Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday, 9 September 2013

Puaka Niring : Makhluk Campuran Ketam Udang Kala Jengking

Ismail memegang haiwan pelik yang ditemuinya di atas daun nipah
di kawasan hutan berdekatan Kampung Alor Tuman

MARANG - Rupanya seperti seekor udang galah, namun ia juga kelihatan seperti seekor ketam kerana mempunyai sepit dan apabila diperhatikan dengan lebih terperinci, ekornya pula kelihatan seperti kala jengking.

Haiwan pelik berwarna jingga itu ditemui seorang pengusaha nira nipah liar, Ismail Jusoh, 49, dari Kampung Alor Tuman di sini, di kawasan hutan ketika mencari pokok nipah berdekatan kampung berkenaan, kelmarin.

Menurut Ismail, dia menemui haiwan itu di atas daun pokok nipah lalu memberanikan diri memegangnya, namun terkejut apabila melihat rupa bentuknya yang unik.

“Saya terkejut melihat haiwan itu berkaki lapan. Bahagian hadapan bentuknya seperti ketam manakala bahagian belakang seperti udang dan seakan-akan ekor kala jengking,” katanya kepada Sinar Harian.

Ismail berkata, dia akhirnya mengambil keputusan untuk membawa pulang haiwan itu ke rumahnya dan berhasrat memelihara haiwan tersebut.

Sunday, 8 September 2013

Biar Betul!!! Budak Khairun Cari Blogger Balun Setpol PM @NajibRazak???? @TengkuAdnanReal


Biar betul??? Gua macam tak percaya jer bila baca tulisan dari blog sahabat gua Sangkakalajari9 bila tetiba nama gua terbabit sama dan tertulis dalam tulisan beliau. Sila klik sini :

@NajibRazak @tengkuadnanreal KETUA PEMUDA CAWANGAN KHAIRUN ASEH TOLAK PEMERHATI BAHAGIAN SAMPAI JATUH ???

Gua nak jawab skit beberapa dakwaan dari budak-budak Khairun. Pertama soal taraf pendidikan gua. Gua tak pasti setinggi mana taraf pendidikan lu tapi kalo sekadar lu duduk kuarters kerajaan taraf apartment bukan rumah teres gua dah boleh agak taraf pendidikan lu. Kalo setakat lu kerja kumpulan sokongan lagi menguatkan lagi keyakinan gua taraf pendidikan lu tak setaraf gua.

Untuk makluman lu budak-budak khairun, walaupun gua sekadar kerja sebagai drebar tapi gua tamat pengajian diperingkat Ijazah Sarjana Muda (Bachelor of Arts) Major in English Minor in Communication dari Universiti Putra Malaysia (UPM). So, jangan pandang orang takda mata bro. Pekerjaan seseorang bukan melambangkan pendidikan seseorang.

Sketsa : Lawak Budak 5 Tahun Naik Bas Ke Ipoh...

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya." Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya.. "Sudah sampai Ipoh belom?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya.

Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, "Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?" Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai
kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!" Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun. Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata.. "Oh sudah sampai ya!" alu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan. "Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!"

Friday, 6 September 2013

Panas!!! Siapa @Azwanbro Sebenarnya??? @NajibRazak @ZambryAbdKadir @Khairykj @tunfaisal


Khairul Azwan Harun atau lebih mesra dikenali dengan Azwan Bro dilahirkan di Ipoh, Perak. Sejak awal Azwan telah dididik dalam suasana kekeluargaan yang mengutamakan nilai-nilai kesederhanaan, keagamaan dan kepentingan jati diri Melayu.

Azwan mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa sebelum menyambung pelajaran di Cardiff University Of Wales, United Kingdom (Bachelor Of Science) dan Universiti Terbuka Malaysia (Master Of Management).

Penglibatan Azwan dalam dunia politik sebenarnya bermula semenjak belajar di luar negara lagi apabila terlibat secara langsung bersama Kelab UMNO Luar Negara UK & Eire.

Setelah pulang dari United Kingdom, pada tahun 1999, beliau memulakan kerjaya sebagai Juruaudit dan Konsultan Kewangan di Ernst & Young, Kuala Lumpur.

Pada tahun 2004, Azwan telah dilantik sebagai Pegawai Khas kepada YB Dato’ Dr. Zambry Bin Abd. Kadir yang ketika itu merupakan Exco Pelajaran, Sumber Manusia dan Teknologi Negeri Perak.

Wednesday, 4 September 2013

Puaka Niring : Misteri Kehilangan Kharun Aseh Terbongkar??? @NajibRazak


Sebelum ini gua ada keluarkan satu siri bercakap ngan Khairun Aseh dalam segmen Puaka Niring mengenai tanda tanya ketidakhadiran Setpol PM ni semasa Mesyuarat Cawangan Matahari baru-baru ini. Sila klik sini :

Akhirnya segala misteri dan tanda-tanya terurai bila rahsia ke mana hilangnya Khairun dari mesyuarat cawangan Matahari terjawab. Khairun telah berpindah cawangan dari cawangan Matahari ke cawangan Kaktus. Satu Putrajaya dah tahu bahawa cawangan Kaktus merupakan kubu kuat pengaruh Khairun kerana itu adalah cawangan anak buah kesayangannya Khairil.

Maka, bila misteri kehilangan Khairun ini akhirnya terjawab timbul pula misteri yang baru. Kenapa Khairun berpindah cawangan sedangkan semua exco lain masih berada dalam cawangan lama. Mengikut sumber yang di bawa angin, tujuan sebenar Khairun berpindah ke cawangan kubu kuatnya adalah untuk bertanding sebagai Ketua Cawangan. Ini kerana Ketua Cawangan lamanya iaitu Matahari adalah Datuk Seri Tengku Adnan yang juga merupakan Ketua Bahagian Putrajaya. Takkan dia berani nak langgar Ku Nan.

Jika benar teori ini berlaku, sudah dapat diagak bahawa beliau masih gilakan jawatan sedangkan semasa beliau memegang jawatan AJK Bahagian dia tak datang ke mesyuarat pun. Apa jaminan bahawa jika beliau memegang jawatan Ketua Cawangan boleh menjamin bahawa beliau boleh menjaga cawangan dengan turun ke padang dengan kerapnya.

Gua masih menantikan langkah beliau umpama sedang bermain catur pulak apa rancangan beliau di Putrajaya.

Buat PM atau pegawai PM atau staf PMO yang monitor tulisan gua ni, bagi la nasihat kat PM agar si Khairun ni kerja elok-elok kat PMO tu. Jawatan yang disandang beliau ni bukan kecik-kecik anak, Setpol kepada PM tu.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers