Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday, 2 July 2012

Pas Dan PKR Dimadukan DAP...


Sejak PAS berkahwin dengan DAP bermadu pula dengan PKR semakin hari dapat dilihat mereka sudah seperti parti Chauvinis Cina tersebut. Baik dari segi perwatakan, sikap, prinsip juga dasar parti Islam yang dibawa mereka sendiri.

Dapat dilihat PAS sudah hilang arah, apatah lagi dalam mempertahankan hak orang Melayu dan lebih buruk lagi apabila mereka tersasar dari perjuangan sebenar mereka, manakala DAP bijak mengatur langkah dan strategi untuk menawan hati orang Melayu. Sebagai contoh, kini DAP menggula-gulakan orang Melayu kononnya parti itulah pejuang yang ikhlas terhadap agenda Melayu di Pulau Pinang.

Selain itu, DAP turut merasuah orang Melayu dengan memberi peruntukan lebih tinggi kepada majlis agama negeri dan projek-projek kecil namun hakikatnya projek pembangunan yang besar dan bernilai tinggi pula disapu oleh pemimpin dan kroni DAP berbangsa Cina.

Oleh kerana gula-gula yang diberikan ini, PAS dilihat menyanjung tinggi DAP di mana pada suatu ketika dulu pernah dilabel sebagai kafir harbi dan pengkhianat Melayu. Setelah disatukan, apa saja yang dilakukan DAP bertukar menjadi halal, bersih dan bebas dari dosa. Tidak cukup dengan itu PAS sanggup menukar dasar dan perjuangannya menuntut sebuah negara Islam kepada yang satu konsep yang lebih lunak dan tidak merbahaya kepada DAP iaitu 'negara berkebajikan'.

Lupakah kita dengan kebidapan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Nizar Jamaluddin berhubung isu pembelian plat WWW 1 oleh Sultan Johor? Lupakah orang Melayu Perak khususnya akan episod 'sembah derhaka' Nizar kepada Sultan Azlan Shah apabila enggan meletak jawatan apabila dititah berbuat demikian pada awal 2009?

Sunday, 1 July 2012

Kalo Dah Silap Parking, Salah Siapa Nie???...


Siapa yang harus dipersalahkan???... Kerajaan BN???... UMNO???... BN???...

Abby Abadi Belum Sampai "Seru" Masuk Pas???... @abby_abadi112



Semenjak dua menjak kebelakangan ni gua tengok dah ada semacam tsunami baru plak bila artis-artis Malaysia berduyun-duyun mendaftar menjadi ahli sesebuah parti. Sudah ada artis yang masuk UMNO dan Pas. Tinggal lagi kita belum dengar ada artis masuk PKR atau DAP. Sapa la artis yang akan datang masuk PKR dan DAP.

Ada artis yang masuk UMNO dengan alasan demi perjuangan agama, bangsa dan negara. Sama jugalah alasan artis yang masuk Pas kerana kononnya sudah insaf dan mahu mendekati agama maka mereka memilih Pas. Pas kononnya mampu membawa artis tersebut ke jalan yang benar dengan ajaran Islam yang betul. 

Persoalan gua? Betul ker hanya Pas parti yang memperjuangkan Islam? Hanya Pas sahaja parti yang berlandaskan Islam atau sekadar menggunakan nama Islam sebagai "topeng politik"? 

Petikan Sinar Harian :

Belum sampai masanya lagi! Demikian kata Abby Abadi, pelakon yang terkenal dengan watak Inspektor Aliza dalam rancangan televisyen Gerak Khas ketika diajukan pertanyaan sama ada akan mengikut jejak langkah beberapa rakan artis lain menyertai Pas.

Beliau berkata, belum sampai masanya lagi untuk menyertai Pas seperti yang dilakukan oleh beberapa selebriti sebelum ini.

Menurutnya, untuk sementara waktu beliau rela menjadi kelompok orang di luar parti bagi mencari erti perjuangan sebenar dan memahami konteks agama serta politik tidak dapat dipisahkan sebelum mengambil langkah seterusnya.

“Bukan saya tak nak (jadi ahli Pas) atau nak mengelakkan (menyertai Pas) tetapi masih ramai di luar sana tidak faham agama dan politik tidak boleh dipisahkan.

"Nak tarik orang masuk parti bukan senang, kena perlahan-lahan.

“Sebab itu saya masih belum lagi mendaftar sebagai ahli Pas," katanya.

Tambah beliau: "Apabila saya betul-betul faham baru akan sertai. Bukan tak nak masuk… sabar ya."

Beliau berkata demikian sewaktu diasak pelbagai soalan bila akan masuk Pas semasa sesi dialog berkongsi pengalaman penghijrahan bersama Abby Abadi di Kompleks Pas Kota Sarang Semut di sini, malam tadi.

Hadir sama, Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa.

Abby berkata, tidak salah berada dalam majlis anjuran Pas dan mendekatkan diri melalui majlis ilmu kerana cara itu berpeluang berkongsi ilmu agama dengan ustaz, ustazah termasuk ilmuan.

“Bukan sahaja bergandingan bersama mereka tetapi juga pernah berkongsi pentas ilmu dengan selebriti seperti Bob Lokman. Saya bangga abang Bob (Bob Lokman) dan Kak Aishah (Wan Aishah Wan Ariffin) menyertai Pas selepas mereka faham apa yang diperjuangkan.

“Sebelum masuk ke majlis seperti ini, orang bercakap macam-macam mengenai mereka, cakap tak sedar diri dulu dalam bidang seni sekarang baru berubah. Namun bila bersama mereka tidak pernah mereka memburukkan sesiapa sebaliknya perkongsian sering berkisarkan agama, fardu ain, tentang kematian,” katanya.

Menurutnya, hasrat beliau kini ingin lebih dekat dengan agama selain menjadi insan lebih baik setelah melalui pelbagai pengalaman yang banyak mengajarnya erti sabar termasuk diberi jalan untuk berhijrah.

“Bukan sebab saya pilih pentas (majlis Pas) untuk berkongsi pengalaman, saya juga mendapat jemputan daripada majlis agama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama persatuan wanita.

“Saya seronok berkongsi cerita supaya apabila ada wanita lain melalui peristiwa seperti saya (berhijrah) mereka akan sama-sama mendapat kekuatan melalui perkongsian pengalaman ini,” katanya.

Beliau berkata, perjuangan sebenar ialah apabila seseorang itu semakin dekat pada agama dan sayang kepada ALLAH.

"Saya sendiri tidak suka melihat berlaku perpecahan antara orang Melayu serta sesama Islam," katanya.

Dalam majlis itu, Abby turut menerima senaskhah buku Munajat Pejuang yang disampaikan Mohd Nasir sebagai simbolik pelancaran Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat Pas Kawasan Kuala Kedah.

Taksub Pengikut Pas Sudah Menyamai Al-Arqam???...


Astagfirrullahal azim... Tepuk dahi gua bila tengok gambar kat atas. Rasa sebak dan hiba gua nak menitis air mata melihat begitu taksub dan fanatiknya penyokong Pas sehingga menjadikan bendera sebagai ganti kepada sejadah ketika mendirikan solat. Apa sudah tidak ada langsung sejadah untuk digunakan.

Gua tidak mengatakan bahawa menggunakan bendera tu sebagai sesuatu yang salah dalam agama atau ia boleh menyebabkan solat boleh terbatal. Mungkin ini salah satu fatwa yang dikeluarkan oleh tok-tok guru dalam Pas bahawa jika solat menggunakan bendera parti pas boleh menyebabkan pengikutnya masuk syurga seperti fatwa tok guru depa "pangkah Pas masuk syurga", "masuk Pas masuk syurga".

Bukan gua saja nak reka cerita atau buat fitnah seperti apa yang pencacai Pakatan selalu tuduh gua sampai maki hamun gua kata gua bakal masuk neraka kerana kononya gua tabur fitnah walaupun apa yang gua katakan adalah kebenaran semata-mata. Bukti gambar di bawah ni sebagai bukti kepada kata-kata gua.

p/s : lu pikir la sendiri.....


Anak Jawa Bagan Datoh Jadi PM??? Anak Banjar???... @Zahid_Hamidi @zahidhamidi_my


APABILA membincangkan siapakah yang harus menjadi Perdana Menteri (PM) kalangan pemimpin Pakatan Rakyat, balik-balik nama disebut ialah Anwar Ibrahim, kemudian Haji Hadi Awang. Ada orang kata, “Macam tak ada orang lain lagi.”

Tafsirannya mudah. Nampaknya tidak ada barisan pemimpin pembangkang yang benar-benar layak untuk dicalonkan ke jawatan tertinggi itu. Sebaliknya, majoriti pemimpin dalam PKR dan Pas hanya berkemampuan jadi menteri sahaja. Itu pun berdasarkan ceramah politik atau kenyataan mereka yang tersiar dalam media.

Cakap memang semua orang boleh cakap sedangkan hasilnya belum terbukti, semua orang boleh buat. Ini berbeza dengan kem BN, terutamanya Umno. Sejak dulu lagi Umno tidak pernah ketandusan pemimpin yang layak menjadi PM. Cuma ada yang tidak bernasib baik dalam pemilihan pucuk pimpinan parti atau kurang berminat untuk mempromosikan diri sebagaimana dilakukan Anwar.

Dalam Umno, ramai pemimpin yang berpotensi, walaupun bukan daripada kalangan Naib Presiden Umno. Ada satu atau dua kalangan kepimpinan Pemuda yang mempunyai flair dan karisma untuk menjadi PM. Begitu juga mereka yang terpilih selaku Naib Presiden dalam pemilihan lalu. Antaranya, seorang anak Jawa dari Bagan Datoh yang pernah menjadi Ketua Pemuda Umno dan kini, Naib Presiden Umno.

Walaupun Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sering menjelaskan kepada umum bahawa beliau tidak bercita-cita menduduki jawatan tersebut tetapi beliau nampaknya tidak berdaya menghalang kejayaan yang ditakdirkan ke atas dirinya.

Kira-kira 30 tahun dulu ketika Dr Mahathir menjadi PM, Zahid hanyalah seorang Mat Motor yang berpendidikan tinggi, berakhlak dan berkerjaya. Beliau kerap menganjurkan konvoi motosikal berkuasa tinggi bagi memupuk kesetiakawanan kalangan belia. Kini cintanya pada motor besar masih berkobar-kobar. Atas semangat dan tujuan ini jugalah Zahid berada dalam Umno.

Namun ditakdirkan Zahid kini berada dalam kalangan pemimpin Pemuda Umno, dilantik menjadi Ketua Penerangannya ketika Datuk Seri Najib Razak menjadi Ketuanya dan akhirnya menjadi Ketua Pergerakan tersebut. Ibarat orang bermain silat dalam gelanggang yang dipenuhi pemain yang sama handal, Zahid tidak menunjukkan buah-buah yang boleh membawa pukulan maut. Dia sedar bukan masanya untuk mendahului mana-mana pihak namun sebagai Naib Presiden Umno, Zahid berada kalangan tokoh yang bakal bersaing masa depan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers