Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday, 16 May 2012

Giler La Ada RC Model Demons Masa #HBN2012... @ShaberyChik @razaliibrahim @beliabangkit


RC (Cars/Heli/Airplanes)

Demonstrasi dan pertandingan kecil tentang kenderaan "remote control" bakal disaksikan di dalam acara ini. Bermula dari model yang asas sehingga yang paling maju ("high end).

Nik Aziz Kata Sembahyang Itu Demonstrasi???...


Mengikut kata-kata Nik Aziz, sembahyang berseorangan itu adalah demonstrasi. Ahli Qariah ke Masjid untuk berjamaah juga adalah berdemonstrasi. Begitu juga sembahyang jumaat.Malah setahun sekali umat Islam akan berdemonstrasi
di Mekah.

PERSOALANNYA : BERDEMONSTRASI terhadap siapa? Allah atau pemerintah semasa?

Jika sembahyang Jumaat dikatakan demonstrasi, maka adakah yang hadir itu berdemonstrasi kepada Allah? atau Tok Imam atau Sultan atau Pemerintah Negeri? Juga Demonstrasi itu kata Nik Aziz adalah ibadah seperti sembahyang. Beliau menyamakan demonstrasi adalah ibadah seperti sembahyang.

Apakah demonstrasi yang menganggu orangramai dianggap sebagai ibadah? Jika sembahyang kita yang boleh menganggu jiran atau umat sekeling pun masih boleh manghasilkan dosa, adakah demonstrasi jalanan merosakkan harta benda awam masih boleh dikatakan ibadah?

Kita ingin bertanya kepada penyokong PAS, apakah sembahyang ada sebagai satu demonstrasi atau IBADAH?

Atau memang penyokong-penyokong PAS menganggap yang demonstrasi sama statusnya dengan sembahyang. Kedua-duanya adalah ibadah?

Nik Aziz memang menyeleweng ajaran Islam. Beliau menambahkan lagi kekusutan kefahaman umat terhadap Islam. Maka sahlah kata-kata Bob Lokman dengan memasuki PAS, beliau telah temu jalan yang benar. Ya jalan yang benar ... jalan yang menjanjikan syurga dajjal!

Tuesday, 15 May 2012

@PDRMsia Akan Mempersembahkan Gerak Ops Khas Pada #HBN2012... @shaberychik @HishammuddinH2O @razaliibrahim @beliabangkit


PDRM akan mengadakan beberapa pertunjukkan Operasi Gerak Khas yang dijalankan dari sudut taktikal menggunakan peralatan yang moden dan canggih yang jarang dapat di lihat oleh orang awam...




Tarikh : 27hb Mei 2012


Masa :  2.30 - 4.30 petang

Pas Akan Ulang Tayang Isu Hudud Bila Sokongan Akar Umbi Pas Makin Menurun... Taktik Kotor...


Itulah yang terjadi dalam pakatan pembangkang bila PAS mula memainkan isu HUDUD. Isu Hudud akan diulang tayang sekirang sokongan akar umbi menurun.

PAS takut kehilangan sokongan akar umbinya (sama ahli atau penyokong parti di luar bandar) yang masih mengharap PAS kekal dengan perjuangan asal mereka untuk menegakkan negara Islam dan Hudud. 

Bagi penyokong di bandar yang liberal, mereka tak kisah pun pasal Hudud dan Negara Islam, mereka hanya mahukan kuasa dengan menjatuhkan UMNO. Sebab itulah tarbiyah PAS gagal di bandar. 

Ahli dan penyokong PAS di bandar lebih gemar menghadiri ceramah politik daripada ceramah agama. Kerana di ceramah politik ada pemimpin yang menjadi idola mereka iaitu Anwar Ibrahim. Dan golongan inilah yang mengangkat Mat Sabu yang bukan Ulama sebagai Timbalan Presiden PAS.

Kesimpulannya, inilah wayang / drama yang sering dimainkan oleh pembangkang bila sokongan terhadap mereka berkurangan. 

Penamat episod ini adalah Anwar Ibrahim akan mendamaikan kedua-dua kabilah yang berperang dalam pembangkang dan muncul sebagai hero..............wa ka ka ka .....ka ka ka ka....

Bersih 4.0 : Penganjur Tuduh Nik Aziz Penipu Besar!!!


Penganjur Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) menegaskan tiada sebarang keputusan dibuat untuk mengadakan perhimpunan BERSIH 4.0 dalam tempoh terdekat ini.

Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah menjelaskan demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyuarakan akan ada perhimpunan BERSIH 4.0 jika isu-isu berkaitan dengan pilihan raya bersih tidak ditunaikan kerajaan.

Mungkin merasakan bahawa BERSIH 3.0 gagal secara objektif dan sasaran untuk memburuk-burukkan kerajaan, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu bertindak mengugut hendak menganjurkan BERSIH 4.0 sekiranya Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar tidak meletakkan jawatan.

Bagaimanapun, Maria menyanggah kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh kedua-dua pimpinan PAS itu dan menegaskan pihaknya tidak mempunyai perancangan setakat ini untuk mengadakan perhimpunan BERSIH 4.0.

"Tetapi kita tidak ada perancangan untuk BERSIH 4.0 buat masa ini," katanya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers