Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday, 28 April 2014

Puaka Niring : Kisah Benar Di Sebalik Tragedi Tenggelamnya Kapal TLDM KD Sri Perak


Masih ingatkah tentang tragedi tenggelamnya kapal TLDM KD SRI PERAK? Salah seorang anak kapal yang terselamat....

BEKAS anggota tentera laut, Ismail Abdul Aziz, 54, mahu membukukan pengalaman getir 72 jam yang dilalui oleh mereka yang terselamat apabila kapal KD Sri Perak tenggelam di Laut China Selatan 28 tahun yang lepas.


"Saya memang suka menulis. Sekarang saya coretkan catatan pengalaman hidup-mati di laut dalam blog saya dan saya harap dapat membukukannya satu hari nanti," kata bekas anggota tentera Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu.

Buku yang mahu dinukil oleh Ismail menyingkap kembali sejarah hitam membabitkan kapal peronda KD Sri Perak, yang tenggelam berdekatan Pulau Natuna dan mengorbankan tiga anak kapal.

Bekas Laskar Kelas 1 itu membuka bicara bersama penulis dengan berkata pengalaman yang bermula pada tanggal 8 Jan, 1984 adalah sesuatu yang tidak akan dilupakan sampai ke akhir hayat.

Walaupun meninggalkan dunia ketenteraan pada 1990, namun Ismail atau lebih mesra menggelarkan dirinya Pak Mail, setiap detik cemas semasa tenggelamnya kapal itu dan pengalaman 72 jam atas pelampung menanti bantuan tiba masih segar dalam ingatan Ismail bagaikan baru saja berlaku.

Sesekali dahinya berkerut apabila menceritakan saat-saat berhadapan dengan maut di tengah-tengah laut yang luas.

HARI KEJADIAN
Pelayaran KD Sri Perak bermula pada 6 Jan, 1984 daripada Pangkalan TLDM di Lumut dengan kapal itu belayar secara konvoi bersama-sama KD Sri Terengganu dan KD Hang Tuah ke Labuan. Ismail adalah antara 29 anggota, pegawai dan pegawai kadet di atas kapal malang itu dan beliau bertugas sebagai pengawal radio.

Separuh daripada anak kapal KD Sri Perak adalah muka baru termasuk Ismail yang baru melaporkan diri pada akhir 1983. Malah Pegawai Memerintah (PM) Kapal, Lt Chandran dan Pegawai Laksana Lt Madya FuadIthnin juga baru ditugaskan atas kapal itu.

Sidang Akhbar Najib – Obama Bertukar "Ceria" Gara-Gara "PROLIFERATION".. @NajibRazak @barackobama


Detik serius bertukar ceria di sidang media Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama siang tadi.

Najib sedikit sukar untuk mengungkap perkataan Inggeris “proliferation”.

Beliau berusaha untuk menyebut perkataan itu sebanyak tiga kali tetapi gagal menyebut dengan lancar, lalu Obama pantas membantu “Ia (perkataan) yang susah. Saya selalu tersilap,” akuinya.

Kedua-dua pemimpin kemudiannya tergelak bersama dengan Najib berjanji untuk berusaha untuk membetulkan sebutannya.

Najib kemudian menggantikan perkataan itu dengan “spread”.

Ia berlaku semasa beliau memberi penerangan tentang rancangan keselamatan global dan penyebaran senjata pemusnah besar-besaran kedua-dua negara.

Sebelum itu, Najib meyambut Obama dengan berkata “Selamat datang, sahabat saya”, sambil berkata Obama adalah antara beberapa pemimpin dunia yang memahami perkataan itu (kerana beliau dibesarkan di Indonesia).

Semasa ucapannya, Najib bercakap tentang bagaimana Malaysia telah berkembang pesat sejak lawatan terakhir presiden negara itu, iaitu Lyndon B. Johnson, pada tahun 1966. 
– Astroawani.com

Sunday, 27 April 2014

Puaka Niring : Nampak Hantu Naik Bas, Habis Penumpang Bas Histeria!!!


Seramai 27 pekerja sebuah pasar raya besar di Ipoh gempar apabila enam rakan mereka berusia lingkungan 18 ke 28 tahun diserang histeria ketika berada dalam bas dalam perjalanan ke tempat kerja.

Kejadian kira-kira jam 9 pagi itu menyebabkan pemandu bas terpaksa memberhentikan bas yang dalam perjalanan dari Kamunting ke Ipoh itu di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak kerana keadaan dalam bas semakin kelam-kabut.

Saksi yang enggan dikenali ketika ditemui berkata, kejadian bermula ketika bas itu berada di Bukit Gantang apabila salah seorang daripada mereka menjerit dipercayai mengalami histeria dan keadaan semakin teruk apabila beberapa penumpang lain turut mengalami gangguan sama.

Salah seorang penumpang bas pula berkata, dia ada terlihat kelibat lembaga hitam masuk ke dalam bas semasa dia berseorangan dalam bas tersebut kerana menunggu rakan lain ketika di Kamunting.

Begitu pun, dia tidak mengesyaki apa-apa pada waktu itu kerana beranggapan mungkin tersalah pandang atau mungkin perasaannya sahaja.

“Bila saya lihat rakan-rakan saya mengalami histeria, saya yakin kelibat yang saya nampak pada awal pagi tadi ada kena mengena dengan insiden yang berlaku hari ini (semalam).

“Kejadian berlaku semasa kami dalam perjalanan ke tempat kerja. Mula-mula seorang saja kemudian berjangkit ke orang lain pula,” katanya.

Seorang lagi penumpang bas berkata, sebelum kejadian, salah seorang mangsa ada bercerita tentang kisah hantu dan memberitahu rakannya pernah mengalami histeria.

"Black Ops" Pembangkang Burukkan "Blue Wave Army"??? AMK Berang Gambar `Jenazah Wan Azizah’!!!


Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang akan membuat laporan polis ke atas penyebaran maklumat palsu tentang kematian Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Ketuanya, Dr. Afif Bahardin berkata, AMK Pulau Pinang mengutuk perbuatan tidak bertanggungjawab yang disebarkan di laman sosial Facebook oleh ‘Blue Wave Army’ tersebut.

Gambar itu memaparkan wajah Wan Azizah dengan memakai cermin mata berada di dalam balutan kain kafan putih dan sekeping lagi gambar memaparkan tiga orang lelaki sedang memasukkan jenazah ke dalam liang lahad.

“AMK Pulau Pinang mengutuk tindakan pemilik akaun Facebook dengan nama ‘Blue Wave Army’ yang menyiarkan berita fitnah bergambar tentang kematian Wan Azizah semalam.

“AMKPP akan membuat laporan polis bermula hari ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Afif dalam pada itu mendesak pihak polis memandang serius perkara tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang memuat naik serta menyebarkan berita palsu dan fitnah yang berniat jahat itu.

“Jika suspek yang dipercayai memuat naik gambar mayat Datin Seri Rosmah Mansor tempoh hari boleh dikenakan tindakan segera, kami menggesa polis melakukan tindakan pantas yang serupa,” katanya.

@IsmailSabri60 Galak Rakyat Malaysia 'Sertai Program Pertanian Bandar' @NajibRazak #DSIS


Warga bandar di negara ini diseru menyertai Program Pertanian Bandar kerana mampu mengurangkan kos sara hidup dan secara langsung sebagai strategi menangani cabaran kemiskinan bandar.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, menerusi program itu warga bandar digalakkan menanam empat jenis tanaman iaitu sayur-sayuran, buah-buahan, herba dan bunga-bungaan.

Menurutnya, bagi melaksanakan program tersebut pihaknya ­menyasarkan jabatan dan agensi kerajaan, swasta, komuniti bandar dan individu untuk melaksanakan projek tersebut.

“Seperti yang kita tahu, kira-kira 72 peratus daripada rakyat di negara ini tertumpu di bandar raya utama, kadar urbanisasi yang tinggi mengakibatkan berlaku kemiskinan bandar yang menjadi satu cabaran utama kerajaan untuk mengatasi masalah mereka.

“Maka pertanian bandar ini jika dilaksanakan dengan baik dapat memastikan komuniti bandar mendapat bekalan sayur-sayuran dan buah-buahan segar yang berterusan.

“Kita dapati purata hasil amalan pertanian bandar di negara maju dapat menampung 10 hingga 20 peratus permintaan bandar seperti yang diamalkan di London, Singapura dan Tokyo," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Pertanian Bandar peringkat Kebangsaan, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua ­Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah dan Pengerusi Lembaga Pengelola MARDI, Datuk Mohd. Fadil Osman.

Ismail Sabri berkata, bagi memastikan program tersebut berjalan lancar pihaknya melantik MARDI selaku penganjur utama dengan dibantu Jabatan Pertanian, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Jabatan Pembangunan Bandar dan Desa serta syarikat swasta yang dilantik oleh kerajaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers