Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday, 15 September 2012

Puaka Niring : Video Penampakan Hantu Aneh Di Atas Pohon

Berjumpa Dengan Kate, Datuk Siti Dikutuk – ‘Pandai Ke Speaking?’

Ketika ini, orang ramai teruja dengan kehadiran Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan Kate Middleton ke Malaysia kerana dapat menyaksikan kerabat diraja ini dengan lebih dekat.

Tujuan hadir ke Malaysia adalah merupakan sebahagian program jelajah pasangan diraja berkenaan sempena sambutan Jubli Intan, menandakan 60 tahun pemerintahan Ratu Elizabeth.

Malah, rasa keterujaan masyarakat Malaysia semakin dirasai apabila Putera William dan Kate mengadakan kunjungan ke Masjid Assyakirin di Bandaraya Kuala Lumpur semalam.

Ketibaan pasangan itu disambut meriah dan dinantikan oleh rakyat Malaysia yang sudah lama menunggu di perkarangan masjid itu.

Turut tidak melepaskan peluang untuk bertemu dengan Kate adalah penyanyi terkenal tanah air kita, Datuk Siti Nurhaliza.

Siti telah memuat naik gambarnya bersama Kate untuk tatapan peminat-peminatnya di profil Instagramnya.

Kiranya, beruntunglah Siti dapat berjumpa dengan orang kenamaan seperti Kate.

Namun, dalam keseronokkan Siti menikmati momen indah bersama peminat-peminat, ada juga yang tidak berapa suka dan mengutuk diri Siti.

Secara terang-terang, ada peminat yang memerli Siti sama ada pandai atau tidak bertutur dalam Bahasa Inggeris ketika bertemu dengan isteri Putera William itu.

Malah, ada juga yang mengutuk Siti yang gembira berjumpa dengan Kate seolah-olah bertemu dengan 'Nabi'.

Macam-macam yang diperkatakan oleh peminat-peminat Siti di Instagram milik penyanyi itu.

Apa-apa pun, tidak kiralah kita bertemu dengan sesiapa pun, walau setinggi mana darjat diri kita, dan setinggi mana akal fikiran kita, setiap tutur kata itu haruslah dijaga.

Tidak semua manusia itu sempurna. Muhasabah dirikan lebih elok? Tak gitu?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Media Britain Sifatkan Imej Bertudung Kate Di M’sia Imbas Memori Diana




Umum mengetahui yang ketika ini, Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan Kate Middleton sedang berada di Kuala Lumpur.

Mereka hadir ke Malaysia adalah merupakan sebahagian program jelajah pasangan diraja berkenaan sempena sambutan Jubli Intan, menandakan 60 tahun pemerintahan Ratu Elizabeth.

Hari ini, Putera William dan Kate mencatat sejarah apabila mereka berdua melawat ke Masjid Assyakirin, Kuala Lumpur yang boleh memuatkan jemaah Islam seramai 12,000 orang.

Apa yang menarik perhatian orang ramai adalah penampilan Kate dalam lawatan mesra itu seperti mengimbas kembali memori mendiang ibu mertuanya, Puteri Diana sewaktu 20 tahun yang lalu.

Kate tampil memakai gaun berwarna kelabu cair dengan memakai selendang sewaktu masuk ke dalam masjid di bandaraya Kuala Lumpur itu.

Penampilan Kate itu ternyata sama dengan penampilan mendiang Puteri Diana sewaktu ibu mertuanya itu mengadakan lawatan ke sebuah Masjid di Egypt pada tahun 1992.

Kate juga jelas menunjukkan rasa hormat dan sensitiviti umat Islam sama seperti yang ditunjukkan oleh mendiang Puteri Diana.

Jadi, tidak hairanlah media-media Britain seperti Dailymail.co.uk mengatakan, Kate mempunyai ciri-ciri seperti mendiang Puteri Diana terutama sewaktu mengenakan tudung di Masjid Assyakirin itu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 14 September 2012

Puaka Niring : Aneh, Ikan Keluar Dari Badan Orang Mati!!

SUARAM Dibiaya Dana Asing?


Wang disalur melalui Suara Inisiatif Sdn Bhd sejak 2008
Kuala Lumpur: Siasatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati wujud keraguan dan kekeliruan dalam dokumen dan penyata kewangan Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB) yang membiayai Suara Rakyat Malaysia (SUARAM).

Siasatan juga mendedahkan SISB yang didaftarkan mengikut Akta Syarikat 1965 menyalurkan dana kepada SUARAM, yang didaftarkan sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO). SISB pula mendapat pembiayaan daripada dana asing sejak 2008.

“Siasatan SSM mendapati SISB menerima dana daripada empat sumber antarabangsa, iaitu National Endowment for Democracy (NGO di Washington), Open Society Institute (NGO di New York), Southeast Asian Centre for e-Media dan Kedutaan Jerman di Kuala Lumpur.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata SSM mengesyaki SISB melakukan kesalahan mengikut Akta Syarikat 1965 kerana ada aktivitinya tidak mengikut peraturan berkaitan objektif penubuhan syarikat.

SISB terima, salur dana Sebagai contoh, katanya, ada ketika hanya 0.06 peratus pendapatan keseluruhan SISB datang daripada aktiviti perniagaannya, bakinya sumbangan dana luar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers