Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday, 3 January 2013

Zarina Anjoulie Masuk Penjara Kajang Bila Ahli Keluarga Tak Jamin????...


Pelakon Zarina Anjoulie yang pernah membintangi siri drama Anak Pontianak telah di bawa ke Kompleks Penjara Kajang selepas tiada ahli keluarganya yang datang untuk mengikat jamin aktres tersebut sehingga pukul empat petang Rabu atas pertuduhan memiliki dadah.

Menurut laporan Harian Metro, Zarina, 27, dikenakan ikat jamin sebanyak RM2,000 oleh Majistret Nazri Omran dengan syarat penjamin daripada ahli keluarga dan sebutan semula kes pada 8 Februari ini.

Rakan lelakinya iaitu Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, bagaimanapun dibebaskan selepas dijamin oleh abangnya.

Sebelum itu kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memiliko dua biji pil iaitu dadah disyaki Erimin 5 anggaran seberat 0.6 gram, empat hari lalu.

Krisis Air: SYABAS Dan Selangor Tuduh Menuduh, Setengah Juta Penduduk KL Yang Merana!!!!...


Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) mendakwa kelewatan kerajaan Selangor melaksanakan pembangunan sistem pengepaman tambahan di rumah pam Wangsa Maju di sini, menjadi punca kepada masalah ketiadaan air yang menjejaskan lebih setengah juta penduduk ibu kota, sejak seminggu lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif SYABAS, Datuk Ruslan Hassan, berkata cadangan untuk membina sistem itu dikemukakan sejak 2009 dan pada Mac 2012, kerajaan Persekutuan meluluskan pelan pembangunan serta pinjaman untuk projek itu dibangunkan oleh Kerajaan Selangor.

"Tetapi sehingga kini, kita difahamkan projek ini masih di peringkat rundingan reka bentuk oleh Kerajaan Selangor dan dijangkakan projek itu akan mengambil masa setahun untuk disiapkan jika dilaksanakan dengan kadar 'fast track'," katanya.

Beliau juga menjelaskan cadangan untuk membangunkan sistem pengepaman dibuat pada 2009 selepas menyedari masalah kekurangan air akan berlaku berikutan rumah pam Wangsa Maju yang sedia ada beroperasi secara 'overload' dengan permintaan bekalan air yang meningkat sejak kebelakangan ini.

Siaran Langsung Penjelasan Amanat Hadi sangat Bahaya???... @KhairyKJ


"Sekurang-kurangnya kita perlu tahu terlebih dahulu isi kandungan mesej yang ingin disampaikan beliau sebelum boleh disiarkan menerusi kaca televisyen.

"Kita risau seandainya perkataan yang keluar dari mulut beliau nanti mampu meracuni minda penonton untuk mempercayai sesuatu yang tidak benar," katanya pada satu sidang media semasa menghadiri program Selamatkan Bumi Gaza, Malam Kutipan Dana Bersamamu Palestin anjuran VIC Motorsports Club Malaysia di Dataran Senawang.

Menurutnya, Abdul Hadi tidak perlu bersusah payah untuk bersiaran secara langsung, tetapi cukuplah sekadar membuat penjelasan melalui YouTube, sidang media, blog atau penulisan artikel.

"Cara ini dilihat lebih wajar, selamat dan praktikal bagi semua pihak selain dapat hindar sebarang kontroversi," katanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, 2 January 2013

Takkan 7 Hari Nak Pulih Bekalan Air???...


Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) diminta tampil menjelaskan mengapa ia memerlukan sehingga 7 hari untuk memulihkan sepenuhnya bekalan air di beberapa kawasan di ibunegara yang terjejas berikutan kegagalan stesen pam penggalak Wangsa Maju Sabtu lalu.

Gabungan Persatuan Penguna-Penguna Malaysia (Fomca) merasakan tempoh itu sebagai terlalu lama untuk berlaku di bandar terbesar di negara ini.

Pengarah Komunikasinya, Mohd Yusof Abdul Rahman memberitahu, kerosakan adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan dalam apa jua bidang tetapi tempoh pemulihan terutama untuk bahan penting seperti air tidak boleh mencapai tempoh yang keterlaluan.

"Syabas perlu tampil menjelaskan mengapa begitu lama baru bekalan akan pulih sepenuhnya? Apakah rancangan luar jangka atau alternatif yang dimiliki Syabas untuk memastikan bekalan dipulihkan dalam tempoh yang terpantas bila berlaku kerosakan.

"Dalam kes terbaru ini, kita hendak tahu apa yang sebenarnya berlaku, apakah bila dah rosak baru nak mula buat tempahan barangan, kita perlukan penjelasan," katanya ketika dihubungi.

Rupanya Mat Sabu, Nizar, Nge & Nga Ada Hubungan Kekeluargaan Dengan Chin Peng???...


Inilah Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua, bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya. (PKM) yang diharamkan.........

Tahukah korang semua apa kaitan Chin Peng ni dengan Ngeh Koo Ham? Dia adalah bapa saudara kepada Pengerusi DAP Perak tu.

Tahukah korang semua apa pertalian antara Ngeh Koo Ham dan Ngah Kar Meng? Mereka adalah sepupu yang tentunya berkongsi bapa saudara yang sama, si Chin Peng tu.

Dan tahukah anda apa hubungan Nizar Jamaludin, bekas MB Perak tu? Ibu Nizar Jamaludin adalah ibu saudara kepada Ngeh Koo Ham dan Ngah Kor Meng. Ini bermakna Nizar Jamaludin, Ngeh Koo Ham dan Ngah Kor Meng adalah sepupu manakala ibu Nizar juga adalah sepupu kepada Chin Peng!!!!!

Apa pula kaitan mereka dengan Mat Sabu yang menganggap pengganas komunis tu adalah pejuang kemerdekaan yang sebenarnya? Dan apakah alasan Mat Sabu dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah dalam Pihak Bekalan Air Pulau Pinang dengan elaun sebanyak RM15K sebulan?

Jawapanya tidak lain dan tidak bukan adalah Mat Sabu diumpan wang ringgit oleh DAP utk menjadi ayam jantan berkokok untuk cuba membersihkan imej ganas Chin Peng dan Parti Komunis Malaya di mata rakyat Malaysia dengan cuba mewujudkan gambaran bahawa mereka adalah pejuang kemerdekaan negara yang sebenarnya bagi tujuan membawa balik Chin Peng dan bekas anggota PKM pulang ke Malaysia tanpa tentangan rakyat...............

Bukalah mata wahai orang-orang Melayu PR terutamanya PAS bagaimana pemimpin korang digunakan oleh cina DAP bagi menjayakan agenda mereka....

Sekadar renungan bersama.. BANGKIT!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers