Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday, 10 March 2014

Bukti Jelas Termasuk Gambar Baru Memperlihatkan #MH370 Mungkin Terhempas Di Wilayah Laut Selatan Vietnam???


Setakat malam ini, semakin banyak bukti memperlihatkan bahawa pesawat MH370 milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) berkemungkinan besar telah terhempas kira-kira 50 batu ke arah barat daya Pulau Tho Chu, di selatan wilayah laut Vietnam.

Ini berikutan penemuan sebahagian serpihan yang dikatakan ekor kapal dan bahagian komposit pintu dipercayai milik pesawat berkenaan siang tadi (Ahad).

Pihak berkuasa Vietnam telah pun mengeluarkan gambar rasmi dari udara bagi membuktikan dakwaan penemuan itu (lihat gambar di atas).

Ia dikatakan ditemui tidak jauh dari laluan asal MH370 menuju ke Beijing.

Pihak itu bagaimanapun tidak membawa sebarang kapal laut ke kawasan itu untuk menyiasat berikutan hari semakin gelap ketika serpihan berkenaan ditemui.


Lebih memperkukuhkan lagi kemungkinan itu ialah akhbar rasmi Vietnam, Tienphong melaporkan sebentar tadi bahawa pasukan keselamatan Malaysia telah meminta kebenaran Jabatan Penerbangan Awam Vietnam (CAA) untuk memasuki perairan negara berkenaan bagi mengkaji penemuan beberapa objek.

Sebanyak lima kapal tentera milik Malaysia terbabit dalam permohonan itu, namun belum dapat disahkan sama ada sebarang kebenaran telah diberikan atau tidak.

Pasukan mencari dan menyelamat Malaysia mahu memasuki perairan berkenaan malam ini juga dan tindakan itu boleh ditafsir sebagai satu lagi kemungkinan MH370 telah terhempas di kawasan laut.

Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar selepas berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi Sabtu. Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi waktu tempatan.


Gempar!!! Video #MH370 Sebelum Hilang Di Skrin Tanpa Dapat Dikesan... #PrayForMH370


Inilah satu-satunya video yang melihatkan di mana kedudukan pesawat MH370 sebelum hilang dari skrin...
Despite denials of wreckage being found in the sea off southern Vietnam the area appears to be a focus of search activity for Malaysia Airlines flight MH370 which vanished early today en route from Kuala Lumpur to Beijing.
Aviation Herald had earlier reported an emergency beacon locator signal from the missing Malaysia Airlines 777-200 has been detected 20nm south of the coast of Ca Mau in Vietnam. However government sources have denied this is the case and the airline says it has no confirmed information concerning its location.
Flight MH370, went missing between Kuala Lumpur and Beijing with 239 people, including six Australians and two New Zealanders on board early this morning some two hours after departing from the Malaysia capital's international airport at 12.40 am.
It was due in Beijing at 6.30 a local time after a flight scheduled to last five hours 50 minutes.
The beacon signal report was consistent with a location in or near Vietnam after contact was lost.
Other elements of the reports coming from China are that the aircraft was noticed to be in a steep decent moments before it disappeared, however there are reports that it vanished almost instantly from ATC radar, which would imply a violent disintegration.
It is important to keep an open mind at this early stage of the search for the crash site. There is a high probability that the flight data recorder and cockpit voice recorder will be retrieved and read upon their discovery. That should quickly determine if this is a criminal investigation, or a mechanical or systems failure.
The 777 has an outstandingly good safety record. The only previous crash occurred at San Francisco airport, when an Asiana Airlines flight crashed onto runway after an unstable approach last July, causing two fatalities and leading to a third passenger being killed by a rescue vehicle after escaping from the burning jet.
As reported earlier According to Flightaware (see screen grab below) the last plotted position of the jet was comparatively close to Kuala Lumpur but the flight tracker displayed only the first 18 minutes of data.

Sunday, 9 March 2014

Kurang Ajar!!! Datuk Chia Doakan Ganti #MH370 Dengan Kapal Terbang Yang PM @NajibRazak Naik???


Kurang ajar!!! Memang kurang ajar betul mamat berbangsa cina ini yang menggelarkan namanya dalam facebook sebagai "Datuk Chia". Tak pasti pula sama ada mamat kurang ajar ni memang bergelar "Datuk" atau beliau menyamar menggunakan nama "Datuk". Kenyataan kurang ajar beliau "Dear GOD, if you must take 1 plane down. Please take this 2, give us back MH370" (sambil merujuk gambar PM sedang menaiki pesawat rasmi kerajaan). Jika kita faham betul-betul maksud kenyataan ini sudah pasti ia merujuk kepada maksud seolah-olah beliau mendoakan jika "Tuhan" mahu sebuah pesawat itu terhempas biarlah pesawat yang dinaiki oleh PM bukannya pesawat MH370 serta dalam masa yang sama mahu pesawat MH370 ini dikembalikan dengan selamat.


Untuk melihat lebih detai apa sebenarnya ditulis oleh "Datuk Chia" berbangsa cina ini dan komen-komen kurang ajar kawan-kawan beliau boleh la KLIK SINI.


Inilah rupa pemilik akaun facebook dengan nama "Datuk Chia" yang mengeluarkan kenyataan provokasi di atas. Sumber fb sila KLIK SINI. Jika benar beliau ini pernah dianugerahkan gelaran "Datuk" oleh mana-mana negeri, digesa agar Sultan negeri berkenaan menarik balik anugerah gelaran "Datuk" ini daripada beliau yang sangat kurang ajar ini.



Panas!!! Orang Sibuk Pasal MH370 Hilang, Minah Ni Sibuk Nak Reformasi Pulak!!! #MH370 #PrayForMH370


Ini wajah salah seorang penghasut, penyebar fitnah, mencarut, memaki entah apa-apa lagilah yang tak elok pasal pihak kerajaan dan Umno.....

Weii... orang sibuk pasal pesawat MAS MH370 hilang... macai ni sibuk nak reformasi... harap pakai tudung tapi takde hati perut..



Puaka Niring : Misteri Jawapan Persoalan Kenapa Pesawat MH370 Tidak Diisytiharkan Terhempas???


Jawapan mengenai persoalan kenapa pesawat MH370 Tidak Diisytiharkan Terhempas

Pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing yang hilang sejak awal pagi Sabtu sehingga lewat petang masih belum lagi dapat disahkan nasibnya.

Apa yang menimpa pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu menjadi spekulasi orang ramai yang memulakan hari minggu mereka dengan berita yang mengejutkan itu.

Kebanyakan laporan media menyebut pesawat itu dipercayai terhempas di perairan Laut China Selatan, berdasarkan kepada lokasi akhir pesawat berkenaan dikesan melalui sistem perhubungan penerbangan.

Tetapi kenapakah pihak berkuasa belum mengesahkan laporan tersebut?

"Memang secara umumnya, siapapun boleh mengatakan pesawat itu terhempas tetapi kalau terhempas di manakah bangkainya?

"Hanya kalau ada bangkai pesawat ditemui barulah pesawat itu boleh disahkan sebagai terhempas," kata seorang pakar penerbangan kepada Astro AWANI.

Beliau yang enggan dikenali mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam soal kawalan trafik udara serta selok belok operasi mencari dan menyelamat.

Penerbangan MH370 terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, awal Sabtu, dua jam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Ia membawa 239 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal dari 14 buah negara. Ia sepatutnya mendarat di Lapangan Antarabangsa Beijing pada pukul 6.30 pagi.

Ditanya bagaimanakah pesawat itu boleh hilang daripada radar, pakar berkenaan menjelaskan, ada kemungkinan pesawat itu terbang rendah pada paras bawah 500 kaki dari aras laut.

"Ada dua jenis radar yang digunakan iaitu radar pengawasan utama dan radar pengawasan sekunder," katanya.

Radar pengawasan utama mengukur hanya jangkauan dan arah kompas dengan mengesan isyarat kelip pada skrin. Radar pengawasan sekunder pula sebaliknya tidak hanya mengesan maklumat yang sama tetapi boleh mengesan maklumat lain seperti paras ketinggian penerbangan dan identiti pesawat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers