-rupanya ini adalah geng calon Pakatan Rakyat dari PKR, Hizwan yang bertanding bagi calon Parlimen Muar P146.

Panas!!! Calon PKR Muar Kantoi Baju Melayu Tradisinal Johor Teluk Belanga??? @razaliibrahim @HizwanAhmad #P126



Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha!!!! Kantoi

Pecah perut KN bila dapat tau citer kedangkalan dan kebodohan tahap gaban calon PKR Parlimen Muar, si Hizwan lidah bercabang macam biawak bila bercakap ikut sedap mulut tanpa ilmu pengetahuan dan faham dengan adat resam sesuatu masyarakat.

Inilah masalahnya kalo tak tau adat resam dan sosio-budaya orang Johor. Kata anak jati Johor takkan tak tau baju melayu tradisional Johor nie dipanggil apa.

Baju yang dipakai oleh calon BN Parlimen Muar, Datuk Razali barulah betul baju melayu tradisional masyarakat melayu Johor. Baju melayu ni dipanggil "Cekak Musang" ciri yang jelas ketara membezakan dengan baju melayu "Teluk Belanga" ialah baju melayu Cekak Musang bulat tanpa kolar macam stail baju kurung skit.

Nampak sangat si Hizwan nie bukan anak kelahiran Johor, bukan membesar di Johor jauh sekali ada hubungkait dengan Johor sebab benda paling kecik pun pasal adat resam dan sosio-budaya masyarakat Johor pun dia tak tau dan tak mau ambik tau.

Antara baju melayu teluk belanga dengan cekak musang pun xleh bezakan masyarakat dan budaya negeri mana. Macam ni ker wakil rakyat yang dimahukan oleh penduduk Muar. Baru benda kecik pun tak boleh nak selesaikan.

Oleh itu, kalo ada pembaca blog nie adalah anak Muar atau pengundi Muar pikirlah dengan semasak-masaknya sebelum nak pangkah sapa pada 5hb Mei nanti.

Jangan jadi macam cerita penglipulara zaman dulu kala... "Menang sorak kampung tergadai..."
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lensa Niring 3 : Corat-coret 10 Hari Kempen Calon BN Muar #P146... @razaliibrahim





Tuesday, 30 April 2013

Panas!!! Ahli PKR Muar Mengamuk Bila Calon PKR Tak Jejak Kaki Ke Pejabat PKR Muar #P146 @razaliibrahim @HizwanAhmad



Biar gambar jer yang berbicara...

Terkejut jugak bila KN baca entri artikel daripada blog Harapan Esok (http://harapan-esok.blogspot.com/2013/04/panas-dari-info-dalaman-pejabat-pkr.html) pasal rungutan serta aduan sebahagian besar ahli PKR Muar kerana calon PKR bagi Parlimen Muar, Hizwan Ahmad kononnya berlagak dan bongkak langsung tidak pernah sekalipun menjejakkan kakinya ke Pejabat PKR Muar.

Hari ni dah sudah masuk 10 hari tempoh berkempen dan cuma tinggal 4 hari jer lagi tempoh untuk berkempen namun si Hizwan nie terlalu sibuk berkempen dan berjumpa pengundi macam gambar kat atas tu. Gambar kedua kat atas tu jelas menunjukkan calon PKR nie lebih banyak membuang masa dengan duduk lepak minum. Minum... Minum... Kempen tarak...

Kalo dengan penduduk kampung konon-konon lepak minum kat warung jer. Tapi hakikatnya dia lebih suka lepak cafe yang lebih kelas. Si Hizwan ni dah la calon parlimen Muar daripada parti PKR, pejabat sendiri pun malas nak jejak. Itu belum kita tanya kat parti pakatan lain macam Pas atau DAP kawasan Muar ni si Hizwan ada datang melawat atau tidak.

Monday, 29 April 2013

[Video] Macai Bersih Berhimpun Di Muar #P146 Pulak Dah... @razaliibrahim @HizwanAhmad





Inilah tindakan terdesak calon Pakatan Rakyat di Parlimen Muar bila calon PKR, Hizwan membuat kira-kira beliau tidak dapat mengalahkan calon penyandang dari BN, Datuk Razali Ibrahim hingga membuat provokasi dengan mengimport budaya liar ke bandar Muar dan ke dalam masyarakat Muar yang sebelum ini hidup aman damai.

Inilah budaya yang diamalkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat dan diserapkan melalui calon-calon Pakatan Rakyat di setiap parlimen dan DUN diseluruh Malaysia. Bila mereka merasakan mereka sudah tidak boleh menang lagi di Parlimen Muar dan penduduk serta rakyat Muar menolak calon Pakatan daripada PKR. Inilah caranya yang mereka guna. Cuba mewujudkan suasana tidak aman dan membuat huru-hara.

Bagi rakyat Muar yang arif lagi bijaksana... Fikirlah dengan matang dan waras... Adakah pemimpin seperti ini yang dimahukan menerajui Muar... Lihat sajalah apa yang dah jadi di parlimen jiran Parlimen Bakri... Rumah urut dan pusat judi berkomputer tumbuh bercambah macam cendawan tumbuh lepas hujan... Ia secara tidak langsung menambah lagi gejala tidak sihat dan masalah jenayah dalam kawasan kediaman dan tempat tinggal...

Sunday, 28 April 2013

10 Ribu Hadir Himpunan Bersih Anjuran PR di Muar #P146... @razaliibrahim @HizwanAhmad


Biar gambar berbicara...

Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah!
Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah!
Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah!
Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah!

KN nak pecah perut bila dengar citer geng otak kuning plan nak buat satu Himpunan ala-ala Bersih macam kat bando Muor petang tadi.

Berdasarkan risikan dan maklumat dari bando Muor, Himpunan Bersih ini dirancang oleh pihak PR bagi mewujudkan suasana huru-hara sebagaimana yang pernah tiga kali diadakan oleh pihak Pakatan di ibukota Kuala Lumpur sebelum ini.

Sudah tentu jika ia dirancang oleh pihak Pakatan Rakyat tidak dapat tidak mesti ada kaitan dengan calon dari pihak Pakatan. KN bukan menuduh tapi dari logik akal fikiran kita yang waras (tak tau la kalo fikiran pihak sebelah Pakatan yang x berapa waras tu) kalo Himpunan Kuning tu dianjur oleh pihak Pakatan, takkan la calon Pakatan Rakyat dari parti PKR tak tau kot.

Siapa calon PKR bagi Parlimen Muar kalo bukan Hizwan Ahmad. KN nak bertanya dengan Hizwan betul ker dia tak tahu...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kantoi!!! Macai Calon PKR Muar #P146 @HizwanAhmad Kantoi Main Gambar Makcik Tua Tak Senyum Kat @razaliibrahim...


Semalam heboh satu bando Muor citer pasal macai-macai calon PKR, Hizwan main isu satu gambar makcik kononnya tak mau terima pemberian baju daripada calon BN, Datuk Razali Ibrahim di sebuah kediaman di Jalan Junid Muar pada 16 Februari 2013 yang lepas semasa program Ahli Parlimen Muar turun padang memberi sumbangan kepada warga emas sekitar Muar.

Maka, berduyun-duyun ler cai-cai PR dok mengumpat mengata menabur fitnah tak berenti mengikut peel ketua dia iaitu calon PKR si Hizwan nie kat facebook-facebook kononnya makcik tu tak mau terima sumbangan daripada Datuk Razali.


Nak mengata nie memang senang. Tak payah diajar. Lebih-lebih lagi anak buah cai-cai si Hizwan cytro PR tahap budak sekolah rendah. Pi blajar dulu la penuhkan ilmu di dada.

Wei! Cai-cai PR terutama cytro Hizwan, lain kali agak-agak la kalo nak fitnah orang pun. Bila dah namanya fitnah benda tak betul pun kata betul. Itu kot yang diajar Hizwan nie kat Muor.

Kat atas KN tunjuk kat pembaca budiman lagi bijaksana kebenaran pasal gambar "Makcik Muka Ketat" kat cai-cai PR supaya lain kali kalo nak main isu tu belajar dulu cara nak jadi cytro. Ini main hentam jer. Nasib baik ler Datuk Razali baik hati tak mau saman malu. Lebih baik dia tumpukan perhatian dengan turun berjumpa dengan masyarakat dan pengundi Muor.


p/s : agak2 ler bro kalo nak fitnah pun... citer lu tak turun padang jumpa rakyat Muor tapi banyak lepak minum jer tak habis lagi der...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, 27 April 2013

Panas!!! Calon PKR Tanding Kerusi Muar #P146 Kantoi Lepak Jer Tak Turun Berkempen... @razaliibrahim @HizwanAhmad



Biar gambar berbicara...

Gambar ini dikirimkan oleh seorang rakan yang juga pengundi Muar ke wassap KN. Menurut beliau individu dalam gambar ini adalah calon Pakatan dari parti PKR, Nor Hizwan Ahmad yang bertanding bagi kerusi Muar P146 menentang calon BN, Datuk Razali Ibrahim.

Menurut beliau lagi, bukan sekali beliau terserempak dengan Hizwan nie di lokasi yang terpaksa dirahsiakan atas faktor keselematan tapi boleh dikatakan hampir setiap hari semasa tempoh mengundi ini sedangkan calon BN hari-hari setiap masa dari pagi sampai malam berkempen.

Sepatutnya sebagai seorang calon bertanding yang sibuk dok cakap kononnya datang ke Muar untuk menabur bakti rupa-rupanya hanya datang untuk menabur janji-janji manismu.

Pegi melawat satu dua kawasan jer pastu lepak jer yang lebih. Ini ciri wakil rakyat yang dimahukan oleh rakyat dan penduduk Muar. Kalo ini wakil rakyat yang dipilih oleh penduduk Muar alamat jahanam ler parlimen Muar ni.

Panas!!! Calon PKR Tanding Kerusi Muar #P146 Kantoi Lepak Jer Tak Turun Berkempen... @razaliibrahim @HizwanAhmad



Biar gambar berbicara...

Gambar ini dikirimkan oleh seorang rakan yang juga pengundi Muar ke wassap KN. Menurut beliau individu dalam gambar ini adalah calon Pakatan dari parti PKR, Nor Hizwan Ahmad yang bertanding bagi kerusi Muar P146 menentang calon BN, Datuk Razali Ibrahim.

Menurut beliau lagi, bukan sekali beliau terserempak dengan Hizwan nie di lokasi yang terpaksa dirahsiakan atas faktor keselematan tapi boleh dikatakan hampir setiap hari semasa tempoh mengundi ini sedangkan calon BN hari-hari setiap masa dari pagi sampai malam berkempen.

Sepatutnya sebagai seorang calon bertanding yang sibuk dok cakap kononnya datang ke Muar untuk menabur bakti rupa-rupanya hanya datang untuk menabur janji-janji manismu.

Pegi melawat satu dua kawasan jer pastu lepak jer yang lebih. Ini ciri wakil rakyat yang dimahukan oleh rakyat dan penduduk Muar. Kalo ini wakil rakyat yang dipilih oleh penduduk Muar alamat jahanam ler parlimen Muar ni.

Mungkin lepas nie ada penyokong beliau atau cai-cai PR yang dibayar akan cuba menepis dakwaan ini dengan mengatakan bahawa Hizwan ni berehat sebentar takkan tak boleh kot. Bukan tak boleh berehat sebab dia pun manusia biasa tapi kalo dah berhari-hati, berejam-jam dok melepak jer bila masa nak berkempen.

Banyak lagi citer pasal calon PKR ini yang bakal KN dedahkan termasuk latarbelakang pendidikan beliau yang cuba beliau sorokkan daripada pengetahuan pengundi Muar. Macam ada benda jer yang mahu disorokkan jer oleh si Hizwan ni.

Ini belum lagi citer beliau kawin dua kali walaupun bukan kawin dua serentak tapi kenapa beliau boleh bercerai dengan isteri pertama mesti ada sebab. Tapi kesahihan citer ini akan dikorek lagi supaya KN tidak dikatakan memfitnah si Hazwan ni.

KN rasa cukuplah buat masa ni. Ada masa KN sambung lagi. Tak best la kan kalo kuar semua skali. Takda thrill ler katakan. Tak berdebar ler kalo dah tau ending filem yang ditayangkan.

p/s : macam nie ker calon yang nak dipilih penduduk dan pengundi Muar sebagai Wakil Rakyat Muar. Tepuk dada tanya selera....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 26 April 2013

Lensa Niring 2 : Gambar Candid Walkbout Calon BN Parlimen Muar #P146 @razaliibrahim


Inilah ciri pemimpin yang penduduk dan rakyat Muar mahukan. Seorang pemimpin yang sangat mesra rakyat dan mudah dirapati penduduk serta masyarakat Muar.

Ini jauh berbeza dengan calon PKR yang bukan merupakan penduduk asal Muar, tambahan pula beliau tidak mengetahui dengan mendalam adat budaya masyarakat Muar.


Lensa Niring 1 : Koleksi Gambar Walkbout Calon Parlimen Muar #P145 @razaliibrahim





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers