Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday 28 January 2014

Pemuda Pas Pun Terkejut Beruk Bila Tau Anwar Nak Jadi MB Selangor????


Negara semalam gempar dengan berita gila pemimpin kesayangan PKR Ketua Umumnya Anwar Ibrahim yang dah kemaruk gila kuasa nak bertanding plak kerusi Adun Kajang dengan cita-cita untuk jadi Menteri Besar Selangor selepas cubaan gila Anwar Al Juburi ni nak jadi Perdana Menteri masa PRU13 lepas tidak berjaya walaupun sebahagian besar orang cina "swing vote" dengan mengundi Pakatan Rakyat. 

Semalam Adun Kajang dari PKR meletakkan jawatan "out of no where" secara tobq-tiba takda ribut takda angin nak letak jawatan setelah majoriti rakyat Kajang memberi sokongan kepada calon dari PKR ini. Ini secara tidak langsung menggambarkan bagaimana sebenarnya perangai buruk pemimpin Pakatan Rakyat yang hanya rakus dengan jawatan dan kuasa sahaja bukan mahu memperjuangkan kepentingan rakyat serta nasib rakyat. 

Pandangan ini bukan sahaja dizahirkan oleh rakyat terutama pengundi Kajang bahkan sekutu rapat PKR dari Dewan Pemuda Pas apabila Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda Pas melahirkan rasa tidak puas hati dengan cara yang dilakukan oleh pemimpin PKR demi merebut kuasa. Di bawah ni kenyataan Dewan Pemuda Pas yang juga tidak bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh PKR yang dianggap mengkhianati persahabatan dalam Pakatan.

PEMUDA PAS MALAYSIA TUNTUT PENJELASAN

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melahirkan rasa terkejut dan terkilan dengan perletakan jawatan tanpa alasan yang munasabah Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang Selangor, Y.B.Lee Chin Cheh. Tanpa ada berlakunya tsunami politik yang menggila, perletakan jawatan ini telah mewujudkan satu persepsi yang tidak baik kepada rakyat negeri Selangor terhadap kesepaduan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Rakyat akan meluat dan bosan dengan keletah politik rakus kuasa di kalangan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dan merosakkan imej baik Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor itu sendiri.


Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menganggap perletakan jawatan ini sebagai satu pengkhianatan amanah yang telah diberikan oleh rakyat Selangor kepada Pakatan Rakyat serta membelakangkan semangat ‘syura’ di kalangan PR Negeri Selangor. Perletakan jawatan ini juga akan menyebabkan pembaziran wang rakyat dan tenaga-tenaga petugas parti apabila Pilihanraya Kecil terpaksa diadakan. Sepatutnya untuk penggal kedua pemerintahan, PR Selangor telah semakin mantap dalam meneruskan agenda membantu rakyat Selangor.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia juga menyifatkan tindakan ADNKajang ini telah memberi peluang kepada musuh politik PR Selangor untuk menaburkan khabar angin dan fitnah berlakunya politiking dalaman PKR Selangor terhadap usaha untuk memberikan tekanan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim supaya melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor.

Selain itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melahirkan rasa kecewa terhadap pimpinan PKR Selangor yang mengamalkan agenda ‘politik egois’ dan ‘besar kepala’ dengan membelakangkan PAS dan DAP Selangor di dalam kerja buat mereka di Selangor. PKR Selangor berlagak seperti ‘boss besar’ yang boleh mengambil apa saja tindakan politik yang menguntungkan mereka tanpa persetujuan dan pandangan rakan-rakan parti PAS dan DAP sedangkan PKR Selangor hanyalah ‘pemegang saham minoriti’ di dalam Kerajaan PR Selangor.

Oleh itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menuntut penjelasan yang munasabah daripada ADN Kajang terhadap perletakan jawatan beliau secara bertulis kepada Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan kadar segera. Sekiranya penjelasan yang diberikan tidak munasabah maka Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia memberi amaran akan mengeluarkan arahan kepada seluruh jentera pilihanraya pemuda PAS di semua peringkat untuk tidak memberikan kerjasama di dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang nanti sekiranya calon yang ditentukan masih lagi dari kalangan calon PKR.

Saudara Mohd Sany Bin Hamzan

Pengarah,
Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia

28 Januari 2014

1 comment:

  1. Hai tak kan PAS tengok saja, PAs sepatutnya yang lebih layak, Tunjukkah kejantanan PAS, Jangan kecut je!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers