Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday, 1 October 2012

Quikie : Bila Pencuri Amatur Nak Rembat Motor Ducati...



Sekumpulan enam pemuda yang menaiki tiga buah skuter dikesan CCTV cuba melarikan dua buah motorsikal mewah jenis Ducati 1199 di sebuah premis di Croydon, London baru-baru ini.

Namun cubaan itu gagal apabila salah seorang pekerja kedai motorsikal berkenaan dan rakannya yang berada di luar premis itu berjaya mematahkan percubaan tersebut.

Para pencuri amatur itu kemudiannya berjaya melarikan diri setelah cubaan mereka gagal seperti yang dirancang sebelumnya.

Layan.....

Mansor Kantoi Memang Dia Ada Kata Guan Eng "Angkuh" Dan "Sombong"????...





"Guan Eng macam tokong you know to the Chinese, you cannot deny that, he is just like a tokong, itu yang buat dia orang sombong, very-very angkuh and arrogant. Tapi tidak apalah, whatever it is, we get ourselves stronger, young people you orang kena prepare, every seat kita nak bertanding, kena ada orang,"

Gua petik pandangan Pisau.Net mengenai isu ini :

Khabarnya beberapa nama telah dipanggil untuk siasatan mengenai kebocoran rakaman mesyuarat PKR negeri telah mengaitkan dengan Yb Malik Kassim. Sekarang ini ramai yang berteka teki adakah proksi Guan Eng atau Malik Kassim yang membocorkan rakaman tersebut.

Khabarnya beberapa nama telah dipanggil untuk siasatan mengenai kebocoran rakaman mesyuarat PKR negeri telah mengaitkan dengan Yb Malik Kassim. Sekarang ini ramai yang berteka teki adakah proksi Guan Eng atau Malik Kassim yang membocorkan rakaman tersebut.

Read more: http://www.pisau.net/2012/09/mansor-lebih-takut-tokong-guan-eng.html#ixzz280oeThxp

Pemimpin Pas Buat Tak Tau Jer Dengan Filem "Innocence of Muslims"...


Apabila filem anti-Islam, Innocence of Muslims disiarkan, semua umat Islam mengambil reaksi tegang dengan mengecam sekeras-kerasnya tindakan penerbit filem itu, Nakoula Basseley Nakoula menerbitkan filem berkenaan.

Namun apabila seorang "ulama parti" dengan sengaja mengeluarkan kenyataan mengelirukan tentang Nabi Muhammad SAW seolah-olah merendah-rendahkan martabat baginda, tiada kecaman dan kritikan diberikan oleh penyokong dan pemimpin parti itu terhadap "ulama parti" ini.

Persoalan yang timbul, adakah kita cuma akan mempertahankan martabat baginda Rasullullah SAW apabila dihina oleh orang bukan Islam namun bersikap berdiam diri apabila martabat nabi kita direndah-rendahkan oleh pemimin parti politik yang kita sokong?

Kalau beginilah senarionya, gua ucapkan TAHNIAH kerana nampaknya pemimpin parti politik sedang cuba "dimaksumkan" oleh para pengikutnya.

Sunday, 30 September 2012

Puaka Niring : Lagenda Tasik Chini Mitos, Lagenda Atau Benar???...


Kisah naga terlalu sinonim dengan tasik air tawar kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera iaitu Tasik Chini. Beratus tahun telah berlalu, namun lagenda ini masih terus melingkari penduduk setempat.

Cerita Satu

” Peneroka Felda Chini 2, Bahasan Abdullah,51, berkata kewujudan naga di Tasik Chini memang benar kerana dia sendiri pernah melihatnya pada 1986.Walaupun mungkin ada menganggap apa yang dikatakannya itu sebagai dongeng, tetapi peristiwa yang berlaku dalam hidupnya membuktikan sebaliknya. “Ketika itu, saya mengangkat jaring ikan di kawasan Laut Gumum tetapi tersangkut ular besar di situ dan berhasrat membebaskannya.

“Bagaimanapun, selepas melihat ular itu seperti melawan, saya kemudian menetak kepalanya hingga terkulai mati. “Saya meletakkan ular itu dalam sampan dan terkejut kerana melihat darahnya seperti darah manusia, begitu banyak dan kemudian mencampakkannya ke tasik,” katanya.

Bahasan berkata, ketika bahagian hujung jaring diangkat, seekor lagi ular daripada spesies sama tersangkut di situ dan dia juga turut membunuh ular berkenaan. Katanya, ketika menaiki sampan menuju ke pangkalan bot pada kira-kira jam 10 pagi, secara tiba-tiba dia melihat tiga lengkungan badan naga yang sangat besar muncul di permukaan air.”Walaupun jaraknya jauh dan hanya beberapa minit, tetapi saya melihat jelas badan naga berwarna hitam itu sangat besar dan ombak yang terhasil juga sangat kuat. “Ketika itu, dua lelaki Indonesia yang sedang mandi di tepi tasik itu turut melihat kejadian itu dan bergegas naik kerana ombak terlalu kuat,” katanya.Bahasan berkata, sekembalinya ke rumah, kepalanya berasa gatal dan pada hari ketiga, kesan gatal di kepala itu akhirnya menjadi seperti debu.

“Tidak lama kemudian, seluruh badan saya menjadi lemah dan dijangkiti penyakit seperti kudis melepuh berair yang berbau hanyir.”Lebih 30 bomoh saya temui di seluruh negara untuk mengubat penyakit misteri ini tetapi gagal, malah saya pernah dimasukkan ke hospital selama 20 hari pada 1988 tetapi doktor mengesahkan saya tidak berpenyakit,” katanya. Bahasan berkata, penyakit itu turut menyebabkan isterinya lari meninggalkannya. Katanya, seorang bomoh di Terengganu yang ditemuinya memaklumkan penyakit itu hanya akan sembuh dengan usaha dirinya sendiri.

“Saya menderita penyakit ini selama 13 tahun dan hanya sembuh selepas saya nekad pergi semula ke kawasan saya menemui ular itu dulu.”Saya berdoa pada Allah dan mengambil air Tasik Chini yang dicampurkan dengan tanah tasik, kemudian disapu ke seluruh badan. “Rawatan itu saya buat setiap hari dan bersyukur akhirnya sembuh juga tetapi kenangan itu meninggalkan kesan mendalam dalam hidup saya yang mungkin terkena sumpahan naga di situ,” katanya.”

Cerita 2

Berdasarkan cerita rakyat, seekor naga besar dikenali Naga Seri Gumum, dikatakan menghuni Tasik Chini dan kisah itu turut dipaparkan pada papan tanda besar yang diletakkan di Tasik Chini Resort untuk dibaca pelancong yang datang ke situ.Menurut cerita orang tua-tua, satu ketika dahulu, sekumpulan Orang Asli suku Jakun datang ke kawasan hutan tebal, lalu meneroka dan membuka tanah di situ untuk bercucuk tanam.

Pada satu hari, ketika kumpulan Orang Asli itu berkumpul untuk bercucuk tanam, tiba-tiba muncul seorang wanita bertongkat dan memberitahu, tempat berkenaan adalah miliknya dan mereka perlu meminta izin sebelum menerokanya. Bagaimanapun, wanita itu akhirnya mengizinkan mereka membersihkan kawasan itu selepas Tok Batin meminta maaf dan bagi menguatkan tuntutannya, wanita berkenaan mencacakkan tongkatnya di tengah kawasan yang diterokai itu sambil memberi amaran supaya tidak mencabutnya sebelum dia menghilangkan diri. Kumpulan itu terus bercucuk tanam sehingga tiba-tiba mereka diganggu dengan salakkan anjing di pinggir kawasan yang dibersihkan.

Rugi Tak Tengok SRK : Chammak Challo - Ra One - (Full Video Song) - ft. Akon "Shahrukh Khan" Kareena Kapoor



Chammak Challo [behind the scenes] - RA.One



"Chammak Challo Song Making" Feat. Akon, Vishal & Shekhar. You have already seen various versions of "chammak challo" but now its time to see how that song actually came into existence. Watch the full video of "Ra One Chammak Challo song" featuring music duo vishal shekhar & international artist Akon. We salute the indomitable spirit of these musicians to make such commendable song.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers