Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Sunday, 30 December 2012

Ariel, Luna Maya Dulu Kongsi Katil Kini Kongsi Niaga???...


Penyanyi, Ariel dan selebriti, Luna Maya membuat kejutan apabila kedua-duanya dikatakan kembali menjalinkan hubungan semula selepas percintaan mereka terputus sebelum ini.

Bagaimanapun, hubungan mereka kali ini hanya terbatas pada perniagaan saja.

Ariel, bekas penyanyi kumpulan Peterpan yang dibebaskan dari penjara beberapa bulan lalu baru-baru ini memulakan perniagaan kasut, ARL, sementara Luna sudah lama terlibat dengan perniagaan pakaian, LM for Hardware.

Dia dipenjara kerana terbabit dalam video porno bersama Luna dan seorang lagi selebriti, Cut Tari, "Hubungan kami hanya berkait dengan perniagaan," katanya malu-malu, lapor Tabloidnova.com.

Ariel sengaja memilih Luna sebagai rakan perniagaan kerana bekas kekasihnya itu mempunyai pengalaman dalam bidang berkenaan. – BT
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kantoi! Peserta Mogok Lapar Kat Dataran Kantoi Makan Di Hotel!!!...

Sebahagian daripada kumpulan 18 'pejuang alam sekitar sejati' yang menganjurkan mogok lapar selama 100 jam bermula pukul 8 malam Khamis lalu hari ini dikesan makan tengahari di sebuah hotel dan beberapa restoran berhampiran Dataran Merdeka.

Jurugambar kami berjaya mengesan perbuatan itu sebentar tadi yakni ketika mogok baru sahaja mencecah masuk ke 63 jam.

Menurut jurugambar berkenaan, peserta mogok pada awalnya memperlihatkan kepada orang ramai sekitar dataran bahawa mereka dalam keadaan yang sangat lemah.

Bagaimanapun selepas beberapa ketika, seorang demi seorang mula hilang dari tempat mogok lapar terbabit.

Mengesyaki sesuatu, jurugambar Mynewshub mula menjejaki mereka secara senyap dan akhirnya berjaya menemukan sebahagian peserta yang makan dengan pantas di beberapa kawasan sekitar Dataran Merdeka.

Malah lebih memeranjatkan, sebahagian peserta yang dikatakan merupakan ahli DAP dilihat menerima bungkusan makanan yang dihantar kepada mereka.

Memetik kenyataan penganjur program berkenaan sebelum ini, Tan Woen Tian berkata, mogok lapar selama 100 jam itu sebagai protes terhadap beberapa isu alam sekitar dan kemasyarakatan.

Mogok lapar itu jelas beliau akan berakhir pada detik tengah malam Tahun Baru 2013.

Pesertanya – yang juga akan terdiri daripada remaja dan pesara – hanya akan minum air botol sepanjang tempoh tersebut (petikan Malaysiakini).

Woen Tian berkali-kali menegaskan aspek hanya minum air berkenaan ketika sidang media pada malam pelancaran kempen itu.

Beliau bagaimanapun sama sekali tidak menyentuh mengenai 'aktiviti makan diam-diam' seperti yang ditemui pihak kami hari ini.

Beliau juga tidak sekali pun mengatakan ia adalah kempen 'sepatutnya lapar' tetapi bertegas ia adalah mogok lapar selama 100 jam.

Anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Wong Chin Huat yang sebelum ini bersemangat juga tidak kelihatan di Dataran Merdeka hari ini.

Mogok 'sepatutnya lapar' berkenaan dianjurkan oleh Malaysian Youth Against Public Hazard (MYAPH).

Berikut kronologi penemuan kami;

Gambar utama: Pukul 12.28 – ada peserta menerima bungkusan nasi.

Gambar 2 dan 3: Pukul 12.55 – peserta keluar mencari kuih dan makan sepanjang perjalanan balik ke lokasi mogok lapar.

Gambar 4: Pukul 1.18 – Dua orang Peserta mogok pulang ke hotel.

Gambar 5: Pukul 1.32 – Dua orang peserta mogok lapar makan di restoran berhampiran Masjid Jamek.

Gambar 6: Pukul 1.41 – Seorang lagi peserta mogok lapar datang makan di restoran yang sama.

P/s: Tidak berkaitan tapi perlu diketengahkan….**Bangsat punya Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), ada kawasan sudah dua hari takda air…tahu hantar bil mintak duit aje ke! Kerajaan Negeri Selangor pun sama duk politikan isu air bagi rakyat susah!

Sumber : MyNewsHub
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

[18SX] Artis-artis Malaysia Yang Menayangkan Tubuh/Bogel Dalam Filem...

Kehendak skrip, menjiwai dan menghayati watak selain membuktikan keberanian diri mencuba sesuatu yang baru, akhirnya mendorong pelakon menggadaikan maruah serta perasaan malu apabila sanggup membelakangi norma masyarakat dan memperjudikan hukum agama sekalipun memberi alasan ia dilakukan atas tujuan kerja mahupun nilai estetika sesebuah karya itu. Jom kali ini kita selongkar antara artis yang menayangkan tubuh mereka di dalam filem bagi menjayakan watak yang dilakonkan..!!

1 – Zizan


Zizan melucutkan pakaian towel yang dipakai bagi memenuhi tuntutan skrip berbogel apabila melihat pocong di dalam Filem Hantu Bonceng yang kontroversi itu. Cerita Hantu Bonceng mengisahkan Amran seorang budak Delivery yang gemar berlumba secara haram motor Drag. Satu hari selepas memenagi satu perlumbaan, Amran telah di hadiahkan seorang Bohsia bernama Maya sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, di ketika Amran hendak membawa bohsia yang memboncengnya itu keluar dari port, mereka telah kemalangan dan Bohsia tersebut mati ditempat kejadian.

2 – Ana Dahlia


Pelakon baru yang meningkat naik menerusi drama Nora Elena ini memberitahu dia juga pernah mendedahkan tubuh untuk filem lakonannya berjudul Mantra. Gambar yang mendedahkan belakang Ana Dahlia itu yang dijadikan poster filem Mantra walaupun menjadi kontroversi, Ana mengakui tindakan berani itu sekadar memenuhi watak yang dibawakannya.

3 – Arja Le



Friday, 28 December 2012

Fatwa Baru @Abby_Abadi112 : Rezeki Dari Tidak Tutup Aurat Haram????...


Figura yang berstatus 'pendakwah selebriti' di gelanggang pentas ceramah politik ini iaitu Abby Abadi diyakini terkenal dengan pandangan kritisnya.

Bahkan rakan-rakan artis yang pernah sama-sama berjuang didalam cabangnya yang sama suatu ketika dahulu tidak terlepas dari menerima tempelan lantangnya.

Ini termasuk satu lagi dakwaanya yang mengatakan pelakon yang bersentuhan bukan muhrim dan yang tidak menutup aurat adalah haram rezeki yang diperolehinya.

Ujar Abby "Bila kita tidak menutup aurat, bila kita bersentuhan secara sengaja dengan yang bukan mahram rezeki kita itu adalah haram. Haram rezeki kepada pelakon-pelakon yang berlakon tanpa mengikut syariat Islam itu sebenarnya.

Awwww…Lainya Muka Adam Adli Sekarang Nyahhhh…


Ketika ini, sekumpulan golongan Cina sedang berhimpun di Dataran Merdeka bagi melancarkan Kempen Mogok Lapar mereka selama 100 jam.

Kempen itu telah dihadiri kurang dari 60 orang dan ternyata tidak mendapat sambutan dari ramai pihak.

Pada fikiran mereka, perjuangan yang ingin mereka bawakan dalam Perhimpunan Hijau itu adalah semata-mata mahukan pihak kerajaan mendengar suara mereka yang mahukan kilang pemprosesan atau loji nadir bumi Lynas di Balok, Pahang dihentikan serta-merta.

Kalau mereka begitu prihatin dengan isu alam sekitar, mengapa mereka tidak meminta pemimpin DAP Perak yang mendapat tanah balak di Kelantan agar jangan merosakkan alam dengan menebang balak-balak berkenaan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers