Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...
Showing posts with label Bernama. Show all posts
Showing posts with label Bernama. Show all posts

Monday, 18 August 2014

Kementerian Pertanian Tekad Bantu Pesawah Kena "Karah Padi"!!! #DSIS @Ismail_Sabri60


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mendapatkan laporan lengkap mengenai penyakit karah padi (perang) yang melanda sawah padi di seluruh negara baru-baru ini.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia adalah langkah dan pendekatan terbaik untuk membantu petani terlibat mengatasi bebanan dan kerugian akibat serangan penyakit tersebut.

Beliau berkata pada masa kini, kakitangan kementerian melalui jabatan pertanian dan jabatan berkaitan sedang mengumpul data serta maklumat terperinchi dan menyeluruh termasuk jumlah keluasan, kerugian dan jumlah petani yang terlibat untuk diambil tindakan lanjut.

"Kita belum lagi mempunyai maklumat terperinci dan tepat dan berdasarkan maklumat awal, jumlah yang terjejas tidaklah besar sangat dan tidak melibatkan keseluruhan petani.

"Oleh itu sebarang bentuk bantuan belum dapat diputuskan kerana kita perlu menunggu laporan lengkap dan melihat cadangan bagi mengatasi masalah itu," katanya.

Ismail Sabri berkata kerajaan Barisan Nasional prihatin dengan nasib yang menimpa petani dan sentiasa berusaha secara berterusan bagi membantu golongan itu agar mereka tidak terus menanggung kesusahan dan menderita.

Katanya meskipun ia tidak membabitkan jumlah kawasan yang luas, namun penyakit karah padi dikesan turut berlaku di negeri jelapang padi iaitu Kedah.

"Walaupun ia tidak banyak, bagaimanapun ia turut menjejas pendapatan petani di kawasan berkenaan dan ia tidak menjejaskan pengeluaran padi secara keseluruhan dan masalah ini akan dapat diatasi dengan baik," katanya.

-- BERNAMA

Sunday, 20 April 2014

@IsmailSabri60 Akan Buka 180 Ladang Ternakan Lembu Macam NFC Ker??? @NajibRazak #DSIS #NFC


BERA – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyasarkan kewujudan 180 ladang ternakan lembu di seluruh negara dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pada masa ini terdapat 61 ladang ternak di seluruh negara.

“Usaha ini antara langkah kerajaan bagi memastikan bekalan daging segar dalam negara mencukupi,” katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata import lembu hidup dari Thailand agak berkurangan kebelakangan ini berikutan persaingan daripada China yang turut meningkatkan import lembu Thailand.

Bagi menampung keperluan negara, Ismail Sabri berkata kerajaan mengenal pasti negara pengeksport baharu antaranya ialah Myanmar.

“Kita akan mengimport 20,000 ekor lembu dari Myanmar awal Mei depan. Selain itu, saya telah mengadakan pertemuan dengan Persatuan Ruminan Kebangsaan baru-baru ini dan mereka memberi jaminan tidak akan berlaku krisis kekurangan bekalan daging segar menjelang musim perayaan akan datang,” katanya.

Menurutnya pada masa ini Malaysia mengimport kira-kira 100,000 tan metrik daging segar setahun dan kerajaan akan memastikan menjelang 2020 nanti, separuh keperluan bekalan daging itu diperoleh daripada sumber tempatan. – BERNAMA

Wednesday, 19 February 2014

Tun M : Anwar Tak Layak Jadi Menteri Besar Selangor!!! #PRKKajang


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor kerana perjuangan Anwar hanyalah untuk menjadi perdana menteri, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya fikir dia (Anwar) tak layak (jadi Menteri Besar), dia tubuh satu parti semata-mata untuk nak tentukan dia jadi perdana menteri, bukan nak berjuang untuk bangsa, agama dan tanah air.

"Di mana-mana dia berjuang pun cuma untuk jadi perdana menteri, masuk dalam Umno (dulu) pun pasal nak jadi perdana menteri, bukan nak berjuang untuk Umno," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kursi Keamanan Global Tun Mahathir Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini Selasa.

Turut hadir Presiden UIAM Tan Sri Dr Rais Yatim.

Dr Mahathir, yang juga Presiden PGPF, berkata beliau juga 'takut' rakyat Selangor tidak akan selamat jika Anwar menjadi Menteri Besar negeri itu.

"Sudah tentulah saya berasa takut sebab rakyat tidak akan selamat, kakitangan tidak akan selamat dengan kehadirannya, anda lihat apa yang berlaku kepada kakitangannya? Dia akan lebih dipengaruhi kebebasan untuk berbuat apa yang disukainya.

"Dia fikir sebagai perdana menteri, mungkin dia tidak dapat disentuh undang-undang, anda bukan tidak dapat disentuh undang-undang, jika anda melakukan perbuatan yang salah, (atau jika) anda tidak bermoral, kerajaan akan mengambil tindakan ke atas anda," katanya.

Friday, 31 January 2014

Haramjadah Punya Bapak Kandung!!! Sanggup Kelar Leher Anak Sendiri!!!


Budak perempuan mati dikelar bapa kandung


Bernama | 1:36AM Jan 31 2014
Seorang lelaki mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi petang semalam.
    
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abd Rahim Jaafar berkata dalam kejadian jam 4.15 petang itu, lelaki berkenaan mencederakan anak-anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan hingga menyebabkan seorang daripadanya putus jari.
    
"Polis masih lagi mencari jari itu di dalam rumah suspek," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
     
Beliau berkata seorang lagi anak perempuannya yang berumur 15 tahun dan anak lelakinya yang berusia 17 tahun dapat menyelamatkan diri daripada bapa mereka, yang bersenjatakan sebilah parang dalam kejadian itu.


Menurutnya anak perempuannya berusia 15 tahun itu, yang baru pulang dari sekolah menengah agama, terkejut apabila melihat bapanya sedang berdiri dengan memegang sebilah parang di dalam rumah teres dua tingkat itu.
    
"Budak perempuan itu melihat ada kesan darah di ruang tamu dan mendapati adik-adiknya cedera. Dia terus menjerit dan memanggil abangnya yang berada di tingkat atas.
    

Thursday, 24 January 2013

Padan Muka Kerajaan PKR Selangor Kena Saman Dengan Ibu Tunggal...


SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu menolak permohonan kerajaan Selangor dan Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengetepikan saman yang difailkan 2,020 ibu tunggal di negeri itu.

Saman itu adalah berhubung kegagalan kerajaan negeri menunaikan janji memberi elaun kepada semua ibu tunggal di Selangor seperti yang dijanjikannya dalam manifesto pilihan raya umum 2008.

Hakim Datuk Yaacob Md Sam memutuskan perkara itu selepas mendapati plaintif mempunyai asas untuk membuat tuntutan itu.

Pada 22 Nov tahun lepas, sebanyak 2,020 ibu tunggal di Selangor memfailkan tuntutan bagi menuntut tunggakan berjumlah RM10.9 juta.

Mereka menamakan kerajaan negeri Selangor yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP sebagai defendan pertama dan Abdul Khalid Ibrahim selaku Ketua Eksekutif kerajaan negeri sebagai defendan kedua.

Dalam saman itu, kesemua plaintif mendakwa mereka menjadi mangsa diskriminasi kerajaan negeri apabila ia gagal menunaikan janji untuk membayar elaun ibu tunggal sejak menubuhkan kerajaan Mac 2008. – BERNAMA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, 19 November 2011

Awang Adek : Awas Borang Palsu Bantuan Khas RM500

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, hari ini mendedahkan wujud golongan tertentu yang mengedarkan borang palsu bantuan khas kerajaan RM500 kepada rakyat berpendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan lebih awal, terutama di kampung.

Beliau menegaskan hanya Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sahaja berhak mengedarkan borang berkenaan bermula 1 Disember.
Awang Adek berkata, sebarang borang yang diedarkan sekarang tidak boleh digunakan kerana ia bukan borang sahih.

Wednesday, 16 November 2011

Peringatan : Ingat Birthday, Ingat Lesen Memandu Dah Mati!!!!

Contoh sahaja...
PUTRAJAYA: Mulai Isnin depan, orang ramai boleh mula memperbaharui lesen memandu mereka mengikut tarikh lahir, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata, menerusi inisiatif itu, tarikh tamat tempoh lesen memandu adalah sama dengan tarikh lahir seseorang pemegang lesen.

"Inisiatif itu juga dibuat bagi memudahkan orang ramai mengingati tarikh memperbaharui lesen memandu selain mengurangkan kes pemegang lesen tidak aktif," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Kong berkata, diharapkan selepas ini, tidak timbul lagi isu lupa untuk memperbaharui lesen memandu terutamanya apabila pemandu terbabit dalam kemalangan.

Berdasarkan rekod Jabatan Pengangkutan Jalan, terdapat 2.2 juta daripada 11.8 juta pemegang lesen tidak aktif atau tidak memperbaharui lesen memandu mereka.

Beliau berkata, kerajaan akan menanggung fi lesen tempoh lanjutan bagi pemegang lesen yang tempoh pembaharuannya di antara tarikh tamat sah lesen hingga tarikh lahir adalah di antara 12 hingga 18 bulan (termasuk tempoh lanjutan).

Bagi pemegang lesen yang tempoh pembaharuannya di antara tarikh tamat sah lesen hingga tarikh lahir adalah di antara 19 hingga 24 bulan (termasuk tempoh lanjutan), mereka perlu membayar untuk lanjutan tempoh melebihi enam bulan tetapi kurang daripada 12 bulan.

Sementara itu, mengulas Sistem Penguatkuasaan Automasi (AES), beliau berkata semua dokumentasi mengenai AES akan siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

Katanya, pemasangan sistem dijangka dimulakan secara berperingkat pertengahan tahun depan.

"Lebih 800 lokasi risiko kemalangan sudah dikenal pasti untuk dipasang dengan sistem itu bagi mengesan sebarang kesalahan lalu lintas yang dilakukan pengguna," katanya.

AES, yang banyak digunakan di negara maju, pada asasnya adalah satu sistem di mana kamera dipasang di kawasan sering berlaku kemalangan bagi mengesan pemanduan laju, dan di persimpangan lampu isyarat bagi mengesan mereka yang melanggar lampu merah. - BERNAMA

Kulaan : Halamak! lesen memandu Kulaan pun dah mati la... tapi belum birthday lagi.... ada sapa-sapa boleh tolong.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers