Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday, 4 August 2014

@RizalHashim801 Entah2 Idam Jawatan Bendahari #FAM Kot???? @KhairyKJ



Siapa Rizal Hashim???? Akauntan??? Doktor??? Lawyer??? Majistrate??? Apaaaaaaaaaaa!!! JURI FIFA??? Laaaaaaa juri jer pun... Ingat Pengadil FIFA World Cup 2014 Brasil tadi. Rasanya pengalaman beliau sebagai JURI FIFA sudah cukup tinggi untuk beliau mengkritik kononnya Dato' Norza tidak layak menyandang jawatan sebagai Bendahari FAM yang baru dengan alasan beliau ahli politik.

Alasan yang diberikan Rizal Hashim hanya satu alasan yang tipikal bila menyatakan Dato' Norza tidak layak kerana beliau ahli politik. Bukan setakat Dato' Norza sahaja dikritik beliau malah beliau juga pernah mengkritik secara terbuka Tan Seri Anuar Musa hingga menimbulkan kemarahan peminat sukan tanahair sampai tahap ada page "Kami Anti Rizal Hashim" untuk menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap pengulas sukan di Astro ni. Bukan si Rizal ni tak tau jawatan yang diisi Dato' Norza hanyalah sebagai Bendahari bukan jurulatih yang memerlukan seseorang bekas ahli sukan untuk mengisinya. Apakah buta hati si Rizal ni tak tengok ka background Dato' Norza sebagai akauntan bertauliah dengan diiktiraf sebagai Fellow Akauntan Bertauliah Australia (FCPA) tahun 2008 sedangkan si Rizal ni dilantik jadi JURI FIFA Ballon d'Or tahun 2010.

Sila klik link untuk cerita lanjut :

Nanti kalo pilih jurutera (engineer) ka doktor ka hakim ka ustaz ka imam ka plak dok kat situ pun salah jugak di mata si Rizal ni kata letak orang yang bukan dalam bidang pegang jawatan melibatkan kewangan. Gamaknya dia kot yang layak duduk kat kerusi tu sebab beliau berpengalaman luas sebagai juri. Sebab pengalaman beliau sebagai juri la Astro ambik kerja jadi pengulas sukan bukan penerbit sukan.

Lain kali cermin diri dulu sebelum nak bandingkan orang.

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Datuk Norza Jadi Bendahari Jer Bukan Jurulatih #FAM Pun!!!







Sejak perlantikan Datuk Norza sebagai Bendahari FAM yang baru kecoh kat twitter kononnya beliau tak layak menyandang jawatan tersebut sambil mempertikaikan pengalaman beliau yang agak cetek dalam dunia sukan. Bahkan ramai yang mengkritik apa la sangat "background" beliau dalam bidang persukanan hingga melayakkan beliau boleh diberikan jawatan Bendahari FAM.

Yang hairannya, individu yang dok kritik ngan dok komen tu paham ka perbezaan antara pengurusan ngan kejurulatihan. Nak jadi jurulatih kena la yang pernah jadi ahli sukan baru la dia tau nak latih orang sukan. Sudah tentu orang yang nak menguruskan sesuatu badan mesti ada pengalaman pengurusan dan jawatan Bendahari layak disandang Datuk Norza dengan kelayakan bidang kewangan yang beliau ada sebagai akauntan bertauliah.

Dengan kelayakan beliau sebagai akauntan sudah tentu panel penilai memikirkan bahawa beliau boleh menjaga kewangan FAM sebagai Bendahari disamping boleh mencari penaja untuk menambah pendapatan persatuan. Seperti maksud perkataan "adil" adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya maka FAM telah melakukan sesuatu yang "ADIL" apabila melantik Datuk Norza sebagai Bendahari FAM.

Kat bawah ni dikongsikan skit latarbelakang pengalaman yang dimiliki Datuk Norza buat tatapan mereka-mereka yang dok mengkritik kenapa FAM memilih beliau sebagai Bendahari FAM :

"Sebagai seorang akauntan bertauliah, Dato' Norza memulakan kerjayanya dengan Arthur Andersen & Co., dan telah memegang jawatan di peringkat pengurusan, eksekutif dan pengurusan atasan di Bank Negara Malaysia, Petronas, SPK Sentosa, Mun Loong Berhad dan Gabungan Strategik Sdn Bhd.
Dato' Norza juga merupakan ahli lembaga pengarah kepada beberapa syarikat awam di Malaysia yang berprofil tinggi serta merupakan Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif bagi syarikat Citaglobal Sdn Bhd yang ditubuhkannya pada tahun 2008 yang mempunyai pegangan dalam pelbagai aktiviti perniagaan antaranya bidang kejuruteraan, hospitaliti, pengangkutan dan media teknologi.
Kini, beliau menganggotai Lembaga Pengarah Bintulu Port Holdings Berhad, [4]TH Heavy Engineering Berhad, Pelikan International Corporation Berhad, Bintulu Port Sdn Bhd, THHE Fabricators Sdn Bhd, Berlian McDermott Sdn Bhd dan Samalaju Industrial Port Sdn Bhd. [5]Beliau juga pernah memegang jawatan yang sama dalam Lembaga Urusan Tabung Haji, Institut Terjemahan Negara Malaysia (sekarang Institut Terjemahan dan Buku Malaysia) dan PT XL Axiata Tbk (yang dahulunya dikenali sebagai PT Excelcomindo Pratama Tbk)."

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network




Friday, 1 August 2014

Panas!!! Bila Senator US Pun Puji PM @NajibRazak "Handle" Isu #MH17!!!


Bukan setakat pemimpin pembangkang dalam negara saja yang mengiktiraf usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri Najib Razak dalam menangani isu insiden MH17 yang ditembak jatuh pengganas di Ukraine tetapi pemimpin luar negara juga mengiktiraf kaedah yang dibuat beliau. Ini terbukti bila Ahli Kongres US Del. Eni F.H Faleomavaega membawa usul dalam Sidang Kongres US.

Del. Eni F. H. Faleomavaega

Speaker, I rise today to commend Prime Minister Najib Razak of Malaysia for his leadership in negotiating the release of the remains of the victims killed in the downing of flight MH17 in eastern Ukraine.

Prime Minister Najib held a series of secret talks with the separatists to broker an agreement for the return of the bodies and the promise of safe passage for recovery teams going to the crash site. He also secured the return of the black boxes of flight MH17 so that a full investigation may ensue.

Prime Minister Najib's personal involvement in the negotiations sets the standard for diplomacy around the world. I commend Prime Minister Najib for not leaving negotiations to aides.

Some matters in life are sacred, and I am pleased that Prime Minister Najib recognized this situation as such. I thank him for setting aside politics for a higher purpose--to return the bodies of fathers, mothers, brothers, sisters, sons and daughters to the families who lost and loved them. I praise him for doing what others would not or could not.

My thoughts and prayers are with all those who have been affected by this tragedy. After a full and fair investigation, I am hopeful that those responsible will be held accountable.

Commending Prime Minister Najib Razak Of Malaysia | Capitol Words - http://capitolwords.org/date/2014/07/24/E1225-2_commending-prime-minister-najib-razak-of-malaysia/
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Wednesday, 30 July 2014

Panas!!! Pengakuan Kerajaan Pas Kena Tanggung Ahli Parlimen PKR???? Biar Betul???


Lagi Pendedahan PANAS & Luahan Hati Mantan Setpol MB PAS Kedah tentang PKR :::

Saya tak berhasrat membuka pekung atau mengungkit. Tapi bila Saifudin dan Rafizi mula mengungkitkan stand mulia PKR di Kedah tentang kerusi MB, saya terpanggil untuk menyatakan bahawa perbandingan situasi Selangor- Kedah itu tidak wajar.

PKR tidak berada dalam kondisi yang wajar untuk berbicara siapa patut jadi MB pada masa itu atas banyak faktor, bukan kerana mereka gentleman, mulia atau baik hati.

Hari-hari dalam tahun 2008-2010 di Kedah selepas PRU-12 dulu adalah hari membilang kerusi. MB akan bertanya hampir setiap hari dan dia turut mengepak jari jemarinya satu persatu... Berapa lagilah kerusi DUN yang PR ada?

Di mana Rafizi, Saifuddin dan tokoh-tokoh besar PKR yang minta PAS contohi sikap PKR di Kedah dalam isu MB Selangor sekarang, pada masa kerusi kena dibilang setiap hari pada masa itu itu?

Tempoh itu adalah waktu-waktu getir PAS Kedah menghadapi karenah PKR, menjaga maruah PKR, maruah PR dan maruah kerajaan supaya jangan tumbang di tengah jalan. Adun-adun PKR Kedah melompat, merancang melompat, menjual diri dan kerusi, memakan cengkeram untuk menyeberang.

Kerusi DUN PKR asalnya 5 tinggal 3, itupun setelah berjaya melepasi cabaran PRK Bukit Selambau. Kerusi Parlimen hilang dua, Padang Serai dan Kulim. Masa itu Rafizi dan Saifuddin ada di mana?

Sorang Adun yang kuat menahan diri daripada memakan umpan supaya melompat, menghadapi kes kahwin kali kedua tidak register pulak...lalu jadi senjata musuh untuk mengugutnya supaya menukar kem. Akhirnya DSAI arahkan dia meletak semua jawatan, walaupun Ustaz Azizan berpendapat cukuplah kalau lepaskan jawatan exco sahaja.

DSAI tetap mahukan dia letak semua jawatan, hilangkan diri seketika, menyebabkan PR terpaksa hadapi PRK Bukit Selambau. Daripada hari pertama melarikan dia daripada satu komplot BN yang bersiap membawanya ke Putrajaya, hinggalah dia pulang dari India, saya terpaksa menguruskan segala-galanya - memujuknya, menguruskan proses penyediaan dokumen sumpah, surat perletakan jawatan, menenangkan anak isterinya, hotel persembunyiannya, makan minum dalam persembunyian, membayar ganti rugi kerosakan rumah sewanya, menguruskan makan pakai dan tempat tinggal, sekolah dan keselamatan anak isterinya. Berpuluh ribu belanja untuk itu, semuanya PAS tanggung!

Saturday, 26 July 2014

Panas!!! Kereta #CDM25 "Kiki Stering Lock" Glamer Dikesan Atas Highway Nak Balik Kampung???




Gambar ini baru dirakamkan oleh seorang sahabat fb dan dimuatnaikkan ke dalam status fb beliau. Status yang pendek sahaja tapi cukup untuk mencuit hati :

"Kiki detected

Lokasi : Lebuhraya Pantai Timur

Amaran : jangan ikut dekat jika tak nak makan nasi pakai stering lock"

Kah kah kah kah kah kah kah kah kah...

Kesian gak tengok si Kiki ni yang dah jadi "bahan gurauan" kepada orang ramai. Tapi nak buat macam mana, dah dia yang cari penyakit. Sendiri buat sendiri tanggung la.

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers